26 Feb 2026

Johor - Setelah 18 tahun

Sempena cuti Chinese New Year, aku pun sajalah apply cuti extra sehari sebab kononnya nak bermalasan kat rumah je. Tiba-tiba adik aku kata boring tak pergi mana-mana, dia cadang nak pergi Cameron Highlands.

Tapi kalau cuti umum bersambung macam ni, Cameron tu confirm packed dengan manusia lah. Bincang punya bincang, akhirnya kami memutuskan untuk jalan-jalan kat Mersing, Johor. Pergi Ahad, balik hari Isnin.

Petanda anda dah sampai Johor, disambut oleh DAULAT TUANKU

Kali terakhir datang Johor adalah 18 tahun lepas, di mana waktu tu aku masih bersekolah rendah. Disebabkan kitorang takde ramai keluarga mahupun kenalan di belah-belah negeri paling Selatan kat Malaysia ni, jarang-jarang sekali lah nak pergi sana.

Weolls lebih suka pergi belah pantai timur atau belah utara je untuk berjalan-jalan. So, aku tak tau sangatlah tempat-tempat menarik kat Johor ni, hiks.

Hujan sepanjang perjalanan. Tapi sejuk hati tengok hutan berkabus

Gerak dari rumah around 11 pagi, sampai Mersing pukul 5 petang something. Ada kesesakan trafik jugak, tapi tak lama. Punca sampai lewat ni sebab banyak berhenti cari kudapan atau pergi toilet je haha. Sampai Mersing pun hujan masih tak stop lagi. So kami check-in hotel dan rehat-rehat jap, pukul 6 lebih tu keluar pergi makan.

Mersing ni area tepi laut, mestilah kita nak cari ikan bakar! 


Disebabkan esoknya Chinese New Year, risau banyak kedai tak bukak. Cina raya, melayu pun nak balik kampung gak.

Then tengok kat google restoran Brother Joe ni bukak, makan kat situ jelah sebab tak jauh sangat dari hotel. Restoran ni duduk kat tepi pantai. Hujan pun baru turun masa kitorang sampai, tu yang tak ramai pelanggan agaknya..


Seeafood boleh pilih mengikut saiz. Harga dikira per 100 gram.

Order ikan bakar, sotong bakar, tomyam dengan sayur kailan 2 set. Total makan berlima RM176. Rasa makanan okay-okay lah, yang penting makan licin dan tak membazir.

Pagi esoknya, pergi cari sarapan tepi pantai. Lepastu tengok air laut keruh you all sebab hujan non stop dari semalam. Penduduk kat situ pun cakap minggu sebelum tu cuaca elok je, dah 2-3 hari ni yang kerap hujan.

Berani betul bot nelayan tu redah ombak kuat..
Mendung dan kelam..

Nak cari vitamin-sea.. Tapi warna sea nya pulak keruh macam nescafe ais hahahah. Orang cakap pantai-pantai kat Mersing ni cantik, sebab sini menghubungkan jarak nak ke pulau-pulau famous macam Tioman atau pun Pulau Rawa.

Takde rezeki lah nak tengok pantai yang cantik ni. Sepanjang kitorang kat Mersing ni manjang je hujan. Ambil gambar pun rasa macam takde seri. Lolzz

Bosan tengok laut warna Nescafe, kita pergi tengok sawah pulak

Next stop nak pergi Jeti Teluk Buih. Sepanjang perjalanan, ada sawah pulak. Kat area kampung ni pun ada banyak homestay, sebab katanya sini port memancing. 

Sampai sini baru tahu KUNTUM Kafe betul-betul duduk bersebalahan dengan Jeti Teluk Buih. Ni pun sebab terperasan kat Tiktok la, masa tengah browse restoran di sekitar Mersing malam semalamnya. Lawa kafe nya dari luar, macam cottage mat salleh gitu.

Bot nelayan dan KUNTUM Kafe

Tak jauh dari Jeti Teluk Buih tu, kami singgah Pantai Air Papan. Angin kuat gila you all~ Sini ramai orang main layang-layang, syok sebab sejuk berangin je. Tapi warna air laut tu takyah cakaplah, masih warna Nescafe ais, haha.  

Pantai Air Papan

Tempat terakhir yang kitorang singgah, Pantai Pasir Lanun. Kat situ ada Jeti Penyabong. Rasanya jeti ni untuk orang-orang yang nak pergi memancing kot.. Sebab di sekitar Pantai Pasir Lanun ni ada beberapa pulau kecil.

Jeti ni nampak macam baru siap. Nampak cantik je
Bot-bot memancing

Tapi kami datang sini sebab nak pergi ke Hidden Viewpoint Penyabong je. Err.. Not so hidden sangatla sebab tempat ni viral ye untuk bergambar. Jalan pulak agak sempit, muat untuk 1 kereta je lalu. So kena bertimbang rasa lah untuk bagi laluan pada kenderaan lain.


Nasib baik tak ramai sangat orang. Syokla bergambar sebab serious tempat ni memang cantik sangat! Cuma kalau cuaca cerah, mesti lagi lawa lah dengan air laut warna biru kehijauan.

Gambar dari Google - (Daily Johor)
Weolls dapat camni je haha

So itu jelah kisah short trip pergi Mersing, setelah berkurun lamanya aku tak jejak kaki ke Johor. Next time kalau datang Mersing, nak pergi Pulau Rawa atau Pulau Tioman pulaklah!


22 Feb 2026

Ziarah Madinah - Masjid Quba' & Jabal Uhud

 

Sambungan dari --> Ziarah Badar - Makan Nasi Arab Talam & Jabal Malaikat

6 Disember 2025 (Sabtu)

Hari keempat, ada aktiviti ziarah sekitar Madinah. Haritu aktiviti kami cuma setakat tengahari, so dapat cover kat 3 tempat je.

Tak jauh sangat dari hotel, lokasi pertama adalah di Masjid Quba'.

Sebenarnya dari Masjid Nabawi pun boleh je berjalan kaki sehingga ke Masjid Quba' sebab jaraknya cuma 4 km sahaja. Kalau taknak jalan kaki, boleh naik buggy yang disediakan jugak. Tak silap aku naik buggy untuk sehala ni 10 riyal kot.

Masjid Quba' adalah masjid pertama yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat semasa dalam perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. 

Pada asal pembinaan, masjid ni cuma dibuat daripada pohon kurma dan tanah liat untuk base, dan beratapkan pelepah kurma saja. Setelah pembinaannya siap dalam masa 8 hari, Rasulullah meletakkan batu qiblat (batu asas pertama) yang menghadap Baitulmaqdis di Palestine.

Nabi Muhammad SAW bersabda;

"Barangsiapa berwudhu dari rumahnya, kemudian menunaikan solat sunat 2 rakaat di Masjid Quba', maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan umrah" (HR Ibnu Majah).

Tudiaa punya hebat. Solat kat masjid ni je dah boleh dapat 1 pahala umrah. 

Ruangan solat wanita

Amalan Nabi adalah menziarahi Masjid ni pada hari Sabtu, dan kebetulan kami pun datang pada hari yang sama. Kenapa Nabi selalu datang masjid ni hari sabtu? Sebab hari Jumaat kan orang ramai solat di Masjid Nabawi, maka Baginda menziarahi masjid Quba' sebagai mengganti kekosongan tersebut.

Kat sini, the only masjid yang aku berani letak kasut kat rak yang disediakan. Sebab pintu masuknya cuma ada 1 je kat bahagian wanita. Kalau Masjid Nabawi tu, kehulu kehilir la simpan kasut kat dalam beg sebab nanti tak ingat letak kasut kat pintu mana, haha.

Tandas wanita di belah belakang sikit
Bergambar group di depan masjid
Jumpa orang jual strawberi kat area masjid, 5 riyal je you all

Dalam perjalanan nak ke Jabal Uhud, kitorang lalu depan Masjid Qiblatain. Kat Masjid nilah Nabi menerima wahyu untuk tukar arah kiblat dari Masjid Al-Aqsa, ke Baitullah.

Sebab bas tak stop sini, dapat snap gambar dari jauh jelah
Rumah-rumah kat sekitar Madinah

Seterusnya kami tiba di Jabal Uhud.

Haritu aku ada cerita Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan, Perang Uhud pulak berlaku pada 7 Syawal tahun 625 Masihi. Perang ni tercetus sebab tentera Quraisy nak balas dendam atas kekalahan diorang masa Perang Badar.


Petempuran ni disertai oleh 1,000 tentera Islam pada awalnya, tapi cuma 700 je yang ikut pergi ke Uhud ni sebab lagi 300 orang tu patah balik ke Madinah lepas dihasut oleh orang munafiq. Tentera Quraisy pulak masa ni ada 3,000 orang dan diketuai oleh Abu Sufyan.

Rasulullah buat strategi yang rapi waktu ni, dengan mengarahkan 50 orang pemanah untuk duduk atas bukit. Kesemua 50 pemanah ni merupakan barisan pertahanan belakang bagi tentera Islam. Setiap kali pihak lawan nak mara ke depan, mesti kena cantas dengan barisan pemanah ni.

Bukit pemanah. Kalau zaman dulu, bukitnya lagi tinggi dari sekaranglah

Rasulullah dah pesan kat semua pemanah supaya jangan tinggalkan bukit tersebut walau apa jua keadaan pun, kecuali daripada arahan baginda. Everything went smooth pada awalnya, sebab pihak lawan nampak macam nak berundur.

Barangkali sebab diorang ingat musuh dah retreat, hampir kesemua pasukan pemanah turun daripada bukit tu. Tinggal 10 orang or belas-belas je yang masih setia tak meninggalkan posisi mereka.

Suasana orang ramai kat atas bukit pemanah
kena careful sebab batu-batunya tajamm
Jabal Uhud berketinggian 1077 meter dari aras laut

Bila pihak lawan nampak peluang, diorang pun buat serangan hendap dari belakang dan bunuh balance pasukan pemanah yang ada kat atas bukit tu. Keadaan jadi kacau bilau sampaikan Nabi Muhammad cedera teruk masa ni. Baginda jatuh ke dalam lubang dan tak sedarkan diri, pastu tentera Quraisy ingat diorang dah berjaya bunuh Rasulullah.

Anggaran tentera Islam yang syahid adalah seramai 70 orang, termasuk Saidina Hamzah iaitu bapa saudara Rasulullah. Saidina Hamzah ditikam dengan lembing oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Jenazah beliau jugak turut dibelah dadanya, dan hati beliau dikunyah oleh perempuan Quraisy bernama Hindun.

Masjid Al-Fash dan Maqbarah Syuhada' Uhud

Kebanyakkan jasad tentera Islam sengaja dicacatkan dalam keadaan yang ngeri. Nabi Muhammad sangat sedih melihatkan kekalahan perang Uhud ni dan kesemua jenazah dikuburkan dalam satu liang lahad yang sama.

Dulu pernah berlaku banjir besar kat Madinah, sampaikan jenazah syuhada' ni semua terkeluar dari kuburnya. Saksi yang lihat keadaan tu kata, kesemua jenazah masih utuh, darahnya masih mengalir dan tak mengeluarkan bau busuk pun. Subhanallah!

Pemakaman semula di lokasi yang baru
Tapi cuma 2 orang je yang diletakkan batu nisan. Iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib dan Saidina Abdullah bin Jahsy

Dari Perang Uhud ni kita dapat pengajaran, supaya patuh pada arahan pemimpin. Selain tu, keberanian dan kepimpinan Nabi Muhammad yang menjadi barisan hadapan dalam pertempuran ni harus dicontohi. Ini bukti bahawa Rasulullah bukan setakat pandai mengarah dari jauh je, tapi baginda pun ikut bertempur sekali dengan tenteranya.


Next stop kita sambung kat entry lain. Stay tuned!

19 Feb 2026

Ziarah Badar - Makan Nasi Arab Talam & Jabal Malaikat

Sambungan dari --> Ziarah Badar - Masjid Al-Areesh & Maqbarah Syuhada'

Sejurus ziarah makam Syuhada' Badar, kami pergi makan malam dulu sebelum ke lokasi akhir. Maklomla, muka semua jemaah dah kelaparan. 

Ustaz bawa kami ke restoran yang menghidangkan nasi arab dalam talam. Kami perlu membentuk 5 orang dalam satu bulatan, dan makan sambil duduk bersila. Honestly, agak susah untuk aku sebab kepala dengan badan nak kena bongkok2 pulak.

Hampir-hampir aku makan macam kucing ye, sebab rasa susah benau makan tak berpinggan ni. haha.

Makanan akan dihidangkan di atas plastik ni. Kosep ala-ala shellout gitu

Hidangan kami pada malam tu agak special sikit, sebab makan nasi arab seafood! Orang Arab ni selalu kan makan nasi arab kambing, ayam, unta. Okay ni bunyinya macam kesian, tapi aku tak pernah tahu pulak kewujudan nasi arab yang berlaukkan seafood macam ni ye. Sebab kat Malaysia pun kita asyik makan nasi arab kambing atau ayam je kan. 

Seafood yang dihidangkan pada malam tu adalah udang dan ikan. Kemudian ada hiasan sayur yang macam ulaman gitu. Didatangkan juga dengan smbal tomato.


Portion dia sangat banyakkk. Aku dah import abang untuk masuk group kitorang pun, still tak berjaya habiskan semua nasi. Group sebelah ni pulak semua lelaki, diorang yang pertama dapat clearkan nasi tu. Licin licau uii, haha.

Group perempuan kebanyakkannya makan tak habis xD

Bagi aku, rasa dia okay je. Cuma aku lebih prefer makan nasi arab kambing kot. Sebab seafood ni mereka goreng, jadi rasannya sedikit kering.

Kalau kambing, biasanya nasi akan dimasak sekali dengan kambing dalam satu pot. So teksture nasi tu rasa basah-basah sikit dan lebih sedap. Ikan pulak tak sesuai kalau dimasak sekali dengan nasi, nanti bau hanyir pulak kan.

Bye ikan, dah selamat menari-nari dalam perut :p

Seterusnya, kami ke Jabal Malaikat, iaitu bukit yang menjadi saksi turunnya ribuan malaikat yang membantu pasukan Rasulullah SAW ketika Perang Badar.

Para Malaikat ini diketuai oleh Jibril. Allah menurunkan Malaikat seramai 1,000 pada permulaan, kemudian jumlah naik ke 3,000 dan akhirnya menjadi 5,000. (credit)

Oleh kerana pertolongan malaikat nilah, tentera muslim menang besar dalam peperangan ni. Jumlah ribuan malaikat tu memang takkan mampu ditandingi oleh tentera Quraisy pada ketika tu. Kisah turunnya Malaikat dari langit ketika perang Badar ni ada dalam surah Ali-Imran ayat 123 - 127;

credit: Dr. Zulkifli Al-Bakri

Uniknya Jabal Malaikat ni, bukit-bukit disekitar dia semuanya jenis berbatu tau. Tapi Jabal Malaikat ni je yang berbentuk pasir putih halus. Aku cuba juga nak panjat sampai atas tu, tapi mengah komerr. Setiap kali menapak naik atas tu, kaki tenggelam dalam pasir.

Dah lah baru lepas makan.. Berjaya naik halfway jelah yekk.

View halfway
Abang ipar dengan anak buah aku yang berjaya sampai atas
Berposing sambil berlatarkan Jabal Malaikat dan rembulan malam
Di sebalik senyuman, ada auntie yang sedang struggle nak naik bukit ni
Pasir yang halus mulus sampai meninggalkan bekas tapak kasut dengan begitu detail sekali, hehe

Peristiwa di Jabal Malaikat mengajar kita untuk bersabar ketika menghadapi kesulitan, especially pada waktu kita rasa nak putus asa. Rasulullah SAW meletakkan sepenuh pengharapan dan menyerahkan diri kepada-Nya di saat yang genting. Maka Allah pun menurunkan pertolongan yang tidak disangka, sehinggakan pihak lawan pun tak mampu menepisnya.

Maka tamatlah ziarah Badar kami pada hari tu.

Seronok sangat ziarah ni sebab banyak ibrah yang kita dapat. Masa mak dan ayah aku pergi Haji dulu, diorang tak pergi Badar ni pun. Puas hati lah kalini dapat ziarah tempat bersejarah yang penting dalam Islam.


Esoknya hari Sabtu, sambung aktiviti ziarah kat tempat lain pulak. 


15 Feb 2026

Ziarah Badar - Masjid Al-Areesh & Maqbarah Syuhada'

Sambungan dari --> Ziarah Badar - Telaga Rauha' & Telaga Syifa

Petang hampir ke maghrib, kami tiba di tempat yang menjadi highlight of the trip, iaitu Masjid Al-Areesh.

Sebelum kita cerita lebih lanjut pasal masjid ni, jom masuk pasal sirah perang Badar dulu lah. Refresh sikitt subjek sirah, hiks.

Perang Badar berlaku pada tarikh 17 Ramadan, 2 hijrah bersamaan dengan tahun 624 masihi. Ini merupakan perang pertama yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah SAW. Angka tentera yang join perang ketika ini sangat sikit kalau nak dibandingkan dengan tentera kafir quraisy yang dipimpin Abu Jahal. Tentera muslimin ada 313 orang je, manakala tentera quraisy waktu ni ada 1,000 orang.

Hebat sungguh keimanan tentera muslim kan. Bulan puasa pun pergi berperang demi memerangi musuh Islam, especially Abu Jahal yang nauzubillah punya jahat tu.

Okay habis bab sirah, kita sambung balik pasal masjid tadi.

Kalau tengok dari luar, rupanya nampak macam masjid biasa je. Di Saudi ni pergi mana-mana pun berlambak masjid, jadi apakah keistimewaan masjid ini?

Masjid Al-Areesh dibina di atas tapak perkhemahan Nabi yang didirikan semasa perang Badar.  Perkataan 'Areesh' itu bermaksud dahan kurma dalam bahasa arab. Sa'ad Bin Mu'adh yang mencadang untuk membina tapak perkhemahan tersebut. 

Beliau sampaikan berkata pada Rasulullah SAW,

Jika tentera muslim memperoleh kemenangan dalam perang ini, tapak perkhemahan ini memenuhi fungsinya. Tapi jika kalah, maka Rasulullah SAW boleh mundur ke Madinah dengan selamat. Di sana lebih ramai orang yang akan melindungi Rasulullah daripada ancaman.

Rasulullah SAW memuji Sa'ad dan mendoakan keberkatan keatasnya.

Suasana dalam masjid agak luas

Malah, Rasulullah SAW juga bermunajat panjang semasa berada di sini. Antara doa Nabi adalah; "Ya Allah berikanlah kemenangan kepada umat Islam. Jika kami kalah dalam perang ini, maka tidak adalah yang akan menyembah-Mu".

Dan Allah pun mengabulkan doa baginda dengan menghantar pertolongan dari malaikat.

Aku sajalah tawaf sekeliling masjid ni nak tengok apa yang ada. Di sekitar perkarangan masjid ni ada peniaga yang jual makanan dan air. Pastu ada jual macam souvenir jugak. Adik aku beli air dengan roti sosej ke apa benda entah. 

Lokasi Perang Badar berlaku kat area kawasan lapang nilah. Sekarang dah naik rumah-rumah

Masa tengah ambil-ambil gambar kat kawasan lapang ni, aku perhati ramai orang turun kat bawah sana. Curious pulak ada apa benda.. Macam nak turun pergi sana, tapi ustaz tengah takdelah pulak. 

Rupanya ustaz cakap, kat bawah sana tu dikatakan ada telaga yang telah dihumban mayat-mayat tentera kafir di dalamnya, termasuk Abu Jahal. Tempat tu dah tak rupa telaga dah pun lepas dikambus dengan tanah dan batu-batu. Seramai 70 tentera kafir Quraisy terbunuh semasa perang Badar.

Bila dah gelap nampak lagi seram pulak, haha

Ustaz pernah turun bawah tu, dia cakap memang ada bau busuk. Cuma nak kata bau busuk datang dari telaga tu Wallahualam lah. Entah betul ke tak itulah telaganya sebab bentuk muka bumi zaman dulu dengan sekarang bukan sama. 

Apapun kita ambil kisah ni sebagai iktibar, dimana begitu ngeri pengakhiran manusia yang paling memerangi Allah dan Rasul-Nya. Sampaikan kematiannya pun dihina.

View Masjid Areesh waktu malam

Next, menuju ke Maqbarah Syuhada' yang disemadikan 14 orang tentera muslim yang syahid ketika perang. 6 orang daripadanya merupakan kaum Muhajirin, manakala 8 orang dari kaum Ansar.

Nama-nama para syuhada' yang gugur

Dalam 14 nama ni, ada 1 nama yang aku ingat ustaz ceritakan kisahnya. Diorang ni 2 orang remaja berani yang bernama Muaz dan Muawwiz. Siap tanya lagi kat Abdullah bin Mas'ud, Abu Jahal ni yang mana satu, kitorang nak sangat bunuh dia pleaseee.

Lepas dah tahu kedudukan Abu Jahal, Muaz dan Muawwiz terus meluru ke arah dia dan berjaya menebas kaki Abu Jahal sampai cedera parah. Anak Abu Jahal, Ikrimah (waktu tu belum Islam lagi), terus melindungi bapanya dan berlawan dengan 2 remaja tersebut.

Tangan Muaz ditebas sehingga hampir putus, manakala Muawwiz mati syahid di tangan Ikrimah. Lepas Muaz bagitahu Rasulullah yang mereka berdua berjaya cedarakan Abu Jahal sampai nyawa-nyawa ikan, Abdullah bin Mas'ud pun terus meluru ke sana dan memenggal kepala Abu Jahal.

Matinya ketua kafir tu, means a victory to tentera muslim. 14 mereka yang gugur ni merupakan lambang kekuatan iman dan jihad dalam menegakkan agama. 

Sorrylah gambar gegar... Ni je sempat snap

So itulah sedikit sebanyak sejarah untuk kedua-dua tempat ni. Ada lagi satu tempat terakhir ziarah Badar ni, kita story mory untuk next entry okehh.