16 Aug 2023

Life updated

 Assalamualaikum

Kemain sangat life update kan, padahal blogger picisan entah siapa-siapa je.. Glamour pun tidak. Pageviews jangan cakaplah, sejak sekarang ni dah tak ramai orang guna blog, memang jatuh merundum teruk. Rindu era blog waktu dulu-dulu dimana bila kita tulis entry tahpape pun ada je yang baca dan comment.

Memandangkan kita telah berada di pertengahan tahun 2023, (cepat kan masa berlalu?) mungkin aku rasa nak buat recap tentang kejadian menarik/rutin baru dari awal tahun hingga kini. Kita buat summary jela sebab nak singkat-singkat jurr.


Pertama kali pergi konsert

Aku ni memang tak pernah pergi tengok mana-mana artis menyanyi secara live di konsert walaupun betapa minatnya aku dengan penyanyi tu. Tapi masa bulan Mac haritu adalah kali pertama aku pergi konsert. Tapi bukan konsert blackpink tau walaupun aku ni Blinks. Tak mampu tengok Blackpink dan serabut kat tempat yang terlalu ramai orang.

Aku pergi ke konsert Feby Putri, penyanyi dari Indonesia. Nama Feby Putri mungkin namanya tak se-gah macam Mahalini, Keisya Levronka, Rizky Febian, dan artis-artis Indonesia yang lain, tapi lagu-lagu dia semuanya kena dengan jiwa aku. Ala-ala lagu self-healing la. Aku kenal Feby Putri ni pun lepas pertama kali dengar lagu dia yang tajuk "Runtuh" feat dengan Fiersa Besari tu. Sejak dengar lagu Runtuh tu terus suka suara dia.

Memang seronok! Aku pun sakanlah menyanyi, dah memang hafal semua lagu-lagu dia kan. Tak vibe la Shielaaa kalau pegi konsert rakam untuk content je!


Pertama kali beraya tanpa opah di kampung

Tahun lepas pada 1/9/2022 opah pergi tinggalkan kami semua. Aku ada cerita dalam entry ni --> Recap 2022. Biasanya tiap-tiap tahun kitorang akan balik kampung 2 hari sebelum raya untuk Aidilfitri. Tapi tahun ni balik waktu raya kedua sebab ayah aku bertugas kat masjid. Balik kampung tahun ni sunyi je, sebab adik beradik abah pun ramai yang pergi beraya belah spouse diorang. Memang raya tak jalan sakan langsung tahun ni, banyak duduk kat kampung je.

Gambar before nak gerak balik Selangor, sebelum dibiar tinggal tak berpenghuni buat seketika.

Open House

Keluarga aku tak selalu pun buat open house, ni pun kami buat setakat panggil family dan jiran-jiran terdekat je. Malas nak jemput ramai-ramai. Jemput sikit ni pun berkicap bebb. 

Mak kata tahun ni last lah buat open house camni, renyah nak masak banyak-banyak. Nak harapkan kitorang anak-anak dia ni manalah power sangat masak banyak-banyak. Setakat tolong disebalik tabir bolehlah :p

Laksa, mee kari dengan rendang je air tangan ibuku. Satay belii


Lepastu kawan hiking jemput datang rumah dia untuk makan-makan. Sedap gila diorang buat nasi ayam and macam-macam lagilah. Pastu sebab dah lama tak jumpa kan, banyaklah jugak bercerita pasal plan-plan hiking diorang. Pastu baru tau yang sorang kawan aku ni travel solo kat pulau di Sabah waktu bulan puasa haritu xD Beliau takde update sebarang story kat Instagram langsung. Seronok la dengar cerita dia gerak solo.


Mula follow ilmu-ilmu kewangan

Aku dah aware pasal financial ni dari tahun 2021 lagi, tapi aku baru mula berdisiplin sejak tahun lepas. Tahun ni pula aku banyak follow akaun-akaun Twitter yang cerita pasal kewangan, baca buku pasal kewangan dan try hadam sikit-sikitla.

Haritu ada baca buku "Bergaji & Pokai" daripada Suraya Zainudin, penulis Ringgit Oh Ringgit. Ni pun sebab kakak aku yang rekomen blog RoR ni. Kakak aku pulak beli buku dia tu, kita ni tumpang baca jelah. Aku suka point dan isi dalam buku tu. Banyak tips-tips kewangan yang relevant untuk orang-orang yang bergaji biasa-biasa macam aku ni. Penulis takde pun judge/perli orang yang lambat mulakan simpanan sebab tak semua orang berada dalam kasut yang sama kan? Better late than never lah orang kata~

Semoga berjayalah untuk capai status financial stable suatu hari nanti.


Dah start buat 2 kerja

Lepas baca buku "Bergaji & Pokai" tu, dia ada highlight untuk tambah pendapatan dan jangan selasa mengharapkan duit dari satu sumber. Sebenarnya aku paling pishang cara-cara nak tambah pendapatan tula. Memang zaman sekarang ni orang cakap senang nak jana income. Cuma buat content, affiliate, bisnes online atau kerja-kerja online seperti data entry, freelancer etc. Yang tu confirm side income dia masyuk kalau kau pandai dan rajin. Even tulis blog ni pun sebenarnya boleh je dapat duit dengan adsense gitu.

Cuma aku sangatla tak reti bab-bab buat duit online ni. So aku pun buat cara lama, cari kerja part time kat kedai-kedai je. Memang dia tak sebanyak macam orang yang buat side income online, tapi bolehlah daripada takde kan. Mana tau nanti aku nak try buat freelance pulak ke? Saya kan grafik designurrr xD

Aku siap download apps yang boleh buat Gig Jobs secara online, end up tak reti guna sangat. Akhirnya menggunakan cara tradisional dengan mencari kerja part time melalui Facebook. 

Oh kerja part time ni aku start buat masa bulan puasa haritu, buat part time weekend je. Time raya aku stop sekejap dan bulan 6,7 dan 8 ni sambung balik. Penat sebenarnya sebab aku dah dikira takde cuti on weekend. Tapi kita yang pilih jalan hidup hustle ni kan, hadap jelah. So far okay je, kawan-kawan part time semua baik-baik.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dari segi kewangan...


Setiap minggu wajib masak bekal

Untuk melakukan penjimatan dan kurangkan membeli, tahun ni aku juga cuba konsisten untuk masak bekal tiap-tiap hari pergi office. Setiap hari aku dengan adik aku gilir-gilir masak. Apa yang kitorang bawak pun memang lauk-lauk simple yang kitorang reti buat jelah, kehkeh.

Rupanya seronok jugak ya masak bekal hari-hari pergi office ni. Rasa cam puashati masak sendiri walaupun menu kita taklah sedap macam kat kedai, at least improve jugakla skill memasak aku yang tak pro sangat ni. Kena rajin bangun awal.

Ada hari yang malas, kitorang beli jelah makanan luar.

Masak yang simple2 je sebab kitonya bukan pro sangat pun

Tiap-tiap minggu wajib training hiking

Dalam entry Kinabalu yang tak kesampaian ni, aku ada cakap yang tahun ni aku akan naik Gunung Kinabalu sekali lagi. sedar tak sedar minggu depan dah nak pergii! Kitorang dah start training Gunung ataupun bukit sejak lepas raya haritu. Better training 3 bulan sebelum la kan, biar tak kalut. 

Untuk sebulan terakhir ni, aku akan cuba training bawak load, sebab kat sana nanti aku nak angkat beg sendiri jekot. Last time pergi sana kena bayar RM90 upah porter. Tahun ni upah porter dah naik RM14 sekilo beg. Sebab nak jimat, aku akan cuba kurangkan load bawah dari 7 kg dan cuba angkat beg sendiri sampai ke Hostel sana.




Jejak kaki ke Genting Highlands setelah 15 tahun

Pertama kali aku pergi Genting masa darjah 4, now I'm 26 baru datang sini balik dengan family n bawak anak buah. Sebenarnya aku cam pelik jugakla bila tengok kat Tiktok, IG atau Twitter ramai je yang selalu pergi Genting. Ada yang tiap-tiap bulan kalau boleh mesti nak pegi Genting. 

Bila aku naik, sebenarnya takde apa sangat pun rupanya. Just shopping mall high-end brands dan taman tema dia je rasanya. Selain dari tu nak tengok benda-benda nature, bunga-bunga ke rasanya takdee. So lepasni kalau nak pergi Genting tu mesti datang dengan tujuan nak pergi main taman tema dia atau shopping beg Michael Kors kot. Kalau jalan pusing-pusing tak buat apa tu rasa macam bosan sikit. Cameron Highland lagi menarik. Atau mungkin kita ni dah tua?

Best part masa pergi Genting sebab ni jekot. Dapat tengok view cantik


Mencari air terjun

Mencari air terjun ni masih berada di bawah subtopik hiking jugalah. Tapi tahun ni aku pergi air terjun yang sebelum ni kami belum pernah pergi lagi dan pendakian dia agak jauh. Biasa pergi air terjun yang berjalan tak sampai 30 minit pun, kalini hampir 3 jam berjalan cari air terjun.

Nanti aku akan cuba update satu entry khas untuk air terjun ni. Oh tempat tu namanya Lata Medang, terletak di Kuala Kubu Bharu.

Sebenarnya banyak jugalah cerita, tapi mostly pasal hiking jelah. Cumanya aku ni malas nak buat entry untuk setiap satu cerita tu, maka aku compile kan jelah sekaligus kat sini. 

Sekarang ni bertarikh 16/8/2023, bermakna tinggal lagi 1 minggu tarikh climb date aku untuk ke Kinabalu. Duit trip semua dah buat full payment, barang-barang pun 90% dah lengkap, stamina dah 70% so far. Nervous youuu nak panjat sekali lagi. Harap sangat dipermudahkan!

Anyway terima kasih sudi baca entry ni. So far korang punya separuh perjalanan tahun 2023 ni macam mana? Ada discover benda yang menarik tak?