15 Jan 2015

Ramyun dan susu pisang


Assalamualaikum!
*KLIK *KLIK *KLIK

Harini aku mintak cuti kerja. Sebelum balik semalam aku singgah kat Jaya Grocer jap sebab nak cari ramen korea dengan susu pisang yang sering diperkatakan oleh orang ramai tu. Dah lama aku mengidam nak rasa ramyun dengan susu pisang ni. Kemain susah gila nak cari ko tahu?

Dan.... TADAAAAA! Jumpa jugak! Inilah dia ramyun korea keluaran Nongshim. Shin Ramyun!
         

Macam yang dah tertera kat situ, ada logo halal. So yeayyy, selamat dimakan!

Makesure kena ada logo halal. Sebab ada ramyun yang jenama nongshim ni tapi tak halal. Yang tak halal tu tak silap aku ada gambar daging. Kalau yang aku makan ni ada gambar cendawan dengan sayur je, no meat-meat. So kena telitilah gambar kat bungkusan tu betul-betul..

Mee ramyun ni besar gila and rasa dia quite spicy for me yang tak berapa tahan pedas ni. Tapi still sedap! Kenyang jugak makan sebab mee dia kenyal-kenyal sikit. Jadi hot tau bibir aku lepas makan benda ni hahaha.

Ok dan ini pula adalah encik banana milk yang sangat dikasihi. Tapi sayangnya dalam bentuk kotak.. Kita nak bentuk botol.. :(

Susu pisang ni mahal gila. Size dia lebih kurang macam dutch lady school tu, tapi harga sekotak sampai RM3.50. Pehh kalau aku beli air dutch lady 2 kotak pun lepas.

Bagi aku susu pisang ni rasa dia biasa je. Tapi bila dah lama-lama minum tu rasa macam ketagih nak minum lagi. Khasiat yang ada kat pisang ni buatkan aku bertenaga. Taktaulah kalau orang lain rasa sama macam yang aku rasa, hehe.

Susu ni ada 2 periasa. 1 pisang, 1 lagi strawberi. Yang perisa strawberi ni familiar sangat dah. Sebijik macam rasa dutch lady strawberi tu haa. Kalau kau suruh aku pilih antara 2 tu mana yang lebih sedap, aku pilih pisang. Sebab rasa dia ada kelainan sikit. Sebelum ni mana pernah ada susu pisang jenama lain. Tu pasal eden lebih terpikat dengan perisa pisang.

Setiap kali sebelum balik kerja dengan muka tak malunya aku hanya grab sekotak susu pisang yang harganya tak sampai RM5 sedangkan harga macam ni layak dibeli di kedai runcit je, bukan didalam pasaraya yang orang ramai beli barang-barang dapur sampai berpuluh-ratus ringgit tu. Hahaha who cares? Biar cashier tu ingat sikit muka adik yang selalu sangat datang beli susu pisang ni.

Thanks for reading! Byee Assalamualaikum.

7 Jan 2015

Hadiah awal tahun


Assalamualaikum

Dah seminggu tahun 2015 berlalu, aku masih tak wish selamat tahun baru. K dah taknak wish selamat tahun baru sebab dah lewat seminggu. 

Btw tak percaya umur dah 18 tahun. Rasa macam minggu depan aku kena pergi sekolah je. Buku-buku dengan kertas latihan tahun lepas yang bersepah tu masih tersergam indah lagi kat dalam rak buku aku. Punyalah baloq liat gila nak mateyy nak kemas sampai mak aku pun label aku pemalas gila nak mateyy.

Ok sempena awal tahun 2015 ni aku dah dapat 1 hadiah dari Kak Farah sebab join GIVEAWAY NI. Memang terharu sangat sebab minggu pertama tahun baru dah dapat hadiah yang comel. Rezeki awal tahunlah katakan :D 

Benda ni sampai hari isnin haritu sebenarnya, tapi baru nak update sekarang. Mana taknya balik kerja sampai pukul 10 malam. Memang idoklah eden nak jenguk peti surat tu. Ni pun adik yang tolong ambilkan. 

Terima kasih kak Farah untuk magnet yang comel ni! Elok je dia melekat kat peti ais tu. Bertambah koleksi magnet kat rumah.


Maka dengan ini, daun maple pun bahagia bersama dengan kawan-kawan barunya di peti ais.
The end.

Kahkahkah!

P/S: Terima kasih jugak utk note card Jasper tahun lepas. Tak dapat update sebab tak bukak blog sampai habis SPM, hehe.

Thanks for reading!