Assalamualaikum
Bulan June baru ni aku pergi hiking dengan adik beradik kat Gunung Datuk, N. Sembilan. Biasalah orang yang baru nak berjinak-jinak dengan hiking ni, kalau diorang ajak hiking kat tempat yang best-best tu aku ikutlah.
Btw, my first hiking kat Bukit Kutu, boleh baca kat sini.
Before subuh tu kami dah gerak dari rumah, solat kat rnr je. Sampai sana around 7 dan start mendaki 7.30 am. Gunung Datuk ni berketinggian 884 meter, berbanding Bukit Kutu haritu 1090 meter. Pelik gak yang tu asal tak panggil Gunung Kutu ea? hahahaha.
pintu masuk hutan |
Awal-awal trail ni sakit hati sikit sebab banyak batu. Tapi aku taktahu kenapa, hiking kalini aku rasa okay lagi berbanding masa kat Kutu haritu? Aku lajulah jugak kalini. Mungkin kita dapat semangat datuk kot hahaha. Yang pancit teruk is adik dengan kakak aku. Adik aku siap muntah lagi.
Btw dalam setengah jam kitorang baru hiking tu, tiba-tiba hujan turun lebat gilaa. memang lebat betul sampai mengalir air lumpur tu kaler macam air teh tarik xD Kasut baju tu memang dah bye-bye, lencun teruk. Dan aku pulak takda bawak raincoat atau baju hiking waterproof so yeah. Sejuk ya.
Setelah hampir 2 jam, sampailah kami di puncak. Nak naik puncak dia tu ada disediakan tangga which is tangga tu sangat stable dan tidak meyeramkan.
Target kitorang sampai awal ni sebab nak tengok awan karpet. Tapi masa tu kan baru lepas hujan, so kabus tebal memang tak nampak apa langsung. Rasa macam di alam lain haha. Boleh tengok gambar kat bawah ni betapa putihnya pemandangan di belakang ituu.
gembira sebab dah berjaya sampai puncak, tapi sedih sebab mana viewnya?! |
Dah datang dari jauh, dah naik tinggi-tinggi, takkanla ambil gambar nak berlatar belakangkan background kabus putih je kan, baik aku gi studio je camtu haha. So kitorang pun lepak-lepaklah kat atas tu walaupun agak ramai orang. Tapi suhu kat atas tu sejukk macam bukak aircond. Rasa nak tido je hehe.
Lepastu, kabus-kabus ni beransur pergi, maka pemandangan cantik pun mula menampakkan dirinya. Masatu semua orang macam "wow wow cantiknyaa". Rugi siapa dah dah terturun awal tadi, tak sempat tengok. View lawaaa!
Lepas dah puas duduk kat atas tu dan bergambar, kitorang pun turunlah sebab nak kasi peluang kat orang lain pulak kan. Lagipun nak balik cepat.
Okay bab nak turun ni sumpah cakap, paling hauk sekali. Naik takde masalah bagi aku, turun ni sakit gila ya. Sebab baru lepas hujan, so tahu-tahu jelah licinnya macam mana. Aku banyak kali tergolek. Kaki aku cramp masa nak turun tu, dahla banyak batu, dengan nak kena brek kaki lagi. Aduuhh nak pengsan saya.
Batu-batu tu bila tengah mendaki memang macam takde masalah sangat, bila nak turun tu nak kena hati-hati time pijak. Langkah pun kena besar. Senget-senget dah kaki i. Nasiblah hiking time cuaca hujan kan.
Yang bestnya, kitorang ni hiking hari ahad pastu esoknya kena kerja. Aku nak naik dan turun tangga office amek masa 1-2 minit ya hhaha serius sakit sangat kaki sebab effect turun tu T__T
Done with second hiking. Aku dah jatuh cinta dengan hiking ni and looking forward for more! Next katne pulak? Anyone boleh suggest? :D