Sambungan dari --> Masuk ke Raudhah - Taman-taman syurga
5 Disember 2025 - Jumaat
Hari tu hari jumaat, so di belah pagi kami tak buat apa-apa aktiviti pun. Subuh tu kami gi solat subuh di Masjid. Pastu saja bergolek-golek lama sikit sebab nak tunggu sampai pukul 7 pagi, kononnya nak tunggu dome masjid terbukak.
Before pergi umrah tu, kawan aku cakap ada dome akan terbukak lepas subuh. Tapi aku taktau dome yang mana satu sebab lupa nak check tempatnya kat pintu berapa. So kitorang tunggu bawah dome ni, tak terbukak-bukak pulak.
Okay harini gagal tengok dome terbukak, kita try hari esok atau sabtu haha.
![]() |
| Aku ingatkan semua dome yang berbentuk macamni akan terbukak, rupanya ada di pintu tertentu je |
![]() |
| pintu masuk yang domenya tidak terbukak tu lol |
Keluar masjid, eh lawa pulak sunrise baru memunculkan dirinya. So posinglah beberapa keping gambar sebab cantik!
| Sobahul khair penduduk Madinah! |
Pagi tu kami cadang nak pergi shopping. Sebab petang japgi dengan esoknya ada aktiviti ziarah. Mana ada free dan easy time, kita selitkan aktiviti shopping. Balik hotel nak sarapan pagi dan pastu terus keluar.
Otw balik hotel tu, dah ada banyak shoplot yang bukak. Bagi aku awal jugaklah kedai-kedai kat sini bukak sebab biasanya kan pekedai-pekedai ni suka bukak pukul 10 am. Kebanyakkan di deret ni jual kurma, makanan macam kekacang dan the famous karak tea. Paling nak tergelak, pekedai-pekedai tu cakap,
'Kakak Malaysia masuklah sini. Ini kedai Fattah Amin tau'
Hahaha ngakakkk! Kau pandai-pandai je jual nama Fattah Amin kat sini ek! Tersedak member tu tiber je nama dia kena petik.
![]() |
| Peniaga duduk luar kedai untuk panggil customer. Semuanya fasih berbahasa Melayu |
Kaklong aku aim nak pergi kedai Everything 1 Riyal. Semua barang-barang kat situ berharga 1 riyal, tapi barang yang macam tasbih, keychain, magnet dan benda kecil yang lainlah. Aku macam tak minat sangat nak gi kedai camtu sebab bendanya boleh jumpa kat shopee je.
Souq Al Saha ni macam gedung beli belah. Di dalam ni ada banyak kedai-kedai dari jubah, souvenir, makanan, minyak wangi dan macam-macam lagi. Tapi bangunan dia ni macam style lama sikit, so takde escalator mahupun lift. Dan aircond disini macam tak rasa sangat, haha.
![]() |
| Tingkat 2 ni banyak jubah dan minyak wangi |
Everything 1 Riyal ni terletak di tingkat paling bawah dan duduk di hujung sekali. Hujung belah mana, aku pun taktau nak describe which hujung haha. Tau-tau sampai je.
Kat sini aku beli tasbih, keychain seketoi dan inai sikit je. Selain jual souvenir kecil berharga 1 riyal, owner kedai ni pun jual sejadah dan minyak wangi jugak. Sejadah yang dijual ni murah jugak, saiz kecil 5 riyal, yang besar 15-30 riyal. Siap boleh custom nama lagi.
Adik beradik akulah custom nama kat semua sejadah yang diorang beli tu. Berjanggut jugaklah tunggu semua sejadah tu siap.. Aku cukuplah beli sehelai untuk diri sendiri je, malas nak custom nama tu.
![]() |
| Everything 1 Riyal ni famous di kalangan penuh dengan orang Malaysia dan Indonesia je |
Ada jugak beli jubah kat kedai deret sini tapi.... Rasa cam mahal je walaupun kitorang beli banyak.... Ayat dia masa kitorang mintak discount "You ambil dulu, nanti saya kira murah-murah". Tapi bila nak bayar tu dia kira harga sama. Kita pulak tak perasan sangat, tau-tau je dah masuk plastik. Tang mana entah discount nya taktauu.
Design jubah yang sama, aku boleh dapat 60 riyal kat Mekah, tapi pak Arab Madinah ni jual 80 riyal. Adik aku pulak lagi kesian, jubah berwarna design plain je harga sampai 100 riyal. Agak tak puas hati jugaklah kat kedai ni. Sebab tu aku tak ambil gambar kedai tu sebab rasa menyampah hahaha.
![]() |
| Beli coklat dan kurma selang 2 kedai dari Everything 1 Riyal tu |
Pastu, aku tak tahu lah orang arab ni kalau meniaga macam agak pushy ke camne kan. Sebab kita masuk kedai jubah, or kedai coklat mestilah nak tilik bendanya satu-satu kan. Tapi bila kita tanya pasal barang tu, dia terus ingat kita nak beli tau which is annoyed sikitla sebab aku nak tahu harga je duluu.
Barangkali sebab diorang nak tutup untuk solat jumaat, itu yang pushy-pushy semacam je kot.
Then nak balik hotel, banyak jalan-jalan yang telah ditutup. Biasanya kami akan jalan kat perkarangan masjid lah untuk shortcut. Dia punya vibes solat jumaat di Madinah tu, melimpah sampai ke luar masjid. Sampaikan kat lorong kaki lima pejalan kaki pun orang solat di situ juga.
![]() |
| Semua jalan ditutup dan tak boleh cross. Kena pusing jauhhh |
Solat jumaat di Madinah dan Mekah memang kena sampai awal 3 jam untuk secure spot. Kalau datang lambat alamatnya solat di luar kawasan masjid lah. MasyaAllah first time tengok suasana macam ni!
Family aku yang laki-laki dapat solat kat belah rooftop.
Kat sini, perempuan pun join solat jumaat jugak. Ia sesuatu yang barulah untuk kita sebab kat Malaysia, solat jumaat ni wajib untuk lelaki je. So kalau waniter nak merasa pengalaman solat jumaat kat Madinah dan Mekah dipersilakan lah.
Tapi kami takde lah join sebab bagi aku, better bagi ruang pada lelaki yang wajib tu. Perempuan hukumnya sunat je.
![]() |
| Karpet pun depa bentang jugak biarpun di luar kawasan masjid |
Kitorang kan nak balik hotel, tapi banyak gila jalan kena blok. I kenot take it anymore lah sebab bawak barang shopping kemain banyak, pastu tolak wheelchair mak pulak. Hotel kami literally kat depan sikit tu je, so kami malaslah nak menapak jauh lagi.
Aku cakapla kat askar tu boleh tak nak cross je jalan ni sebab hotel kita betul-betul secoet depan tu. Pastu askar tu reply 'you cannot cross here, it's haram'.
Aku mulalah nak baran. Nak cross situ je pun... Apo kedekut sangat sampai menyusahkan kita kena jalan jauh. Aku cakap jelah kami dari Malaysia, and then tunjuk nametag kad yang ada tulis nama hotel untuk membuktikan yang kami memang betul-betul stay di situ. Pastu barulah dia bagi lalu.
Dia ingat kitorang ni nak ponteng jumaat la kot sebab beria betul macam taknak kasi kita balik hotel haha. Tapi perempuan-perempuan kat sana jatuh hukum wajib ke untuk solat jumaat? Semua orang arah ke masjid, kami je ke arah bertentangan.
![]() |
| Kepadatan after solat jumaat. Gambar dari abang |
Anyway, lepas solat jumaat tu kami ada ziarah jauh sikit dari Madinah yang perjalanannya sejauh 120 km. Lokasi ziarah ini betul-betul membuka mata kami dan secara tak langsung, refresh semula subjek sirah yang aku ingat ingat lupa tu.
Cerita ziarah tu nanti aku akan ceritakan pada next entry.















No comments:
Post a Comment
Nak komen apa? silakan~