17 Dec 2022

Mendaki Kinabalu

 Assalamualaikum

Entry lepas - 

Persiapan mendaki Gunung Kinabalu

Pertama kali jejak kaki ke Sabah


16/10/2022

Seawal 7 pagi, kami dah bawak bersiap keluar untuk breakfast dan bawa barang-barang yang nak dibawa naik untuk bermalam di Gunung Kinabalu. Cuaca pagi tu sangat baik, harap berkekalan sampai hari nak summit lah.


Lepas sarapan dan buat covid test, maka kami menuju ke Kinabalu Park. Sampai sana agent uruskan pendaftaran untuk ambil nametag. Sementara tu, kami pergi timbang beg untuk diangkat oleh porter. Kalau upah porter, satu kg ni dikira RM13. Beg aku pada haritu adalah 7 kg, maka total aku sahaja RM91. 


Aku memang takde tongkat, so sewa tongkat kat sana dengan harga RM10 je. Settle urusan pendaftaran, agent kumpulkan semua orang bergambar dalam group. Tapi tak nampak pula view Kinabalu tu sebab kena tutup dek kabus.

Gambar cantik by Mr. M. Tapi si lelaki Gunung Hub hilang pi birak pulak

Kemudian terus naik van ke Timpohon Gate. Perjalanan memakan masa dalam 10 ke 15 minit gitu. Sampai Timpohon tu terus rasa cuak dengan sign "Selamat Mendaki tu". Rasa dia seram betul ye.

Ini adalah senarai orang yang berjaya memecah rekod climathon di Kinabalu. Bayangkan dia daripada Timpohon Gate untuk sampai ke Low's Peak ambil masa 2 ke 3 jam!! Ini memang bukan manusia punya stamina lah. 3 jam tu aku baru kat Layang-layang hut nak makan tengahari xD


Sebelum memulakan pendakian, guide memperkenalkan diri masing-masing dan seorang guide akan menjaga maksimum 5 orang pendaki. Guide yang aku ingat namanya Mr. Joe yang pakai baju merah tu. Selalu tengok tiktok dia jadi porter angkat orang. Kuat benerr.

Masa guide tu cakap kat sini ada servis teksi, aku macam blur jap. Teksi atas gunung?? Rupanya yang dimaksudkan tu malim gunung yang angkat orang sampai ke Panalaban atau puncak. Mengikut pembacaan saya di komen tiktok, 1 km bersamaan RM400 - RM600. Faktor berat badan juga boleh jadi harga teksi ni mahal.

Kalau nak naik teksi Kinabalu ni sediakan duit ribu riban jelah. Jaga-jaga, jangan sampai injured, ada yang kena angkut dengan teksi ni nanti. Tapi kadang-kadang tengok kat tiktok, tak semua orang yang injured je guna teksi ni. Diorang memang malas nak jalan and saja nak belanja guide katanya hehe. Bestler banyak pitih!

Disambut dengan Carson Waterfall semasa awal pendakian

Guide bagitau kita digalakkan sampai ke Panalaban sebelum pukul 7. Sebab makan malam kat kafe tu buka dari pukul 4.30 hingga 7 malam. If sampai lambat, nanti tak dapat makan. Oleh tu, orang yang dah sampai awal bolehlah bungkuskan dulu makanan untuk kawan-kawan yang sampai lewat.


75% trail Kinabalu ni adalah bertangga, layanlah sampai muntah. Guide sendiri pun pesan supaya naik secara zig-zag dan ambil langkah kecil. Tangga kat Kinabalu ni ada yang besar-besar langkahnya. Bayangkan ada 10 ribu anak tangga, 10 ribu tu jugaklah kau mengangkang besar-besar, tak ke rasa nak terkoyak otot betis, peha tu xD

Bawah ni aku lukis sikit lah naik secara zig-zag tu macam mana.


Nah itu diaa. Naik camni memang lambat sikitlah, satu anak tangga je jalan 2-3 step. Jalan pun berpusing-pusing, susah orang belakang nak potong line kan haha. Sepanjang dari Timpohon ke Panalaban aku naik secara zig-zag ni. Memang kurang rasa penat dan lutut, betis, peha aku tak sakit ye. 

Pondok Kandis, pondok pertama. 

Setiap pondok rehat di Kinabalu ni disediakan tong sampah dan tandas . So jangan buang sampah merata. Tak jauh pun jarak dari satu pondok ke pondok ni. Walaupun sini merupakan sumber air bersih, tapi jangan terus minum direct tanpa tapis ya.

Total pondok sepanjang laluan Timpohon ke Panalaban ni ada 7. Aku tak berhenti banyak pun.


Laluan ni memang cantik, kalau tak kabus, memang boleh nampak puncak gunung. Tapi masa nak lalu tu beristighfar jugaklah dalam hati sebab kiri kanan adalah gaung. 


Aku terpisah dengan group aku sejak kat KM 1 lagi. Most of the time, memang aku jalan sorang-soranglah huaaa. Rasa memang feeling-feeling betul jalan kat dalam hutan yang dipenuhi flora cantik ni. Banyak ambil gambar alam jelah, gambar sendiri takde sape nak ambilkan.

Sepanjang jalan sorang, aku rasa Kinabalu ni sangat bersih dan terjaga. Tengoklah dia buatkan trail yang memudahkan pendaki, tong sampah disediakan di setiap pondok. 

helo sayalah periuk kera. Kalau berani, masuklah jarimu dalam mulutku. Aku gigit kau!
Pondok Lowii, pondok ketiga

Brader yang baju biru ni kan, setiap kali aku jalan mesti terserempak dengan geng dia. Kalau tak aku pecut dia, die pecut aku. Dan begitulah situasi kitorang sampailah ke Panalaban hahaha. Tiap kali jumpa diorang mesti dia, "hei kak, kita jumpa lagi!" Aku gelak jelah.

Masalahnya masa hari kitorang nak balik KL pun berjumpa lagi dengan diorang and satu flight. Aduh memang sempoi geng diorang ni.

Dalam pukul 12 lebih merangkap 3 jam perjalanan, aku akhirnya tiba di Layang-Layang Hut. Ini merupakan pondok yang paling besar, kebiasaannya orang akan makan tengahari kat sini. Tapi apa entah masalah aku tak ambil gambar pula. Buat video je. Gambar tupai gemok pun tak ambil jugak sebab laju sangat haiwan tu lari. Sempat buat video je.

Sebenarnya nak naik Gunung Kinabalu ni ada dua trail. Trail yang kebiasaan orang gunakan ialah Timpohon - Panalaban, manakala lagi satu ialah Mesilau trail -Panabalan. Dan Layang-Layang Hut ni merupakan pertemuan antara Timpohon trail dan Mesilau Trail.


Hampir setengah jam aku rehat kat sini, ingatkan dapatlah jumpa salah sorang group aku. Batang hidung pun tak nampak maka saya rakluu. Tegur jelah siapa-siapa yang ada.

Lepas daripada Layang-Layang Hut ni atau masuk je KM4, laluan tangga dah kurang sikit, dia banyak laluan berbatu. Di sini pokok-pokok makin renek, udara pun makin menipis. Bagi yang tak tahan, kena pandai kawal pernafasan dan jangan terburu-buru. 

Still under construction. Taktaulah ini nak tambah lagi hostel atau buat balai bomba.
Ayuh-ayuh, 2km lagi! Push kasi habis!
Trail bonzai. Memang cantik, rasa macam kat planet lain
Kat sini kawasan batu dia kena berhati-hati. Dahla tengah hujan pakej angin kuat. Kalau tergolek mahu sampai ke Layang-Layang Hut nanti
Pondok Villosa. Pondok last aku berenti sebelum straight ke Panalaban
Porter wanita pertama yang aku nampak sepanjang pendakian. Load yang dia bawa tu nampak macam hampir 30 kg atau lebih tuu. Mantap!
Masih di trek bonzai. Bila cuaca kabus tak nampak kelibat hostel. Pastu meratib "bila nak sampai ni"

Start KM3.5 lagi selalu terserempak dengan uncle ni. Sambil jalan tu kami borak-boraklah sikit. Pastu masa rehat kat Pondok Villosa aku lepak dengan uncle ni. Uncle cerita, dia guide yang bawa orang naik Gunung Kinabalu. Start jadi guide masa umur belasan tahun lagi! Dulu dia kerja kat Semenanjung and agak lama tak balik Sabah. Now dah pencen, uncle ni jadi guide gunung la.

Kat sini memang selalu je nampak orang-orang yang berumur jadi porter, jadi guide. Masih kuat lagi diorang ni. Kadang kita yang orang muda ni pun jalan lagi lambat dari diorang xD

Ini pun mangsa-mangsa yang sedang koyak mental asyik bertanya "bila nak sampai niii"

Dan akhirnya, pukul 3 camtu aku sampai ke Panalaban, lebih kurang 6 jam. Standard orang ambil masa memang 4-6 jam gitu. 10 minit kemudian, adik aku pulak baru sampai. So kitorang ambil gambar alang-alang cuaca cerah.

Macam negara atas awan!

Nama lama Panalaban ni dulu dipanggil as Laban Rata. Aku suka lagi nama Laban Rata tu, tapi dua-dua pun membawa maksud yang sama jugak haha. Btw, lepas sampai tu kitorang daftar nama dan terus masuk bilik. Nak sambung lagi, tapi rasa macam panjang sangatlah pulak. So, untuk penginapan di Panalaban ni kena buat next entry lah. 

See you!

15 Dec 2022

Recap 2022


 Assalamualaikum

Sempena 2022 bakal melabuhkan tirainya, aku rasa nak list sikitla recap 2022 sepanjang 12 bulan. Let see adakah tercapai apa yang aku azamkan bagi tahun ini? 

Kita list highlight of the month jela. Yang biasa-biasa tu tolak tepi dulu

Januari

Menghadiri sesi interview di one of company yang aku target nak masuk. Since zaman study lecturer selalu dok mention engkorang nanti dah habis belajar try lah masuk sini. Banyak benda boleh belajar, great environment.

Aku excited but at the same time, nervous gilakk. Maklomla, kita ni jarang pergi interview kat company besar-besar. Apapun, bukan rezeki aku untuk bekerja kat sana. Mungkin masih belum bersedia atau ada calon lain yang jauh lebih baik dari aku.

Februari

Pegi ambil jubah untuk nak konvo. Kononnya nak konvo bulan 3, tapi tangguh maa. Anyway ni macam mini reunion sebab dapat jumpa balik kawan-kawan masa belajar. Hehe

preconvo tak cukup bajet. Depan dewan pun boleh

Mac

Taktahu lah ni layak dikategorikan highlight of the month ke tak, tapi ni merupakan kali pertama aku masuk ke dalam Pavillion Bukit Bintang. Padahal orang muda, duduk Selangor lak tu, jejak kaki kat Pavi pun tak pernah lagi hahaha.

Aku ni cam takut sikit nak masuk Pavi sebab tanggapannya ialah Pavi ni tempat lepak orang have-have. Barang-barang kat dalam tu semua branded and mesti ada kedai mahal-mahal je kat situ. Dulu masa zaman Facebook around 2010-2013 kan glemer dengan gelaran dak-dak Pavi kan. Kalau korang ingatlah gerangan yang bernama Hafiz Rahim tu tak habis-habis lepak Pavi hahaa. So ni bukan level-level aku lah nak jadi dak-dak Pavi kan.

Hekeleh rupanya dalam tu ada je kedai biasa-biasa. Idokler semua yang ada kat dalam tu kedai mahal-mahal. Tak rasa kena pandang atas bawah pun xD Btw aku masuk situ pun sebab nak makan kunafa yang sedap kat foodcourt Pavi tu je. Ni jelah level aku kalau gi situ. Tak mainlah dior Gucci ni. Kita cari makan :p

April

Bulan 4 kita menyambut bulan Ramadan. Awal Ramadan tu berlaku tragedi jari aku terkoyak sebab terhiris kaca. Fuh rasa dia memang mantap sekali, dalam betul luka tu haha. Sampai harini masih ada kesan, haihh tak lawa dah jari ku berparut. 

Oh lepastu, first time aku dapat duit raya dari boss setelah 2 tahun bekerja. Before ni dia tak bagi aku fahamlah sebab PKP kan. Alhamdulillah rezeki

Mei

Sambut hari raya Aidilfitri kat kampung setelah 2 tahun tak beraya kat kampung. Opah nampak happy sangat, boleh dikatakan hampir lengkap one big family. Cuma keluarga Chu je yang takde. Memang raya tahun ni aku all out beli baju lawa-lawa ye hahah. Siap beli mercun bunga api lagi sebab ni kali pertama anak buah aku yang 2 orang tu beraya kat kampung Nyang dia. Before-before ni PKP jeee.

Anyway, raya tahun ni meriahlah. Ni pun pestime aku bagi duit raya kat abah mak, opah dan makcik serta anak-anak buah aku. Ye sebelum ni tak pernah bagi duit raya lagi. Aku pun banyak je gi beraya rumah kawan-kawan. Raya kan sebulan?

Jun

Akhirnya penantian selama 2 tahun, iaitu tunggu turn bila nak konvo ni tiba jua! Ni kira one of pencapaian terbesar dalam hidup jugaklah. Aku berjaya dapat Anugerah Naib Canselor dan pakai selempang pink yang menjadi idaman sejak dulu lagi. Cerita konvo korang boleh baca KAT SINI

Julai

Dengar talk daripada Imam Omar Suleiman. Muslim scholar yang disegani. Aku pergi ni pun sebab tempat kerja adik aku bagi tiket free. Kawan adik aku yang sepatutnya pergi sini tak dapat ikut pula, so kita ganti jelah tempat dia daripada rugi.

Rasa lain betul seketul Mazni yang jarang join majlis ilmu ni tiba-tiba jadi behave pulak. Tapi input yang disampaikan memang menarik. Penyampaiannya mudah difahami, cara Imam Omar bercakap pun Subhanallah, lembut tutur bicaranya.

Oh lepastu Lisa Surihani, one of my favourite Malaysian actress duduk sebelah aku weiii! Memula tak perasan dia duduk sebelah, pastu adik aku cakap "Oi Lisa Surihani duduk sebelah kaulah" terus aku cam berzikir jap jantung rasa nak terkeluar! Girl crush kita kott duduk kat sebelah!

Ogos

29 Ogos dapat panggilan dari kampung yang opah tiba-tiba sesak nafas dan rebah sampai tak sedarkan diri. Opah kena jangkitan kuman pada paru-paru. Mak suruh aku call adik beradik yang lain balik rumah sebab malam ni jugak nak gerak kampung.

Kitorang semua macam pelik sebab opah tak pernah ada penyakit yang serious. Dia memang jaga pemakanan, jarang keluar rumah berjumpa dengan orang ramai musim-musim covid ni. Pernah dapat hadiah warga emas paling sihat lagi few years back. Tu macam pelik mana datangnya jangkitan kuman tu..

September

Pada 1/9/2022, masa aku baru bersiap nak gerak pergi kerja dapat whatsapp dari cousin yang opah dah pergi buat selama-lamanya. Kitorang yang baru je sampai rumah malam sebelumnya terus shoot balik kampung semula pagi ni untuk tengok opah buat kali terakhir.

Sekarang aku langsung takde atuk atau nenek yang tinggal. 2 minggu lepas raya haritu pakcik aku meninggal, opah menangis masa cium arwah pakcik. Tak sangka sekarang opah pulak pergi tinggalkan kami semua.

Aku tak pernah tengok jenazah yang tersenyum depan-depan tau. Tapi masa tengok jenazah opah, memang nampak betul wajah opah seakan tersenyum. Semua orang cakap benda yang sama. Menangis weh bila sampai je sana tengok opah aku terbaring kaku. Selalu kalau kitorang balik kampung, opah selalu sambut kitorang dengan dia punya senyuman tu. 

Takde dah sparks setiap kali balik kampung lepasni. Kita balik kampung pun sebab nak lawat opah. Tinggal makcik aku je jaga kampung tu. Aku tau makcik aku sunyi lepas takde opah. Alhamdulillah, opah pergi dengan cara yang baik, muka bersih tenang je. Semoga opah ditempatkan di dalam syurga paling tertinggi. Terima kasih sebab besarkan adik beradik abah sampai 10 orang dengan kasih sayang, tak pernah langsung opah marah cucu cucu dia ni dan sayang anak menantu cucu cicit sepenuhnya. Alhamdulillah opah direzekikan umur panjang, dapat tengok cicit dia 4 orang. Susah tau nak jumpa 4 keturunan ni.

Opah antara warga emas yang paling lama ada kat kampung tu. She left us at 88. Truly a gem to our kampung. Selamat jalan opah.

Oktober

Selain konvo, highlight of the year aku adalah pergi mendaki Gunung Kinabalu. Trip hiking ni dah diperam selama 2 tahun atas alasan yang samalah. Covid covid covid manjang. Maka pada tarikh 15/10/2022 hingga 17/10/2022 adalah misi menawan Kinabalu. 

Cerita Kinabalu masih ongoing lagi tapi korang boleh baca Persiapan mendaki Kinabalu dan Pertama kali jejak kaki ke Sabah

November

Tahun ni merupakan kali pertama aku pergi mengundi. Sampai sekarang ink kat jari still ada lagi. Selain menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, aku pergi tapau semua fnb yang buat promo mengundi. Aku gi claim promo pizza hut, kopi-kopi, sushi king. Satu hari je nak tunjuk kita tu untuk dapat diskaun.

Anyway, aku mengharapkan yang baik-baik je untuk masa depan Malaysia. Harap lepasni takdelah dengar rasuah haram jadah, menteri buat ikut pala dia, tak utamakan rakyat tapi gaji puluh ribu buat habis duit cukai rakyat je. Semoga tiada lagi pemimpin zalim yang sampai rakyat menyumpah nyumpah.

Disember

Start tahun ni aku dah start manage financial. Yang sebelum-sebelum ni pun memang buat juga, cuma tahun ni macam lagi berdisiplin kot. Tahun lepas asyik lopong-lopong jee.

Aku berjaya buat simpanan 3 bulan gaji this year. Ikutkan nya aku target lebih lagi, tapi apalah gunanya hidup kalau keje kau menyimpan je dan kedekut nak spend benda best-best untuk diri sendiri? 

Ni nasihat kewangan yang gagal tau hahah. Aku memang tetapkan setiap bulan simpan amoun sekian-sekian. Kadang-kadang tu adalah terguna sikit, kalau ada lebih, aku masuk lebih. Taknaklah pressure diri sendiri. Menyimpan ikut kemampuan, yang penting berdisiplin. Setiap bulan wajib simpan sekurang-kurangnya RM100.

Semoga tahun depan dapat kumpul lebih banyak lagii. Aminnn!

Aku kira.. Sebenarnya banyak jugak benda best yang berlaku untuk tahun ni. Yang tak best tu malas jelah nak cerita haha buat sakit otak je. Anyway, antara target yang tak tercapai tahun ni adalah cari jodoh xD Failed betullah bab-bab nak berkenalan ni. Awkward nawww.

So... Azam tahun 2023 aku adalah malas nak berazam, nanti takut keciwa. Semestinya harapkan yang baik baik jelah untuk diri ni. Yang penting aku cuma nak perjalanan hidup dipermudahkan dan rezeki tak pernah putus. InsyaAllah!

Korang dah capai something untuk tahun 2022 ni?


11 Dec 2022

Pertama kali jejak kaki ke Sabah

 Assalamualaikum

Aku ni anak jati Semenanjung. Semua negeri kat Semenanjung Malaysia telahku tawan. Memang dah lama sangat nak pergi Sabah atau Sarawak bagi melengkapkan title anak Malaysia dan tawan kesemua 13 negeri dalam Malaysia ni. Maka pada Oktober 2022, itulah kali pertama aku menjejakkan kaki di pulau Borneo!

Touchdown di Kota Kinabalu. Makkkk, sa suda sampai Sabah!

Sabah negeri di bawah bayu, menurut aku adalah negeri paling tercantik di Malaysia. Pulau-pulau nya yang cantik, kaya dengan adat dan budaya, orangnya ramah, cantik handsome lagi :p Anyway aku ke Sabah ni bukan pergi bercuti kat pulau pun. Misi aku untuk menawan Gunung Kinabalu.

Akhirnya one of my bucket list sejak kecil iaitu untuk panjat gunung yang tertinggi kat Malaysia ni tercapai juga. Wait... tapi betul ke ni dah tercapai? Haaa baca dulu naa.

15/10/2022

Seawal 4.30 pagi aku, kakak, adik dan abang dah gerak keluar ke KLIA 2. Kitorang parking kereta kat Salak Tinggi pastu naik train 2 station je sampai KLIA 2. Idokla nak parking kete kat airport sana maheii. Tiket train sehala RM4.9 sahaja. Sampai KLIA tu jumpa kak Dila kawan kakak aku dan kitorang terus settlekan urusan untuk check in.

Flight kitorang dalam pukul 8.30 am dan mengambil masa 2 jam perjalanan. Sampai KKIA (Kota Kinabalu Airport) dalam 11 am camtu.

KKIA merupakan airport kedua paling sibuk di Malaysia selepas KLIA

Oh lupa nak gitau, kitorang ni ikut trip under Gunung Hub kat IG. Diorang ni memang selalu buat trip2 hiking. Ni baru pestime join. Yang bagusnya ikut trip diorang ni, takyah pening-pening fikir pasal transport dan accommodation. Semua dah tersedia. 

Kalau ikutkan trip ni dari 2020. Tapi sebab banyak kali sangat PKP, maka 2022 adalah tahun keramat untuk kita realisasikan impian yang tertangguh ni.

Okay sambung cerita. After sampai KKIA, kitorang naik van untuk lunch dulu kemudian singgah Jambatan Tamparuli. Dulu selalu dengar pasal Jambatan ni. Biasalah benda-benda sejarah. Rasanya zaman 80 ke 90 an ada lagu Jambatan Tamparuli yang dinyanyikan oleh Justin Lusah. Korang pernah dengar tak?

Pak... pak... kang ku doh

Sumunsui doh jambatan

Jambatan doh Tamparuli

Bakasut tinggi oku

Masa sampai tu kami disambut dengan alunan muzik daripada Persatuan Seni Budaya Tuaran (PESTA). Yang main muzik ni tengok rupanya macam remaja umur belasan tahun je.

Diorang guna peralatan muzik yang diperbuat daripada buluh, kayu dan pemukul dia tu guna selipar getah je. Adik tu cakap asalnya pemukul tu guna kayu, tapi pakai seliapar getah lebih best bunyinya.

Aku tak ingatlah apa nama spesifik alat muzik yang diorang guna ni. Ada 4 jenis je haritu, Tapi salah satunya adalah Kulintangan (macam caklempong). Aku suka bunyi muzik tradisional Sabah sebab memang syok dengar since peralatan muzik dia pun banyak memang menggunakan bahan semulajadi seperti buluh.

Lepas habis persembahan tu, kami pun merentasi lah jambatan ni untuk pergi ke seberang. Sebab pemandu kitorang tunggu kat belah sana.

Okay kita story mory sikitlah apa yang ada sebenarnya kat jambatan ni. Rupanya disebalik Jambatan Tamparuli ni, ada legenda tragis yang menjadikan jambatan ni utuh hingga ke hari ini. Kisahnya bermula dengan seorang pegawai British yang bernama Robinson membina semula jambatan ni sekitar tahun 1950. Beliau terjatuh cinta dengan sumandak Dusun yang sangat cantik bernama Solungkoi. Robinson ni memasang impian untuk jadikan Solungkoi sebagai kekasih hatinya, dan pada masa yang sama Solungkoi juga mempunyai perasaan terhadap orang British tu.

Yang dua orang tu dah elok saling cinta mencintai, tapi rupanya ada insan yang tersakiti dek melihat kebahagiaan Robinson dan Solungkoi ni. Rupanya seorang jejaka bernama Intang turut menyimpan perasaan cinta pada Solungkoi dalam diam. Tapi dia mampu cemburu jelah melihat Solungkoi memilih Robinson sebagai buah hatinya.

Jambatan Tamparuli yang dibina ni seringkali runtuh. Asal bina semula je runtuh dan tak pernah utuh. Seolah-olah macam Jambatan ni dahagakan 'sesuatu'. Robinson pun meminta Intang untuk mencari punca masalah apa yang menyebabkan jambatan ni selalu runtuh. 

Intang pun berjumpa dengan seorang bomoh yang dikenali sebagai Odu (nenek) dan bomoh tersebut memberitahu bahawa Tombuakar (hantu air) tersebut sangat marah kepada manusia kerana membuat tapak pembinaan Jambatan Tamparuli yang mengganggu kawasan tempat tinggalnya. Bomoh tersebut menyarankan agar mereka melakukan satu upacara sebagai tanda permohonan maaf atas kerosakan rumah Tombuakar tersebut. Oleh itu, Tombuakar mahukan nyawa seorang gadis cantik sebagai korban, dan sememangnya tiada gadis lain yang lebih cantik selain Solungkoi pada ketika itu.

Dengan adanya rasa perasaan cemburu dan dendam dalam diri Intang kerana cintanya telah ditolak oleh Solungkoi. Intang pun menghasut Robinson untuk menjadikan Solungkoi sebagi korban di Jambatan Tamparuli untuk Tombuakar. Robinson yang dalam dilema untuk memilih antara jambatan ataupun buah hatinya itu akhirnya terpaksa membuat keputusan melepaskan Solungkoi sebagai korban demi tugasan, demi jawatan dan demi Jambatan Tamparuli.

Robinson memberi minuman kepada Solungkoi yang membuatnya mabuk. Dalam keadaan mabuk, kaki dan tangannya diikat dan kemudian dibawa ke tiang jambatan untuk membuat upacara tersebut. Dalam ritual ini, Solungkoi ditanam secara hidup dengan cerucuk besi yang ditanam pada tiang jambatan. Segala tangisan dan bantahan Solungkoi tidak dihiraukan oleh Robinson dan penduduk kampung lain. Solungkoi yang merasa dikhianati bersumpah buat kali terakhir,

“JAMBATAN TAMPARULI TIDAK AKAN KUKUH SELAGI NYAWA DAN DARAH ROBINSON TIDAK BERSAMA DALAM JAMBATAN INI!”

Robinson merasa amat kesal akan tindakannya. Dia mengukir nama Solungkoi di atas plat besi dan melekatkan plat besi itu di cerucuk tempat Solungkoi ditanam. Dia akhirnya membunuh diri di Jambatan tersebut.

Kisah ini masih menjadi bahan cerita masyarakat sehingga hari ini yang dikaitkan dengan Jambatan Tamparuli yang masih kukuh sehingga hari ini.Ada masyarakat yang mengatakan bahawa cerita legenda ini hanyalah mitos, namun seperti yang disahkan oleh orang-orang yang pernah menyelam di bawah jambatan Sungai Tamparuli mendapati plat besi terukir nama Solungkoi masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.

Sungai Kiulu. Agaknya Tombuakar tu masih jaga sungai ni lagi ka?

Habis lawat Tamparuli ni kitorang terus gerak ke tempat penginapan di Ranau. Masa otw tu jalan berkabus sebab hujan renyai-renyai. Kalau cuaca cantik mesti nampak view yang lawa tu.  Dari dalam kereta dah nampak dah Gunung Kinabalu tapi tertutup dengan kabus pulakk. Excited ye nampak Kinabalu tapi at the same time kecut perut jap. Taktau kenapa tapi aku cam takut gila mengenangkan esok nak panjat gunung ni. Mampukah aku? xD


Kitorang stay dekat D'Villa Rina Ria Lodge. Tempat ni cuma 1km je dari Kinabalu Park. Sampai tu awal jugaklah dalam kul 3 camtu. View dari beranda dia cantik sangatt walaupun tak menghadap Kinabalu. Still nampaklah view bukit-bukit dari jauh. Alaa macam Cameron lebih kurang haha.

Ingatkan lepas selesai drop barang ni adalah pergi jalan-jalan sekitar sini, naik Maragang Hill kee atau paling busuk pun melawat Kinabalu Park tu untuk pendaftaran nama. Aku siap dah pakai bedak bagai dah. Sekali dia ketuk pintu bilik mintak ic je untuk tujuan pendaftaran hahaha.

Cuaca petang tu pun memang hujan renyai, kalau nak pergi memana pun bukan boleh ambil gambar pun. kabus semacam jehh. Untuk tidak membazirkan mekap ni, aku pun berposinglah dekat luar beranda ni. Tunggu sampai sunset menjelma.



Lawa sangat sunset, ada 3 color! Kalau tengok dari sini pun lawa, ini kalau tengok dari atas gunung esok lagi superbb ni!

Maghrib sini kan pukul 6 petang, so lepas dah mandi, solat semua pukul 7 tu dah boleh start makan. Ui dia punya sejuk tuu, keluar-keluar bilik je macam culture shock jap dengan cuaca sejuk camni! Tapi nasib baik kat bilik air tu mandi ada water heater.


Lepas makan malam tu, Mr. M berikan kami briefing untuk pendakian esok. Walaupun aku naik dengan Gunung Hub, tapi yang arrange transportation, tempat bermalam, cari guide ni semua under Mr. M. Kira GunungHub ni partner dengan Mr. M lah untuk trip Kinabalu ni. 

Masa briefing ni Mr. M bagitaulah pasal tips-tips, harga upah porter, harga guide, pukul berapa kita patut sampai ke Laban Rata, waktu makan kat atas and persiapan summit attack. Haihh neves you alll!

Anyway, korang boleh contact Gunung Hub atau Mr. M. Dua-dua ni memang trusted okay. Untung naik dengan agent ni tak payah pening-pening fikir transport, accommodation, rebut slot mendaki. Semua diorang uruskan. Ko sedia duit dengan book flight je xD

Malam tu lepas makan semua kena tidurlah sebab seawal 7 pagi esok dah boleh gi breakfast dan siap-siap untuk gerak ke Kinabalu Park. Tapi aku dengan abang aku ni mencari wifi sebab kat bilik tak dapat. Sangguplah tengah-tengah malam tu pegi duduk kat luar bagi mendapat line. Nak update instagram lah you all hahah!

Ini kucing manja betul ye. Gemok bulu tebal kucing-kucing kat sini. Sian dia sejuk maka aku pun peluklah dia macam bayi. Tapi kenapa ko kucing Sabah nda bilang bah bah bah ya? xD

Balik bilik tengok 3 manusia tu dah ke alam lain. Bapak awal diorang tidur weh. Anyway before tidur, kenalah makan ubat AMS siap-siap. Pastu aku ni susah benar nak lelapkan mata sebab sejuk gila takleh tidur. Merengkot macam udang dah T__T

Itu saja untuk first day. Hari kedua sambung di next entryyy!