Sambungan --> Masjid Ibn Al-Abbas & pasar buah Taif
Kami tiba di kilang bunga rose selepas habis shopping buah. Disebabkan Taif ni letaknya di tanah tinggi, dia sesuai untuk tanaman bunga yang segar, hence digelar sebagai City of Roses.
Kilang ni nama dia Rasheed Al Qurashi Factory. Ia merupakan pengeluar produk bunga mawar yang berkualiti tinggi. Diorang pun ada ladang bunga rose sendiri tau.
![]() |
| keluar dari bas je nampak bukit cantik ni :D |
Jemaah boleh mempelajari tentang pembuatan produk berasaskan mawar ni from scratch. Proses bermula dengan memetik bunga mawar, timbang, tambahkan air kemudian mendedahkannya pada haba yang tinggi untuk memulakan proses penyulingan dan mengekstrak minyak mawar. Dengan terhasilnya minyak daripada bunga mawar tersebut, bolehla jadikan sebagai produk-produk lain seperti perfume, sabun atau skincare. Yang penting prosesnya tu semulajadi!
![]() |
| Info-info nak hasilkan minyak wangi |
![]() |
| Boleh dengar |
Pengunjung boleh lawat masuk ke dalam kilang jugak untuk tengok proses-proses penyulingan minyak mawar tu. My bro in law jelah rajin masuk situ, kitorang yang lain ni malass hahaha. Nak masuk area shopping tu pun aku malas ye. Maafler kita tak ambil gambar pulak apa produk-produk yang dijual kat situ.
![]() |
| Boleh tengok mesin penghasilan minyak wangi ni dengan lebih dekat |
![]() |
| Wahh nampak banyak munge2, mesti menarik nii |
Kami lebih memilih untuk lepak kat tempat yang disangkakan kebun bunga rose.. Sebab tengok dari luar macam agak lebat jugak bunga-bunga tu. So kita expect dalam dia lagi meriahlah. Btw nak masuk dalam ni berbayar tau, dalam 3 riyal gitu kalau tak salah.
Bila masuk dalam ni, langsung tak nampak sekuntum bunga rose pun. Dia sebenarnya kedai makanan rupanya.. Ada sate unta dan kunafa, makan tu jela. Kitorang ni jemaah yang kuat melantak je! :p
![]() |
| Bahagian luar restoran |
Sebelum gerak balik ke Mekah, kami singgah solat di masjid Qarnul Manazil.
Kalau kita fly dari Asia tenggara menuju ke Jeddah, nanti anak kapal akan buat announcement untuk berniat ihram sebab melintasi sempadan miqat. Besar jugak masjidnya dan bentuk petak je. Takde kubah yang grand pun :D
![]() |
| Snap gambar dari belakang masjid je sebab Mazni ni suka lupa nak ambil gambar |
Alhamdulillah, seronok ziarah kat Taif ni. Di samping kita jalan-jalan cuci mata, dapat lihat kawasan bersejarah di mana Nabi kita bersusah payah cuba berdakwah di sini walaupun ditolak secara kasar.
Sebenarnya Nabi tak gagal pun berdakwah di Taif pada waktu ni. Selepas Baginda dibaling batu oleh orang-orang Taif, Baginda berlindung di sebuah kebun. Dari situlah seorang hamba bernama Addas (beragama Nasrani) datang membawa buah anggur untuk Nabi. Sebelum makan, Nabi membaca 'bismillah'. Ucapan tu mengejutkan Addas sebab ia tidak pernah diucapkan oleh masyarakat Arab di kawasan itu.
Akhirnya Addas menjadi orang Taif pertama yang memeluk agama Islam. Dengan pengislaman Addas tulah terbitnya cahaya di tengah kegelapan. Walaupun satu kota menolak dakwah Nabi, tapi usaha dakwah tetap membuahkan hasil walaupun hanya dengan pengislaman seorang hamba. Malah Rasulullah juga mendoakan zuriat keturunan Taif akan menyembah Allah pada masa hadapan.
![]() |
| Selamat tinggal Taif yang cantik |















