27 Apr 2025

Salam dari Rinjani

Assalamualaikum

Quick update, hari kedua aku berada di Lombok, Indonesia dengan misi untuk menawan Gunung Rinjani. Sangat excited sebab Rinjani adalah impian para hikers dan aku asyik meratib nak pergi sini sejak 2022. Ini juga merupakan kali pertama aku hiking kat luar negara.


Sekarang tengah sarapan nasi goreng, kami dijangka akan start mendaki pukul 10am gitu. Semoga kaki dan lututku memberikan kerjasama yang baik jelah sebab trek Rinjani sumpah kejamm.

Please doakan aku berjaya summit gunung Rinjani esok yaa.

Breakfast nasi goreng with a view



16 Apr 2025

Giveaway Tot's Blog

Assalamualaikum

Ini kali pertama saya kenal blog Tot atau nama asalnya adalah Kak Nur. Katanya sebelum ini pernah ada blog lain, tapi blog tersebut dah di delete. Saya je tak pernah blogwalking di blog lama tu, huhu.

Tengok ramai blogger join giveaway ni, kita pun nak turut serta! Syarat-syarat nak join pun mudah saja.


1. Follow blog saya. 

2. Tulis entri bertajuk 'Giveaway Tot's Blog' , copy and paste banner giveaway di atas di blog anda dan backlink ke entri ini.

3. Tinggalkan komen di entri ini, url entri anda.

4. Pemenang dipilih secara rawak. Sebab saya tak tahu berapa orang yang akan masuk. Seandainya habis tarikh akhir dan 9 orang sahaja yang masuk, maka semua peserta dapat hadiah la. Hehe... tapi kalau lebih, saya akan pilih secara rawak menggunakan roda pusingan (random name picker).

Giveaway ini berlangsung dari 14 hingga 28 April. Jom sama-sama support blog Tot!


2 Apr 2025

Raya Perantauan

 Assalamualaikum

Buat pertama kalinya dalam hidup, kami sekeluarga melanggar hukum raya Aidilfitri, iaitu tidak beraya berjumpa sanak saudara di kampung. Sebaliknya pergi berjalan-jalan di oversea HAHAHA.

Takdela nak kata raya perantauan sangat pun, raya ketiga baru kita fly. 

Btw, ini just a quick update. Aku dah draft entry siap-siap dah pun, tinggal nak publish entry ni lepas dapat line je. Sekarang tengah transit di airport sementara menunggu next flight yang akan berlepas lebih kurang pukul 8am nanti. Ini juga merupakan kali pertama aku naik flight transit. Selama ni selalu direct je. 

Kemanakah lokasi merantau kita kali ni? Haa tunggu nanti kita update. Tu pun kalau sempat, if not memang tunggu balik Malaysia jelah :p 

Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga bermusafir ke negara orang!

Ps: maaf dah lama sangat tak blogwalking dan balas kunjungan. Bulan puasa memang tak sempat tengok blog. Nanti after dah balik saya BW macam biasa, insyaAllah