Assalamualaikum
Sempena sekarang ni tengah musim FIFA 2018, McDonalds keluarkan menu baru yang mungkin tak berapa nak baru sangat, sebab before ni pun dah pernah ada. Ini menu bermusim ya, kalau bola dah habis nanti barangkali menu ni dah takdeee. So, ini dia RIO BURGER!
Burger Rio ni hanya ada 2 perisa iaitu beef dan chicken. Aku beli set besar, RM 18.90 *istighfar jap. Kalau set medium cuma RM 16++. Btw aku beli beef rio.
Apa yang aku suka pasal burger ni, bun dia comel bentuk macam bola. Tapi sekali tengok macam otot orang sado pun ada jugak, yih. Dannn, patty burger ni besar! Besar dia tu sampai tahap terkeluar daripada roti jugaklah.
Aku sedia maklum bahawa burger ni pedas, tapi tak sangkalah pulak pedas dia melebihi daripada apa yang aku jangka. Ingatkan sos Rio yang kaler kuning tu rasa macam sos cheese pedas-pedas biasa, tapi sos tu rasa pedas-pedas kopi. Taktaulah nak describe sos tu macam mana, tapi mengikut lidah melayu aku ni, sos tu memang ada rasa kopi. Resipi sos ni agak unik tapi tulah, aku.... tak berapa....suka?
Maybe sebab aku sejenis yang tak tahan pedas, lepastu burger ni punya pedas bukan macam pedas biasa yang kita selalu makan tu, dia rasa lain sikitt. Cuma portion dia okaylah, agak besar walaupun bagi aku mahal lah jugak. Maklumlah 1st time nak merasa burger limited edition ni. So far ini burger paling pedas yang aku pernah makan.
Kalau korang tanya aku, berbaloi tak beli? Aku akan kata tak kot sebab tak suka rasa sos spicy dia yang agak pelik tu xD Spicy McChicken lagi sedap kott. Tapi lain orang, lain lidah. Mungkin aku je yang tak suka tapi orang lain suka? Kena try sendiri baru boleh judge.
Thanks for reading!