Showing posts with label Taman Negara Pahang. Show all posts
Showing posts with label Taman Negara Pahang. Show all posts

4 Jan 2025

Taman Negara Pahang - Night Jungle Walk & Canopy Walkway

 Assalamualaikum

Sambungan daripada entry Taman Negara Pahang Part 1

Petang before maghrib tu hujan tersangatlah lebat. So kami tak sure sama ada aktiviti dibatalkan or tak sebab tak tahu apa-apa info pun. Maklumlah takde group whatsapp... Aktiviti sepatutnya mula pukul 8.30 malam, tapi pukul 8 tu pun masih hujan lagi walau tak lebat.

Malu bertanya sesat jalan, kami pun tanyalah sorang abang kat tempat makan ni aktiviti jungle walk ada ke tak kalau hujan ni. Katanya tetap berjalan seperti biasa. Group lain ramai yang dah gerak kesana dulu, so kami pun kalutlah pergi makan dan kemudian terus naik powil. 

angin malam + hujan gerimis = extra sejuk!

Powil akan drop kami di jeti, kemudian perlu menyeberangi sungai menaiki bot untuk sampai ke tempat jungle walk. Honestly bagi aku, jungle walk ni agak bosan sebab disini sekadar berjalan dan tengok pokok-pokok mahupun insects saja. Lagipula, aku duduk di bahagian belakang, so guide terangkan apa-apa pun aku tak berapa dengar dan kitonya rabun, tak nampak sangatlah binatang kecil-kecil yang ada disebalik dedaun ni. Kat sini serious jem gila dan kena beratur macam budak sekolah xD

Kalau waktu siang, mungkin lebih menarik untuk bergambar sebab aku rasa cantik je tempat ni penuh dengan pokok-pokok. 

macet amat

Kami ada naik menara tinjau untuk tengok haiwan seperti rusa atau tapir yang sering berkeliaran di kawasan padang lapang. Haiwan ni aktif pada waktu malam dan diorang tak suka bunyi bising. Kalau lucky, boleh nampak penampakan haiwan tersebut dari jarak jauh. Tapi disebabkan cuaca malam tu sedikit gerimis, tak nampaklah pulak apa-apa kelibat haiwan. Aku hanya nampak pitch black view je, hahaha.

taktaulah Iqa ambil gambar ni boleh nampak apa....

Oh lagi satu, di depan menara tinjau ni ada pokok tualang yang sangat tinggi. Aku dari dulu wonder, macam mana nak dapatkan madu dari pokok tualang ni sebab tinggi gila kan. Guide cakap, diorang akan campakkan tali ke atas dahan pokok dan repeat lilitan tersebut sampai kukuh. Kemudian, panjat pokok menggunakan tali tersebut. 


sebelum keluar dari Jungle Walk tu akan lalu di chalet Mutiara ni. Ramai mat salleh je yang duduk sini

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk hari kedua, kami pergi Canopy Walk dan hiking di Bukit Terisek. Macam biasa, kena menyeberangi sungai dengan menaiki bot yang tak sampai 5 minit pun. 


Untuk ke Canopy Walk dan Bukit Terisek ni perlu mendaki beribu anak tangga. Serious cakap, tangga-tangga ni mengingatkan aku pada tangga Kinabalu. Kami perlu trekking sekitar 15 minit untuk sampai ke Canopy Walk tu. 


Layankan jelah tangga-tangga ni. Masa sampai tu MasyaAllah... macam sardine beb! Ramai sangat orang beratur tunggu turn. We all sampai tu around 9.30 am, dengan kepadatan orang di situ, nampak gaya macam tengahari jugaklah baru dapat masuk Canopy Walk ni.


Guide suruh kitorang pergi trekking ke Bukit Terisek dulu supaya tak buang masa sangat. Trail disini sangatlah cantik, penuh kehijauan dan segar hidung.

1st checkpoint

Bukit Terisek cuma berketinggian 334 meter sahaja. Trail dia pada aku sangat mudah. Kalau cuaca baik, boleh nampak view Gunung Tahan yang merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Tapi puncaknya ditutupi kabus haritu. Bilalah aku nak tawan Gunung Tahan agaknya ye? :p

Dah takde apa nak dibuat, kami turun baliklah ke Canopy Walk tadi. Ingatkan sampai bawah tu dah boleh terus masuklah, ternyata belum cok. Pukul 12.30 pm baru dapat masuk! Melangutlah sejam setengah taktau nak buat apa.


This is the highlight of Taman Negara Pahang. Panjang canopy bridge ni adalah 550 meter dan ketinggiannya adalah 45 meter dari tanah (lebih kurang 15 tingkat bangunan). Ia merupakan the longest suspension bridge in the world!


Hutan disini berusia 130 juta tahun. Mindblown betul dapat berjalan di atas canopy walk dan tengok view hutan yang masih kekal terjaga ni. Dapat jumpa banyaklah pokok tualang yang tinggi-tinggi dan pelbagai jenis pokok lagi yang tidakku tahu namanya.


Berjalan di atas Canopy Walk ni lebih kurang 20 minit sahaja. Walk slowly je untuk menikmati keindahan suasana. Rasa macam hukaloh, naik sini 20 minit je, beratur sampai 3 jam! Apapun, aku tetap enjoy tengok suasana hutan ni.


Dah turun Canopy Walk tu kena tunjuk permit yang guide dah bagi semalam. Cari punya cari, tak jumpa! Rasanya tertinggal kat dalam khemah hahaha. Renjer situ dah cakap tak tunjuk permit takleh keluar eh. Nasib baik kat situ dapat line, so kami whatsapp Iqa untuk snapkan gambar permit tu. Ada hikmah jugaklah Iqa tak join aktiviti harini. Bayangkan kalau Iqa ada sekali, pastu kami 3 orang ni semua tak tertinggal permit kat khemah? Melayang duitlah kena denda hahaha.


Habis je segala aktiviti, balik semula campsite untuk makan! Menu hari kedua ni ialah pais patin, first time aku makan dan rasa nak nangis sebab sedapnya! Terima kasih Danz Eco Resort sebab menyediakan makanan yang sedap-sedap sepanjang 2 hari duduk sini!

with our guide!

Overall, best sangat Taman negara Pahang ni. Cuma bagi kami, aktiviti tak banyak sangatlah. I really thought yang nak ke Lata Berkoh tu dah di include sekali dalam aktiviti, rupanya kena add on. Kalau ambil 3 hari 2 malam tu maybe dah include sekali, tapi mahal sikitlah.

Thanks for reading!

11 Dec 2024

Taman Negara Pahang - Danz Eco Resort & melawat Perkampungan Orang Asli

 Assalamualaikum

Pada 16-17 Ogos 2024, aku dan 2 orang kawan degree (Iqa dan Shiera) pergi ke Taman Negara Pahang. Asalnya kami ni ada 4 orang, tapi hat sorang lagi tu tiba-tiba sakit sehari sebelum kejadian. Maka duitnya burn begitu saja.. So after subuh 16 hb tu kami dari Cheras terus gerak ke Pahang. Kami pergi ni pada hari Jumaat tau, seeloknya perlu sampai di sana sebelum solat jumaat lah.

Perkenalkan hosmet degree saya, 2 specky gworlz

Taman Negara merupakan antara hutan simpan yang tertua di Malaysia. Dengan keluasan keseluruhan 4,343 km persegi, kawasan Taman Negara ni meliputi 3 buah negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu. Kami masuk ikut entrance Kuala Tahan, di Jerantut dan parking di situ.

parking berbumbung sehari RM15

Masa ni tersampai awal jugaklah sebenarnya. Sementara tunggu dikutip oleh powil (4WD), kitorang ambil gambar dan buat content untuk tiktok. Lecak weyy panas sungguh. Belum buat aktiviti lagi mekap aku dah cair, camne ni!

Encik powil ni sangat tepat pada masanya, kalau dia cakap pukul 12 baru gerak, memang pukul 12 jugaklah dia gerak. Walaupun kami datang sejam awal, tetap tak boleh masuk awal ye xD Perjalanan dari parking kereta untuk ke tapak camping tu rupanya cuma 7 minit je nyah. Selama aku pergi camping yang kena naik powil ni, paling-paling busuk pun perjalanan 30 minit tau. Tak sempat nak merasa thrill sakit-sakit badan, dah sampai pun tempatnya.

Kawan aku tanyalah, kenapa tak buat jalan tar je sebab dekat sangat tempat glamping ni dengan parking kereta. Abang powil cakap nanti tak thrill lah korang masuk hutan tapi tak merasa offroad. haha ye tak ye jugak, boleh la buat ghaso-ghaso kan.

Rasanya kalau jalan macam ni berterusan selama 30 minit, confirm patah riuk tulang dan pinggang ni
Tadaaa inilah campsite nya!

Untuk aktiviti di Taman Negara Pahang ni, kami ambil package 2 day 1 night under Danz Eco Resort. Penginapan di sini ada yang dalam bentuk chalet, capsule, glamping dan juga khemah biasa. Macam kitorang ni ingin privacy, tapi masih mahukan suasana bercamping, maka kami pilih style glamping. Harganya RM295 seorang dah include aktiviti, makan dan tempat tidur (harga depends pada jenis penginapan apa yang korang ambil).

Ni kali pertama aku masuk dalam khemah glamping, luas jugak dalam dia! Ada portable aircond lagi. Tapi yang paling spoil, selimut dia hapak nak mampp! Aku rasa diorang tak sempat nak basuh selimut ni agaknya. Tapi beragak lah, daripada bau dia tu macam dah lebih 3 guests guna tak sempat basuh je ni.  

Ni 'bilik' kitorang. Siap ada kunci lagi you all
ini bilik jenis chalet boleh muat 4 orang rasanya. Yang ni ada private bathroom

Lepas dah letak-letak beg, boleh terus makan tengahari. Apa yang aku suka kat Danz Eco Resort ni, makanan yang disediakan memang sedap-sedap belaka. Ada patin tempoyak aokmerrr! Aku si pelahap tempoyak patin pun tanyalah adik tu sama ada boleh tambah second round ke, tapi dia kata sorang boleh ambil seketul je. Maka kita pilih lah bahagian yang paling sedap dan paling besar, hahaha.

Pastu yang menariknya kat sini, kita dapat makan di bawah pokok Tualang yang berusia ratusan tahun. Ini kali pertama aku tengok pokok tualang yang besar dan tinggi macam ni. Really majestic! Khazanah negara yang harus dijaga.

Lepas makan tu kami solat dan tidur kejaplah sementara tunggu pukul 3 untuk aktiviti. Untuk hari pertama ni, kita akan pergi ke Perkampungan Orang Asli dan Rapid Shooting sahaja. Kena naik bot untuk ke sana walau hakikatnya cuma 3 minit je nak pergi kampung orang asli tu.

Sungai Tembeling

Dekat perkampungan orang asli ni ramai sangat orang, terutamanya foreigner lah. Kat sini kita diberi info tentang kaum Batek dan cara hidup diorang. Kaum Batek merupakan suku Negrito di mana kita boleh lihat dari ciri-ciri fizikal seperti rambut kerinting, warna kulit yang hitam manis serta dari structure bentuk muka nya. 


Populasi mereka kini hanya berjumlah sekitar 1,500 orang sahaja di Malaysia. Mereka ni tinggal di dalam hutan hujan tropika di sekitar Pahang dan Kelantan dan hidup dalam kelompok lebih kurang sekitar 10 hingga 15 keluarga sahaja. Diorang ni tak mempunyai penempatan yang tetap kerana gaya hidup nomad yang sering berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Apa yang aku ingat haritu, diorang akan berpindah jika sumber hutan dah habis di kawasan tu, ataupun disebabkan kematian.

Ritual Kematian

Cakap pasal kematian, diorang tak tanam mayat tau. Tapi sebaliknya mayat akan digantung di pokok dan dibacakan mantera sahaja. Setiap kematian tu merupakan malapetaka dan sebab itulah mereka akan berpindah dari kawasan tersebut. Kalau yang meninggal tu kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, diorang akan tanam sebab umur gitu jasadnya masih suci dan takde dosa.


Kat sini dia tunjuk demo cara hidupkan api dengan menggunakan kayu dan tali yang diperbuat daripada rotan. Untuk lelaki kaum Batek, ni adalah skill utama yang diorang perlu ada kalau nak pass untuk kahwin. Ko tak reti hidupkan api? Tak layak kawen ha gituu. kalau perempuan pulak dia akan tengok dari kesenian diorang untuk buat atap rumah menggunakan daun-daun.

Btw orang-orang Batek ni dah layak berkahwin bila umur diorang mencecah 15 tahun. Macam brader yang buat demo ni, dia tengah otw nak ke jinjang pelamin dah kata guide, hahaha :p

Tengok macam senang je dia hidupkan bara api ni, dalam masa 1 minit dah siap. Aku try jugak buat, sumpah lenguh tangan. Rasa nak terkehel bahu ni. Give up jela di pertengahan jalan xD


Yang ni demo menyumpit pulak. Macam biasalah diorang ni sekali sumpit je terus kena bullseye, bila part aku yang try menyumpit terus peluru tu vanished from eyesight....

Peluru sumpit ni namanya 'Damak' dan di hujung lidi tu diletakkan sedikit racun. Kalau terkena racun ni, any hidupan boleh mati dalam masa 10 minit. Sama jugak macam skill hidupkan api, kalau lelaki kaum Batek ni tak pandai menyumpit dia tak pass untuk kawen!


Pastu kitorang pusing-pusing la kat sini dan bagi jajan kat anak-anak orang asli ni, comel je dia senyum happy. Anyway, orang asli yang tinggal kat sini boleh juga cakap melayu dan ada handphone. Diorang ni moden sikitla sebab dah biasa terima kunjungan pelawat. Sesetengah daripada diorang pun ada IC dan kerajaan pun ada je bagi bantuan untuk suku kaum asli Batek ni masa COVID haritu. Kalau ada sakit ke apa, KKM yang akan datang ke kampung diorang ni untuk bagi rawatan.


Tulah sedikit sebanyak info pasal Suku Batek kat sini. Habis je melawat kampung orang asli, kami main rapid shooting. Aktiviti ni macam takde apa sangat pun, diorang just bawak bot ni dengan cara merempit pastu bagi air melimpah kat dalam bot je. Pastu berlawan dengan bot orang lain untuk splash air dan saling membuli, hahaha. 

Habis tentatif untuk petang tu, boleh buat aktiviti bebas. Kami main air kat Sungai Tembeling ni dan ada jugak yang main bola tampar. Sungai Tembeling ni warnanya keruh, tapi dia tidaklah kotor atau bau busuk pun. Kedalamannya tak cecah kaki.


untuk malam ada aktiviti lain pula tapi sebab dah panjang sangat dah ni, kita bersambung di next entry ye.

Thanks for reading!