Sambungan dari --> Mendaki Gunung Prau via Patak Banteng (Part 1)
Dari jauh sudah boleh nampak puncak gunung Prau, tapi dari situ jugaklah nampak orang terlalu ramai kat atas sana tu. So kami stop rehat sekejap dan ambil gambar kat rumput lalang je.
Nak sangat baring-baring kat rumput kann? Inilah masanya gaiz!
 |
| Hamparan rumput dan langit yang terbentang luas |
 |
| Geng kakak-kakak with Akmal si ketua kiterr |
 |
| Adikku sempat pulak tidur nyenyak dalam 15 minit |
Gunung Prau mempunyai ketinggian 2590 meter dari paras laut. Sebenarnya nama Prau ni disebut sebagai 'Prahu' oleh kerana bentuknya memanjang yang menyerupai perahu terbalik. Kita dengar ketinggian dia 2500 meter tu macam tinggi kan? Tapi kat Indonesia, bukit atau gunung yang tak lebih dari 3000 meter ni macam level-level ayam jelah.
Lepas tu mas guide ajak untuk naik atas kami pun follow jelah. Tapi dia punya Q nak ambil gambar dengan papan tanda kemainlahh panjang. Maklumla, almost 3000 orang yang naik haritu kan~
Kami pun takdelah sanggup sangat beratur semata-mata nak bergambar dengan papan tanda. InsyaAllah next time pulaklah kita datang lagi.
Wah wahh dia punya next time tu macam gunung Prau duduk belakang rumah pulak ek!
 |
| Dapat gambar dari tepi je sebagai bukti dah sampai! |
 |
| Gunung Sumbing dan Sindoro yang masih dapat dilihat dari kejauhan |
 |
| Keindahan Dieng Plateu.. |
Dah habis tu kita pun terus bergerak untuk turun. Time turun pun banyaklah pulak iklannya sebab stop lagi ambil gambar hahaha. Kalau boleh memang taknak balik. Rasa nak camping kat sini je. Tapi apakan daya, masa mencemburui kita.
Sempatlah jugak kami bergambar sekali lagi dengan rumput-rumput ni, cantik sebab ada bunga-bunga kecik! Buat gambar ala-ala pinterest gitew.
 |
| Sian rumput tu dipenyekken oleh manusia demi gambar aesthetic |
 |
| Ini Mazni; |
 |
| Ini bunga; |
 |
| Ini Mazni dan bunga! |
 |
| Cantik sangat cuaca kan? Saujana mata memandang, secerah alam! |
 |
| Tapi bila dah turun semakin bawah, kita masuk ke dunia kabus |
 |
| Tanah tinggi yang subur untuk pelbagai tanaman |
Aku sampai bawah sekitar pukul 10.30 am, tapi ramai lagi ahli group yang belum turun. Mas guide suruh tunggu kat warung ni dulu kalau-kalau nak makan atau pergi toilet. Pastu kat sini lah aku berkenalan dengan carica, manisan khas dari Dieng. Mas cakap kat Dieng je dapat jumpa manisan ni.
Ok masa balik nanti dah nak beli satu pek lah kalau ada singgah kat kedai souvenir.
 |
| Ada pondok makan selepas turun Prau |
Untuk balik, kami masih lagi menggunakan ojek. Tiketnya waktu turun ni berharga IDR20k sahaja. Kalini aku dengan Ilya naik ojek asing-asing sebab trauma dengan ojek waktu pagi tadi. Kami rasa lebih selamat naik sorang berbanding berhimpit 3 orang sekaligus atas motor hahaha.
Waktu menurun ni masih rasa seram, tapi better sikitlah berbanding ojek pagi-pagi buta. Mungkin sebab turun banyak kena brake. Eh kalau tak brake boleh terslide sampai alam di balik mata yekk.
Sampai je basecamp kami take turn mandi dan terus kemas-kemas barang untuk checkout. Masa keluar dari basecamp tu barulah terserlah keindahan tanaman sayur yang terletak di sekeliling kami dimana semuanya nampak fresh sekalii!
Kalau dia tanam strawberi depan basecamp ni, lagilah rasa nak petik :p
 |
| Taktau sayur apa ni.. Bayam? Sawi? |
 |
| Van parking sejauh 300 meter.. Gigihlah angkut semua beg melintasi main road ni |
Sedihla jugak nak tinggalkan Dieng sebab dia punya cantik tu nggak ada obatnya. Semoga next time direzekikan untuk wisata di area sini puas-puas pulak. Cukup-cukuplah tu buat trip menyakitkan kaki... Pergilah berjalan macam orang normal pulak huhu. Semoga kita ketemu lagi!
Kemudian pergi lunch jap dan selepas tu terus menuju ke basecamp Merbabu pula yang memakan masa 4 jam perjalanan dari sini cokk.
Next entry --> Tiba di basecamp Merbabu
lawa sgt gmbr u posing2 tu!! bestnyaaa berbaloi2 dgn kegigihan!
ReplyDeleteKena bergambar puas2 sebab tempatnya cantik sangat!
DeleteNap 15 minit atas rumput power ni. Kitonyo nak atas tilam empuk baru boleh lelap 😆
ReplyDeleteLepastu rumput melekat-lekat kat baju 🤣
DeleteMazni & bunga dua² cantik ahak!
ReplyDeleteCarica tu sedap, Akk suka 👍🏻
Hihi malu itteww 🙈
DeleteSedap kann
Paling win gambar Mazni dan bunga-bunga itu. Nampak macam kuch kuch hota hai je kejadiannya😍First time dengo makanan nama carica itu
ReplyDeleteMazniiiiiii cantiiiiik sangat foto2 ya 😍😍😍. Macam saya ikut mendaki bersama hahahhahaha.
ReplyDeleteYa Allah dia sebut level ayam yg di bawah 3000m???? Bagi expert lah, bagi saya, nak sampai setengah pun mungkin dah sesak napas 😂😂.
Aiiih sayangnya tak sempat foto dengan papa tanda yaaa. Tp kalau beratur panjang sangat, memang tak sanggub juga saya.
Membayangkan tidur di atas rumput tuh, pasti Lena lah, apalagi kalau dah letih sangat 😄
Lihat foto tanaman, saya rasa itu kentang (potato). Sebab Dieng itu terkenal karena kentang mereka berkualitas tinggi 👍👍👍. Saya sukaaa sangat dengan kentang Dieng.
ReplyDeleteCarica juga suka. Walaupun makan sikit aja, sebab manis 😂
Pandai ye, ambil gambar dengan bunga. 👍 Ramai bebenor orang naik gunung, sampai 3 ribu lebih manusia.
ReplyDeleteGambar kat rumput lalang pun lawa Mazni. Uishh menyempat pulak tidur ye.Tengah panas pulak tu. Kalau dah penat tak fikir apa dah kan. Umangaiii ramai betul. Nak beratur ambil gambar tu entah bilalah sampai gilirannya. Kena cepat-cepat bergambar lah masing-masing kan. Wah gigih tu nak repeat. Saya sanggup tunggu beratur dari kena datang lagi. hihi...Tapi ada alasan lah kan nak datang lagi. Cantik contour dari permandangan aras atas tu. Terbaik pemilih baju warna lilac. Menyerlah di tengah-tengah tumbuhan tu.
ReplyDeleteIyee..silalah jadi orang normal, jangan nak hiking je. hiks~
Cantik gmbr Mazni di celah bunga... Ramai ye beratur nk bergmbr kt papan tanda tu..
ReplyDeleteKalau uncle baring atas rumput cam tu komfom tergaru2 la lepas tu....
ReplyDeleteBeautiful photos. Thank you for sharing this lovely tour.
ReplyDeleteSweetnya foto Mazni dan bunga. Thanks for sharing semuanya, best sangat tengok view nun di atas sana.
ReplyDeleteHahaha nikmat betul itu sampai tertidur 15 menit di rumput :D
ReplyDeleteWahh ramainya bukan main ya kalau sekarang ni. banyak betul anak-anak muda yang semangat ingin naik gunung.
Dulu tahun 2012, ke gunung tu sepi betul. Paling ketemu 1-2 orang je. Makin kesini, makin ramai dan komersil ya, hihihi
Tapi memang vew di atas perbukitan tu bessssttt lah mbak mazni.
Apalagi kalau nongkrong di warung. Makan bakwan dan teh manis, aihh... sedapnyeeee :D
Seronoknya baca perkongsian mendaki ni! Gunung Prau memang antara destinasi bucket list ramai orang bila ke Dieng. Terima kasih kongsikan gambar-gambar yang indah dan info pendakian ni... terus rasa terinspirasi nak sarung kasut hiking jugak!
ReplyDeleteDeus caritas est!
ReplyDeleteTidur nyenyak 15 minit kalau betul-betul tidur yang berkualiti memang dapat kembalikan banyak tenaga.
ReplyDeleteWah, semoat Mazni posing bersama bunga-bunga! Cantik kan alam semula jadi.
Gambar last tu macam kat Cameron Highland.
ReplyDeleteAishhh... mana boleh pergi trip macam orang normal, tu biar kami yang pergi hehe..
Maz kena pergi tempat rare baru lah kami boleh nampak the other side of the world.. haaa gitu kekdahnya 😁