29 Mar 2018

New chapter


Assalamualaikum

Hi semua! So, sekarang ni aku telah bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda. Masih lagi sambung dalam bidang Printech. Environment dia totally different. Same places, different people.. Aku memang tak excited masuk degree ni walaupun memang minat dengan course yang aku ambil ni. Sebabnya nak sambung bulan 9 kalau ikutkan hati, haha.

Awal gila kan, baru habis diploma bulan 1 haritu, bulan 2 aku hilang di Malaysia dan bulan 3 terus masuk degree ko ghasee? Tak ke belum puas lagi nak rehat-rehat kat rumah lepas dah struggle habiskan diploma? Tapi apa boleh buat, mak suruh jugak sambung bulan 3 tu walaupun aku taknak. Memang merajuk sungguhlah seminggu tu.


Ni semua sebab faktor kawan. Rindu gila dengan classmates diploma aku weh.. Betullah, no one can replace them T__T Classmate degree setakat ni kami masih tak ngam lagi huhu.. Taktau macam mana nak try jadi friendly bila kenal dengan orang baru.. it.just.so.different. Do you feel me?

Tapi setakat ni ada yang dah boleh ngam jugakla, itu pun belum semua lagi.

Oh yang sambung degree kali ni berapa kerat je daripada zaman diploma dulu, tak sampai 10 orang. Hm syahdu habis. Yang lain-lain tu ada yang sambung course lain. Tapi ramai yang nak sambung bulan 9 laa, tu pun classmate aku beberapa kerat jela yang nak masuk bulan 9 nanti.

Tak kisahlah kan, asalkan adalah sikit yang nak sambung daripada takde.

The syllabus here is blerghh sakit otak jap, baru sebulan je degree tapi dah murung ya amat. Aku taktaulah boleh happy ke tak bila jadi pelajar degree ni? 2 tahun oi nak kena tempuh, hmm.

currently looking at my board. Setiap sem aku mesti letak gambar2 ni untuk hiasan. Can't believe we're no longer in the same class like before

#TiredAlready #FriendSick #MissMyFriendsSoMuchh
Yang benar, budak yang betul-betul hilang motivasi sejak masuk degree.

24 Mar 2018

Trip Boracay - Night in Boracay


Assalamualaikum

Sambungan daripada previous entry, setelah tamatnya semua aktiviti kami sepanjang 2 hari tu, it's time to say goodbye to Julyn. Dia ni memang sporting habis sebab muda baya-baya kitorang je, bolehla ajak gurau. Thank you, we had a great time with you, hope we'll meet again someday :)

Sweet gakla Julyn ni, sampaikan bila aku dah pulang Malaysia pun dia still whatsapp tiap2 minggu.

rainbow waktu petang dekat Bulabong beach

Biasanya bila dah hari-hari akhir percutian ni kita buat apa? Of courselah shopping! So, malam tu kami berempat pegilah ke D' Mall Boracay, memang situ antara tempat shopping utama la. 

Even dah malam pun ramai jugak manusia. Diorang ni jenis yang suka melepak malam-malam, partylah karaokelah tapi no wonderlah, pulau kann. Ahaha aku pun suka jugak keluar malam-malam.

Lihatlah betapa busynya jalan dengan motocar ini


Macam-macam jenis souvenir ada kat sini, pilih jel mana-mana yang berkenan. Tapi kitorang ni cam biasalah, mesti suka banding-bandingkan harga kat setiap satu kedai, ada jugak kedai yang tawarkan harga lain-lain. 

Overall souvenir kat sini murah la. Kitorang beli keychain combine jenis corak dapat 100 peso untuk 8 pcs. Best gila kann? Shopping kat kedai tu paling lama kot, padahal beli keychain je pun. And oh, pekerja kat situ ada sorang Filipino muslim. Ingatkan dia orang Melayu atau Indonesia sebab cara dia pakai shawl cantik semacam, kahkah.

maganda! (cantik)

Dia kata kat area Boracay ni tak ramai muslims sebab situ pulau kecil je, maka nak cari makanan halal teramatlah susah. Sepanjang kitorang ada kat sana memang susah jugak nak jumpa kedai halal. Ada tu memang ada, cuma berapa kerat jelah. Rasanya tak menyesal kot bawak luggage 23kg yang yang penuh dengan segala makanan tu. Tapi end up tak habis semua pun..

Sis ni kata dia teringin nak pegi Malaysia sebab kat negara kita senang nak cari makanan halal. Dan dia kata pernah ada orang Malaysia bagi dia tudung makanya beliau sangat terharu. Whoever yang bagi tudung kat sis ni, may Allah bless you! I learn something, kita patut rasa gembira dapat duduk kat negara yang majoriti ramai orang Islam, senang nak cari makanan halal, tempat solat pun merata-rata, komuniti Islam pun meluas. Semoga kita boleh jadi muslim yang baik. Seronok borak dengan sister ni walaupun aku lupa nak tanya nama beliau.

found one halal restaurant

Yang ni aku nak ceritalah kan, HALOMANGO memang glemer kat sini. Mango shake dia  sedap gila sebab fresh! Mungkin mangga cebu. Price start from 150 peso, aku beli mango ice yang ada ice cream tu 200 peso. Bukan biasa-biasa weh, beratur panjang gila.

Yang beratur tu kebanyakkan nya orang Korea. Diorang memang suka betul datang Boracay ni sampai kat situ pun banyak restoran korea.

Selain mango, ada gak air buah yang lain macam coconut, watermelon. Tapi dah kata pun halomango haruslah kamu semua memilih mango. Best signature diorang ialah mango holic dimana ketulan mango tersebut dipotong berbentuk kiub, kemudian ditambah pula dengan aiskrim yang penuh menggoda, peh memang layan.

Selain halomango ni, ada jugak beberapa drinks yang femes kat sini. Yang aku rasa wajib cuba ialah Jonah's fruit shake, yang tu ada banyak gila choice dan harga start dari 120 peso je. Recommend try chocolate banana! Tom N Toms coffee pun glemer jugak kat Phillipines, tapi ni macam style-style starbucks jela. Bagi aku rasanya biasa jekot?


So on the next morning 6/2/2018, tibalah masanya untuk pulangg, pagi tu pegilah tengok sunrise dekat Bulabong Beach tu, dari haritu lagi nak tengok sunrise tapi asyik bangun lambat je, last day jugak baru dapat tengok. Bertuah betull


Bye Boracay, till we meet again! Keluar dari rumah pukul 9 pagi, sampai airport pukul 11 pastu flight pukul 3.30 petang. Bosannya taktau nak buat apa kat airport tu.. 

Benda yang aku suka sepanjang ada di Boracay ni nombor satu mestilah sebab air lautnya yang cantik. Kalau locals here, orang-orang kat sini selalu panggil kitorang "ma'am", rasa macam datin2 pulak kahkah. Tapi diorang ni peramah je, english pun bagus jugak so takde masalah nak berkomunikasi kat sini.

Kalau plan nak ke Boracay, pada aku cukup je pegi sini 4 hari sebab pulaunya kecik je. Pusing-pusing akan jumpa tempat yang sama jugak. Aktiviti air kat sini memang best dan harga pun murah jugak! 

Thanks for reading!

18 Mar 2018

Trip Boracay - zipline, ATV ride and parasailing


Assalamualaikum

5/2/2018 - isnin


Pada keesokan harinya, aktiviti masih berjalan seperti biasa dan padat. Dah janji nak gerak pukul 9 tapi disebabkan kitorang terbangun lewat maka geraklah lewat sikit, sorry Julyn! Memang malam tu penat gila, lepas subuh semua sambung tidur sampai terlajak masa haha.

Sepatutnya aktiviti mula-mula tu nak buat ATV ride, tapi disebabkan lambat kan maka ramai orang tengah beratur kat sana. So, kitorang pegilah buat superman zipline dulu.



Yang ni memang agak gayat jugakla sebelum nak turun tu. Dia punya cable rope tu sepanjang 620 meter, berketinggian 70 meter dari aras laut dan kelajuan ialah between 30 and 60 miles per hour (almost 100 KMPH!). Memang masa turun tu rasa macam superman, laju jee.

Lepas dah turun tu kita naik semula ke atas dengan cable car. Tapi cable car dia slow jela sebab nak bagi korang mengamati pemandangan yang cantik tu. Disebabkan aku first try cuba zipline ni, so memang worth it! Harga cuma 1,300 PHP per Person! Pada aku agak murahlah bila convert ke MYR.

cable car untuk naik semula ke atas wehee

Lokasi seterusnya pula ialah kita ke ATV ride aka offroad! Yang ni antara aktiviti yang paling aku suka kot sepanjang kat sana, cool terox! Dia akan bawak kita tour kawasan tu lebih kurang 1 jam. Harga bayaran untuk per person pula ialah 1,250 PHP. Memang keadaan jalan dalam hutan tu mencabar jugakla dengan berbukit-bukit, jalan tanah yang berbatu-batu, berhabuk lagi pasirnya. Tapi bagi yang suka aktiviti offroad confirm suka! Aku yang baru first cuba ni pun rasa best.


Mula-mula aku cam takut tak pandai bawak sebab takde lesen kan. Tapi benda ni even kau takda lesen motor pun senang je nak bawak. Seronoklah aku dapat merempit dalam hutan naik motor besar. Jangan bimbang takut tergolek ke apa, ada 4 tayar besar gedabak kot, stable je.

Tour ni dia bukan bawak kita pusing-pusing dalam hutan je, ada jugak dibawa pegi private beach yang sangat cantik. Rasanya kat beach ni tak boleh mandi kot sebab takde orang pun kat sini. Lagipun ni cuma tempat persinggahan je untuk nak ambil-ambil gambar.


Lepas dah 1 jam melasak dalam hutan tu, sepatutnya aktiviti kitorang tamat takat situ je kalau mengikut pakej tour kak Bora tulah. Pastu kak Pika ajak main parasailing sebab dia teringin nak cuba. Kitorang semua okay jelah walaupun tak se-excited kak Pika. 

Lagipun duit ada banyak lagi time tu, alang-alang tu habiskan jelah terus. Nak parasailing ni lebih kurang zipline je, 1,200 PHP per person. 


Masa nak parasailing ni kami kena tukar boat 2 kali. Panjang tali ni adalah 200-300 meter, tinggi dia aku kurang surelah pulak berapa. Duduk kat atas tu cuma 15 minit je.

Time kat sini cuaca dah nampak tak okay, langit pun mendung je. Laut apalagi, bergeloralah dia. So disebabkan itu, berlaku hal yang tidak diingini, semua mabuk laut!

Selalu kalau duduk kat tengah-tengah laut ni memang ombak dia lain sikit. 1st round kak Pika dengan kak Aten yang naik dulu, so aku dah sengsara kat bawah tu menahan pening. Kakngah dia okay lagi masa ni. Aku tengok muka brader yang jaga kitorang tu pun tengah pening gak, haha.



Tiba giliran aku dengan kakngah naik atas, memang macam mayat hidup gakla sebab rasa nak muntah. Tapi gagahkan jugak terbang naik atas tu. Tapi bila dia dah duduk kat atas tu kuranglah sikit rasa pening, barangkali sebab terlalu excited. Tapi lain pulak situasi kakngah, dia makin bertambah pening sampai termuntah kat atas tu. 

Ya.. Real punya muntah..... Orang kat bawah taktau apa yang terjadi masa kitorang ada kat atas tu..

Lepas semua dah selesai, satu boat tu diam sebab masing-masing mabuk.

Tapi apapun memang seronok masa ada kat atas tu. Boleh nampak satu Boracay, pulau-pulau kecil dan area Caticlan jeti tu. Cuma kalau tak pening mesti kitorang lagi teruja nak tengok pemandangan tu.


Itu sajalah yang berlaku pada pagi tu, malam kita asingkan dalam entry lain dulu sebab yang ni pun macam dah agak panjang je. Memang semua aktiviti haritu aku tak pernah buat sebelum ni, so achievement unlocked! 

Tapi bagi aku cukuplah merasa parasailing tu sekali je sebab pening ya ampun. Great expereience btw!


Thanks for reading!