5 Dec 2012

korea part V - Nami Island

15.11.2012 16.11.2012

Assalamualaikum.

Harini last post pasal korea. Lokasi terakhir ni kat seoul. Semua orang kalau pegi korea memang perlu sangatlah datang Seoul, dah kata ibu negara Korea. Seperti yang kita tahu, di Seoul ni memang banyak tempat-tempat tarikan pelancong. Antaranya ada Namsan Tower, Han River, Nami island, palace, village, muzium and banyak lagilah. Tapi silalah percaya bahawa semua tempat yang dinyatakan di atas saya tak dapat pergi langsung kecuali Nami island ._.

Nah, salah satunya lokasi di Seoul yang aku sempat pergi, NAMI ISLAND.

bendera malaysia duduk dgn bendera korea dekat atas ferry. 


Nami pada waktu senja. byeee

Penat betul berjalan di Nami even cuma satu tempat je. Sebab nak pergi Nami ni jauh jugak tau, berapa train ntah kitorang kena tukar. Nak tercabut kaki i tau u'olls.

Disebabkan penat berjalan, malam tu kami nak makan di ITAEWON! Bila dah sampai dekat Seoul ni, memang wajiblah umat Islam singgah di Itaewon sebab ada banyak sumber halal disitu. Maybe orang Islam pun ramai yang tinggal di Itaewon juga.

Kat sana banyak gila restoran halal yang sedap-sedap. Nak makan kat mana pun aku taktau. Susah sangat nak buat pilihan. Akhirnya kami memutuskan untuk makan di restoran arab yang aku sendiri dah lupa nama dia lol. Ayah aku takmo makan makanan korea sebab rasa dia ganjil. Haaa... kali ni kitorang makan nasi sepinggan sorang. Masa kat Busan haritu kena share, mana konyangg.

Mutton rice

ayam tengah mandi (mandi chicken)

salad. sedap~


Aku makan ni, chicken briyani

Nasi tu nampak je macam sikit, tapi banyak sebenarnya. Nak meletup dah aku makan sebab kenyang sangat. Lepas makan tu, kitorang cadang nak pergi tengok Han River. Tengah jalan nak keluar dari Itaewon tu kitorang terlihat ice cream turkey. Ice cream turkey ni terkenal dengan cara menjual ice cream yang unik. Orang yang pakar je tahu macam mana nak jual ice cream ni. Btw ice cream dia jenis yang melekat dan tak cepat meleleh, sedap pulak tu.

Apa yang menarik tentang ice cream ni, jurujual dia main-main dengan pelanggan. Dengar macam kurang asam sikit tapi memang style nak jual dia macamtu. Dia terbalikkan ice cream, main acah-acah. Ayy memang gelaklah masa tu. Kalau siapa pernah tengok Istanbul Aku Datang, korang tahulah macam mana cara dia gurau dengan pelanggan.


Makcik Faridah tiba-tiba tak larat dalam perjalanan nak pergi Han River tu, so dia balik hotel dulu. Tinggallah kami satu family berjalan kaki nak pergi Han River. My mom pun dah sakit kaki masa berjalan jauh tu. Dalam pukul 2 pagi tu baru kitorang sampai Han River dan apa yang kitorang nampak, k o s o n g.

Rasa tak berbaloi bila jalan jauh-jauh sampai kaki dah membeku jadi ais tapi bila sampai takde apa-apa langsung. Nak naik boat tengok rainbow bridge tu pukul 11 dah tutup tak silap. Memang tak dapat naiklah. Aku tak kisah sangatlah pasal boat tu tapi kitorang datang dekat tempat yang salah! Rainbow bridge tu sebenarnya nun jauh kat depan sana tapi kitorang ni sesat kat belakang. Nampak cahaya lampu-lampu tu dari jauh je. Sebab masing-masing dah penat so kitorang cancellah nak pergi rainbow bridge. Lagipun dah pukul 2 pagi.

Han river yang hambar

Han River ni luas dan panjang. Penghujung dia dekat Nami Island. Jauh kan? Kalau dah sampai Seoul tak pegi Han River memang rugi. Cantik. So bubye Han River, till we meet again.

Last day dekat Korea, kitorang habiskan masa utk shopping. Namdaemun market adalah tempat yang paling sesuai untuk borong barang banyak. Kalau pergi Myondong pun orang kata ok jugak, cuma kitorang tak sempat kesana. Boleh main discount-discount tau kat Namdaemun ni, tapi bergantung pada jurujual jugak. Semakin banyak barang yang anda beli, semakin kurang harga yang ditawarkan. 


Haa yang tinggi ni Dongdaemun market. Err better jangan borong kat sini. Barang dia tak banyak and harga mahal sikit dari namdaemun. Lagipun Dongdaemun ni gedung, tak macam kedai-kedai kat Namdaemun tadi. Misalnya kita pergi bahagian kain, satu floor tu kedai kain je, nak cari barang lain pergi floor lain. Tapi yang best kat Dongdae ni, kalau pergi bahagian kasut semua kedai kasut je. Ohh shoes paradise.. Tapi seriously, jangan pergi kat sini, datang Namdaemun kalau tidak anda akan menyesal. hahaha

Lepas dah habis beli-beli barang, kitorang berpecah. Separuh pegi beli kosmetik, separuh lagi pergi balik hotel dulu. Kalau datang Korea ni belilah barangan kosmetik. Barang kosmetik kat sini bagus-bagus and harga dia pun tak mahal sangat. Orang-orang perempuanlah yang suka facial-facial ni hehehe.








Sepatutnya kitorang kena balik hotel memandangkan 2.30 petang tu nak pergi airport, tapi kitorang pergi makan jap sebab kawan ayah nak jumpa dengan kenalan dia yang merupakan anak pensyarah Korea. Dia kata nak ajak kitorang makan tengahari, so ikut jelah. aku ingat dia nak bawak pergi restoran halal tapi dia bawak pergi food court kat tingkat atas. OMG makanan kat atas semua tak halal. So orang korea tadi pilihkan menu yang bersayur je untuk kitorang . Aku yang tak makan sayur ni pun dipaksa untuk makan. Tapi rasa bibimbap sayur tu not bad lah. Boleh tahan sedap. Nasib baik ada carrot dengan rumpai laut kering.

bibimbap (nasi campur)
Sup rumpai laut

Sebelum kitorang balik tu, makcik Faridah sempat bagi buah tangan dari malaysia kat anak pensyarah tadi. Kitorang salam dengan dia baru naik teksi balik hotel. Sepanjang perjalanan nak balik hotel tu, kitorang tengok bandar seoul buat kali terakhir. Tengok pokok autumn. Pastu ternampak Namsan Tower dari jauh. sedihnyaaa tak dapat pergi situ. Cadangan pertama nak naik namsan tower tapi kitorang rasa tak sempat so tengok dari bawah je. Last-last nak tengok dari bawah pun tak sempat, tengok dari jauh je..

Kitorang yang pergi makan ni balik lagi lambat dari diorang yang pergi beli barang-barang facial. Bengang je pemandu yang nak hantar pergi airport tu. Orang korea ni tepati masa tau, jangan sesekali kita datang lambat. 

Dalam perjalanan nak ke airport tu, kitorang nampaklah rainbow bridge. Ish geram betul, anyway dapat juga tengok rainbow bridge tu, kalau lalu malam-malam mesti lawa. Lepas dah sampai airport tu terus check bagasi. Suasana kat dalam tak sesejuk cuaca kat luar, glove dengan jaket semua aku bukaklah. Dah nak dekat-dekat berlepas tu, terkejar-kejar nak naik flight. LCCT airport diorang lebih besar dari KLIA. Lenguh kaki dok lari-lari macam anak itik. Akhirnya kami selamat masuk dalam flight pukul 5.20, sama macam waktu sampai haritu. Petang tu tiba-tiba pulak hujan. Alaaa sedihnya, mungkin sebab kitorang nak tinggalkan bumi Korea tu pasal yang hujan tu. 

Pukul 5.40 tu kapal terbang selamat berlepas dengan jayanya. Bye-bye Korea, till we meet again. Walaupun sedih sebab banyak tempat yang tak sempat pergi, tapi InsyaAllah aku nak pergi Korea lagi. Korea memang destinasi perlancongan yang sesuai untuk berjalan dengan family mahupun rakan-rakan. 

Negara diorang bersih, adat diorang unik, Makanan menarik, teknologi maju, masyarakat pun semua ramah dan sporting. Tak rugi kita pergi melawat negara orang ni, dapat pengalaman dan dapat bandingkan negara mereka dengan negara kita sendiri. Khatamlah semua travelog tentang Korea, InsyaAllah kalau saya pergi negara lain nanti akan diupdate entry baru. 

Sekian, Assalamualaikum :)


tertinggal episode lepas?

29 Nov 2012

korea part IV - Everland Theme Park, Suwon

13.11.2012 & 14.11.2012

Assalamualaikum

Perjalanan dari Busan nak ke Suwon sangatlah jauh sampaikan kami terpaksa naik Korea Train Xpress (KTX). Kalau nak ikutkan bukan Suwon ni yang jauh, tapi Busan ni yang jauh sampai betul-betul kat hujung tenggara korea selatan. Naik keretapi laju pun dah 4 jam apatah lagi kalau naik kereta atau bas. Berapa Jam agaknya kan?

Lupa nak bagitau, lokasi ke-4 ni di SUWON. Datang sini semata-mata nak masuk Everland untuk jadi budak-budak. hahaha. Mak dengan ayah aku pun masuk jugak. Tu yang nak tergelak tu. Cuaca kat sini pun sejuk jugak.


Everland ni sebenarnya ikut musim. Memandangkan kitorang pergi pada bulan 11 yang salji nak dekat turun maka tema everland ni diubah pada Christmas Fantasy. Lagipun nak dekat christmas dah masa tu. 

Ini kobis


Masa ni roller coaster belum bukak lagi. Lama tau kitorang tunggu benda ni bukak. Disebabkan bosan menunggu, kitorang main benda lain dulu. Bila dah bukak, orang ramai gila dan akhirnya tak dapat naik roller coaster ni. Sebenarnya boleh je naik, tapi waktu tu dah malam sangat, pemandangan pun tak nampak, cuaca sejuk pulak tu. Mana feel nak naik roller coaster. Tau tak dah lama aku pasang angan-angan nak naik roller coaster tinggi macamni T_T

bergambar dgn pororo. kartun paling feymes kat korea


Permainan pertama yg kitorang main kat everland ni roller coaster dlm air. Ada nama benda tu tapi aku tak ingat apa namanya. Memang bestlah naik benda tu tapi seram sikit sebab takde tali pinggang. Kena pegang besi dekat tepi. Kalau terlepas habis terpelanting, bahaya sikit. 


Haa okay, naik benda ni memang gempak. Nama dia let's twist. Memang dia twist habis-habis. Mana tak jeritnya bila naik benda ni. Macam nak bunuh kitorang, nasib baik ada tali pinggang. Memang bestlah let's twist ni. Bila turun tudung selekeh je semua.

#gambar diambil dari google

rock spin ni lebih kurang macam let's twist tadi. tapi benda ni kat times square pun ade :face7:

Lepas main let's twist tu kitorang cari tempat solat dulu. Takde surau pun sebenarnya so kitorang cari tempat yang orang tak ramai lalu lalang dan dekat dengan tandas. And yeahh ada satu tempat yang sangat strategik, bawah pondok dan dekat dengan tandas.

Kalau korang pergi negara non muslim jangan lupa bawak botol air. Tandas kat negara diorang mana ada air macam kita, diorang pakai tisu. Jaga kebersihan diri ya.

sky human

roller coaster biasa je. kat genting pun ade.

First time aku naik roller coaster. Naik roller coaster ni pun dah pening gilass apatah lagi nak naik xtreem tu. heh. Tapi nak jugak pengalaman naik roller coaster besar.


Masa naik pirate ship ni memang aku tak menghayati pemandangan indah pun. Yang aku tau aku nak muntah. Sepatutnya naik benda ni tak pening pun tapi disebabkan roller coaster tadi yang berpusing-pusing tu buat aku pening. Dahlah tersepit, lagilah rasa tak selesa. Ayah aku memang taksuka naik benda ni jadi dia tidur je. Mak aku gelaklah. Tapi serious benda ni memang gayat. Aku malas nak pandang bawah sebab nanti nampak muka orang korea yang duduk arah bertentangan dengan kita. Tapi rugi masa naik pirate ni aku tak tangkap gambar pemandangan, sebabnya kamera tersepit. urghh..:face33: 

Lepas turun tu tahap kepeningan aku bertambah sampaikan nak berjalan or main apa-apa pun aku taknak dah. Rasa macam nak balik tapi rugi tiket nanti. Sekali kita beli tiket tu, kena duduk kat situ sampai malam. 



Sekarang kitorang nak tengok mini zoo pulak. ade harimau, penguin, monyet, ular, burung, kura-kura dan banyak lagi.

dugong. macam gula-gula pun ade

rumah hantu. kitorang tak masuk. hahaha -.-


Malam tu, ade moonlight magic, pertunjukan manusia dan kereta berlampu. Cantik sangat! penari-penari dia bukan orang korea, tapi mat salleh. Setiap malam diorang buat pertunjukan ni. Tak hairanlah diorang dah pro, tapi hairan kenapa diorang tak penat.


That's all. thanks for reading!

tertinggal episode lepas?