17 Jan 2026

Adopt kucing jalanan

Bulan September 2025, aku kutip sekor kucing dari tempat kerja untuk dijadikan my forever cat. Everyday dia selalu datang office, akulah tukang rajin bagi makanan. Pastu dia ni terlalu manja, suka ngendeng dengan manusia.

Tak sampai hatilah tengok kucing yang manja, baik camni duduk kat area ofis yang banyak anjing tu.. Kalau hari cuti, nanti dia ni makan apa lah.. Kitonya lemah semangat sikit bila melibatkan kucing ni, huhu.

So aku pun decide untuk bawak balik rumah je. Aku namakan dia Sora. Seekor kucing betina yang umurnya sekitar setahun gitulah.

muka masa awal-awal kutip. Comot dan bulu berguguran macam ada penyakit leukemia

Sebenarnya kat rumah aku dah ada 2 kucing. Before nak kutip budak baru ni, wonder jugaklah macam mana penerimaan anak-anak aku kat kat rumah ni. Especially anak sulung yang tersangat diva tu, Minisu. Dia tu pantang sikit dengan kucing lain, mesti nak marah-marah. 

Kucing yang dia boleh terima cuma adik dia je, namanya Sol. Selain dari Sol, memang dia tak suka!

Kau nak kutip kucing baru?? Sini, hadap kaklong kawasan dulu! - Minisu
Kucing perempuan ke? Dia bising tak? I tak sukala kucing hingaq ni -Sol

Seperti yang umum sedia maklum, bela kucing ni adalah komitmen. Kucing ni umpama anak kita which is kena sediakan makanan berkualiti, sakit bawak pergi klinik, barang-barang keperluan dia macam makanan, pasir, supplement pun kena beli. Malah berak pun kita yang kena cedok.

Kerja dorang? makan tido berak terbongkang dan suruh kita cari duit untuk dia. Untuk budak Sora ni, aku perabis almost RM400+ untuk dia saja. Kat bawah ni aku listkan senarai harga dan prosedur membela kucing kutip ni.

Step pertama waktu baru kutip dia, bawak pergi vet untuk doktor check dulu. Since Sora takde flu atau bersin, doktor cuma bagi ubat kutu dan ubat cacing je.
- Deflea & Deworm = RM45

Lepas dah deflea dan deworm, 2 minggu kemudian baru boleh hantar untuk vaksin. Untuk kucing yang baru dikutip atau baby kucing yang dah berusia 6 bulan, mereka akan divaksin 2 kali tau. Vaksin pertama ni untuk kuatkan diorang punya immune.

Sementara tunggu gap nak hantar pergi 1st vaksin tu, aku hantar budak ni pergi grooming botakkan bulu. Dahsyat sangat keguguran bulu dia ni, so request nak buat lion cut dan mandian medicated. 
Medicated bath & Lion cut = RM105

Muka bengkek je setelah ditogelkan

Then kena tunggu sebulan gap untuk proceed vaksin kedua pulak. Proses nak deflea, deworm dan settlekan 2 kali vaksin ni makan masa almost 2 bulan jugaklah.
- Vaksin (Klinik Dr Hawa) = RM19 x 2 = RM38

Dann, last step yang paling ditunggu-tunggu adalah mandulkan dia. Klinik Dr Hawa Vet yang aku biasa pergi tu, slotnya penuh sampai hujung bulan November. Lepas dah mandulkan, kena kurung dalam sangkar selama 2 minggu dan monitor lebih sikit. 

Aku dah tak sanggup nak tunggu lama lagi sebab memang nak settlekan sebelum masuk bulan Disember. Nanti kesian budak ni kena berkurung dalam sangkar lama sangat.

So bawaklah pergi klinik yang tak ramai orang. Harganya pun cuma extra RM20 daripada klinik Dr. Hawa tu. So, okay je. Hantar mandul, kena tinggal kat sana 1 malam. Total mandul RM120.

Untuk cara penjagaan kucing mandul, aku pernah share kat entry ni --> Mandulkan kucing dan penjagaannya. Pasir pun kena pakai jenis kertas dan yang tak berhabuk. kena pakaikan collar cone jugak untuk dia tak jilat luka operation tu.

Pakaikan pet collar dengan bengkung. Yang bengkung tu, sendat sangatlah pulak
Pakaikan baju, terbesar sangatlah pulak. Maleh aku

Total yang aku senaraikan di atas adalah RM308. Tapi ada lagi kos-kos tambahan beli barang-barang dia. Lepastu hantar pergi boarding untuk several days jugak. itu yang cecah sampai RM400. Tapi aku sangat bersyukur sepanjang proses nak mandulkan dia ni takde apa-apa masalah macam tengah bunting ke, atau jahitan operation terbukak.

Kalau tak, lagi kena cas mahall.

Penerimaan kucing-kucing di rumah

Minggu pertama masa baru lepas kutip budak ni, memang kakak dengan abang dia asyik marah-marah je. Si Sora ni sampai terkencing dua kali kat dalam rumah sebab terkejut tiba-tiba je kena herdik, kena tampar. Haha kesian tau!

Masuk minggu kedua, Sol dah boleh duduk makan sekali. Boleh bau-bau, cium cium. Tapi si Minisu kaklong kawasan tu masih marah-marah lah. Kalau boleh memang taknak tengok langsung muka si Sora ni. Kalau terserempak pun, kena duduk jarak 1km dari dia barulah okay, haha.

Makan pun kena ada gap

Lepas sebulan lebih gitu, barulah kakak dia ni macam okay sikit. Boleh duduk dekat-dekat, tapi ada masa dia marah jugak. Dan Sora pun sekarang dah berani melawan kakak dia.. Pening kepala aku

Mata bertentang mata, pastu mulalah nak gaduh

Anyway, aku sangkakan Sora ni sopan dan solehah. Ternyata setelah bawak balik rumah, dia sangat aktif, kuat menggigit dan kuat mencakar. Tak provoke dia pun tiba-tiba kena gigit! Memang hari-hari dia wajib bergaduh dengan aku tanpa sebab.

Buang kat tepi jalan kang baru tau!

Ini gambar 2 hari lepas. Tidur terbongkang macam bahagia sangat je. Perut pun dah nampak buncit

Semoga Mazni sentiasa murah rezeki untuk jaga semua anak-anak bulus dia!


48 comments:

  1. Hari tu ada cubaan menyelamatkan anak kucing baru lahir yang ditinggalkan ibu sebab jatuh dalam longkang. Seminggu lebih juga anak cuba menjaganya masa cuti sekolah tapi tak berjaya. Hari ke 8 dia mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau baby kucing memang chance untuk survive tu susah sikit. lagi2 yg baru lahir..

      Delete
  2. Sedihnya tengok kucing. Sebab takde kucing nak datang rumah Cuya.
    Berangan one day nanti ada rumah sendiri nak bela kucing.
    Dulu2 selalu gk ada kucing datang rumah, sekarang je takde sebab kita kawasan kg tkde kucing sngt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat area kampung memang susah jumpa kucinglah.... kampung saya kat perak tu pun sama

      Delete
  3. Aamin² untuk doa mazni..
    Kak Linda ok je Ngan kucing, cuma belum sampai tahap nak membela.. malas la yang paling beso.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nak membela kucing ni mmng menyusahkan diri sikitlah. last week rasa nak patah pinggang pergi mandikan 2 ekor kucing n bawak gi klinik xD tapi sebab saya memang crazy cat lady, demi kucing saya sanggup je

      Delete
  4. Aamiin 🤲🏻
    Doakan utk Akk juga... Rumah kitorg selalu jadi spot stray cat datang. The latest one, anak kucinh. Sesat kot.

    ReplyDelete
  5. moga jadi asbab ladang pahala sbb berbuat baik dgn haiwan. MZ suka kucing cuma tak leh bagi komitment sbb tak sanggup nak uruskan najis kucing dan tak tahan bau najis tu jugak...so the best i can do...bila ada kesempatan, gi main2 dgn mana2 stray cats dlm uia tu sambil bg wetpud hehheh tp lately lama dh tak main2 dgn kucing sbb my kucing angkat kat AIKOL dh hilang...tak tau gi mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn! tak semua orang sanggup bela kan sebab komitmen. lagi2 kalau time balik kampung or travel, jenuh kena cari hotel kucing pulak kan. tapi bagi makan dan santuni stray cats pun dah okay. at least takla dia berlapar seharian :D

      alaa sedihnya.. selalu jugak MZ post pasal kucing2 kat AIKOL tu. haraplah tak kena buang ke apa :(

      Delete
  6. Kalau kucing tidur tunjuk perut tu memang dia dah selesa sangat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ni memang taktau malu sikit kak ezna, hihi. pastu kadang2 kacau orang solat! terlebih selesa

      Delete
  7. Semoga murah rejeki Mazni, membela kucing jalanan di samping kucing-kucing yang sedia ada. Makin sihat si Sora tu. Si Minisu tu lawa, macam pakai celak matanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn! Sora tu kuat makan. ni latest berat dia saya tak check lagi dah naik berapa gram. lepas mandul biasanya kucing makin mok2.

      minisu memang lawa, sebab tulah dia berperangai diva. YIH!

      Delete
  8. uoh kucing pn ada yg mandul ye...kt umh ni ank akak mmg pencinta kucing...dlu byk sgt la lps tu byk dh mati...ada yg kena langgar..melalak la ank akak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mandul supaya kalau dia kat luar, nanti balik umah tak ngandung 😛

      Alaa sian tisya. Sedihnya kalau kucing mati kena langgar..

      Delete
  9. Tak kenal mata tak cinta kan? Kucing memang ada yang ambik masa nak suai kenal.

    Wonder... Sol tu nama penuh dia apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dah 5 bulan, minisu masih tak boleh ngam dgn adik baru.

      Asalnya nak buat nama dia soul (jiwa) tapi last2 jadi sol je haha. Kalau versi panjang, Ahmad Sol-leh

      Delete
  10. Hahahahahahahaha, I feel youuuu mazniii 🤣🤣🤣. Itulah yg saya hadapi juga ketika adopsi lucky, kucing paling bungsu di rumah. Duluuu manja sangat, skr pun manja, tp siap gigit kalau lama siapkan makanan dia 🤣🤣.

    Saya sukaaa Krn Mazni pun pro steril. Saya kalau utk kucing2 yg saya pelihara indoor, memang wajiiib steril. Demj kesehatan mereka juga. Kalau yg kucing stray, tp sering mampir rumah, saya tak steril. Tapi kalau ada rezeki bolehlah nanti saya bawa.

    Kucing sayapun butuh waktu utk terima lucky waktu itu. Sampai skr ada 1 ekor yg tetap ga bisa terima ,JD tiap lucky mendekat, mochi langsung hissing.

    Tapi kdg lucky nakal, tetap aja dikejar mochi sekedar buat dia marah 😂😂🤣

    Memanglah kan, kucing2 ini buat kita happy dengan tingkah mereka 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam kena tipu kan. Awal2 before kutip, sopan betul. Dah bawak balik rumah habis keluar segala akhlak buruk dia!

      Kucing saya kategori outdoor. Saya mmng akan bawak gi vaksin tahunan every year. Deflea and deworm setiap 2-3 bulan skali. Bagus bila steril kucing ni, diorang tak mudah sakit teruk. Badan pun demok.

      Samalah kucing saya kak. Dah 5 bulan hidup bersama, kakak dia masih tak suka adik baru ni haaa 🤣 asal jumpa je hissing. Tapi kadang2 adik dia ni pun pandai dah provoke si kakak.

      Nanti cuti raya aidilfitri nak kena hantar diorang pergi hotel, duduk kat bilik yg sama. Taktaulah camne keadaan diorang nanti 🤣🤣

      Delete
  11. Setuju.. nak jaga kucing ni mmg satu komitmen yg kena ada displin dan wang ringgit.. setakat beli bgi makan sahaja mmg tak cukup..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah…seronok rasa bila tengok kucing jalanan ada yang ambil. Untung Sora dapat jadi ahli keluarga Mazni. Moga Allah murahkan rezeki Mazni.

    Gelihati baca caption gambar Minisu dan Sol 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sampai hati biarkan dia kat kawasan tmpt kerja tu. Sebab terlalu manja dan suka ngendeng dgn human.

      Haha minisu tu gangster tau! Sol pulak jenis malas layan siapa2.. suka buat hal sendiri je

      Delete
  13. Hebatnya kasih sayang ..subahanallah..saya tabik hormat orang yang jaga kucing dengan baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taktaulah saya jaga ni terbaik ke tak. Yg penting saya takkan biarkan dorang berlapar dan sakit :D

      Delete
  14. Comelnya kucing2 Mazni siap berbaju tu. Sora haha tidur lena betul tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai baju sebab baru botak bulu. Taknak bagi dia lick badan

      Delete
  15. sy setuju dgn fakta bela kucing tu adalah komitmen... mcm jiran kat rumah mak sy baru² ni kucing dia warded, sakit apa entah, kos dh 3K lebih at last mati jugak.. bak kata pak haji tu, habis sebulan wang pencen dia nk bayar ongkos klinik kucing.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jugak camtu. Sanggup berabis duit utk kucing, sbb dorang ni dah macam family kita. Lagi2 yg jenis dah jaga lama

      Delete
  16. Amboi Sora dah jadi kesayangan ye. Tuh yang sampai tidur terbongkang dengan perut muncit tuh ye. Siap pakai baju cantik ye masa. Kesayangan satu keluarga Mazni juga la ye deme ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kalau tidur memang buruk sikit 🤣 haha baju tu pakai masa lepas botakkan bulu je.

      Minisu dgn sol semua dalam rumah ni sayang. Sora ni, masih belum diterima sepenuhnya oleh seisi keluarga sbb dia nakal 🤣 asyik kena marah je

      Delete
  17. Hehe, memang comel betul kalau kucing boleh duduk manis di kerusi mobil.
    Kalau aku pun mesti rasa was‑was, takut tiba‑tiba dia buat “uji coba” kuku pada joknya 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun dia takut2. Kali pertama naik mobil kann 🤭

      Delete
  18. Allahuma Amin.. didoakan panjang umur murah rezeki.
    Sora!!! dah terpaling bahagia tu.
    Setuju bela kucing adalah komitmen bukan hobi semata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha terlebih bahagia sangat!
      Once you adopt a cats, there's no turning back :p

      Delete
  19. Nampaklah Maz ni sangat menyayangi kucing. Banyak rupanya ya prosedur nak adopt kucing,. mungkin duduk bandar. Kalau kat rumah akak agaknya kucing datang bela gitu je.. tapi takde lah akak nak bela. Jenis malas nak berleceh-leceh. Cukuplah menjaga kucing masa kecik dulu huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling leceh nak jaga masa mandul tu la. Lagi2 sora ni aktif, risau je jahitan operate tu terbukak

      Delete
  20. Amboi. Terbongkang si meow tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak senonoh gaya tidur dia tu. Nama je perempuan hahaha

      Delete
  21. abam sol buat muka kerek tu i is cannottttt hahahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. muka dia memang camtu kak, muka malas nak hidup hahaha

      Delete
  22. lepas adopt laa oyen... lagi havoc kat rumah tu nanti hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kucing oyen kat belakang rumah.. hari2 bagi makan. tapi tu oyen version baikk. cuma skrg di tgh sakit kurap, nak bawak pergi klinik tapi kewangan tgh tak mengizinkan lagi huhu

      Delete
  23. Moga tambah rezeki Mazni, dapat jaga bulus dia dengan baik. Kami ada seekor jew, kucing peliharaan Firdaus berat 5.1kg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uihhh beratnya 5 kg! Kucing saya nk capai 4 kg pun susah....

      Delete

Nak komen apa? silakan~