Asslamualaikum
Takut tak baca tajuk? Mimpi ngeri apa yang bersambung tu agaknya? Anyway aku minta maaf sebab dah tenggelam timbul dalam dunia blogging ni. Pageview dah merundum teruk gila-gila tapi tulah, aku banyak je benda nak cerita, cuma mood malas nak update blog tu Ya Allahh xD
And my mental health was tested again dengan mimpi ngeri ni.
Kalau korang ada baca entry yang laptop aku dimasuki virus tu, KLIK SINI UNTUK BACA rupanya dia tidak habis setakat disitu ya.. Yes aku dah factory reset laptop, tukar semua password yang link dengan google account. Lepas semua tu, ingatkan aku dah selamat. Walaupun duka di hati masih sedih lagi sebab aku sayangkan gambar-gambar dalam hardisk yang dimasuki virus tu. Semua tempat aku dah try tanya dan tak ada yang boleh restore balik semua file-file aku yang hilang dalam hardisk tu.
Btw thanks to blogger Hanamiko Sakura sebab suggest call Cyber Security Malaysia. Dah try call and diorang pun kata tak boleh bantu huhu. Saya redha jelah..
Sebenarnya, email aku dah di godam oleh orang gila since dari kes masuk virus haritu. Lepas berapa bulan menyepi, dia hantar email ugutan kat aku yang menyatakan dia dapat access semua privasi aku macam gambar, video, email, chats dan bila-bila masa je dia boleh buat benda tak elok kat aku.
And i found out dia pernah berjaya masuk to my microsoft account. Rasa serabut gila like okay, kau dah dah pernah masuk privasi aku berapa bulan lepas, hilang habis semuanya. Cukuplah. Aku bukannya ada duit pun nak bayar ugutan tu. Literally memang orang biasa. Memang celaka sungguh manusia-manusia ni nak ganggu hidup orang.
Aku tak boleh cerita panjang and detail sebab still rasa tak selamat. Nak taip entry ni pun still rasa takut-takut-takut. But for sure, aku takde pilihan lain selain kena delete email tersebut. Yes, email yang aku dah guna since zaman sekolah, terlalu banyak kenangan.
Aku create email baru dan tukar semua social media dengan email baru. Blog ni pun haritu macam buntu jugak tak tahu cara nak tukar email. Tapi berjaya jugaklah alihkan. Kalau tak memang menangiss!
Followers di dalam blog aku ni masih kekal, tapi aku still kena follow balik blog korang semua. Mungkin disebabkan blogger profile aku sekarang dah tukar dengan yang baru. Kalau korang dah follow aku, drop je link blog korang, nanti aku akan follow semula yaa! :')
And logik ke kalau aku cakap disebabkan blogger profile aku ni dah tukar baru, pageviews blog jatuh merundum sebab orang macam dah tak perasan keberadaan blog aku? Tapi url blog ni masih sama je. Luar biasa rasanya bila i update entry baru walhal dah seminggu lebih, tapi pageviews untuk entry tu masih bawah 30 views..... Selalu paling-paling busuk untuk seminggu pun dapatlah atas 80. Ke sebab orang tak perasan update terbaru aku? Atau pun memang aku dah lama sangat tak update blog sampai takde orang datang :') Haihh entahlah... Tapi memang rasa lainlah sekarang ni. Aku kena blogwalking banyak-banyak untuk bantu menaikkan semula pageviews ni. sedih sangat bila jatuh teruk camni
Btw ada banyak lagi akaun yang aku perlu tukar email selain social media. Ni pun aku utamakan mana yang penting dulu dan ubah slow-slow. Tak pernah bayangkan benda seteruk ni boleh jadi pada aku :') Sekarang ni aku tengah pening camne nak alihkan google photos kita pergi email baru. Dah taknak apa-apa benda semua link ke email lama tu. Walaupun sekarang aku dah double the protection, tapi masih scary dan takut kalau-kalau orang tu dapat masuk lagi. Memang cara terbaik dia aku kena terus hapuskan je jejak email lama tu T__T
Korang doakan aku kuat dan sentiasa selamat daripada tangan-tangan jahat manusia tau. Jagalah korang punya security untuk akaun sosial media, email atau apa-apa benda online ni. Dunia internet ni memang tak pernah selamat.
Lepas dah settlekan masalah ni aku akan update entry macam biasa okie.