Asslamualaikum
Sekarang ni tengah musim pesta buku yang berlangsung dari 27 april - 6 mei di PWTC. Aku ni pulak memang jenis yang pegi pesta buku tiap-tiap tahun, tapi...... Tahun ni special sikit sebab dapat jumpa penulis buku kegemaran aku secara face to face. Siapa tu?
Mestilah Teme Abdullah!
suasana beratur panjang nak jumpa Teme. Macam nak jumpa artis oii |
Sedikit mukadimah kenapa aku minat dengan penulis ni adalah sejak first baca buku pertama beliau, iaitu pelukis jalanan. eh btw aku ada buat review pasal buku tu, boleh baca kat sini. Buku dia memang inspiring terox bila baca, terutama untuk student. Lepas dah baca pelukis jalanan hasil tangkapan di pesta buku tahun 2016, tahun 2017 Teme keluarkan pulak buku arkitek jalanan dan aku berjaya sambar. Dan tahun 2018 ni hamekkau, 2 buku sekali dia keluarkan buku bertajuk impian jalanan dan empayar hikayat putera tanpa nama.
Aku ingatkan buku arkitek jalanan tu kira buku last dia sebab katanya dia macam nak stop tulis buku masatu, baru nak sedih. Rasa terharu lak tahun ni ada serprais sampai 2 buku. Dengar cerita, tahun depan pun beliau nak publish lagi buku! Boleh rujuk ig ni untuk buku 2019 --> The T Guy
Kalau korang pernah baca buku-buku Teme, mesti tau yang penulis ni nak kekalkan identiti dia sebagai anonymous. Terkejut jugak bila dia kata nak buat sesi meet and greet hari sabtu haritu, maknanya dia nak reveal diri dia ke apa? Huooo
line panjang, dekat 2 jam aku beratur. sejenis kegigihan. |
Mula-mula aku macam nak givap tunggu turn tau memandangkan belum solat lagi masatu, tapi bila melihatkan kita dah sampai kat barisan depan-depan rasa rugi pulak tak jumpa dengan penulis. So aku mintak tolong orang belakang untuk jagakan turn wahaha. If you're reading this post, thankyou! Nama awak Dayana kan? Saya save nombor awak as 'PWTC' sebab tak berapa jelas masa awak jerit nama masatu
I am amazed dengan semua orang masa dah masuk dalam hall ni. Senyap gila macam kat library. Memang menjaga tatatertib walaupun masing-masing excited nak jumpa writer kegemaran diorang. Syabas anak muda *eh tetiba.
Walaupun sesi meet and greet tapi penulis tetap pakai mask dan cermin mata hitam untuk tutup identiti. Tak kisah pun tak dapat tengok muka beliau, dapat jumpa depan-depan pun kira beruntung dah. Dapat bercakap dengan dia 10 saat pun terharu.
Sesi ni sampai pukul 5.30 je tapi disebabkan masa kitorang ni dah pukul 4 lebih, penganjur boleh limitkan sign untuk 1 buku je sebab kat luar tu ramai lagi yang tengah beratur. Aku beli total 4 buku termasuk yang kawan kirim, kesianla pulak untuk kawan ai takkan tak dapat sign teme :')
*me naik pentas*
Teme : "Assalamualaikum.."
me : *kaget* "aa wassalam.. nak tanya ni boleh sign untuk 1 buku jeke?"
Teme : "Haah.."
me : "Tapi ni kawan saya kirim, dia tak dapat datang :(("
Teme : *muka serbasalah gila* okay takpe saya signkan satu untuk kawan awak
me : "Terima kasihh! Btw kawan saya ni kirim salam"
Teme : "Waalaikumusalam, nanti kirim salam balik kat kawan awak tu ya"
Baiknya Teme ni, soft spoken sungguh TAT Dia ni memang hargai semua pembaca dia, kat twitter, ig tak habis-habis asyik rasa bersalah kat kitorang yang kena beratur panjang ahaha. Sanggup tu signkan buku dari pukul 9 pagi sampai 5.30 petang, terima kasih! Staff kat sini pun terima kasih jugak terutama akak yang tolong ambilkan gambar secara sukarela tu!
I wonder camne dengan jari dia lepas dah habis sesi M&G tu.. mesti kebas
Kalau orang lain sanggup beratur panjang untuk jumpa artis, aku ni beratur panjang sebab nak jumpa penulis buku je. Seriously buku2 Teme ni banyak memberi inspirasi kat aku so bila dapat peluang untuk jumpa dengan penulis tu sendiri mestilah aku nak jumpa. Ingat lagi dalam buku pelukis jalanan dia struggle nak cari duit, tak cukup duit makan, kena sabotaj dengan coursemate sampai hampir failed. At last berjaya jugak macam sekarang ni.
Taktaula Teme ni baca ke tak blog aku but if you're reading this, thankyou so much for inspiring me!
Thanks for reading!