7 Jan 2026

Ziarah sekitar Masjid Nabawi

Sambungan dari - Panggilan dari kota suci  

4 Disember 2025

Pagi tu, ustaz ajak kami semua ziarah sekitar Masjid Nabawi dan untuk beri salam pada Rasulullah SAW. Tapi sebelum tu, kami pergi lawat Masjid Ghamamah dulu. Yang terletak sebelah barat daya Masjid Nabawi, berdekatan dengan pintu 309.


Masjid ni diberi nama Ghamamah (awan) sebab waktu tu penduduk Madinah sedang mengalami musim yang kering. Maka Nabi pun buat solat sunat Istisqa dan memohon pada Allah agar diturunkan hujan. 

Sebelum didirikan masjid, tempat ni cuma padang pasir yang lapang je. Tapi Nabi sering solat di sini. Oleh sebab itulah Umar Abdul Aziz membina masjid ini pada abad pertama hijrah, sebagai menanda tempat-tempat solat Rasulullah SAW. 

info tentang masjid Ghamamah

Sebaik saja masuk perkarangan Masjid, ustaz ada bagi info sikit tentang masjid Nabawi ni, pastu bagitahu adab-adab ketika menziarah. Kemudian kami terus menuju ke area kubah hijau untuk beri salam pada baginda Rasulullah SAW. Serta 2 orang sahabat Nabi, iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. 


Ustaz pun bacakan salam dan juga doa sambil diikuti dengan kami. 

Assalamu ‘alaika Ya Rasullallah,
assalamu ‘alaika Ya Nabiyallah, 
assalamu ‘alaika Ya Habiballah, 

Assalamu ‘alaika ya Abu Bakr As-Siddiq,
Assalamu ‘alaika ya Umar bin Khattab.

Dari Ibnu Umar, telah bersabda Rasulullah Saw, “Barang siapa berziarah kepadaku setelah aku meninggal dunia, maka seakan-akan ia berziarah pada sewaktu aku masih hidup.” (HR. Baihaqi, Daruqutni, dan Tabrani). Bayangkanlah, walaupun kita bukan hidup sezaman dengan Nabi, tapi setiap kali kita bagi salam pada Rasulullah, baginda akan jawab salam kita tau.

Kubah hijau yang terdapatnya makam Nabi dan 2 orang sahabat
Our first family portrait lengkap bersepuluh!

Kami pergi tengok perkuburan Baqi' yang berhadapan dengan gate 364. Tapi dari luar jelah dan tak nampak pun kuburnya. Sebab kitorang datang beramai dengan tour, memang askar sana tak kasi berkumpul ramai-ramai camni. Lagipun hanya lelaki je yang dibenarkan masuk dalam kawasan perkuburan Baqi' ni serta ada waktu-waktu tertentu untuk melawat.

Pintu masuk perkuburan Baqi' dari gate 364
Gambar dari abang aku yang dapat ikut iringi jenazah lepas solat subuh

Banyak ahli keluarga dan para sahabat Nabi yang dikebumikan di sini. Setiap kali habis solat fardhu, pastu mesti ada solat jenazah. Lepas solat jenazah je semuanya akan dikebumikan kat perkuburan Baqi' ni lah. MasyaAllah untung sangat dapat duduk dekat dengan Nabi..

Ustaz cakap, kita perlu berazam untuk meninggal dunia di Madinah. Antara kelebihan seseorang itu meninggal dunia di Madinah ialah dia akan diberikan syafaat oleh Rasulullah SAW pada hari Akhirat kelak. Rasulullah SAW menganjurkan supaya jika sesiapa yang mampu untuk meninggal dunia di Madinah, maka hendaklah dia melakukannya.

Tapi jangan pulak pergi bunuh diri atau mintak doa untuk mati kat sana dalam waktu yang singkat. Itu dosa besar namanya.

Gambar dari abang ipar. Kubur yang sangat simple dan cuma batu saja sebagai penanda

Habis ziarah Masjid ni, seterusnya aktiviti bebas. Kami pun masuk dalam masjid untuk tengok suasana kat dalam tu, sambil tunaikan solat sunat Tahiyyatul masjid. Masa ni around 9 am, so orang dah tak ramai sangat kat dalam masjid. 

Kat dalam tu ramai yang bertadarus, ada usrah. Siapa-siapa nak join pun boleh je. Cuma antara faham atau tak je. Kalau nak buat usrah, boleh join dengan mana-mana group Malaysia atau Indonesia kalau ada.

sangat simetri!

Then kitorang keluar masjid nak pergi usha tempat shopping. End up kami cuma shopping snek dan air kat Bin Dawood je. Pastu makan tengahari kat hotel.

Walaupun punya banyak gap untuk buat aktiviti bebas, tapi kami lebih memilih untuk duduk kat hotel. Keluar pun untuk pegi masjid je, hiks. Nanti dah hari hujung-hujung barulah kelam kabut pergi shopping last minute.

dataran yang dipenuhi burung merpati gemok
Tudiaa semua orang nak balik hotel/pergi shopping. Jem teruk!
A must try air almarai! Sedap tapi terlalu manis untuk aku
menu-menu kat hotel semua sedap

Untuk malam nanti, ada aktiviti lain pulak. Aku akan ceritakan pada next entry.

1 Jan 2026

Panggilan dari kota suci

 

Alhamdulillah, pada 3 - 13 Disember 2025, kami sekeluarga direzekikan untuk menunaikan umrah. Untuk mak dan abah, ni merupakan kali kedua mereka ke kota suci Makkah dan Madinah. Tapi bagi kami 5 orang beradik serta menantu dan cucu, ini merupakan umrah yang pertama. Of course lah perasaan teruja tu lain macam sikit kan!

Terima kasih ya Allah kerana jemput kami sekeluarga ke tanah suci. Engkalulah yang memudahkan urusan kami untuk kumpul duit, walaupun awal tu rasa selalu rasa macam tak cukup duit jee. Tapi kalau Dia nak jemput tu, segala persiapan tu rasa dipermudahkan je semuanya.

3 Disember 2025 - Rabu

Kami follow pakej dari Andalusia Travel & Tours untuk umrah ni. Sebut je Andalusia, mesti semua tahu yang syarikat ni dah lama bertapak di Malaysia sejak dari 2002. Andalusia Travel telah mendapat lesen oleh Tabung Haji (TH) sebagai Pengelola Jemaah Haji dan berpengalaman lebih dari 20 tahun. So jangan risau pasal isu scam ke apa, diorang ni sangat trusted okay!

Kami menaiki pesawat AirArabia dan akan transit selama sejam di Sharjah. Dari KLIA nak ke Sharjah, 8 jam perjalanan jugaklah. Terbang pukul 10.40 am, sampai Sharjah 2.15 pm (6.15 pm waktu Malaysia). 

Btw, kami turun di Madinah dulu. Selalu kan orang lebih prefer pergi Makkah dan relaks di Madinah, kami ni terbalik pulak. Relaks-relaks dulu, pastu baru pulun ke Makkah, hehe.

Almost landed at Sharjah. pertama kali tengok bentuk mukabumi yang kering camni!

Honestly, ini merupakan my longest flight ever setakat ini. Total 11 jam termasuk transit. Ni juga kali pertama aku merasa perubahan waktu yang lama, iaitu 5 jam lewat dari waktu Malaysia. 

Dari Sharjah nak ke Madinah, ada lagi 2 jam perjalanan. Kerja aku makan tido, makan tido jelah sepanjang dalam flight haha.

Atas butter chicken, bawah chicken sandwich. 
Madinah from above

Sekitar pukul 5.15 pm, kami tiba di Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport. Kalutlah solat jamak qasar asar dengan zohor sebab dah hujung-hujung waktu. Pastu terus ambil bagasi dan menuju ke bas. Seriously hari pertama ni perjalanannya sangat panjang dan penat ye. 

Madinah International Airport
Mutawwif tengah briefing aktiviti untuk hari esok. Masa ni pukul 6 pm (11 pm waktu Malaysia)

Orang cakap suhu kat Madinah waktu bulan Disember ni sejuk sampai kena bawak baju sejuk bagai. Tapi aku rasa, suhu dia tak sejuk mana pun masa awal-awal Disember ni. Kecuali waktu subuh. Paling-paling sejuk pun around 13c which is tolerable lagi lah.

Kami stay di Hayah Plaza selama 4 hari 3 malam. Jarak hotel ni nak ke Masjid Nabawi sekitar 300 meter je. Bagi aku agak dekat jugaklah. Sampai-sampai hotel tu, terus makan sambil staff Andalusia tengah uruskan beg dan urusan check in kami.

Aku nak makan pun tak lalu tau, mengantuk nak landing kat katil jeee.


Btw, kami ambil pakej ekonomi je dari Andalusia ni. So dapat bilik berempat lah. Aku dapat sebilik dengan mak, kakak dan adik. Keluarga kakak aku duduk sebilik, manakala abang dengan abang aku akan bercampur dengan 2 orang jemaah lain.

Bilik dia tidaklah terlalu luas. Tapi bagi aku selesa je duduk berempat. At least ada space untuk bukak beg, ruang nak duduk lepak-lepak bersila. Bilik air pun okay-okay lah, selesa je. Berbeza sikitlah kalau nak dibandingkan dengan hotel kami masa kat Makkah nanti. Yang tu nanti kita citer lain.

Malam tu, memang takde solat kat masjid pun. Cadang nak pergi solat subuh pagi esoknya je sebab semua dah terlantar kepenatan, haha.

----------------------------------------------------------

4 Disember 2025 - Khamis

Awal jugaklah aku bangun kan. Padahal malam sebelumnya tidur nak dekat pukul 12 malam :p

Seawal pukul 3.30 am aku dah bangun dan bersiap-siap untuk solat di Masjid. Subuh kat Madinah lebih kurang 5.30 am. Standard kat sini, kena datang awal sejam untuk solat di bahagian dalam masjid. Tapi kami terkeluar lambat sikit dari bilik. Pukul 4.30 baru nak gerak, makanya duduk kat bahagian luar yang payung-payung tu jelah. Biasalah pompuan kanss.


Cam biasalah, tempat solat perempuan ni biasanya jauh ke hujung dunia sikit lah. Tu pun ambil masa nak dekat 15 minit berjalan kaki. Belum citer lagi tengah confuse nak masuk ikut pintu mana. Seingat aku, pagi tu kami solat berdekatan dengan gate 13.


Rasa macam tak percaya akhirnya sampai juga aku di Madinah. Tempat dimana wafatnya Nabi kita, Rasulullah SAW. Kota ini penuh dengan sejarah dan kisah hijrah Nabi SAW. Penduduk Madinah pada ketika itu menerima kedatangan Nabi Muhammad saat baginda diusir oleh penduduk Makkah.

Aku jadi tak sabar nak pelajari sirah Nabi kat Madinah ni. Agak banyak jugak aktiviti ziarah sepanjang di Madinah ni walaupun masanya singkat je.

Subuh pertama di Masjid Nabawi. Time ni suhu agak sejuk jugak, bawah 20c!

Akan bersambung di entry seterusnya.