Asslamualaikum
Siapa sini orang Sabah? Kalau bukan orang Sabah pun, siapa sini yang dah pernah makan latok?
Aku tau aku ni agak ketinggalan, tapi aku baru tahu pasal makanan bernama latok ni hujung tahun 2019 xD Maklomla kat semenanjung takde jual makanan ni. Tapi semenjak tahun lepas, makanan ni macam makin viral dan aku pun wonder macam mana agaknya rasa latok ni.
Latok ialah sejenis rumpai laut atau nama lainnya orang gelar anggur laut oleh kerana fizikalnya yang berbiji seperti anggur. Ia merupakan makanan tradisi kaum Bajau. Masa first aku tengok gambar latok ni aku teringat salmon roe warna merah yang orang selalu makan kat sushi tu. Aku suka gila salmon roe tu, bila makan ada rasa yang meletup-letup kat dalam mulut.
Akhirnya haritu aku berjaya jugak beli latok ni kat shopee. Aku taktau pun benda ni ada jual kat shopee sebab dia kan macam makanan laut yang fresh gitu. Boleh ke pos, tak busuk ke.
Me sebagai orang yang pertama kali makan, ingatkan bentuk latok ni memang dah terbentuk macam buah anggur tu. Rupanya kena rendam dengan air dulu barulah dia mengembang. So takde masalah pun kalau pos xD
|
latok yang belum kembang |
|
kanan arahan cara makan
|
Ni masa tengah rendam kat dalam air sejuk dalam 2-3 minit. Excited tengok dia mengembang dalam air tu xD
Dan tadaaaaa....! Sedia untuk dimakan. Kat dalam Latok Shrink Pop Pop ni dia bagi sos hijau sekali. Oh btw latok ni aku rendam separuh je dulu, lagi separuh aku simpan untuk makan hari lain pulak. Tu yang nampak sikit je
Sos hijau tu rasa masam-masam yang sedap, aku sukaa! Aku ada baca, yang orang Sabah makan latok ni dengan sambal belacan atau mesti kena ada pencicah laa. Sebab latok ni kalau makan kosong gitu je rasanya memang masin betul, so dengan pencicah hijau ni, rasa masin dan masam tu balanced laa.
pastu sebab aku nak rasa pedas-pedas sikit, aku bantai pegi cicah dengan sambal khairulaming. Pun sedap! So basically bila makan latok ni ngam dengan rasa sos pencicah. Sos dia pun memainkan peranan ya.
Close up sikitt
Bagi aku latok shrink pop ni sedap, tapi mungkin ada pilihan yang lagi fresh atau ada saiz yang lebih besar lagi berbanding jenama ni. Cer kasi cadangan kat mana lagi nak dapat latok yang fresh? :D
Thanks for reading!