Assalamualaikum
Semalam aku baru sampai Port Dickson. Harini nak balik dah~ Pergi PD ni pun sebab tahun lepas kakak aku menang tiket 1 hari 1 malam kat PD. Disebabkan kini beliau sedang menjalankan aktiviti khidmat masyarakat, kitorang kebas jelah tiket tu. Alah PD je pun~ dekat je.
Dah sampai tu, bersinar-sinar mataku tatkala melihat hotel dia besar+cantik. Baiknya orang yang sponsorkan hadiah untuk kitorang tu, dia pilihkan hotel yang cantik. Siap ada swimming pool lagi. Dia punya pool jangan cakaplah, besar gila. Kitorang pun apalagi, mestilah nak main air jugak!
Sampai je kat depan kolam tu terus terjun. Siap main gelongsor air lagi. Bila nak naik gelongsor untuk kali kedua, tiba-tiba ada guard ni tanya aku;
"gelang getah mana?"
Dalam hati aku tertanya-tanya, "Apa pakcik ni mintak getah kat aku pulak. Mintaklah kat kawan dia."
Aku geleng kepala sambil cakap "takde". Tak faham apa yang guard tu cakap. Kitorang pun sambunglah main gelongsor. Lepas main gelongsor tu, tiba-tiba guard tadi bunyikan wisel sebab nak panggil kitorang bertiga. Aduh agak-agaklah nak tiup wisel pun. Orang lain semua pandang.
And then dia cakap, nak mandi kat swimming pool ni kena ambil gelang getah kat kaunter. Manalah kitorang tahu. Kaunter dia punyalah jauh dengan swimming pool tu. Bila kitorang nak mintak gelang kat kaunter, dia cakap nak masuk waterpark ni kena bayar. Dah dengar ayat "kena bayar" tu, kitorang blah jelah. Tak sangka pulak sampai kena bayar, selalu kalau ada swimming pool kat hotel ni free je.
Rasa macam jadi pendatang haram pulak, hahah. Takpelah, at least dapat jugak mandi kat situ walaupun sekejap je, hihihi.
Inilah yang dikatakan masuk waterpark percuma. Tapi kitorang memang tak sengaja dan taktau langsung kena bayar. Mohon lepasni tukarlah tempat kaunter tu kat depan swimming pool. Mintak maaf ye atas ketidak-sengaja-an kami ni xp
Sekian, Assalamualaikum.