12 Jul 2021

Mandulkan kucing dan penjagaannya

 Assalamualaikum!

Adakah anda seorang pet owner? Sudahkan anda memandulkan kucing anda supaya dia tak terberanak setiap 6 bulan? 

Sebenarnya aku dah lama nak mandulkan kucing, sejak beberapa tahun yang lepas lagi. Tapi yela, masa tu aku student lagi. Mana ada duit huhu. Lagipun masa tu kucing aku asal beranak je terus baby mati sebab nyawa tak panjang. So macam takpela kot kalau tak mandul lagi hahaha.

Kita digalakkan untuk memandulkan kucing supaya tak berlaku pembuangan kucing. Bayangkan kucing korang kejenya mengawan pastu mengandung beranak pastu korang tak larat nak jaga sebab kos kucing kan mahal, pastu terpaksa buang kat pasar. Kesian kan kat kucing-kucing tu... :( Kita taknakla jadi manusia yang tak berperikemanusiaan camtu kan. Ada baiknya mandulkan jela kucing tu. Lagipun untuk kesihatan diorang jugak.

Kelebihan memandulkan kucing ni, diorang jadi lebih manja. Tak kuat merayap, jadi gemuk (sedap gomol), tk kencing merata-rata bagi kucing jantan dan semestinya dah tak perlu risau kalau kucing menggatal kat luar tu tiba2 mengandung xD

Aku mandulkan kucing kat klinik Dr. Hawa cawangan Bandar Baru Bangi yang terletak di Seksyen 8. Sebelum nak mandulkan kucing, kucing korang tu perlu di vaksin terlebih dahulu. Kat bawah ni aku sertakan harga vaksin dan mandul kucing

Vaksin = RM 19

Mandul betina = RM 98

Mandul jantan = RM 48

Harga vaksin kat sini memang murah, n harga mandul pun agak murahlah. Sebab dulu klinik yang aku selalu pergi tu, survey harga mandul je RM 130. Kat klinik Dr. Hawa ni daftar kad kebajikan pula RM 10.

Mula-mula kena vaksinkan kucing dulu dan bayar depo RM10 untuk mandul kucing. Aku kena tunggu seminggu lepastu baru hantar balik kucing untuk dimandulkan. 


Aku sebenarnya risau kucing aku mengandung sebenarnya sebab haritu ada jantan tak guna dah terkam dia. So cepat-cepat bawak dia gi klinik, redha jelah kalau mengandung ke apa kan. Pastu Dr. cakap kalau in case kalau kucing pregnant akan ada extra charge lah dari RM 90 ke 300 depends pada keadaan *jaw drops*

Masa dah bedah tu klinik call bagitau yang si Misu(nama kucing aku) ni pregnant dan extra charge RM 200. N dia tanya kita sama ada nak amik ke atau diorang uruskan, aku suruh diorang uruskan jela janin meow tu. Total cost untuk mandul sekali dengan vaksin kucing ni adalah RM 317. *cries*

Huhu nak mandulkan kucing dengan harga murah, last2 jadi mahal pulak. Ini mesti sumpahan dari anak kucing yang tak sempat lahir tu, aisehh sorry baby meow :( 

Macam trumpet

Setelah 1 hari setengah dia kena duduk kat klinik, Esok petangnya aku ambil dia balik. Ada pantang larang untuk jaga kucing lepas operate mandul ni.

Maka bermulalah penjagaan Misu selama 2 minggu. Kucing aku ni jenis tak dibenarkan masuk dalam rumah sebab mak ayah tak kasi, masuk pun kadang-kadang je. Sangkar sedia ada pulak kecik sangat so aku belilah sangkar baru yang saiznya besar sikit selasa untuk dia duduk. 

Nasib baik masa tu WFH, so senang nak jaga dia. Lepas dari operate tu memang badan dia lesu asik melepet je. Mungkin sebab kesan bius tu dah hilang so dia sakit. Aku selalulah bawak dia masuk masa awal-awal tu dan manjakan dia sebab dia nampak stress kena pakau collar cone tu hahah. Macam alienn dah.

ini luka masa awal-awal operate

Lepastu berlaku pulak hal yang tak diingini, di mana kucing aku berjaya bukak collar cone tu dan dia pi jilat jahitan luka tu pulakk TAT Collar cone yang aku beli tu longgar, even time tu dah selotape pun dia boleh lepas jugak. Taktaulah leher Misu ni sekecik mana....

Pastu jahitan luka tu terbukak sikit dan nampakla macam ada air-air bila kita sentuh area situ,takut nanah. Pastu pegilah klinik balik sebab taknak ada apa-apa infection. Doktor just cuci luka n bagi ubat sapu dengan antibiotik makan. Ubat sikit tu je kena RM 190 jugak tau hahha. 

Cats are expensive TAT


Dan hasil setelah sapu ubat, luka sembuh sepenuhnya! Lepas bukak collar cone tu aku kasi dia makan banyak-banyak sikit sebagai tanda habis berpantang xD Lepastu masa nak vaksin next monthnya tu, doktor check dia semuanya okay dan berat naik 300 gram dari sebelum mandul.

Boleh ke laman sosial Vet Dr. Hawa untuk info lanjut

Website Dr Hawa Vet

Instagram Dr Hawa

Facebook Dr Hawa


Thanks for reading!

8 comments:

  1. Comelnya kucing.. Budak2 ni bukan boleh semua suka cat kalau ada yg datang rumah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe samalah saya, dari kecik lagi memang suka kucing. pantang nampak kucing xD

      Delete
  2. comelnyaaa kucing, boleh tahan murah harga tu, especially untuk kucing jantan. kat sini mostly sama harga jantan betina. tak pasti pulak kalau harga dah bertukar sekarang.

    nice info btw, boleh rujuk kalau nak mandulkan kucing :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep harga jantan dia murah. N paling best vaksin dia tu mmng murah 😁 klinik hawa ni pun ada cawangan lain jugak, nnti bolehla check kat mana lagi ada hehe

      Delete
  3. Murahnya harga mandulkan kucing dekat klinik ni. I don't remember how much I paid for my cats tapi memang mahal lagi. Dan memang leceh sikit penjagaan lepas mandul tu, so my family and I left them at the clinic, boarding for 14 days lepas tu baru ambil balik. Memang nak nangis sikitlah waktu nak bayar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh tinggal situ for 2 weeks memang mahal betul... saya ni pun harga mandul cecah 300 lebih sebab masa nak mandul tu kucing tgh pregnant, so kena extra charge :')
      nak jaga kucing after mandul mmg leceh, lagi2 utk kucing betina kena berkurung lama. kesian jugak tgok dia mengamuk hahaha. nasib baik masatu saya wfh je, senang sikit nak jaga

      Delete
  4. Ada pelihara sekor, ni pun kawan bagi. Memang nak mandulkan ni. Bab makan tu insyaAllah blh lg, tp nak pelihara dgn baik tu risau x dpt kalau banyak sngt. Tu sebab nak mandulkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau banyak sangat nanti kita yg pening rasa tak senang duduk. Biarlah mandul sekali mahal sikit daripada dia beranak banyak2 sampai tak terjaga T^T

      Delete

Nak komen apa? silakan~