26 Nov 2015

DIY : Doodle phone case


Assalamualaikum!

Semalam aku agak bosan. Mana taknya, balik2 ngadap komputer. Balik2 ngadap phone. Macam takde life je tau ;-; Bila nak buat benda yang berpekdah ni maznii? haha.

So aku pun buatlah design untuk phone case aku. Nampak hodoh gila lahai cover phone aku ni. Kosong gitu je.. Dahlah retak sana, retak sini. Apa kata kita mekapkan dia bagi lawa sikit, barulah selera nak pandang phone tiap2 hari.
jom pakaikan baju baru!
Bahan2 yg diperlukan; (macam nak memasak, lol)
  • Kertas dari sketchbook (nak guna A4 pun boleh. aku suka guna kertas ni sebab tebal, hehe)
  • Drawing pen (guna jenama pilot)
  • Cutter/gunting
  • Pensil
  • Clear phone cases (malang sekali aku punya transparent warna kelabu ;-;)
1. Letak cover phone atas kertas. Kemudian trace bentuk phone case korang tu.

2. Untuk bahagian kamera dgn speaker tu, trace tu kena betul2 bagi sama bentuk. Sebab tu aku guna pensil tekan sebab dakwatnya haluss. Part ni memang leceh sikit seriously, haha.

3. Lukislah apa2 doodles berselirat yg berkenan dihati
bahagian kamera tak kemas sebab gelojoh sangat tak trace betul2 T__T
4. Potong guna cutter. Lubangkan juga bahagian yang patut dilubangkan. haha

5. Letakkan lukisan doodles yg dah siap dalam cover. Ikut suka koranglah nak gam ke, nak selotape ke supaya tak tercabut. Aku biar gitu aje, asalkan tak tercabut. 

Dah siappp
                
               
Nampak malap sikitlah, hehe ;-; Janji engko transparent

Siapa2 yang terasa bosan dan nak tukar cover phone yang baru bolehlah try buat ni. Jimat duit sikit :p

Thanks for reading!

#klik2 lah sikit iklan kat sidebar tu eh. macehh xD


22 Nov 2015

Makan-makan di Sopoong


Assalamualaikum

Semalam, aku ngan kakak pegi IOI City Mall sebab dia nak jumpa kawan lama dia. Kenapa aku menyemak? Sebab dia pegi ioi nak tengok Hunger Games. Tunggu dari tahun lepas kott untuk ending cite ni. Maklumlah, cerita keluar setahun sekali. So, kakak aku pun belanja aku tengok Hunger Games tu. Tu pun selepas aku buat muka comel kat dia, uhuk uhukzzz. 

Ending dia best gakla. Tapi ada jugak sedihnya. Biasala, Hunger Games kan, ada je watak yang mati T__T Kalau nak tau lebih kena tengok sendirila. Kang tak serpraiss pulak kalau iolls cerita, haha.

Kkkk. sebenarnya aku nak cerita pasal kedai korea ni. Aku kalau makan kat restoran Korea selalu makan kat Dubu Dubu je. Tak pernah try tempat lain lagi padahal bersepah je kedai yang jual makanan korea ni kan, haha. 
Tetiba teringat mak aku. lol
Enviroment kat sini sangat cantik dan bersih. Ala-ala secret garden yang tak berapa nak secret gitu~ Menyesal pulak tak bergambar kat setiap pelosok restoran ni. Padahal orang tak ramai pun time tu. Apapun, tempat ni cantik dan comel. Macam siapa? Letak nama korang sendiri. Eh tetibaaa



Kat sini ada banyak choice makanan. Tapi aku dengan tak habis-habisnya asyik order menu yang sama setiap kali makan korean food :p Lain kali kita try benda lain pulak ye.

chicken soondubu jigae(tofu stew) - RM16.90
Kimchi Jigae chicken(kimchi stew) - RM16.90 
cheese tteokbokki - RM...... taktaulah sebab ni kawan kakak punya ahahaha. Range harga dalam RM11-12 gitu kot
Kimbap!! - RM11.90
Yakuza tengah makan. Dah celup chopstik dalam sup baru nak amek gambar.
Bagi aku makanan kat sini sedap. Kenyang pun iya jugak. Oh untuk side dish, ada kimchi(wajibul ghunnah sangatlah kan), salad(bagi aku agak manis), dan kimchi timun barangkali. Aku tak sentuh langsung timun tu sebab tak suka timun TAT, mianhae timun. Salad dengan kimchi tu aku makan habis licin ehh.

Tapiiii, bagi aku kimbap kat sini memang sedap. Aku tukang perabiskan kimbap tu semua bila kaklong dengan kawan dia dah kenyang sangat, haha. Bila makan kimbap terasa macam nak buat sendiri pulak xD


   Thanks for reading!


17 Nov 2015

Tabiat pemakanan pelik aku


Assalamualaikum

Dalam rumah ni, aku ni dikategorikan makhluk paling ganjil bila bab2 makanan. Benda yang orang suka, aku tak suka. Benda yang orang jarang buat, aku buat. Wahahaha. 

Makan burger cubit sikit2
Yang ni memang ganjil. Bila aku beli burger2 yang kat tepi jalan tu, diorang selalu letak sos banyak2 sampai melimpah. So untuk elakkan mulut aku comot, aku cubit seketul2. Hasilnya, tangan aku lak comot. Eh tahpape je kan? Tapi aku rasa buat camni lebih kenyang kot.

Tapi itu dulu jelah, sekarang aku ngap je terus. Takde masa nak cubit sikit2, dahla tengah lapar :p


Singkirkan sayur dari kebab roti
Ini perangai paling keji. Keji sebab tak makan sayur. Padahal bila makan tak rasa pape pun, hahahaha T__T

Tak makan sambal nasi lemak
Emm yang ni mohon jangan kata aku bukan orang melayu.. At least aku penggemar belacan k. Taktau kenapa, tapi aku ni jenis kalau makan nasi lemak mesti sambal tak licin. Aku amek sikit je. Apa istimewanya nasi lemak ni kalau tak dimakan dengan sambal? x'D Masa time rehat kat sekolah dulu aku selalulah beli nasi lemak. pastu kawan aku tau aku tak makan sambal so diorang berebut-rebut nak amek sambal aku, haha.

Sorry sambal.. 
Tak makan telur kuning
Aku baru tau rupanya bukan aku sorang je dalam dunia ni yang tak makan telur kuning lepas tengok citer kdarama pinocchio. Perempuan tu pun tak makan telur kuning gak :p Tapi kalau dalam nasi lemak, laksa atau telur goreng aku tibai je telur kuning ni. Kalau dapat bunga telur kat kenduri tu yang aku tak makan. Alien sikit aku ni...

Siapa yang ada ciri2 seperti di atas? Baik ngaku patt!

Dann, minggu lepas result final exam dah keluar. Cuma alhamdulillah je yang aku boleh cakap. Aku risau gila kalau pointer tak pass 3 keatas, tapi Allah bagi rezeki lebih kat aku. Unexpected. Actually benda ni angan-angan je, tapi tak sangka lak boleh dapat betul2 sebab aku rasa persiapan study aku tak cukup kott masa tu. So yeah, i did it untuk sem pertama, yeayy!

 Terima kasih untuk mak abah, adik beradik, lecturer, dan kawan2 yang selalu buat study group sama2. Tahniah jugak untuk sape2 yang dah dapat result! :)

Thanks for reading!


11 Nov 2015

Art class


Assalamualaikum
              

Tamaknya gambar permulaan je dah sampai 3 hahaha

Hi. Harini kita bersesi throwback2 ye. Lagipun saja nak letak hasil kerja aku kat blog ni walaupun tak lawa wahahaha. Manalah tau kot2 kalau aku terbuang semua keje2 art aku tu ke, bolehlah tengok balik kat blog ni. Itulah motifnya, aha.

Sebagai art and design students, tak kisahlah kau amek graphic ke, industrial design ke, fine art(ini wajib sangat) utk sem 1, ada satu subjek yg kitorang kena tempuhi iaitu FND. Ini memang subjek wajib yg kitorang kena amek untuk sem 1. Sem 2 tak payah, tapi ni untuk department printinglah, yg department lain aku tak sure ada ke tak untuk sem 2.

Macam aku ni amek printing so code dia fnd111 dan fnd110. Fnd tu membawa maksud FiNe Drawing atau Fine aNd Design kot. Eh aku tibai je, kau jangan caya sangat okay. Tapi rasanya ini memang subjek fine art pun.

Fnd110 ni adalah subjek drawing, so segala benda yang kena sketching2, lukis2, itu 110 punya. Kalau fnd111, dia adalah visual studies. Alah macam seni visual, main warna-warna, comot sana sini. Sekali lagi sis minta maaf sebab buat fahaman sendiri, huhu.

Senang cerita 111 ni belajar prinsip senilah. Dann subjek ni adalah punca yg buat aku terfikir, "Asal aku amek AD eh?", "Aku buat pilihan yg tepat ke masa isi upu haritu?" hahaha. Aku kan selalu membebel pasal projek artlah, apalah.. inilah dia :p Trust me, buat benda ni memang boleh bagi tekanan jiwa yg maha dahsyat walaupun ianya seni.

FND110(drawing)
Drawing class ni bukannya nak kena lukis gambar pemandanganlah, keretalah, benda yg hebat2 belaka semua tu. Yang ni belajar teknik2 asas melukis je. Banyak lukis bentuk geometri je. Paling susah pun lukis dinosour jekot untuk manusia yg tak suka melukis lukisan binatang macam aku ni, haha.

circle
Nampak je macam tahpape kan? Aku ngaku, memang tak berseni pun xp Tapi, nak siapkan satu bulatan penuh ni pun amek masa dalam 1 atau 2 jam. Kena pegang pensel dengan menegak dan lukis bulatan. Ulang banyak kali supaya stroke circle tu tebal. Tangan terketaq-ketaq macam kena parkinson dah -_-
scribbling
Teknik scribbling. Kena pandai control tangan untuk hasilkan tone yg sekata. Ewahh

form 3D
K tau kelakar, jangan gelak. Rupa dia memang macam kartun sebab aku lukis berdasarkan dinosour plastisin yg aku dah bentukkan, wahaha. Ini guna teknik cross hatching. Aku malas nak lorek sampai penuh sebab leceh xD Malas2 pun dapat 9/10 jugak, yeayy!

Oh lupa nak cakap. Ini contoh paper work. Sebenarnya ada banyak lagi paper work yang kitorang kena buat tapi yg ada kat aku 2 je. Yang lain tu lecturer amek.

Untuk subjek 110 ni, ada berbelas-belas drawing jugakla yg kitorang kena buat. Tapi tak susah sangat pun sebab kena lukis bende2 yg simple je. Masalahnya ialah bila kau malas je, haha.

FND111
Selamat datang ke alam penyeksaan, Muahahahaha!

Hari pertama kelas lagi kitorang dah disuruh kutip barang2 terbuang dan nature(ranting,daun,batu) utk projek pertama. Jadi budak AD ni memang kau akan sentiasa bersama dengan sampah dan jadikan sampah tu sebagai seni. hahahaha. It's a good thing actually sebab kita belajar appreciate sampah :p Kitorang memang dah biasa sangat gali-gali tong sampah ni. Sorryla kalau nampak mcm hina sangat dimata masyarakat. Sesungguhnya perkara ini bukan kami yg mintak, ianya atas urusan kerja.

That moment bila kau tgh makan ayam... "weh tulang ayam! Simpan utk nature!"
Nampak tin/kotak minuman tepi jalan *pandang kiri-kanan, kutip*
Nampak bunga atau nature things tepi jalan *petik dgn tidak berperikemanusiaan*

Ada sekali tu, aku nak petik bunga jenjarum, sekali bunganya habisss. Tinggal daun je. Aku tau dah ni mesti kerja bebudak kitorang ni, haha.

Texture abstract project (lupa nama tajuk -_-)
Behind the scene....
guna chinese ink yg bau dia busuk takleh bawak bincang

Ambiguos
Start dari sinilah kesengsaraan tak tidur malam tu bermula :p
Orang lain sibuk dok berhari raya aidilfitri, kita dok hadap benda ni huahuahua. Serious dah spoiledkan mood raya aku *emoji nanges* Amek masa 4 hari setengah nak siapkan benda ni. 
behind the scene..

Dinosour dawai
Start dari sinilah kitorang rasa nak gila, rasa dah fedap, rasa nak keluar dari uitm, dann rasa segala semua rasalah. Taktau kenapa, tapi ni project yg paling susah sekali yg nak siap. Hahahaha dahsyat betul. Memula aku fikir benda ni macam takkan pernah siap.. Sebab proses nak lilit dinosour tu tersangatlah lama. Even kau duduk 6 jam sehari pun, tak sampai half pun hasil yang kau dapat.

Sampai kitorang keluarkan fatwa sendiri yg dinosour ni haram -_- MasyaAllah sampai macamtu sekali dia punya geram tu. *Amek masa 3 bulan nak siapkan, HAHAHAHA!

Lepas siap dawai ni, tahap lega dia tu tak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Aku rasa macam nak buat kenduri kesyukuran time tu jugak.
Sorryla leher dinosour tu nampak 'chachard'. Seksa tau tak nak bentukkan dia punya rangka tu. Aku dahla tak pernah dan tak pandai nak bentukkan binatang ni..

Behind the scene...
Hasil buat 5 jam tanpa bergerak dari tempat duduk. Dpt banyak tu je x'D 

Paperwork texture 3D
Projek ni yg aku nampak paling sadis.. Pernah tunjuk hasil kat lecturer pastu dia reject, suruh buat baru. Pehhh sakit gila. Tapi memang salah aku sebab tak tanya dulu sebelum buat. Lepas kena reject tu merajuk 2 hari taknak buat keje ni hahaha.

Dah datang semangat tu terus sambung buat sampai stay up pukul 4/5 pagi. Kalau tidur pun, kat atas lantai bersama sampah2(k yg ni serius aku mcm pengemis). But Alhamdulillah, projek ni yg aku dapat full mark & kena hantar pegi jabatan tu xD 
kena buat 25 pcs
cilok dari twitter
cilok dari instagram pulak wahahaha

Behind the scene....

Canvas texture
Paling sakit nak buat background sebab kena punch kertas jadi bulat2 kecik pastu tampal satu persatu kat canvas. Ingatnya nak buat background ombre sekali bercapuk pulak warna dia x'D

Behind the scene...

Dinosour paper clay(last project)
Bentuk dia memang kelakar tahap budak tadika. Aku dah kata memang aku takde bakat langsung nak bentukkan objek. Dinosour pulak tu.. Guna paper clay ni sekali bukak jangan tinggal camtu je, nanti keras. Amek masa 4 jam utk siap.
Al-Fatihah utk bentuk yg sempurna macam ni. Sekarang kaki, ekor, tanduk dino ni semua dah tercabut
 Behind the scene...

Itu jekot. Tapi honestly sebenarnya class ni agak best jugak walaupun banyak benda nak kena buat. Dan yang paling best, even class ni masa yg paling lama(5jam) tapi sangattt santai. Boleh buat kerja sambil dengar lagu, boleh menyanyi dalam kelas, boleh keluar merayap pegi beli air gedegang, boleh usik orang lain buat kerja (tapi makesure kerja engko siaplah nak).

Nanti dah masuk sem 2 takde dah kelas yg santai2 camni. Semua kena serious je. Aiyaaa nanti mesti rindu kat puan lecturer kite yg suka sangat bercerita tu TT

Thanks for reading!



2 Nov 2015

Masita Steak House


Assalamualaikum

Sempena meraikan dah habis exam haritu, kawan aku ajakla pegi makan kat western food. Ekceli memang benda ni dah plan lama pun tapi taktau western food mana yang sedap kat seksyen 7 shah alam ni. Nak2 selalunya western food ni makanan mahal2 kan, so nak cuba cari kedai western yg harga berpatutan utk student2 macam kami ni, hehe.

Kitorang ni kalau keluar beli barang selalu pegi kat Giant seksyen 7 tu. Maka pada suatu hari, aku pun terperasanlah restoran western food yg bernama Masita Steak House ni. Ada sekali tu aku baca2 entry kak Nisa Kay, dia ada buat review pasal kedai ni. Sedap katanya. So aku pun cadang ngan kawan aku nak makan sini~
             
                
menu2 yg ada


Bila tengok menu tu aku macam, wow okay, boleh tahan murah! Banyak yg best2 lak tu. So aku pilih chicken grill dengan manggo juice. Yang kawan aku lagi 2 orang tu pilih chicken chop fried rice.

Sebab time kitorang datang tu awal lagi, dalam pukul 4 cenggitu tak ramai orang lagi. Order sampai laju je hehehe. Oh lupa nak bagitau, aku rasa kedai ni bukak pukul 4 kot sebab time kitorang datang pukul 3.30 tu belum bukak lagi. So, merayaplah kami ini mencari roti kat king's bakery sebab lapar sangat. Tak makan tengahari lagi masatu, haha.
Manggo juice - RM4

Ok yg manggo juice ni memang paling favourite! Memang fresh gila, sejuk je tekak iolls minum. Time tu pulak tengah jerebu kan, so memang tekak sakit gila. Minum air ni je rasa segar sikit tekak aku hahaha.

Cara dia blend manggo ni memang smoothie sangat. Ada sesetengah air mangga yg aku minum dia still rasa bulu2 mangga tu.. Tak blend kasi habis. Eden nak minum pun tak sonang. Tapi manggo juice yg aku order ni memang puas hati sebab sedap weh! Harga pun tak mahal mana plus, dia hidangkan dalam cawan yang comel! Baru nampak hipster sikit en~
ni yg aku order, chicken grill - RM9.90

Chicken grill ni bagi aku sedap dan mengenyangkan. Engkorang tengok dalam gambar ni nampak je macam sikit kan, tapi kenyang lepas makan tu, percayalah. Hahaha! Aku rasa macam nak bagi 5 bintang untuk dia punya sos black pepper tu. Serious sedap okay. Bila baca review yg orang bagi, ramai kata black pepper sauce kat sini sedap :D U should try this!

chicken chop fried rice - RM 12.90

Yang ni lagi 2 orang kawan aku order. Banyak2 menu, yang sama jugak yang diordernya. Eh sukahati doranglah, perut diorang. Makan yang ni pun aku tengok muka masing-masing tak menahan dah sebab kenyang sangat. Chicken chop dia besau kott. Lastly aku kena tolong makan separuh, hahaha.

Kitorang ada jugak tapaukan fish and chips(RM8.90) dengan spaghetti bolognese(RM7.90) untuk kawan lagi 2 orang. So total untuk 5 dish yang kitorang order tadi RM50++. Affordable kan price dia? 

Harga makanan berpatutan, makanan pun sedap, wifi free pun ada. HAHAHAHA!

Sebab kedai ni nama 'masita' bunyinya nak dekat sama dengan 'mashta' in korean.Aku taktaulah ejaan dia cemana, tapi sebutnya bunyi begitulah. Mashta tu maksudnya sedap. So yeah, masita steakhouse ni memang mashta! :p

Location;
Jalan Plumbum V 7/V, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, Malaysia

-Berdekatan dengan giant seksyen 7
- Depan surau seksyen 7(maaf lupa nama surau)


Thanks for reading!