Assalamualaikum
5/2/2016 (Friday) DAY 1
Lepas seminggu balik dari kem, minggu depannya terus bertolak pegi Perth. Rindu kat kem pun tak hilang lagi tau dak, hahaha.
Alkisahnya, sebelum nak pergi Perth ni memang banyak rintangan yang berlaku. Sampai aku dengan kakak rasa macam dah taknak pegi pulak trip ni. Tapi Alhamdulillah everything went well. Semua benda yang kitorang rancang akhirnya tercapai jugak. Oh lupa, partner trip kali ni cuma aku dengan kakngah berdua je. Ni pengalamanlah merasa travel 2 orang. Sebelum ni selalu travel satu family terus.
Masa bulan 8 last year, actually family aku pegi perth jugak. Sepatutnya kitorang berdua ikut sekali, tapi tiket terpaksa biar je camtu sebab aku ni dahla baru masuk universiti, takkan nak ponteng kelas sampai seminggu pulak kan. Si kakngah ni pulak ada FYP, Memang idoklah dia nak pegi melancong. Maka disitulah bagaimana cara kami kena tinggal. End.
So, kitorang pun tukarlah tarikh flight masa CNY. Sebab time tu jelah yang dua ketul beradik ni tengah cuti. Tapi nak tukar tarikh tu kena bayar lagi RM400++ laa. Airasia bukan macam MAS boleh tukar tarikh ikut suka-suka. Ini pun kira nasib baik boleh tukar, sepatutnya tak boleh tau.
So, kitorang pun tukarlah tarikh flight masa CNY. Sebab time tu jelah yang dua ketul beradik ni tengah cuti. Tapi nak tukar tarikh tu kena bayar lagi RM400++ laa. Airasia bukan macam MAS boleh tukar tarikh ikut suka-suka. Ini pun kira nasib baik boleh tukar, sepatutnya tak boleh tau.
makanan time pegi, chicken teriyaki. Balik kimchi chicken. Dua2 sedap! *thumbs up* |
Flight dalam 5 hours gakla. Patutnya flight pukul 8, tapi kena delayed pukul 10 sebab ada orang sakit. Sampai sana pukul 4.11 pm, sama je waktu dengan Malaysia. Suhu masa tu 37 celcius. Kitorang datang time summer okay, so tahap kepanasan dia tu sampai kau tak nampak awan langsung like seriouslyyy. Memang takde awan. Aku dari atas flight tu dah macam, "waduh malas gilaaaaa, panasnyaaaaaa". Tah kenapa masuk je bumi Australia tu memang macam tak eksited pun. Jauh beza perasaan dia dengan masa pegi Korea 3 tahun lepas :') Faktor cuaca barangkali..
sunny hott |
Sampai2 je terus tuan rumah datang jemput kitorang. Hj.Yon dengan aunty Ilah. Kitorang stay kat rumah ni 6 hari. Sangattt selesa. Dah nama pun rumah, so apa benda yang ada kat rumah korang, kat guest house ni semua adaaa. Memang macam rumah sendirila. Dapur, pinggan mangkuk periuk, mesin basuh baju, semua ada! Buat berat luggage je kitorang bawak traveller cooker dengan iron TvT Towel pun dah disediakan.
Sepanjang duduk sana, kitorang rajinla membasuh sebab time summer baju cepat kering! Sidai pakaian warna hitam, 2-3 minit dah kering. yang seluar jeans 10 minit gitu kering dah. Nak masak telur kat luar rumah pun boleh sangat dah ni~ Jimat gas.
excuse my face.. ni muka time nak balik. dah hitam terbakar |
Ada meow jugak tapi ni kucing jiran sebelah yg selalu lepak sini.
berlagak betul Putih ni T__T |
ni baik sikit |
So for malaysian, kalau nak sewa kat sini sangatlah boleh. Area rumah ni kat Marangaroo, jarak nak pegi ke Perth City tak sampai 20 minit pun.
Ini emel hj. Yon, sebarang pertanyaan boleh tanya beliau :)
hj_yon@hotmail.com
So 1st day tu tak buat apa2 pun lepas sampai. Cuma malam tu kitorang keluar pegi city centre sebab nak beli sim kad. Terlupa beli kat airport tadi. Mostly kedai banyak yang dah nak tutup. Sebab kat sana kedai memang tutup awal. Pukul 5/6 dah tutup. Even pasaraya pun. Kalau hari Jumaat je dia buka lama sikit sampai pukul 9. Tapi sim card tu kitorang dapatlah cari sebab kedainya tutup pukul 9, yay.
Ini adalah view Perth City dari South Perth. Malam2 tengok memang cantik sebab lampu warna-warni. Cuma time kitorang datang ni dah lewat sangat nak dekat2 pukul 10, Banyak lampu yang dah kena tutup. Time yang paling cantik tengok city ni waktu malam dalam pukul 7 hingga 8 gitu.
Time berjalan malam2 kat city ni memang sejuk weh. Ingatkan kalau musim summer dari pagi sampai ke malam bahang, tapi malam dia sejuk macam kat London, hahaha. Actually ada nama street kat setiap kawasan city ni, tapi aku ingat 1 street je, Hay Street. Pasai nama dia senang nak ingat.
Office hour diorang habis pukul 3-4. Bila semua pekerja dah balik, malam tu cleaner pun start cuci satu bangunan pejabat. So, semua lampu kat setiap floor diorang bukak, Bila kita tengok dari jauh nampak cantik sangat. Ada gambarnya, tapi itu entry last day nanti eh, hahaha.
Itu je untuk 1st day dekat Perth. Nantikan entry seterusnya kat location yang paling penuh dengan nature things! Sampai sekarang takleh move on lagi dengan tempat tu. See ya!
Thanks for reading!
*Waktu siang lebih panjang. 5.30 dah sunrise, azan subuh pukul 4.30. Pukul 6 pagi dah cerah macam pukul 8.
* Apa yg aku suka pasal summer ni, baju cepat kering, lighting nak amek gamba terbaek! :p