24 May 2026

Mi Tarik Yahya, Bangi

Aku ni seorang pencinta mi tarik cina. Setiap kali kalau nampak restoran mi tarik cina baru bukak kat Bangi ni, mesti nak try. Setakat ni dah 6 kedai mi cina yang aku dah cuba kat Bangi ni. Tapi Mi Tarik Yahya is on my top tiers!


Dulu restorannya nama Xinjiang Mi Tarik. Sekitar 2023/2024 kot namanya start tukar jadi Yahya pulak.. Tapi rasa makanannya still sama je tak berubah walaupun nama kedai dah lain haha.

Apa yang aku suka kat sini, sebab makanannya sedap dan murah. Mengikut taste bud aku, rasa makanannya hampir authentic dengan mi tarik yang asli dari cina tanah besar sana. Tak sure owner restoran ni is Chinese muslim dari sana ataupun orang lokal kita. 


When i said harga makanan dia murah, tidak ada satu menu pun disini yang melebihi RM15. Paling mahal pun RM12.80 je. Selain tu, kalau korang spent RM8.80 dalam satu resit, boleh dapat free flow drinks! Ada pilihan teh bunga, tamarind dan juga soft drinks.

Free flow drinks

My comfort food is always diorang punya mi tarik daging. With RM9.80, dapat makan sampai kenyang pastu dapat pulak free flow air. 

Soup dia kaler light dan berempah macam sup mi tarik yang lain je. Nak lagi sedap kena letak chili oil lah bagi ada rasa. Tapi chili oil dia pun tak pedas mana hahaha.

Mi sup daging - RM9.80
Mi kicap daging - RM11.80
Nasi daging masak cendawan - RM10.80

Pastu tak lengkaplah kalau pergi kedai cina muslim tak makan dia punya dumpling dengan sate kambing. We always order 2 benda ni kalau tapau atau makan kat situ. Ada jugak chinese beef roti yang harganya cuma RM5 je. Cuma inti daging takdelah melimpah mana.. kenalah dengan harganya yang affordable.

Dumpling daging - RM10.80
Beef roti -  RM5
Sate kambing - RM2.80/pcs

Overall, makanan kat sini semua memuaskan dan mesra poket. Aku dah banyak kali repeat makan kat sini and this is one of my comfort food! Suasana restoran pun tak terlalu sempit, parking kereta banyak dan lokasi kedainya strategik di tengah-tengah Bandar Baru bangi.

31-G-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor (Berdekatan Masjid Hasanah)

14 May 2026

Jabal Thur dan Arafah

Sambungan dari --> Umrah Wajib - Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjidil Haram

8 Disember

Masuk hari kedua di Makkah, kami akan berziarah di beberapa lokasi sebelum buat umrah kedua pulak. Aktiviti ziarah haritu adalah melawat tempat-tempat ketika melakukan ibadah haji seperti di Arafah, Mina' dan lain-lain. Tapi sebelum tu, kita singgah dulu di Jabal Thur atau Gua Thur untuk tengok apakah sejarah di sebalik tempat tersebut.

Gua Thur  terletak kira-kira 4 km dari selatan Masjidil Haram serta mempunyai ketinggian 458 meter dari aras bumi. Permukaan  gunung ni jenis berbatu dan memerlukan masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke atas. 

Di Gua Thur inilah Rasulullah dan sahabat baginda, Saidina Abu Bakar bersembunyi selama 3 hari dari ancaman Quraisy. Ketika sedang bersembunyi, pihak Quraisy terdengar bunyi cicak dari arah gua tersebut dan beranggapan bahawa di dalamnya ada orang sedang bersembunyi.

Namun mereka berpatah balik lepas nampak sarang labah-labah serta burung merpati yang tengah buat sarang di hadapan pintu masuk gua tersebut. Maka Rasulullah dan Saidina Abu Bakar selamat daripada ditangkap oleh kaum Quraisy. Mereka pun meneruskan perjalanan ke Madinah.

Kalau ikutkan perisitwa di Gua Thur ni, ada banyak hero di sebalik tabir yang membantu persembunyian Nabi. Antaranya;

Ali bin Abi Talib - menukar tempat tidur dengan Nabi Muhammad sebelum baginda keluar dari rumah

Abdulullah Bin Abu Bakar (Anak lelaki Abu bakar) - memberi khabar dan berita terkini dari Makkah

Aisyah & Asma (2 orang puteri Abu Bakar) -  menyediakan makanan untuk Nabi Muhammad dan bapa mereka setiap waktu petang

Abdullah ibn Ariqath - bertanggungjawab untuk berpura-pura mengembala dua ekor kambing di sekitar Jabal Thur, perahan susu kambing dijadikan minuman kepada Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar.

Amir bin Fuhairah - bertanggungjawab menjadi juru pandu bagi Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah. Juga membantu Abdullah ibn Ariqath mengembala kambing serta bertanggungjawab menghapuskan jejak kaki Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah. (sumber : Wikipedia)

Lepas selesai lawat Jabal Thur, kami meneruskan ziarah ke Arafah pula.

Seperti yang semua sedia maklum, padang Arafah merupakan lokasi yang sering sesak ketika musim haji kerana jemaah perlu wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah. Pentingnya ibadah ni sampaikan Nabi bersabda ,"Haji itu adalah wukuf di Arafah" yang bermaksud tidak sah haji tanpa wukuf.

Matahari kata - hello sunshine~

Kami perlu berjalan dari tempat parking nak ke Jabal Rahmah. Di sepanjang jalan tu banyak orang berjual beli makanan lah, aiskrim lah, jubah, buah-buah dan souvenir. Mulalah nak belek-belek, beli benda yang tak perlu. Tapi teringat ustaz pesan supaya tak shopping sakan sangat. Nanti bas akan drop kami di masjid, jenuh pulak nak angkut barang-barang tu hehe.

Batu-batu yang orang selalu letak kat cincin, loket
Bendera Andalusia kami yang paling tinggi dalam banyak-banyak group :p

Di atas sana tulah Jabal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa selepas terpisah lama. Dulu-dulu selalu dengar orang cakap sini tempat mustajab untuk doa dapat jodoh.. Tapi ustaz cakap daripada korang panjat bukit tu dan doa kat situ, lagi mustajab berdoa kat depan Kaabah je.

Signifikan ibadah wukuf ni adalah untuk mohon pengampunan. Kerana hari Arafah adalah hari pelepasan dari api neraka. Dari Aisyah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda, “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah.”

Beruntung kan orang yang berpeluang berdoa kat sini masa hari Arafah?


Selain tu, Arafah ni jugak merupakan kali terakhir Nabi Muhammad menyampaikan khutbah terakhir semasa Haji Wada'. Aku ada baca buku Muhammad yang ditulis oleh Martin Lings, masa baca part Khutbah terakhir Nabi ni, sedih beb! Dari sini kita dapat renung semula kepayahan Nabi demi menyebarkan agama.

Sejak awal terima wahyu ramai yang menentang, hinggalah momen terakhir Nabi menyampaikan khutbah, umatnya bertambah semakin ramai sampailah ke hari ini.

Rangka khemah yang cuma guna time musim haji je
Cam biasalah, sana sini mesti ada aiskrim :p

Bersambung next...

6 May 2026

Short trip to Sekinchan

Cuti hari pekerja baru ni, kami saja jalan-jalan pergi Sekinchan dan menginap satu malam. Nak pergi bercuti luar dari Selangor, rasa semua tempat jem dan tak berbaloi nak drive jauh. Tu yang akhirnya membawa ke Sekinchan je, 3 jam dari rumah.

Sebut pasal Sekinchan je, mesti dalam kepala ni ingat sawah padi, pastu ikan bakar. Honestly percutian kami ni sekadar jalan jalan cari makan jerr sebab taktau tempat yang menarik kat sini.


Gerak dari rumah pukul 9 pagi pada hari jumaat. Sampai sana hampir pukul 12 tengahari, pastu terus pergi lunch. Singgah Restoran Abah Bonda Ikan Bakar sebab aku dari haritu lagi nak makan ikan bakar. Masa sampai tu tak ramai orang, selang 10 minit dah duduk, eh hampir penuh pulak kedainya.


Aku order ikan cencaru bakar sambal (RM13) makan dengan nasi dan ulam je. Abah kata kenapalah tak order ikan merah ke, pari ke. Ni pergi order ikan budak asrama yang murah tu. Hahaha iolls is okay je makan ikan murahan asalkan dia ikan bakar, terus jadi sedap :p

Beli coconut shake drive thru. Harga RM8 cup besar

Lepas makan, check in homestay dan tidur je. Pukul 5 petang baru keluar rumah dan pergi jalan-jalan, sekaligus cari tempat untuk makan malam. Punyalah plan nak pergi main basikal kat tepi sawah la, pergi ladang tebu lah, pergi pantai lah.. Last-last bergambar kat tepi sawah je.

Masa ni memang sawah tengah cantik menghijau, ada juga yang dah menguning. I don't know much about padi ni, tapi kalau dah kuning maksudnya boleh dituai la kan? Kitonya tahu nak bergambar je, ahakss!

kalau dah masak nanti, bakal dihidangkan di atas pingganku :p

Lepastu nak singgah Pantai Redang, the only pantai dekat Sekinchan ni. Bila sampai sana, ya ampunn banyak gila kereta sampai takde tempat parking! Tambah pulak kat situ ada tokong, so mereka ada buat sembahyang something kot, sebab ramai orang kat tokong tu.

Kami pun cancellah pantai ni dan mundar mandir taktahu lah nak pergi mana lagi. Kalau ikutkan kat Kuala Selangor ni ada Pantai Cermin, tapi yang itu perlu sewa bot dan sesinya pula dibuat waktu pagi je. Itu kena datang next time pulaklah.

Nampak bot-bot nelayan sebelum sampai ke Pantai Redang

Dah tak tahu sangat nak pergi mana, terpaksa lah cari jugak kedai makan walaupun masih kenyang dengan makanan tengahari tadi.

Untuk dinner, kami makan di restoran Abah ikan bakar if tak silap..  Malam ni nak try mentarang pulak sebab sepanjang jalan yang kami lalu, kemain banyak banner mentarang bakar sampaikan aku curious apakah menatang mentarang tu?

Mentarang bakar 2kg (20 pcs) - RM70

Ini mentarang. Ia merupakan sejenis haiwan cengkerang seperti lala, kerang, siput, etc. Isinya agak besar dan sedikit kenyal. Macam makan oyster, tapi rasanya lebih manis. Nak kata macam makan siput pun iye jugak. 

Lagi sedap bila dicicah dengan cili kicap tu. Kalau datang Sekinchan, bolehlah try makan mentarang ni!

Ikan siakap tiga rasa - tak ingat harga sekor
Sotong saiz besar ambil 3 ekor - RM117. Masak goreng tepung dan salted egg

Hurmm total harga makan semua ni, RM360 weyhh, sumpah mahal! Walaupun kat sini kaya dengan makanan laut, tapi restoran punya markup harga kawkaw betul! Padahal rasa makanan dia biasa-biasa je, sedap lagi seafood yang aku makan kat Sabah 3 tahun lepas.. Dahlah servis lambat, sejam tunggu makanan baru sampai. Aku banned kedai ni next time.

------------------------------------------------------------------------------------

Pagi esoknya lepas subuh, keluar rumah untuk pergi pasar awam Sekinchan sebab nak beli haiwan laut! Hasil laut yang dijual memang fresh dan harganya of course lah lebih murah dari pasar kat rumah aku.

Mari kita tengok harga seafood sini mahal sangat ke sampaikan kena cas RM360 makan kat restoran semalam? Aku bitter tauuu!


Kami beli ketam (RM24 sekilo), sotong (RM15 sekilo), ikan bawal (RM26 untuk 2 ekor), ikan merah, kerang (RM15) dan Mentarang (RM15 sekilo). Haha yang mentarang tu, kita makan kat kedai malam semalamnya kena RM70, beli kat pasar 2 kilo dapat RM28 je nokk. Gila banyak bezanya!

Lepasni kalau datang Sekinchan, idokler nak makan kat restoran. Beli je makanan laut kat pasar, pastu masak sendiri.

Sarapan pagi di warung tepi sawah
Lempeng cicah sambal bilis dan nasi lemak

itu jelah kisah percutian ringkas 1 Mei baru ni. 

3 May 2026

Umrah Wajib - Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjidil Haram

Sambungan dari --> Niat ihram di Bir Ali dan menuju ke Makkah

Sebelum memasuki masjid, kami diminta untuk bersihkan selipar terlebih dahulu. Aku just lalukan air guna wudhu spray je, kemudian tukar selipar bersih yang khas digunakan untuk tawaf. 

Kami masuk melalui gate 79 kalau tak silap, yang boleh direct turun ke Mataf area tu. Kalau boleh masa tu, memang taknak terpisah dari ahli kumpulan langsung sebab sangat ramai orang walaupun hampir pukul 12 malam. Lagi-lagi kita ni first time sampai ke Masjidil Haram.

Sebaik turun ke kawasan Mataf, terus terkedu bila nampak kaabah..

Kaabah sentiasa menjadi impian bagi seluruh umat Islam. Yang selama ni kita lihat di sejadah, di buku-buku, di screen telefon kita, akhirnya dapat lihat langsung di depan mata. Dari zaman sekolah lagi bila tengok je gambar Kaabah mesti terfikir, bilalah nak pergi Mekah ni. Nak tunggu haji, time tu entah hidup ke tak lagi.

Alhamdulillah sebelum umur 30, dapat pun jejakkan kaki kesini.

Gambar diambil selepas selesai tawaf

Selesai 7 pusingan tawaf ni lebih kurang sejam. Kemudian buat solat sunat tawaf dan minum air zam-zam sebelum ke tempat saie pulak. Tapi sebelum tu, kita ambil gambar berkumpulan dulu buat kenangan.

Berjalan menuju ke Saie area

Kami buat Saie di tingkat paling bawah. Ibadah Saie ni sebagai simbolik memperingati usaha Siti Hajar yang berulang alik di anatara Bukit Safa ke Marwah bagi mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail. Starting point bermula dari Bukit Safa ke Marwah, kemudian ulang alik sebanyak 7 pusingan. Walaupun ramai orang, tapi ruangnya tidak terlalu padat berbanding buat tawaf, berjalan santai-santai je~

Suasana tempat Saie. Ni dari Bukit Marwah lepas dah selesai 7 pusingan
Lampu hijau adalah isyarat untuk berlari-lari anak bagi lelaki

Kat sini, masing-masing berselerak bila dah tiba di lampu hijau. So aku jalan dengan mak dan kakngah. Lepastu entah macam mana, pusing belakang tengok mak dan kakngah hilang dari pandangan. Ah sudahhh, kita sorang-sorang je kat sini dalam ribuan manusia. Pastu jalan jelaa sampai settle 7 pusingan. At last jumpa pun semua ahli group kat Bukit Marwah.

Orang ramai di atas Bukit Marwah
sejuk bila pijak atas nii
 
Kami bertahallul selepas selesai Saie. Yang perempuan, pergi area hujung-hujung sikit dan mintak ahli keluarga guntingkan rambut. Alhamdulillah, maka selesailah umrah wajib bagi kami (kecuali mak & abah) sekaligus bebas dari 13 pantang larang ihram. 

Ustaz dan ahli group yang lain-lain gerak balik dulu, sementara kitorang tunggu ayah aku yang tak muncul-muncul sejak dari lepas tawaf. Lepas dah berkumpul, yang laki-laki ni nak pergi botakkan rambut, kitorang yang perempuan gerak balik hotel dulu.


Otw berjalan tu nampak kedai aiskrim masih bukak. Mata masing-masing pun masih segar lagi, so kita makan aiskrim pukul 2 pagi. Kebanyakkan kedai di sini memang sentiasa buka je walaupun dah lewat malam. Mekah adalah bandar yang tidak pernah tidur dan tidak pernah sunyi.

Al Asemah ice cream. Manih leting xD

Akan bersambung di next entry..