25 Jun 2018

Oiso Korean Food, IOI City Mall

Assalamualaikum


Tahun ni kita takde cerita raya ya. Maka, seawal hari raya ke-2 aku, kakngah dengan Paie dah bosan duduk rumah. Maklumla raya tahun ni kitorang tak balik kampung so nak beraya ke mana je kan? Raya jelah dekat IOI buat cuci-cuci mata. Lepastu kakngah ajak makan kat satu restoran korea ni, baru bukak kat IOI. Rasanya mesti korang yang selalu baca blog aku tau aku suka makanan korea. Aku selalu makan kat Dubuyo, Sopoong, Eid and now, we discover a new restaurant. YEAY!



Restoran ni berada di IOI City Mall tapi aku taktaula ada buka kat cawangan lain ke tak, sebab kitorang makan kat IOI je. Duduk di tingkat L1, betul-betul berdepan dengan pancake house. Owner restoran ni pun adalah orang Korea.


Nampak dari luar memang dah cantik bila masuk dalam, decoration restoran memang lawa. Suka tengok lampu korea yang tergantung tu.

Kitorang order 2 dish je sebab nak test rasa je dulu. Pastu just add-on nasi jelah and makan sharing together gituw. Walaupun baru dapat duit raya, tapi takpelah cuba belajar berjimat sikit? Kat rumah masih ada lagi lemang ketupat rendang kalau nanti dah kenyang sangat kesianlah juadah hari raya kat rumah tuu.

BBQ spicy chicken - RM 23 ++

Aku nak ayam goreng korea yang ala-ala kyochon ke, kfry kee, tapi disini ayam guringnya nggak ada so kita pilihlah bbq spicy chicken ni. Jadilah kan walaupun ianya tidaklah se-crispy ayam goreng tu? 

Mungkin sebab restoran ni berkonsepkan korean traditional cuisine dan ayam goreng korea tu kan dikira makanan moden so dia takde kat sini? Eh sukati je tafsir sendiri.

Apa yang aku mampu kata... dish ni memang daboom! Nama dia je spicy tapi bagi aku takla spicy sangat, sesuailah dengan taste bud aku ni. Mungkin sebab BBQ, so rasa dia sedap betul. Dish ni pun antara yang recommended kat sini.

Bulgogi - RM 25 camtu kot.. Sorry tak ingat harga!

Seterusnya adalah bulgogi aka daging panggang. Bulgogi ni bila je tak sedap kan? Pegi mana-mana restoran korea pun memang bulgogi ni selalu jadi best seller. Tapi yang ni memang sedap, secukup rasa!

Antara 2 dish ni, rasanya aku lagi suka bbq spicy chicken tu kot berbanding bulgogi. hehe

Total kami makan haritu untuk 2 dish ni adalah RM 60 dengan berapa sen entah dah lupa. Kenyang dan berbaloikah walaupun makan share? YESS KENYANG SANGAT. Korean dish kan memang selalunya portion besar, so kalau korang datang bertiga and nak order 2 dish pun cukup je sebenarnya. Alhamdulillah, tiada adegan bergaduh tak cukup lauk masa tengah makan tu.

Sorrylah mampu review 2 makanan je. Tapi yang 2 ni pun dah sedap, so aku beranggapan semua makanan dalam restoran ni sedap-sedap kot. Next time of course kena datang lagi untuk cuba makanan lain! Buat masa sekarang ni, Oiso duduk dekat carta pertama dalam senarai korean restaurant yang sedap pernah aku pergi. Lol over tak? Takpela ni honest review kita. Lain orang lainlah pendapat.

Siapa yang suka korean food bolehla try makan kat sini :D

Thanks for reading!

20 Jun 2018

Winter Japan Trip - Akihabara


Assalamualaikum

Sambungan daripada PREVIOUS ENTRY, sepulangnya(betul ke ayat ni?) kami dari Odaiba, haruslah kitorang menjejakkan kaki ke Akihabara! Aku rasa kebanyakkan anime lovers atau otaku mesti tau tempat ni terkenal dengan apa kannn.


Akihabara merupakan bandar geek anime yang terbesar di dunia. Kat sini juga terkenal dengan electronic town dan korang boleh dapatkan barangan elektronik macam kamera. gadget. Harga dia tak surelah pulak sebab memang target aku datang sini sebab nak cari anime je. Rasanya yang paling excited gila datang sini ialah aku, adik dengan abang aku jekot :p 

Nak pegi sini mudah je, amek JR Yamanote Line dan turun di Akihabara station. Dan benda yang korang akan nampak sebaik saja keluar dari Akihabara station ni ialah bangunan LAOX tu. Pastu kau pusinglah ke mana2 pun.


Lihatlah betapa warna-warninya bandar ni. Suasana kat sini turut dimeriahkan dengan lagu vocalid daripada para-para anime yang kuatnya sampai rasa nak pecah gegendang telinga. Disebabkan kakak aku aku cuma bagi masa 1 jam je kat sini, so kitorang tak dapat explore semua tempat dan survey-survey harga kat setiap kedai, sobss.

Kitorang cuma masuk kat satu kedai ni yang aku sendiri lupa namanya, tapi kedai ni ada 5 tingkat dan dalam tu penuh dengan barang-barang anime. Even masuk 1 kedai je tapi still rasa tak puas duduk dalam tu. Tak suka tau shopping tengah-tengah rushing ni, kita kalau nak shopping kena tenang~

Inilah kedainya. 5 tingkat hokeyy

Walaubagimanapun, aku berjaya round satu kedai ni sebab nak buat perbandingan harga. Sampai tingkat 5 aku naik n usha mana yang berkenan dihati. Tapi just tengok sekali lalu jelah, cuma fokus kat watak yang memang aku betul-betul nak beli je.Rasa rambang mata weyh, macam nak borong semua tapi bila memikirkan duit ni.... Takpelah.

Banyak jugak watak anime yang kitorang kenal dalam ni. Contohnya One Piece, Attack on Titan, Naruto, K-ON, Gundam, Dragon Ball, Doraemon. Tapi yang paling aku suka sekali is Sailormoon laa! Budak-budak perempuan yang lahir tahun 1990 mesti pernah n suka tengok sailormoon kan *typical girls

 AAAAA COMELNYAA. AKU NAMPAK SAILORMOON T__T

Lepas mak dengan abah tengok harga gundam ni, diorang terus convert duit dan buat-buat terkejut. Tapi memang mahal pun, duit yang aku bawak pegi Jepun ni pun tak sampai angka 45,000 yen tu ._. Ada jugak gundam yang murah tapi kena tengok gred. Yang kat atas ni mungkin gred paling berkualiti kot. Size dia pun agak besar.

tak dapat beli figura sailormoon, dapat beli keychain pun jadilah

ni hasil tangkapan kat sana. Aku beli Miku Hatsune, yang baju hitam tu adik aku punya. dia main beli je tapi taktau watak apa ._.

Lepas dah gerak dari Akihabara, kitorang pergi ke Harajuku, sekali lagi. Tapi masa kitorang pegi ni banyak kedai macam dah tutup sebab kebanyakan kedai tutup pukul 9, kitorang pun datang lewat. Pegi sini pun sebab haritu berjalan sekejap sangat kat Harajuku ni dan ingatnya nak beli souvenir dekat sini.



Time kat sini semua orang berpecah. Aku jalan sorang-sorang je sebab aku ni kalau bab shopping cerewet sikit, so tak perlulah ada orang teman, kang dia pulak membebel. Tapi tak beli banyak barang pun sebab sayang duit huhu.

Kitorang masuk jela mana-mana kedai yang ada beli sikit magnet-magnet, keychain. Kat sini pun ada cat cafe jugak dan aku cadang nak masuk. Tapi sayangnya dah tutup pulak waktu tu :( Teringin nak main-main dengan kucing jepun. Harga masuk pun 200-300 Yen tak silap.


Wow rasa macam pelik je bila tengok tempat yang selalu packed dengan orang ramai ni jadi kosongg.

So, itu sajelah yang berlaku. Dari pagi sampai malam kitorang berjalan. Dalam beberapa hari aku kat Tokyo, inilah hari yang paling banyak aku spend duit, haha. Thanks for reading!



3 Jun 2018

Winter Japan Trip - Tokyo Tower and Odaiba


Assalamualaikum

20/2/2018 - Selasa
PREVIOUS ENTRY (SHIBUYA)

Dannn pada hari ketiga di sini, kitorang baru dapat Japan Rail Pass. Japan Rail Pass ni is a must bagi pelancong yang datang ke Jepun sebab benda ni memang dikhaskan hanya untuk foreigner sahaja dan rakyat Jepun sendiri tak dapat kelebihan ni. 

Apa kelebihan JR Pass ini? Korang boleh gunakan pass ni untuk naik semua jenis train dan subway, kecuali Shinkansen. While orang lain kena beli tiket, kita just tunjuk je pass ni dekat laluan khas (ataupun kaunter pertanyaan train) dan boleh lalu dengan ewahnya. Sebab tu orang Jepun jeles bila foreigner dapat kemudahan ni. Negara Jepun ni memang selalu sediakan keistimewaan untuk orang luar contohnya sediakan JR Pass ni, Osaka Amazing Pass, sediakan surau untuk muslim, concern pasal makanan halal. Bagus kan diorang ni?

Total JR Pass ni untuk sorang (7 days) = RM 1063 dan kali dengan kitorang 8 pax = RM 8504.


Untuk hari ketiga ni kita nak pegi ke Tokyo Tower dan Odaiba. Aku first time tau pasal Tokyo Tower ni masa tengok citer Detective Conan, so rasa excited nak tengok menara ni depan mata yang kononnya ada bomb dalam cerita Conan tu hahaha.


So, we took JR Yamanote line. Dari Komagome station, ambil train ke Hamamatsucho station. Keluar dari station tu, ambil north exit dan dari jauh memang boleh nampak dah menara kaler merah ni.


Sebelum nak jumpa menara Tokyo tu kau akan nampak pintu gerbang ni dulu. Yang ni adalah Zojoji temple, dimana ia berdekatan dengan tower tu.


Kitorang takdelah naik atas tower tu sebab banyak tempat nak lagi nak pegi. So cukuplah kot tengok dari bawah je untuk nak cukupkan syarat. Yang penting boleh flex dengan "AKU DAH SAMPAI TOKYO TOWER LAHH OMGG!"


Cuaca haritu cantik, biru je langit. Korang nampak je macam terik kan tapi dah nama pun winter, so suhu dia just nice. Rasanya haritu 6 celcius tak silap.

Lepas dah puas bergambar kat sini, terus gerak pegi Tsukiji Market. Okay nak menapak ke sini jauh giloss. So, kitorang daripada Tokyo tower (Hamamatsucho st.) pegi ke Shimbashi Station untuk ke Tsukiji market.

taktaula tapi aku suka tengok lorong2 camni kat Jepun. Nampak lawa lol


Daripada station tu nak ke Tsukiji market, kitorang berjalan kaki selama 20 minit. So kalau jalan kaki je dah 20 minit maybe korang boleh agakla berapa jauh dia. Lenguh i tell you, nak naik bas tapi taktau bas sekian-sekian tu betul ke turun kat tempat yang kitorang nak pegi tu. So  jalan kaki jelaaa.


Dan...... kitorang lalu kat Ginza! Tapi kat Ginza ni singgah sekadar lalu jela takdela explore kawasan situ pun. Sebab sini kawasan yang glemer untuk makan-makan mewah, tempat entertainment, pub, night club. Senang citer, Ginza ni tempat untuk orang-orang kaya berseronoklah.


Lepas dah jauh berjalan... Sampai dah Tsukiji Market.

Apa yang menarik kat Tsukiji Fish Market ni, dia merupakan pasar yang paling terbesar kat Tokyo yang menjual bahan-bahan segar macam ikan, sayur dan buah. Tapi yang paling glemer kat sini ikan tuna yang size besar gedabak tu. Selalunya waktu pagi dia akan buat pemotongan ikan tuna ni pastu kalau lucky, kau dapatlah merasa raw tuna yang fresh tu. Teringin nak makan tuna mahal tu tapi datang lambattt.

tamago (telur goreng gebu) harga cuma 100 yen. Sedap uolls

yang ni tolonglah belii! Mochi dia sebesar tapak tangan dan sedap gila. Ada macam-macam perisa tapi yang paling aku suka is strawberi, green tea, mango


Kat sini pun ada banyak gerai-gerai yang boleh terus makan semua hasil laut ni. Besepahlah sushi, udon, sashimi yang fresh-fresh tu. Geram je aku tengok tapi kita takleh makan, uhuuu.

Ni antara kedai sushi yang paling glemer. Aku tak surelah kat tempat lain ada ke tak, tapi kat Tokyo boleh dikatakan selalu nampak jugaklah. Terutama kat area Tsukiji tu, bersepah.


strawberi sebesar tapak tangan, manis dan sedap


Tsukiji market ni is a mustlah kot kalau datang Tokyo. Bolehla nak beli-beli makanan laut kat sini. Asalnya ayah aku nak beli salmon pastu nak masak sendiri kat rumah. Tapi memandangkan kitorang banyak tempat lagi nak pegi, takkan nak bawak ikan tu kehulur kehilir dalam beg, mau busuk satlagi.

Aku tak katalah harga-harga seafood kat sini murah, well Jepun kan. Tapi kalau nak seafood yang fresh gila dari laut memang sinilah tempatnya. Oh, kat sini pun ada jual souvenir macam cawan, magnet, chopsticks. Tapi kedai cenderahati sini tak banyak sangatlah. Barang yang dijual pun bertema ke-jepun-an. Harga agak murah jugakla. Aku beli cawan corak gunung fuji cuma 350 yen. Tapi magnet ceramic dia mahal, kecik2 harga sama macam cawan, cuma magnet tu memang naisla. Weolls beli jugak btw, haha.


Lepas dah puas shopping kat sini, next station is Odaiba pula. Odaiba ni macam pulau buatan manusia, Tokyo Bay dan is well known as "Tokyo Waterfront City". Tapi benda yang paling kitorang nak tengok kat Odaiba ni sebenarnya patung Gundam yang besar tu.


Apa yang coolnya masa nak naik train pegi Odaiba ni, train dia lalu atas laut youu. Ni macam bandar metropolitan sungguh. Btw nak pegi sini bukan guna JR Yamanote line macam yang kitorang selalu naik tu, kalini kena amek Yurikome Line and turun kat Daiba Station.


Yang jambatan tu namanya Rainbow Bridge. Function dia untuk menghubungkan laluan dari bandar-bandar besar tu nak ke Tokyo Bay(Odaiba) ni. So kalau kita naik train Yurikome Line tu memang lalulah kat bridge ni. 


Yang ni pun glemer jugak kat sini, Statue Of Liberty versi palsu. Lol. Even kau ada kat Jepun pun boleh feeling-feeling macam kat Amerika. Maybe cerita baymax dapat ilham nama San Fransokyo tu lepas tengok Odaiba ni kut.

Ni pulak Fuji TV Building. Sini merupakan headquarters bagi Fuji TV yang paling terkenal kat Jepun.


Yang nilah paling kitorang tak sabar nak jumpa, Mr Gundam!! Dia punya tinggi tu nak dekat sama dengan Diver City kat belakang tu. Nama gundam ni RX-0 Unicorn dan ketinggian dia adalah 19.7 meter. Sebenarnya statue ni baru pasang masa september 2017 sempena menggantikan statue lama RX-78-2. Yang baru ni dia buat lagi besar dan lagi kacak compared yang previous model tu. Kalau tengok time malam, lampu-lampu kat badan gundam ni menyala warna merah. Memang cool habiss!


Ni model gundam RX-78-2 yang lama tu. Tinggi asal dia dulu cuma 18 meter je. Btw, kat sini ada Gundam Cafe so bagi peminat-peminat Gundam bolehla beli merchandise atau model Gundam kat sini. Ingatkan nak beli tapi harga dia mahal nau haa. 

ingatkan sakura, tapi plum blossom je. Bolehla tu nak feeling2 sakura sikit daripada takde

Kat Odaiba ni ada disediakan prayer room dekat Decks Tokyo Beach (belakang Aqua City) and kat dalam mall. Masuk je situ terus naik floor 5 dan jalan hujung sikit jumpa prayer room dia. Tapi aku lupa lak nak amek gambar. Prayer room kat situ kena share laki perempuan dan boleh muat 3-4 orang je. Hehe asalkan ada tempat proper untuk solat kira bersyukur sangat dah.

Luar Tokyo decks boleh nampak view ni

Habis berjalan kat Odaiba dalam pukul 4 lebih, nak dekat maghrib waktu tu. Tapi even dah nak malam pun kitorang still nak jalan-jalan lagi hokeyy. Tapi yang tu tunggu next entrylah. Tulis panjang-panjang siapa nak baca kan. lol.

Thanks for reading!