25 Feb 2014

Tutorial lukis doodle style saya


Assalamualaikum

Ada orang pernah tanya, macam mana aku lukis doodle untuk buat komik. Ini tahun lepas punya soalan ok, tapi baru sekarang nak buat tuto. Aku rasa ramai yang dah tau, tapi apa salahnya nak share kan? Tutorial ni 2 in 1 tau.

Step 1;
  • Lukis doodle atas kertas menggunakan pen. Aku selalu guna pilot drawing pen atau stabilo visco.
  • Scan lukisan menggunakan printer 
hasil setelah discan
  • After scan, bukak photoshop. click file > open > pilih gambar doodle yg dah discan.
  • Warna doodle guna paint bucket tool
  • Click pada kotak yg aku merahkan tu.

Dah siap~ cuma lukis, scan dan warna je.  Ini style aku lukisan doodle cara pertama

Step 2;
  • Scan lukisan macam step 1 tadi
  • bukak paint tool SAI, click open > pilih gambar yg dah discan tadi
  • Sekarang kita nak lukis line pada doodle. Rujuk gambar Kat bawah ni.

  • Buat line curve ikut bentuk doodle yang korang dah lukis tu. Buat kemas-kemas dan pastikan semua garisan dah disambung sepenuhnya.

  • Tekan layer 1 dan padam garisan pada layer tersebut. Rujuk gambar.

  • Lepas dah rasa doodle tu kemas, tekan file > save as > choose type as png. 
  • Lepas dah save, boleh warna doodle tu guna SAI atau photoshop
freebies

http://i.imgur.com/i3shqDo.png
Done in paper, SAI and photoshop! :)

Sekian, assalamualaikum




16 Feb 2014

Nak baca doa pun susah ke?


Assalamualaikum
Ini situasi biasa yang aku selalu nampak kat perhimpunan sekolah. Bila pengawas baca doa, ada jugak yang susah sangat nak tadah tangan tu untuk berdoa. Pantang jugaklah aku tengok orang macamtu. Lagi-lagi bila tengah baca doa, dia bergossip.

For me, bila tengah baca doa tu bersungguh-sungguhlah sikit. Ini tidak, baca doa main-main. Dia pergi cuit kawanlah, baca doa sambil bergoyanglah, buat benda lainlah.. Kalau macamtu lah gamaknya, macam mana Allah nak terima doa kita? Berdoa nilah peluang kita untuk memohon sesuatu, nak mengadu segala-galanya pada Dia. InsyaAllah kalau kita bersungguh-sungguh, Allah akan kabulkan doa kita. :)

sekians, Assalamualaikum~

5 Feb 2014

Boleh ke sekejap berpurdah, sekejap tanggal?


{entry autopublish je ni}

Assalamualaikum
Kadang-kadang selalu jugak aku tengok orang tu sekejap pakai purdah, sekejap tanggal. Persoalan disini, boleh ke buat macamtu? Apa yang aku tau, bila dah pakai purdah ni bukan boleh tanggal sesuka hati. Dan kat bawah ni aku printscreen jawapan Ustaz Azhar Idrus dari fb. Harap bermanfaat


Some of people yang aku nampak, ramai yang suka berpurdah kerana nak nampak cantik. Salah bila kita niat macamtu. Ada juga yang selalu upload gambar berpurdah dalam facebook tapi kat luar sebenarnya tak pakai pun. Itu main-main namanya. Ada juga yang pakai purdah sebab nak sorokkan sesuatu. Itu lagi main-main.

Purdah tu pakaian yang baik, jangan jadikan ia sebagai aset kecantikan atau nak berselindung daripada sesuatu. Sebab tu kalau nak pakai purdah kena fikir betul-betul. Kalau boleh istiqamahlah, dan yang paling penting ikhtilat kena jaga, akhlak pun kena jaga juga.

Sekian, Assalamualaikum