Assalamualaikum
Untuk entry ni aku akan share checklist barangan dan persiapan yang diperlukan sebelum mendaki ke Kinabalu.
Kelengkapan hiking
- Hiking stick (Nak sewa kat sana pun boleh juga, RM10 je)
- Seluar hiking at least 2 helai
- 2 helai baju (better jersey kerana ringan dan mudah kering)
- Poncho / windbreaker / rain coat (jangan beli poncho murah yang macam plastik sampah tu tau, tak function) WAJIB
- Puffer / winter jacket (Aku guna ultra light down jacket uniqlo. Ringan n bila lipat tak gemuk sangat) WAJIB
- Glove (untuk pakai time summit sebab banyak pegang tali, beli water resistant punya) WAJIB
- Heattech / thermal layer WAJIB
- hotpack (beli daiso RM5.90 dapat 6 pax) WAJIB
- Stoking 2-3 helai WAJIB
- Kasut hiking yang grip bagus WAJIB
- Headlamp WAJIB
- Tag nama (akan dapat di Kinabalu park. Benda ni umpama IC di atas sana) WAJIB
- Backpack WAJIB
- Air WAJIB
- Buff/mafla (untuk tutup mulut dan hidung jika tak tahan sejuk)
- Beanie (jika nak tutup kepala kerana tak tahan sejuk. Tak wajib)
- Knee guard
- Backpack cover (untuk lindung beg dari kena hujan)
Barangan keperluan
- Phone, charger, powerbank
- Phone cover
- Ubat dan berus gigi, pencuci muka, skincare
- Tuala mandi
- Kain lap peluh
- Bucket hat (untuk bergaya ewah)
- Sandal/selipar (ini tak wajib pun tapi mudah untuk aku nak gi turun makan, keluar bilik sekejap-sekejap tu)
- Kelengkapan solat (di Panalaban ada tempat solat. siap disediakan telekung juga. Nak mengaji pun boleh, siap ada quran yassin lagi hahah)
- plastik (untuk simpan baju kotor)
- Emergency blanket (bagi yang tak tahan tidur dalam cuaca sejuk)
Tips
- Untuk tidur malam tu, pakai baju summit yang nak dipakai esok sahaja. Tak payah bawak baju banyak-banyak. Tidurlah dengan 3-4 lapis baju ye sebab memang sejuk gila. Aku pun takleh tidur malam tu sebab tak tahan
- Kalau tak tahan sejuk, disarankan tampal hotpack banyak-banyak kat badan tu. Boleh juga bawak emergency blanket
- skincare atau barangan mandi bawak in travel size sahaja untuk ringankan beg. Lagipun belum tentu korang terasa nak mandi kat atas tu sebab air dia sejuk tahap ais okay
- Kat dorm ada plug untuk cas serta boleh dapat line kat Panalaban (if guna celcom. Untuk telco lain tak sure)
- Untuk baju sejuk, heattech, windbreaker tu aku tak beli baru harga mahal-mahal pun. Pi beli kat bundle or carousell je. Puffer tu brand uniqlo RM15, heattech uniqlo RM10, winbreaker RM30 xD. Korang berbelanjalah secara jimat ye
Makanan
- Coklat / energy bar / biskut
- energy drink
- 3 in 1 drink (Tak wajib pun tapi if nak minum air lain selain teh dan kopi bawa jelah. kat atas sana cuma disediakan teh or kopi di kafe sahaja. Selain dari tu bawak sendiri. Nak beli kat atas pun boleh tapi harga x3 ganda lah)
- Lunch pack (jika tak disediakan oleh agent)
Ubatan
- Acute mountain sickness (AMS) pills (Makan malam before hiking untuk elakkan AMS) WAJIB
- yoko yoko / muscle pain cream
- ubat selesema
- minyak angin
- losyen (bagi yang kulit kering)
- ubatan yang diperlukan jika ada sakit
Di bawah ni aku tunjukkan contoh pakaian yang aku pakai daripada Timpohon Gate ke Panalaban dan juga pakaian untuk summit attack
Tips beg
Untuk backpack sebenarnya aku bawa 2 tau. Satu light backpack, satu lagi beg yang simpan barang-barang keperluan lain. Beg yang aku pikul sepanjang pendakian dari Timpohon ke Panalaban cuma mengandungi barang-barang seperti phone, air makanan seperti yang aku list pada gambar di atas sahaja. Barang lain tu semua aku masuk dalam beg besar dan bagi porter.
Aku taknak bawak load yang berat sepanjang mendaki sebab takut tak larat. Disarankan kita pikul beg bawah 5kg sahaja. Lebih dari 5kg tu bagi jelah porter. Tapi if korang larat nak pikul beg sendiri boleh saja.
**NOTA
Since ada beberapa orang keliru tentang backpack dan barang yang saya bawa semasa naik gunung, saya tulis kat sini ya..
- Dari KL ke Sabah, saya bawa backpack 30 liter(7kg) dan juga backpack kecil 15 liter. Total beg yang saya bawa ke Sabah ni ada 2 beg. Saya tak bawa luggage roda tu tau.
- Untuk naik gunung, backpack 30 liter tu saya bagi porter angkat, bagpack kecil 15 liter tu saya angkat sendiri.
- Apa yang ada dalam backpack 30 liter tu sampai saya bagi porter angkat? Berat betul sampai 7 kg? Semua barang yang saya list kat atas tu, barang tulah yang duduk kat dalam backpack 30 liter tu. Ya, dia jadi berat sebab baju sejuk, dan saya prepare 2-3 lapis baju.. Lepastu saya pula pergi bawa baju extra sebab ingatkan nak pakai kat atas sana. Tapi tak guna pun. Better bawa saja baju ngam2 untuk tak berat beg.
- Untuk light backpack 15 liter tu, ada barang kecil seperti phone, tuala lap peluh, dompet, coklat seperti yang saya list pada gambar nombor 2, itu sahaja yang saya pikul untuk sampai ke Panalaban. Light backpack ni juga berguna untuk dibawa ketika summit attack.
- Jika awak bawa banyak beg seperti luggage misalnya, boleh sewa locker di Sutera Sanctuary dan barang yang nak disimpan tu akan dikira RM12 per item.
Harap menjawab soalan :)
Porter
Untuk porter pula, cas yang dikenakan adalah RM13 per kg. Macam aku punya load haritu adalah 7kg, so total aku perlu bayar untuk porter adalah RM91. Cas ni adalah untuk naik dan turun, so aku rasa berbaloi je bayar banyak tu. Penat kot porter angkut beg-beg kita, bab cas porter ni tak perlu berkira hehe.
Tips hiking
- Gunalah hiking stick untuk kurangkan rasa penat ketika mendaki
- Jangan pakai seluar yang terlalu longgar. Better fit dengan kaki tapi stretchable
- Digalakkan pakai knee guard. Aku pakai memang function tau, takde scene lemah lutut sepanjang pendakian xD
- Disebabkan trail Kinabalu ni banyak tangga, naiklah secara zigzag supaya tak cepat penat. Biar langkah kecil daripada langkah besar buat sakit kaki je. Serious aku cakap, bila naik secara zigzag ni kaki aku langsung tak sakit ye. Sekarang aku dah tau kat mana silap aku selama ni sepanjang hiking. Sebab tak jaga kaki masa naik hahaha
- Time naik dari Timpohon nak ke Laban Rata ni tak perlu rush. Jaga kaki dengan lutut tu jangan bagi sakit. Esok kaki tu nak kena push untuk second day. Kalau first day dah sakit susahla nak summit esok
Persiapan stamina
Training seeloknya sebulan atau 3 bulan sebelum naik Kinabalu. Ada yang bagi tips jogginglah, skipping lah, hiking lah. Untuk aku, 3 bulan sebelum aku dah start hiking.
Aku hiking kat tempat-tempat biasa je. Biasanya Bukit Batu Chondong, Gunung Datuk, Gunung Angsi, Bukit Puchong, Bukit Batu Putih dan Denai Tiga Puteri. Semua ni tak melebihi 900 meter tinggi pun. Risau sebab Kinabalu tu berapa kali ganda lagi tinggi dari tempat aku selalu training ni. Tapi percaya atau tidak, sebenarnya cukup je kalau korang training kat bukit-bukit rendah camni. Yang penting kena biasakan kaki tu dulu.
Praktis juga naik turun tangga sebab kat Kinabalu sangat banyak tangga ye. Pergi kat Putrajaya steps tu pun okay, tapi lebih afdhal pergi cari tangga yang langkahnya besar dan tinggi-tinggi lah. Aku recommend untuk hiking di Bukit Gasing sebab situ ada trek tangga yang besar-besar.
Anyway since i'm not into running or skipping so i skipla part tu. Ada hari masa malas nak hiking, aku pijak cardio fittnes stepper je. Bila guna benda tu effect dia sama macam aku hiking. Sakit muscle-muscle kat kaki ni. Ataupun korang boleh buat senaman lunges dan squat bagi menguatkan otot peha dan betis.
Rasanya itu je kot yang antara persiapan yang aku boleh listkan. Ini semua berdasarkan pengalaman aku sendiri. Harap berguna sebagai rujukan dan jika nak tambah ikut kesesuaian korang pun okay juga :D