22 Jan 2017

House of cat seksyen 7 Shah Alam


Assalamualaikum

Disebabkan dah beberapa bulan tak pegang kucing, kami kelab pecinta kucing sanggup pegi seksyen 7 bagi mengisi kekosongan jiwa serta melepaskan rindu. Ewahh! Kat Kampus Puncak Alam ni mana pernah nak jumpa kucing. 

Lagipun, sebab ada kawan yang buat topik kucing untuk project magazine dia, alang-alang mengusik kucing, boleh buat kerja sekali. Habis semua kucing jadi model haritu, haha.

selamat datang ke House Of Cat!

Nak ke rumah kucing ni senang je. Kalau korang selalu pegi seksyen 7 naik bas, tempat ni memang dari bus stop je dah boleh nampak. Sebaris dengan JAKEL. Tapi lebih berdekatan dengan Subway dan JM Bariani House(sama jugak sebaris jakel). Rumah kucing ni duduk kat tingkat 2 and papan tanda dia kaler hijau.

Bayaran masuk cuma RM 5 seorang untuk 1 jam. Kira berbaloi jugaklah kan? Tempat lain selalunya 1 jam RM 10.

Aku suka dengan ruang dalam tempat ni. Maklumla nama pun 'teratak kucing' haruslah konsepnya berkampung kayu kayan sikit.

Dalam ni ada lebih kurang 20 ekor kucing tak silap. Nampak je macam sikit tapi 1 jam tu tak cukup untuk gomol-gomol kesemua 20 ketulan kucing nii.

Jom berkenalan dengan semua bulu-bulu kehidupan ni!

pandangan maut seketul kucing

Pompuan ni garang nak mampuih! Dia ni daripada kitorang datang sampailah nak balik memang asyik duduk depan pintu je. Jadi penyambut tetamu pun garang tauu. Nama dia Burlesque dan tersangatlah diva kucingnya. Maklumlah kucing cantik macam ni memang divalah gayanya.

selepas itu tangan beliau pun digigit tanpa perikekucingan

Dan ni pulak kucing yang paling besar. Baka maine coon cat dan namanya ialah Bagheera. 


Ingatkan si Bagheera ni garang sebab selalu kalau kucing saiz besar macam ni garang-garang. Tapi dia ni baik je tau, takde pun cubaan nak mencakar mahupun mengigit orang. Orang peluk, gomol, dukung dia pun mukanya seakan-akan merelakan jee. Tak macam hakak kucing yang kat atas tuu, haha.

Eh aku ni mengumpat kucing pulak :p

Munchkin cat, pikachu (credit picture; jiji)


British shorthair. Paling favourite sebab bulu dia lembut yang melampau! (credit picture; liya)

my name is frosya, i love sleeping, don't mind me.

freddie main dgn typewriter antik

ini nemo. Seketul yang sangat fotogenik! Persian cat.



Yang sphynx cat tu nama dia Ludwig, sekor lagi yg cantik tu war. Dua2 ni kucing mahaii oiii. Jangan pandang rendah yang takde bulu tu pun harga dah sampai 6k tahu?

 Akak ni beli umpan kucing RM 3. Kucing akan datang berpusu-pusu kalau kite beli umpan ni.

muka dia ni macam atuk2. sentiasa nampak letih je hahaha

kucing yang sangaaaattt cantik! Tapi dia ni tak mau turun pun, tak dapat gomol2 beliau

Btw, owner rumah kucing ni lelaki tau. Ada dalam 3 orang tak silap dan diorang ni sangat baik. Selalu share info pasal kucing-kucing kat sini. Rasa macam impressed sangat bila lelaki yang style macam kpop-kpop pun tau banyak pasal kucing, haha

bersihkan mata kucing

Akhir kata, aku suka tempat ni sebab harga dia berpatutan dan banyak kucing comel! Ni boleh jadi tempat lepak favourite setiap kali datang seksyen 7 kot :p Siapa pecinta kucing bolehlah mai sini!
Walk in : Isnin - ahad (isnin tutup)
Waktu operasi : 11 AM - 9 PM
Lokasi :  No23B Jalan Plumbum R7/R Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, Malaysia 40000.
instagram house of cat
http://www.houseofcat.com.my/
Thanks for reading!

**update
Dukacita dimaklumkan bahawa House Of Cat telah tamat beroperasi pada hari ahad, 22/5/2017. Premisnya telah disihir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan owner dan kucing2 sakit :'( cerita full boleh baca di link ini --- FB HOC

Semoga owner HOC tabah menghadapi dugaan yang berat ni dan harap semuanya berada dalam keadaan yang baik.. Terima kasih sebab sudi kasi kami semua(customer) kawan dengan kucing-kucing ni. Lepasni mesti rindu dengan semua kucing..






1 Jan 2017

It's a brand new year


Assalamualaikum


Aku akui, 2016 bukanlah tahun yang baik bagi aku, haha. Semua benda jadi malas, update blog pun malass. Yang bestnya tahun ni sebab banyak berjalan-jalan dan banyak shopping kot, ni pun menggunkan hasil titik peluh sendiri okayy.

Walaupun diuji dengan macam-macam dugaan serta drama, diuji dari segi kewangan(lol), berjaya jugak aku habiskan tahun 2016 ni dengan jayanya dan tamatlah juga umur saya sebagai 'teen'. Yang tu yang paling sedih sekali sebab tak percayanya dah nak masuk 20 tapi perangai cam budak-budak T__T

Start blogging dari umur 14 tahun sampailah sekarang ni dah 20 tahun. Title tu benar-benar sudah berubah, ahahaha. 

Apapun, 2017 ni aku ada goals yang tersendiri, iaitu....

 MENABUNG sebab aku rasa dah banyak membazir sepanjang tahun lepas, so tahun ni aku dah insaf dan nak focus menabung banyak-banyak supaya bahagia di dunia.

p/s: Sekarang masih dalam process menabung, tak sabar nak tunggu hasilnya!

image FOKUS DALAM KELAS a.k.a rajin belajar. Sifat yang perlu ditanamkan dalam diri setiap student. Semoga ianya bukan sekadar sembunk :p

 NAK TUKAR DESIGN BLOG sebab last tukar design blog ni masa disember 2014.. Korang pun terpaksa hadap design blog aku ni selama 2 tahun kan? InsyaAllah jika diberikan kerajinan aku akan tukar secepat yang mungkin!

 RAJIN UPDATE BLOG. Taktaulah benda ni sekadar sembang ke tak.... Tapi akan aku usahakan untuk rajin update blog tahun ni, haha.

 NAK JAGA KULIT MUKA dan amalkan gaya hidup sihat. Sekarang ni aku dah selalu usha tips-tips skincare routine. Rimas dah dengan muka berminyak + blackheads ni.

 OF COURSE NAK JADI LEBIH BAIK tu azam semua orang untuk setiap tahun kot. Kena perbanyakkan buat amalan sebab makin tua bumi ni, makin dekat juga kita dengan kiamat. Semoga dunia ni sentiasa berada dalam keamanan.

Semoga berjayalah semua goal 2017 ni.

Anda pula bagaimana?

Thanks for reading!