Alhamdulillah, pada 3 - 13 Disember 2025, kami sekeluarga direzekikan untuk menunaikan umrah. Untuk mak dan abah, ni merupakan kali kedua mereka ke kota suci Makkah dan Madinah. Tapi bagi kami 5 orang beradik serta menantu dan cucu, ini merupakan umrah yang pertama. Of course lah perasaan teruja tu lain macam sikit kan!
Terima kasih ya Allah kerana jemput kami sekeluarga ke tanah suci. Engkalulah yang memudahkan urusan kami untuk kumpul duit, walaupun awal tu rasa selalu rasa macam tak cukup duit jee. Tapi kalau Dia nak jemput tu, segala persiapan tu rasa dipermudahkan je semuanya.
3 Disember 2025 - Rabu
Kami follow pakej dari Andalusia Travel & Tours untuk umrah ni. Sebut je Andalusia, mesti semua tahu yang syarikat ni dah lama bertapak di Malaysia sejak dari 2002. Andalusia Travel telah mendapat lesen oleh Tabung Haji (TH) sebagai Pengelola Jemaah Haji dan berpengalaman lebih dari 20 tahun. So jangan risau pasal isu scam ke apa, diorang ni sangat trusted okay!
Kami menaiki pesawat AirArabia dan akan transit selama sejam di Sharjah. Dari KLIA nak ke Sharjah, 8 jam perjalanan jugaklah. Terbang pukul 10.40 am, sampai Sharjah 2.15 pm (6.15 pm waktu Malaysia).
Btw, kami turun di Madinah dulu. Selalu kan orang lebih prefer pergi Makkah dan relaks di Madinah, kami ni terbalik pulak. Relaks-relaks dulu, pastu baru pulun ke Makkah, hehe.
 |
Almost landed at Sharjah. pertama kali tengok bentuk mukabumi yang kering camni!
|
|
Honestly, ini merupakan my longest flight ever setakat ini. Total 11 jam termasuk transit. Ni juga kali pertama aku merasa perubahan waktu yang lama, iaitu 5 jam lewat dari waktu Malaysia.
Dari Sharjah nak ke Madinah, ada lagi 2 jam perjalanan. Kerja aku makan tido, makan tido jelah sepanjang dalam flight haha.
 |
| Atas butter chicken, bawah chicken sandwich. |
 |
| Madinah from above |
Sekitar pukul 5.15 pm, kami tiba di Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport. Kalutlah solat jamak qasar asar dengan zohor sebab dah hujung-hujung waktu. Pastu terus ambil bagasi dan menuju ke bas. Seriously hari pertama ni perjalanannya sangat panjang dan penat ye.
 |
| Madinah International Airport |
 |
| Mutawwif tengah briefing aktiviti untuk hari esok. Masa ni pukul 6 pm (11 pm waktu Malaysia) |
Orang cakap suhu kat Madinah waktu bulan Disember ni sejuk sampai kena bawak baju sejuk bagai. Tapi aku rasa, suhu dia tak sejuk mana pun masa awal-awal Disember ni. Kecuali waktu subuh. Paling-paling sejuk pun around 13c which is tolerable lagi lah.
Kami stay di Hayah Plaza selama 4 hari 3 malam. Jarak hotel ni nak ke Masjid Nabawi sekitar 300 meter je. Bagi aku agak dekat jugaklah. Sampai-sampai hotel tu, terus makan sambil staff Andalusia tengah uruskan beg dan urusan check in kami.
Aku nak makan pun tak lalu tau, mengantuk nak landing kat katil jeee.
Btw, kami ambil pakej ekonomi je dari Andalusia ni. So dapat bilik berempat lah. Aku dapat sebilik dengan mak, kakak dan adik. Keluarga kakak aku duduk sebilik, manakala abang dengan abang aku akan bercampur dengan 2 orang jemaah lain.
Bilik dia tidaklah terlalu luas. Tapi bagi aku selesa je duduk berempat. At least ada space untuk bukak beg, ruang nak duduk lepak-lepak bersila. Bilik air pun okay-okay lah, selesa je. Berbeza sikitlah kalau nak dibandingkan dengan hotel kami masa kat Makkah nanti. Yang tu nanti kita citer lain.
Malam tu, memang takde solat kat masjid pun. Cadang nak pergi solat subuh pagi esoknya je sebab semua dah terlantar kepenatan, haha.
----------------------------------------------------------
4 Disember 2025 - Khamis
 |
| Awal jugaklah aku bangun kan. Padahal malam sebelumnya tidur nak dekat pukul 12 malam :p |
Seawal pukul 3.30 am aku dah bangun dan bersiap-siap untuk solat di Masjid. Subuh kat Madinah lebih kurang 5.30 am. Standard kat sini, kena datang awal sejam untuk solat di bahagian dalam masjid. Tapi kami terkeluar lambat sikit dari bilik. Pukul 4.30 baru nak gerak, makanya duduk kat bahagian luar yang payung-payung tu jelah. Biasalah pompuan kanss.
Cam biasalah, tempat solat perempuan ni biasanya jauh ke hujung dunia sikit lah. Tu pun ambil masa nak dekat 15 minit berjalan kaki. Belum citer lagi tengah confuse nak masuk ikut pintu mana. Seingat aku, pagi tu kami solat berdekatan dengan gate 13.
Rasa macam tak percaya akhirnya sampai juga aku di Madinah. Tempat dimana wafatnya Nabi kita, Rasulullah SAW. Kota ini penuh dengan sejarah dan kisah hijrah Nabi SAW. Penduduk Madinah pada ketika itu menerima kedatangan Nabi Muhammad saat baginda diusir oleh penduduk Makkah.
Aku jadi tak sabar nak pelajari sirah Nabi kat Madinah ni. Agak banyak jugak aktiviti ziarah sepanjang di Madinah ni walaupun masanya singkat je.
 |
| Subuh pertama di Masjid Nabawi. Time ni suhu agak sejuk jugak, bawah 20c! |
Akan bersambung di entry seterusnya.
sama laa ms batu smpi kena solat kat luar. pintu dah tutup😁
ReplyDeleteharitu tergerak lambat, banyak jalan dah kena blok. kena pusing jauhhh gila xD
Deletekite yg muda ok laa nk jln jauh. kesian kat org tua laa kan kena jln byk
Deletesimple betul inflight meal nya... dessert2 x de ke?
ReplyDeletetakdee. tapi asal kenyang pun cukup dah
Deleteooo ye ke... jrg inflight meal x de dessert..plg x pun biskut or kekacang
DeleteAlhamdulillah. Akak pun macam mazni juga masa pergi tahun 2017. Masuk Madinah dulu baru pi Mekah. Semuga ada rezeki lagi Allah jemput. Aamiin. Seronok kan.
ReplyDeletebest jugak sebenarnya masuk madinah dulu. nanti bila kita dah habis buat umrah n time nk buat tawaf wada' tu, barulah rasa the real goodbye kat mekah kan
Deleteselamat tahun baru..
ReplyDeletealhamdulillah...dijemput jadi tetamu Allah...seronoknya tgk.. moga satu hari MA pun dpt ke sana, in sya Allah
selamat tahun baru mummy ayu!
DeleteinsyaAllah, semoga kita semua sampai ke sini
Selamat tahun baru.. kenangan yang paling manis untuk tahun 2025... Seronok nya pergi semua..rezeki cucu tu, kecik² dah p umrah.. moga ada rezeki kak Linda juga nanti..aamin
ReplyDeletememang kenangan paling termanis utk 2025 ni :') tulah, rezeki anak sedara 2 orang dapat gi tanah suci. semoga ada rezeki kak linda n family datang kesini juga
DeleteSeronoknya dah berpeluang ke sana. Semoga ada rezeki juga 1 hari nanti.
ReplyDeleteinsyaAllah kak cie sampai sini juga one day :D
DeleteAlhamdulillah mudah-mudahan beroleh murah mabrurah utk Mazni sekeluarga 🤲🏻
ReplyDeleteRindu sungguh dgn Madinah 🥹
amin amin! madinah ni mmng akan buat kita sentiasa rindu!
DeleteSeronok baca entri Mazni ni. Alhamdulillah, satu keluarga ya, dapat pergi. Akak pun masa pergi umrah, turun Madinah dulu. Rindu betul rasanya. 🥰
ReplyDeleteya, angkut satu keluarga terus hehehe. best jugak turun kat madinah dulu ni
Deleteslmt tahun baru . alhamdulilah berpeluang bersama keluarga menunaikan umrah.
ReplyDeleteselamat tahun baru kak. alhamdulillah dapat juga jejak kaki ke sini
DeleteUncle sentiasa tengok update di IG story mazni tau...
ReplyDeleteyaa saya selalu perasan uncle rajin tengok!
DeleteMasyaallah... dapat pergi satu family ya Maz.. seronok tu semua ada.
ReplyDeletehaah ibu rawiwa, rezeki dpt pergi satu keluarga full camni. alhamdulillah :D
DeleteSubahanallah, tahniah, sejuk mata memandang damai melihat gambar kenangan yang sangat hebat..semua ini kurnia Allah ..Dia sayang kita sayang Mazni ..
ReplyDeletememang tenang sangat kota madinah ni cikgu. rasa tk percaya dpat jugak pergi ke sini
DeletePergi satu family rupanya. Alhamdulillah…tumpang seronok tengok Mazni travel ke sana sini dengan family.
ReplyDeletePenat sungguh ni, travel jauh, dapat tidur sekejap je. Syukurlah boleh jugak bangun pukul 3.30 pagi tu ya.
alhamdulillah, rezeki dapat pergi dgn kesemua family :D
Deletestandard kat sana memang tidur 3 jam je. paling lama pun dapat tidur 5 jam hahaha. nasib baiklah gagah jugak bukak mata nak pergi solat subuh
Seronoknya Mazni... Rindu sangat pada Madinah dan Mekah.
ReplyDeletesetiap orang yg pernah kesana mesti akan rindu kan..
DeleteMasya Allah, seronok baca pengalaman umrah ni. Terasa betul rasa teruja bila pertama kali jejak Madinah, apatah lagi dapat solat Subuh di Masjid Nabawi. Walaupun perjalanan panjang dan penat, cerita makan-tidur dalam flight tu buat saya senyum sendiri, memang realistik sangat.
ReplyDeleteHotel dekat dengan masjid tu pun rezeki besar, senang nak ulang-alik. Semoga ibadah umrah keluarga Mazni diberkati dan jadi kenangan manis sepanjang hayat 😄
Betul, hotel dekat dgn masjid memang rezeki sangat. Tapi bagi perempuan, masih perlu berjalan jauh sebab pintu solat muslimat lebih jauh berbanding lelaki 😆
DeleteSeronoknya Mazni...sampai dah kat sana ye...doakan akak, suami dan PZ ye..PZ nak pergi dan kami tengah mengumpul duit
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga pergi umrah!
Deletedari awal mazni berangkat, saya memang ikuti stories.... dan itu buat betul2 rindu lah nak balik ke tanah suci... ntah kapan bisa kesana lagi...
ReplyDeletedulu saya ke mekkah first, lalu trakhir madinah.. sempet ada diselitkan thaif. berharap kalau nanti umroh lagi, teringinnya mekkah dulu baru madinah... supaya yg wajib dulu selesai hahahaha
tq kak fanny, rajin view story saya sepanjang kat sana!
Deleterasa tenang sikit bila dah selesai yang wajib kan. kat madinah boleh relaks2, shopping dulu hahaha
Alhamdulillah....KSarie suka baca perkongsian tentang umrah dan Haji dengan harapan satu hari nanti KSarie akan dijemput ke Makkah dan Madinah. Keep on sharing ye Mazni. Nyaman hati KSarie membaca coretannya
ReplyDeleteinsyaAllah semoga one day ksarie sampai juga sini :D cerita masa on going!
DeleteAhhh terasa memanggil2 kota Mekah , seronok betul dapat ke sana. Kalau ke sana mesti tak lepskn peluang untuk berdoa dgn hajat yg besar!
ReplyDeleteMoga ada rezeki untuk kesana satu hari nanti. Nak jumpa nabi!
Antara tempat2 mustajab doa! Memang takkan lepaskan peluang
DeleteAndalusia ni memang dikenali. Owner pun dulu tak silap kerja kat Tabung Haji.
ReplyDeleteTrusted dan servis pun bagus sangat 😁
Deleteandalusia tu..owner dia org kg MZ ie yg bina masjid putih tuu
ReplyDeleteWahh hebat2 orang pantai timur ni!
DeleteSubahanallah..memang ke Mekah dan Madinah tu panggilan Allah kita jadi tetamunya..Subahanallah..
ReplyDelete