6 Oct 2025

Jalan Kuala Terengganu - Kopi Payong & Pantai Penarik

 
Sambungan dari entry - Pasar Payang & keropok lekor

Lepas singgah beli keropok lekor, kakngah nak pergi cari kopi pulak. Kalau kat Kelatan terkenal dengan Nasken Coffee, Terengganu ni terkenal dengan Kopi Payong walaupun cawangan dia bawah 5 je, haha.

Apa yang menariknya, sini bestseller dengan butter nisang, dimana kopi gula nisan dicampur dengan butter. Sebagai orang yang tak minum kopi, saya approved kesedapan kopi tersebut! Aku pulak pilih avocado biasa je, manakala adik aku order avocado butter. Ya Allah rasa berlemak sedappp! Cuma aku lupa ambil gambar avocado butter tu.

Dengar macam pelik kan minuman dicampur dengan butter ni? Tapi sedap betul you allsss! Mungkin dah lama orang buat kopi butter ni, cuma aku je yang baru discover :p


Selain sedap, harga dia juga agak murah. Butter nisang cup besar tu cuma RM7 je. Avocado butter pulak mahal sikit, RM12. Recommend untuk korang singgah sini kalau dah jalan-jalan sekitar Kuala terengganu!

Butter nisang large (RM7)

Kitorang kan nak makan sotong celup tepung, tapi nak menunggu warung Pok Nong yang glemer tu bukak lambat lagi, akhirnya pergi makan di Celup Tepung Cikgu, berhadapan dengan Pantai Penarik.

Ingatkan makanan tu nak bungkus bawak balik rumah je. Aku pun takdelah ambil gambar kedai tu dan jugak gambar makanan. Sibuk merayap-rayap kat pantai je. Boleh baca blog ibu Rawiwa untuk suasana kat warung celup tepung tu --> Makan ICT Di Celup Tepung Cikgu, Pantai Penarik.

Maafler, saya sibuk ambil gambar pantai je. Tataplah apa adanya je yewpss hahaha.


Cuaca tersangatlah terik waktu tu. Tapi disebabkan duduk tepi pantai, anginnya agak kuat dan tak berpeluh sangat. Aku punya takde kerja, pergi panjat atas batu-batu untuk ambil gambar. Mesti orang-orang kat dalam kedai tu terkesima tengok kegigihan aku yang menjemur diri di tengah panas kan? Anak siapalah yang nak jadi hitam tu, Kah!


Rasanya batu ni berfungsi sebagai penahan ombak kot. Kebanyakan pantai di Terengganu memang banyak ditambak dengan batu-batu macam ni. Terengganu ni dah selalu sangat air pantai melimpah sampai ke jalan bila tiba musim tengkujuh. So, eloklah di tambak pantai ni untuk keselamatan penduduk di sekitar.

ni taktau pondok apa. Untuk jemur hasil tangkapan laut ke?

Pantai Penarik ni memang cantik. Air lautnya pun nampak tenang jugak. Biasanya di pantai yang ada tambak-tambak batu macam ni, tak boleh mandi. Datang sini untuk bergambar atau memancing, bolehlah. 

#ps: dah berjaya pasang top commntators kat blog! Bercinter jugaklah godek-godek code ni dengan bantuan chatgpt. Cuma Taktahu kenapa jumlah pengomennya dapat 8 je, padahal aku dah setkan untuk 10 orang...




2 Oct 2025

Spring Raya : Dongsi Mosque & Halal Xinjiang Food

 

Sambungan dari entry ---> Tiananmen Square

Dongsi Mosque

Misi mencari makanan halal, tak lain dan tak bukan adalah perlu berdekatan dengan masjid. Sekaligus, boleh solat jamak zohor dan asar. Since kami dari Tiananmen west station, naik train dan turun di Dongdan Station (Line 1). Kemudian ambil train Line 5 dan turun di Dongsi Station.

Kalau tengok rupa dia, memang tak perasan ini adalah masjid. Sebab tak nampak minaret dari luar. Pintu bertutup separuh, pagar kat luar pun bertutup. Kitorang masuk ni dah serupa pencuri ye, slow je bukak pintu sambil terhendap-hendap haha. Lagipun masa tu belum zohor, takut tak boleh masuk pulak. 

Masuk je di kawasan courtyard tu, nampak sorang pakcik tengah bersihkan kawasan masjid. Dia cakap bahasa cina, sambil tunjuk-tunjuk kat papan depan pintu tu seolah-olah nak cakap waktu solat belum masuk lagi. Aku pun cakapla nak tumpang Cèsuǒ (tandas). Terus dia tunjukkan tempat.

di sebelah kanan tu adalah tandas

Heaven gila bila toilet ni ada bidet! Untuk pengetahuan korang, ni kali pertama kami pergi toilet di luar dari hotel dan jumpa bidet. Toilet awam diorang memang takde bidet tau.

macam tandas kat surau-surau Malaysia. Ada 2 toilet (squat & tandas duduk). Belakang tu bilik mandi.

Sedikit info, masjid yang pertama kali dibina pada dinasti Yuan (1356) ni boleh memuatkan sehingga 500 jemaah dalam satu masa. Selain masjid Niujie, masjid Dongsi ni pun terkategori sebagai salah satu masjid tertua di Beijing. Katanya disini turut menyimpan salinan Quran tulisan tangan sejak dinasti Yuan.

Senibinanya pun bercirikan chinese architecture seperti masjid-masjid yang lain. Yang bestnya masjid-masjid kat China ni, dia takde tangga tinggi-tinggi dan kebanyakkannya cuma satu tingkat sahaja. Sangat mesra warga emas!

Jom tengok suasana di sekitar masjid ni.

minaret
meownaret. Eh?
ruang solat
furry guardian

Dari luar pun dah cantik, apatah lagi kalau masuk dalam kan.

Oh, selain berfungsi sebagai tempat ibadat. Kat sini juga ada library yang menempatkan manuskrip Quran, hadis dan sebagainya. Kebanyakannya manuskrip di sini berusia 200 hingga 300 tahun lamanya. Tapi yang paling valuable, adalah manuskrip Quran yang mencecah 700 tahun. (credit: english Beijing)

Library nya mungkin di sebelah kiri atau kanan ruang solat. Tak sure if pelawat biasa boleh masuk atau tak, sebab pintu nampak berkunci je.

ukiran cantik yang memenuhi segenap ruang masjid ni

Lepas dah habis melawat masjid ni, kami nak keluar makan sementara tunggu azan zohor. Pakcik yang aku jumpa pagi tadi tu elok duduk depan pintu masjid sambil senyum-senyum. Dia macam nak ajak kami borak, tapi language barrier menjadi penghalang.

Aku tunjuklah gambar kedai makan halal yang jumpa kat tiktok tu nak bertanya arah, dia pun tak tahu. So kami jalan jelah straight dari masjid tu. Dan jumpa satu kedai halal makanan Xinjiang, dalam 5-7 minit berjalan kaki dari masjid.

Biasanya kalau nak cari kedai halal, aku akan tengok warna signboard hijau, atau yang bertulis tulisan Qingzhen 清真. Macam gambar atas ni, dia letak sign halal tu pada refrigerator kat dalam kedai pulak. 

Kami perasan kedai ni halal pun sebab nampak stiker corak masjid kat cermin, haha.

Suasana dalam restoran masa tu tak ramai pelanggan. Harga makanan pun reasonable juga, itu yang order sorang sepinggan macam tak ingat dunia.

Masa ni, kami semua kelaparan yang amat sangat dan semua nak makan nasi. Jadinya, masing-masing order nasi berlauk tapi pilih different menu. Pastu tambah sikit sate kambing. Sekali bila makanan dah sampai, aduhhh garu kepala aku. Seriously lupa sangat porsi nasi kat sini membunuh! Sepatutnya satu pinggan boleh share 2 orang je..

menung tengok portion nasi.. Ni lauk telur dan cendawan fungus
daging dan daun bawang
Ala-ala kari daging. Tapi kuahnya tak sepekat kari
sate kambing tercintah!
aku order yang ni. Lauk potato hiris
ayam dan capsicum

Of course kami tak berjaya licinkan kesemua makanan. Lebih kurang 2 pinggan kot memang tak berusik langsung, terus tapau bawak balik. Then kami pergi semula ke masjid Dongsi tu untuk solat, sebelum bergerak ke destinasi seterusnya..

Akan bersambung di next entry