28 Apr 2020

Lawatan ke Nasyrul Quran


Assalamualaikum

Salam Ramadhan kepada semua. Alhamdulillah dapat kita merasa Ramadan tahun ni walaupun ada sedikit kurang. Tapi takpe, banyak lagi aktiviti yang boleh kita lakukan selain tak dapat ke bazaar dan solat terawih. Boleh gunakan masa ni untuk perbanyakkan baca Al-Quran!

Cakap pasal Al-Quran, beberapa bulan lepas aku dengan kawan-kawan pergi melawat ke kilang percetakan Quran yang paling besar kat Malaysia. Nasyrul Quran ni adalah kilang percetakan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia selepas Madinah. So bangga ke tak bangga?


Bangunan ni dari luar memang besar. Nampak ciri-ciri islamik dia tu. And kat sini kalau nak masuk free je. Korang boleh tengok proses penghasilan Quran dari A to Z. Replika Quran kat dalam ni pun cantik-cantik coraknya. 


Before dia bawak masuk pegi lawatan, kena masuk dewan ni dulu sebab pihak diorang akan bagi intro dulu. Tapi sebab aku datang lambat, so tak dapat dengar :p Dalam 10 minit aje intro tu. 


Kat gambar ni diorang terangkan 10 step untuk hasilkan Quran guna tangan. Ni hasilkan guna tangan tau. Daripada proses melakar, scan, menyemak, menulis. Surprisingly, proses untuk menghasilkan sebuah mushaf Al-Quran memakan masa 10 tahun.

Aku pun terkejut bila dia cakap 10 tahun. Tapi bila fikir balik logikla, sebuah Quran je dah berapa mukasurat kan, nak kena tulis surah satu-satu, warna motif2 bunga kat Quran tu, pastu lembaran Quran tu diterap pakai daun emas asli. Nak buat semua benda-benda ni kena detail.

Bahagian ni putih bersih bersinar-sinar sangat, ahaha. 

Kat sini dia pamerkan contoh mushaf Al-Quran dari setiap negeri-negeri di Malaysia. Corak kat tepi Quran tu semua lain-lain bagi melambangkan setiap negeri. Macam kat bawah ni aku snap gambar negeri Selangor dengan Terengganu kot.

surah an-nas dan surah al-falaq


kulit Al-Quran yang bersalut emas dan tools yang digunakan untuk menulis Al-Quran


Yang ni pulak adalah contoh-contoh mushaf Quran yang ada di seluruh dunia. Ada banyak tapi aku ambil gambar ni je. yang dalam gambar ni ialah mushaf Fatimah, Mushaf Nigeria, Mushaf Mandarin dan Mushaf Palestine.


Kat sini bukan pamerkan pasal Al-Quran je, ada jugak dia tunjuk seni-seni yang bertemakan islamik macam jubin atau tembikar. Ukiran kayu pun ada gak kat sini.


Ini adalah bahagian production. Pelawat cuma boleh tengok dari atas je. Nak masuk kat sini ketat sikit, bukan boleh suka-suka masuk.

Sedikit perkara yang aku suka tentang kerja kat sini,
  • Staff yang akan terangkan semua benda yang ada sepanjang rombongan adalah pelajar-pelajar tahfiz
  • Hanya pekerja lelaki sahaja yang dibenarkan untuk bekerja di bahagian production, staff perempuan boleh kerja di bahagian-bahagian lain
  • Sebelum mula kerja production, solat dhuha akan dilakukan secara berjemaah
Worth it sangat lawatan ke sini. Banyak ilmu yang kita dapat. Aku amazed tengok kecantikan replika Quran yang dihasilkan kat sini. Before balik pun diorang bagi kita Yaasin free yang dicetak kat sini!

Thanks for reading!

22 Apr 2020

Qurantine Haul


Assalamualaikum 

Hii! Salam PKP yang entah hari keberapa~ How's your day? Masih bosan seperti selalu? 

Sepanjang PKP ni memang kita duduk je kat rumah tak keluar kemana-mana. Sampai satu tahap tu aku cakap dengan dinding, dinding pun cakap dengan aku jugak. Haihh punyalah tak produktif.

Bila dah asyik duduk rumah dan takleh nak kemana-mana ni, memang phone tu asyik selalu kat tangan jelah kan. Selain tengok drama korea, ada satu benda bahaya yang telah aku lakukan dan aku percaya korang pun mungkin buat benda ni jugak

YA, ASYIK SCROLL ONLINE SHOP! TAT

Eksited setiap kali abang pos parcel ada depan umah. Benar-benar pakej keceriaan xD


Orang kata PKP ni kita dapatla berjimat sikit kan sebab tak keluar kemana-mana. Tapi aku ni macam terbalik, tak habis-habis pegi beli itu ini ahaha memang jari ni tak reti duduk diam tau, asyik nak cuci mata kat shopeelah apalah. *nangis tepi bucu katil

Time PKP ni banyak betul yang buat sale. Harus jugakla aku beli. Ada yang beli dari Shopee, Instagram, Carousell, Lazada. Ehekk maafkan saya kerana tak dapat menahan nafsu :p

Stokin beli kat shopee dan Molang toys beli kat Lazada :p I suka kumpul cutie stuff 



I couldn't wait to give review for this 2 products especially Yello turmeric serum tu! Yello skincare is one of local product yang aku percaya sebab aku pakai. Ramai sangat orang review this serum, aku pun memang dah lama nak try. Even harga mahal sikit tapi it's okay sebab memang suka these skincare hehe.

What's your Quarantine haul? Banyak tak duit dah terkorban? :p

p/s: Selamat menjalani ibadah puasa. Biarpun Ramadan tahun ni sangat berlainan daripada yang sebelum-sebelumnya, semoga kita tetap memperbanyakkan amal ibadah dan rebutlah pahala sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini <3


16 Apr 2020

Membunuh masa di Tamarind square

Assalamualaikum

Korang pernah tak dengar pasal Tamarind Square kat Cyberjaya? Tempat ni merupakan Picturesque spot untuk photsohoot ke, OOTD ke. Setiap sudut tu aku rasa cantik! Walaupun kebanyakan bangunan kat situ semua kosong ja.

Aku teringin gak nak pergi sini sebab kalau ambil gambar mesti lawa. Tapi as yang aku cakap tadi, kat sini kosong je, tak banyak sangat kedai bukak. So kawan aku ajak makan kat situ dan kebetulan aku kena buat esaimen Video CV (ada upload kat youtube), makanya, this is the best spot untuk buat video xD


What i like the most is tempat ni nampak fresh sangat dengan daun-daun menghijau. Rasa boleh bernafas haha dan since ini kawasan baru, so tak ramai orang pun. Aku suka vibes kat sini cuma boring sebab dia takda banyak kedai sangatlah. But untuk ambil gambar, setiap sudut is a must!


Setelah berlecak-lecak badan serta asyik lupa script je time tengah shoot video, kitorang pun pegilah makan. Mula-mula kawan ajak nak makan kat korean chicken salut dengan cheese, tapi sebab portion dia nampak macam sikit pada aku, so kitorang try makan kat 10 Gram.


Decoration kedai sangat cantik dan selesa. And harga makanan pun affordable serta boleh tahan sedap sebenarnya.

Cube Toast - Rm 14.90


Aku nak mengakulah, aku tak pernah lagi pegi makan kat mana-mana pastu order dessert yang cantik-cantik macam ni. Sebabnya Aku tak berapa suka sangat makan benda manis dan kalau pegi kafe takkan boleh rasa kenyang kalau order dessert jekan haha.

Sebab aku teringin nak merasa benda manis yang nampak glams ni, so kitorang pun orderlah dan share dua. Harga dia not badlah, pada aku tidak terlampau mahal, penuh sepingan n food presentation dia pun cantik. Cuma aku tak tahan syrup/caramel tu manis T__T Ain't a sweet tooth.

Nasib baik share dua orang, kalau makan sorang mampus tak habis haha.


Aku order Mac n Cheese tu sebab tiba-tiba teringin pulak haha, price range RM16+ dan kawanku pulak cheezy chicken chop, price range RM22 - 23+. 

Honest review saya, makanan dia sedap. Macam mana korang makan kat kafe hipster, macamtulah rasa makanan dia. Bukan selalu kita lepak tempat-tempat camni, ehek. Menu yang ada kat sini pun agak banyak juga, nak menu nasi pun hadoo. Overall, saya suka je tempat ni n bercadang untuk repeat lagi hee.


Lepas habis makan kitorang pusing-pusing lagi ambil gambar, pegi BookXcess. Tangga kat atas ni aku gelar 'Elavator to heaven' sebab lawoo. Selalu tengok orang bergambar kat sini.


Singgah BookXcess sebab nak buat video CV, pastu sebab nak aircond ahaks. Aku pernah beli buku kat sini masa tengah buat sale, murah weyy and buku pun banyak yang macam best-best!



Siapa nak gi buat photoshoot kawin ke apa ke, marilah ke sini. Ewah giteww.

Thanks for reading!


6 Apr 2020

Proses Pelupusan Al-Quran di JAIS


Assalamualaikum

Masa sem lepas, kitorang ada subjek OSHA (Occupational safety & health). Kursus ni adalah untuk belajar mengenai safety policy di tempat kerja. Disebabkan kami ni course printing technology dan environment kerja adalah likely di kilang2 dan industri, kitorang dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk pergi lihat kilang2 mencetak al-Quran dan tengok prosedur dia.

So apa kena mengena lak dengan pelupusan al-Quran ni? Hahaha sebenarnya sebab group-group lain dah cop kilang cetak Al-Quran kat tempat lain, kitorang dah takde choice, pastu terpaksa bagitau lecturer nak pegi tengok prosedur lupus Al-Quran kat JAIS. Group weolls lain sikit dari group lain.

rumah pembakaran bahan Al-Quran, JAIS Kuala Selangor

18/10/2019

Kitorang pegi JAIS Kuala Selangor untuk tengok sendiri macam mana cara-cara untuk melupuskan Al-Quran. Bukan sekadar tengok, tapi kitorang tolong sekali. Ko tahu sepanjang haritu macam buat kerja part time kat JAIS tau, hitam habis muka haha! Tapi makanan semua freee, dari pagi sampai minum petang dapat makan sedap.

Kat sini juga terima bahan bercetak Al-Quran dari swasta, sekolah-sekolah agama ataupun orang awam untuk dilupuskan. harga dicas mengikut berat. 

Okey jom tengok cara-cara melupuskan Quran!


First step, carikkan helaian bahan bercetak Al-Quran supaya mudah nak dibakar. Untuk yang tidak berwuduk atau perempuan yang period seeloknya pakailah sarung tangan. 

Andd.. part yang paling 'best' sekali time bakar Quran ni secara manual. Bakar Quran ni masa matahari tengah terik, fuhh memang bahang sungguh. Tapi bahang lagi api neraka... eh?

Kitorang kena pakai penutup mulut sebab tak tahan dengan bau asap. Pedih juga mata terkena asap panas tu, MasyaAllah tak tahan saya tapi kitorang gigihkan juga bakar semua sampai habis sambil dibantu oleh ustaz-ustaz dan ustazah kat sini.


Disebabkan kami ni bakar bahan bercetak Al-Quran, kita kenalah tutup tong tu bagi mengelakkan abu-abu Quran tu berterbangan. Bab ayat-ayat suci ni perlulah mengikut prosedur yang benar. Tapi kalau abu Al-Quran tu terbang juga sebab tak dapat dikawal, maka ianya dimaafkan. And kalau abu tu melekat kat baju kitorang, just tepuk-tepuk je macam biasa.


Lepas dah bakar sampai jadi halus camni, kita akan kisar abu ni dengan simen untuk dijadikan bentuk bongkah/kiub.


Campurkan abu Quran, sedikit simen dan sedikit air. Pastu kisar macam buat kek. Aku paling suka part ni sebab macam puas bila kisar sampai sebati haha.  Lepastu kita akan keringkan mixture tersebut dibawah matahari. nak tunggu dia betul-betul keras ambil masa 3 hari. Lepas dah keras tu, terus bungkus masuk dalam stor dan bila tiba tarikhnya, kita akan bawa semua abu Al-Quran ni di laut untuk dilupuskan disana.


Selain pembakaran manual, ada juga cara pembakaran menggunakan relau. proses ni lebih mudah dan efektif sikit sebab gunakan mesin.

Caranya masukkan helaian bahan Al-Quran yang dah dicarik, kemudian nyalakan mesin tu dan ia akan bakar Al-Quran tersebut sampai jadi abu. Tapi instead of kita jadikan abu tersebut sebagai bongkah, bahan bercetak Al-Quran yang dibakar menggunakan mesin relau ni akan disalurkan ke bawah tanah(akan dicampur sedikit air) dan akan dimendapkan sedalam 7 kaki.

Proses ni leih mudah kalau nak dibandingkan dengan pembakaran manual yang memerlukan banyak tenaga.

Mesin relau

Dah habis buat kerja, kitorang main dalam penjara pesalah yang ditangkap khalwat, haha. Ustaz-ustaz tu kata nak bagi kitorang insaf sikit xD

18/12/2019


Hari yang ditunggu-tunggu telah tibaa. inilah masanya kita nak pergi ke laut untuk lupuskan bongkah Al-Quran tu. So basically, JAIS akan pergi ke laut pada setiap tahun dan kumpulkan semua hasil abu Quran dari setiap daerah di Selangor. Total untuk satu daerah ialah 10 tan if i'm not mistaken.

Abu2 ni dikumpul selama setahun sebelum dibuang ke laut and the cycle will repeat.

Btw, kita lupuskan Al-Quran ni dekat Pulau Angsa, Port Klang. Kami kena turun kat Pejabat Polis Marin Klang dan naik kapal polis marine. Haritu ustaz Kamal cerita, dah 3 tahun tak silap JAIS bekerjasama dengan polis marine untuk program pembuangan abu Al-Quran kat laut ni.


TADAAA! Inilah dia hasil bertan-tan abu Al-Quran yang dah dikumpul oleh setiap daerah JAIS yang terlibat!

Naik kapal nak ke sekitar Pulau Angsa ni ambil masa 30-40 minit jugaklah. Boat akan berhenti kat situ dan mulalah kita buang semua abu Al-Quran ni di laut.

Aku tanya ustaz, kalau abu ni buang dalam air dia still dalam bentuk pepejal ke. Ustaz kata bila abu ni dah dibuang dalam laut, terus dia hancur dan mendap dalam tu.


Adalah dekat sejam jugak kot kitorang settlekan pembuangan abu tu. Ramai staff-staff JAIS yang tolong haritu and btw, kitorang je budak UiTM. Perangai kitorang kena behave sikit duduk dengan orang-orang JAIS ni, haha.

Habis buang semua abu dalam laut, kena cuci kapal ni dan makesure jangan ada debu-abu Al-Quran ni yang tertinggal.


Terima kasih ustaz dan ustazah dari JAIS Kuala Selangor yang paling excited terima kitorang nak buat pasal proses pelupusan Al-Quran ni. Rasa bertuah tau dapat join program pembuangan abu Al-Quran ni kat laut sebab tak semua orang dapat tengok ni. Hihi great experience i must say! Alhamdulillah, banyak belajar benda baru, dapat juga sijil! Seronok gila!


Ingat ya, nak melupuskan Al-Quran perlu ada prosedur dan adab yang tersendiri ya :D