7 Jan 2026

Ziarah sekitar Masjid Nabawi

Sambungan dari - Panggilan dari kota suci  

4 Disember 2025

Pagi tu, ustaz ajak kami semua ziarah sekitar Masjid Nabawi dan untuk beri salam pada Rasulullah SAW. Tapi sebelum tu, kami pergi lawat Masjid Ghamamah dulu. Yang terletak sebelah barat daya Masjid Nabawi, berdekatan dengan pintu 309.


Masjid ni diberi nama Ghamamah (awan) sebab waktu tu penduduk Madinah sedang mengalami musim yang kering. Maka Nabi pun buat solat sunat Istisqa dan memohon pada Allah agar diturunkan hujan. 

Sebelum didirikan masjid, tempat ni cuma padang pasir yang lapang je. Tapi Nabi sering solat di sini. Oleh sebab itulah Umar Abdul Aziz membina masjid ini pada abad pertama hijrah, sebagai menanda tempat-tempat solat Rasulullah SAW. 

info tentang masjid Ghamamah

Sebaik saja masuk perkarangan Masjid Nabawi, ustaz ada bagi info sikit tentang masjid Nabawi ni, pastu bagitahu adab-adab ketika menziarah. Kemudian kami terus menuju ke area kubah hijau untuk beri salam pada baginda Rasulullah SAW. Serta 2 orang sahabat Nabi, iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. 


Ustaz pun bacakan salam dan juga doa sambil diikuti dengan kami. 

Assalamu ‘alaika Ya Rasullallah,
assalamu ‘alaika Ya Nabiyallah, 
assalamu ‘alaika Ya Habiballah, 

Assalamu ‘alaika ya Abu Bakr As-Siddiq,
Assalamu ‘alaika ya Umar bin Khattab.

Dari Ibnu Umar, telah bersabda Rasulullah Saw, “Barang siapa berziarah kepadaku setelah aku meninggal dunia, maka seakan-akan ia berziarah pada sewaktu aku masih hidup.” (HR. Baihaqi, Daruqutni, dan Tabrani). Bayangkanlah, walaupun kita bukan hidup sezaman dengan Nabi, tapi setiap kali kita bagi salam pada Rasulullah, baginda akan jawab salam kita tau.

Kubah hijau yang terdapatnya makam Nabi dan 2 orang sahabat
Our first family portrait lengkap bersepuluh!

Kami pergi tengok perkuburan Baqi' yang berhadapan dengan gate 364. Tapi dari luar jelah dan tak nampak pun kuburnya. Sebab kitorang datang beramai dengan tour, memang askar sana tak kasi berkumpul ramai-ramai camni. Lagipun hanya lelaki je yang dibenarkan masuk dalam kawasan perkuburan Baqi' ni serta ada waktu-waktu tertentu untuk melawat.

Pintu masuk perkuburan Baqi' dari gate 364
Gambar dari abang aku yang dapat ikut iringi jenazah lepas solat subuh

Banyak ahli keluarga dan para sahabat Nabi yang dikebumikan di sini. Setiap kali habis solat fardhu, pastu mesti ada solat jenazah. Lepas solat jenazah je semuanya akan dikebumikan kat perkuburan Baqi' ni lah. MasyaAllah untung sangat dapat duduk dekat dengan Nabi..

Ustaz cakap, kita perlu berazam untuk meninggal dunia di Madinah. Antara kelebihan seseorang itu meninggal dunia di Madinah ialah dia akan diberikan syafaat oleh Rasulullah SAW pada hari Akhirat kelak. Rasulullah SAW menganjurkan supaya jika sesiapa yang mampu untuk meninggal dunia di Madinah, maka hendaklah dia melakukannya.

Tapi jangan pulak pergi bunuh diri atau mintak doa untuk mati kat sana dalam waktu yang singkat. Itu dosa besar namanya.

Gambar dari abang ipar. Kubur yang sangat simple dan cuma batu saja sebagai penanda

Habis ziarah Masjid ni, seterusnya aktiviti bebas. Kami pun masuk dalam masjid untuk tengok suasana kat dalam tu, sambil tunaikan solat sunat Tahiyyatul masjid. Masa ni around 9 am, so orang dah tak ramai sangat kat dalam masjid. 

Kat dalam tu ramai yang bertadarus, ada usrah. Siapa-siapa nak join pun boleh je. Cuma antara faham atau tak je. Kalau nak buat usrah, boleh join dengan mana-mana group Malaysia atau Indonesia kalau ada.

sangat simetri!

Then kitorang keluar masjid nak pergi usha tempat shopping. End up kami cuma shopping snek dan air kat Bin Dawood je. Pastu makan tengahari kat hotel.

Walaupun punya banyak gap untuk buat aktiviti bebas, tapi kami lebih memilih untuk duduk kat hotel. Keluar pun untuk pegi masjid je, hiks. Nanti dah hari hujung-hujung barulah kelam kabut pergi shopping last minute.

dataran yang dipenuhi burung merpati gemok
Tudiaa semua orang nak balik hotel/pergi shopping. Jem teruk!
A must try air almarai! Sedap tapi terlalu manis untuk aku
menu-menu kat hotel semua sedap

Untuk malam nanti, ada aktiviti lain pulak. Aku akan ceritakan pada next entry.

12 comments:

  1. Masa trip umrah, akak everytime lalu depan kubah hijau tu je, selalu air mata meleleh, tak tahu kenapa. Air yogurt Laban tu selalu beli sebab bantu nak membuang kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan, rasa sebak je... rasa cam tak caya kita sangat dekat dgn Rasulullah.
      uish air2 kat sana mmng piaw betul rasanya! kalau yg buah2 tu, mmng lawas betul haha!

      Delete
  2. kalau tak silap.pendengaran sy hari tu, mutawif ckp kat baqi' ni lapisan kubur dah jd 7 lapis. maknanya dlm 1 liang ada 7 jenazah di dlm nya... wallahu a'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh yeke? Saya pulak baru tau ni. Tapi mmng patut pun buat camtu.. sebab sehari je dah ada berapa jenazah kat sana

      Delete
  3. Pada uncle ni masjid yang paling sayu perasaannya

    ReplyDelete
  4. rasanya hampir semua muslim bercita2 nak meninggal di mekah atau madinah... kalau dapat tu... mungkin lbh drpd husnul khotimah

    ReplyDelete
  5. Seronok dapat jejak kaki ke sana. Moga satu hari nanti Cuya pon dapat ke sana bersama keluarga. Impian semua umat islam

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, bertuah dapat menjejakkan kaki di tanah suci.. moga dipermudah urusan beribadat

    ReplyDelete
  7. Bestnya bila cerita ada mix antara sebak ziarah kubah hijau dengan vibe santai shopping dan makan kat hotel. Semoga satu hari nanti saya pun dapat jejak kaki ke sana, insyaAllah 🙏.

    ReplyDelete
  8. Mengimbau kenangan sewaktu di sana la Mazni. Perkuburan Baqi' tu lelaki je kan boleh melawat. Akak ingat duduk kat luar je.

    ReplyDelete
  9. Masjid Ghamamah tu baru tahu ada. Kena lawat nanti. Insya Allah.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~