Assalamualaikum
Pernah tak korang mengalami masalah telinga yang tersumbat? Telinga termasuk air atau taik telinga penuh kee, haha.
Kisahnya, masa raya ke-2 yang lalu telinga aku pekak sebab termasuk air. Aku anggap itu cuma kejadian biasa sebab memang selalu jadi macam ni, so buat tak kisah jela. Nanti lepas seminggu dua baiklah dia. Sekali, nak dekat tiba tarikh muet speaking test pun telinga ni masih tak dengar-dengar lagi. Cuakla jugak sebab khamis tu dah nak amek test, isnin malam tu baru bergegas nak pegi klinik(jangan jadi macam ni eh)
Kisahnya, masa raya ke-2 yang lalu telinga aku pekak sebab termasuk air. Aku anggap itu cuma kejadian biasa sebab memang selalu jadi macam ni, so buat tak kisah jela. Nanti lepas seminggu dua baiklah dia. Sekali, nak dekat tiba tarikh muet speaking test pun telinga ni masih tak dengar-dengar lagi. Cuakla jugak sebab khamis tu dah nak amek test, isnin malam tu baru bergegas nak pegi klinik(jangan jadi macam ni eh)
Doktor check, dia kata telinga ni tersumbat dengan cotton bud. Aku tau walaupun cotton bud ni tak bagus tapi dah masa tu terdesak sangat nak telinga elok semula, huhu.. Padan mukalah kan tersumbat makin teruk. So doktor suruh cari ubat titis telinga kat farmasi(klinik tu habis ubat telinga) untuk kasi semua benda2 dalam telinga tu cair.
Tapi ubat telinga ni tak terlampau membantu. Jadi, aku pun terpaksa amek speaking test dalam keadaan pekak2 tu. Tapi alhamdulillah still boleh buat walaupun pendengaran tu samar-samar sikitt.
mahal jugak botol kecik ni je RM19..
Dan hari isnin minggu lepas baru pegi jumpa doktor untuk check telinga for the 2nd time. Tu pun sebab ubat telinga dah habis, tapi telinganya still tak elok-elok lagi. Dahla minggu tu pulak ada listening test so nak taknak telinga memang pentinglah.
Aku pegi klinik Al-Huda kat Seksyen 4, Bangi. Aku cakap kat doktor, dah titis ubat telinga tapi still tak elok-elok lagi, masa ni pasarah jelah kalau doktor kata nak kena bedah telinga ni... So doktor guna method tembak telinga pakai air. Kat sini diorang boleh tolong cucikan telinga sebersih-bersihnya, rasa rugi betul taktau dari awal haritu.
credit google |
I suggest kalau sesiapa yang selalu alami masalah telinga tersumbat ni, korang tanya kat klinik tu boleh ke tak nak cuci telinga. Tak semua klinik kot ada cuci telinga ni. Sebab ni pun 1st time aku pegi check telinga and doktor suggestkan cara ni. Kalau sebelum2 ni doktor selalu bagi ubat telinga je, ceitt.
Masa diorang tembak telinga tu tak rasa sakit tapi geli sikitla. Paling powernya, dalam masa satu minit je dah settle cuci sebelah telinga. Memang rasa puas kot selama ni aku hidup dengan telinga yang pekak je memanjang, kalini telinga rasa kosong. Bak kata doktor, nampak jelas gegendang telinga tu haa.
Lepas dah habis cuci telinga tu, rasa terkejut dengan bunyi-bunyi dekat sekeliling aku. Bunyi kipas kuat gila, bunyi orang bercakap nada biasa pun aku dengar macam diorang menjerit. Rasa macam salah satu nikmat yang dah ditarik tu kembali semula hahaha.
Aku kata kat doktor, "rasa tak biasalah dengan bunyi-bunyi kat sekeliling ni, kuat sangatlah pulak" doktor cakap, "nak saya sumbatkan balik telinga awak ke?" Pftt okay. Doktor kata memandangkan telinga dah elok ni, masa test nanti kena score band tinggi..(lulz)
Ni baru sekejap je Tuhan tarik deria pendengaran aku, tu pun rasa susah bila nak berkomunikasi dengan orang. Sekarang ni telinga dah elok barulah rasa lebih bersyukur sikit dapat dengar bunyi-bunyi kat alam ni. Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu mahu dustakan?{Ar-Rahman} Ada hikmah disebalik kejadian.
Hati-hati masa korek telinga, jangan sampai tersumbat!
Thanks for reading!
Kalau sudi silalah klik ya, hehe.