6 Sept 2026

Ziarah Taif - Kilang bunga rose & makan nasi arab dan kunafa

 

Sambungan --> Masjid Ibn Al-Abbas & pasar buah Taif

Kami tiba di kilang bunga rose selepas habis shopping buah. Disebabkan Taif ni letaknya di tanah tinggi, dia sesuai untuk tanaman bunga yang segar, hence digelar sebagai City of Roses.

Kilang ni nama dia Rasheed Al Qurashi Factory. Ia merupakan pengeluar produk bunga mawar yang berkualiti tinggi. Diorang pun ada ladang bunga rose sendiri tau.

keluar dari bas je nampak bukit cantik ni :D

Jemaah boleh mempelajari tentang pembuatan produk berasaskan mawar ni from scratch. Proses bermula dengan memetik bunga mawar, timbang, tambahkan air kemudian mendedahkannya pada haba yang tinggi untuk memulakan proses penyulingan dan mengekstrak minyak mawar. Dengan terhasilnya minyak daripada bunga mawar tersebut, bolehla jadikan sebagai produk-produk lain seperti perfume, sabun atau skincare. Yang penting prosesnya tu semulajadi!

Info-info nak hasilkan minyak wangi
Boleh dengar 

Pengunjung boleh lawat masuk ke dalam kilang jugak untuk tengok proses-proses penyulingan minyak mawar tu. My bro in law jelah rajin masuk situ, kitorang yang lain ni malass hahaha. Nak masuk area shopping tu pun aku malas ye. Maafler kita tak ambil gambar pulak apa produk-produk yang dijual kat situ.

Boleh tengok mesin penghasilan minyak wangi ni dengan lebih dekat
Wahh nampak banyak munge2, mesti menarik nii

Kami lebih memilih untuk lepak kat tempat yang disangkakan kebun bunga rose.. Sebab tengok dari luar macam agak lebat jugak bunga-bunga tu. So kita expect dalam dia lagi meriahlah. Btw nak masuk dalam ni berbayar tau, dalam 3 riyal gitu kalau tak salah.

Bila masuk dalam ni, langsung tak nampak sekuntum bunga rose pun. Dia sebenarnya kedai makanan rupanya.. Ada sate unta dan kunafa, makan tu jela. Kitorang ni jemaah yang kuat melantak je! :p


Pertama kali makan sate unta, ya ampunnn sedapnyaaa! Secucuk 5 riyal. Kunafa tu pun sedap sangat, lembut dan cheese banyak! Japgi kami nak gi makan kat restoran, ustaz cakap kunafa kat kedai tu paling sedap yang dia pernah rasa. 

Habis je lawat kilang bunga rose ni terus gerak pergi ke restoran tersebut. Sampai-sampai tu, kena tunggu sekejap la sebab ramai sangat orang! Tapi Alhamdulillah group kami dapat makan kat bahagian dalam.

Aku pun lupa apa nama restoran ni xD

Bahagian luar restoran

Makan kat ruangan dalam ni, terasa vibes ke-arab-an tu. Makanan ustaz order sama je untuk setiap jemaah iaitu nasi mandy ayam. Kalau sebelum ni kita selalu makan dalam talam, kali ni nasi tu makan sepinggan sorang. Budak-budak pun dapat sepinggan nasi yang lebih besar dari muka diorang hahaha.


Tapi percaya atau tidak, aku berjaya habiskan sepinggan nasi ni. Cuma takde gambar bukti je nak tunjuk kat korang. Nak cakap lapar, tak sangat pun. Nak kata sedap sangat, rasa standard nasi arab biasa je. Entah apa merasuki ku sampai boleh habiskan nasi ni sorang-sorang :p

Akhir sekali kami makan kunafa yang ustaz cakap sedap tu. Tapi sejujurnya, aku lebih suka kunafa dekat kilang bunga rose tadi sebab lebih lembut dan cheesenya lagi banyak. Kunafa sini macam terlebih crispy sikit. Benarlah lain orang, lain deria tekaknya.


Makan sampai kenyang tersandar. Lepas makan ni kami nak gerak balik dah. Patutnya ada satu lagi aktiviti which is naik cable car. Tapi yang tu kena tambah lagi 100 Riyal dan tak ramai yang nak vote pergi ke sana. Bila kita dah tinggal hari hujung-hujung, 100 Riyal tu sangat bermakna untuk duit shopping dan makan aku kat Mekah ni :p

Ada rezeki lain kita datang lagi.

Sebelum gerak balik ke Mekah, kami singgah solat di masjid Qarnul Manazil.

Kalau kita fly dari Asia tenggara menuju ke Jeddah, nanti anak kapal akan buat announcement untuk berniat ihram sebab melintasi sempadan miqat. Besar jugak masjidnya dan bentuk petak je. Takde kubah yang grand pun :D

Snap gambar dari belakang masjid je sebab Mazni ni suka lupa nak ambil gambar

Alhamdulillah, seronok ziarah kat Taif ni. Di samping kita jalan-jalan cuci mata, dapat lihat kawasan bersejarah di mana Nabi kita bersusah payah cuba berdakwah di sini walaupun ditolak secara kasar.

Sebenarnya Nabi tak gagal pun berdakwah di Taif pada waktu ni. Selepas Baginda dibaling batu oleh orang-orang Taif, Baginda berlindung di sebuah kebun. Dari situlah seorang hamba bernama Addas (beragama Nasrani) datang membawa buah anggur untuk Nabi. Sebelum makan, Nabi membaca 'bismillah'. Ucapan tu mengejutkan Addas sebab ia tidak pernah diucapkan oleh masyarakat Arab di kawasan itu.

Akhirnya Addas menjadi orang Taif pertama yang memeluk agama Islam. Dengan pengislaman Addas tulah terbitnya cahaya di tengah kegelapan. Walaupun satu kota menolak dakwah Nabi, tapi usaha dakwah tetap membuahkan hasil walaupun hanya dengan pengislaman seorang hamba. Malah Rasulullah juga mendoakan zuriat keturunan Taif akan menyembah Allah pada masa hadapan.

Selamat tinggal Taif yang cantik

5 comments:

  1. Wah.. Mazni boleh habiskan sepinggan nasi arab ya. Mesti lapar tu. 😊 Akak masa di Thaif ni, makan nasi arab dalam dulang, share 5 orang. Masa di kilang ros, akak tak turun bas pun. Sebab penuh sangat manusia waktu tu.

    ReplyDelete
  2. Uncle boleh ingat kuat bau pati rose tu... Adsa orang tak tahan... (uncle lah tu)

    ReplyDelete
  3. nasi kat ladang rose tu nasi tersedap sekali sepanjang kat sana.
    elok ea berbunga rose tu, weols haitu togel ja tak musim bunga agaknya.

    ReplyDelete
  4. tanah kat sini agaknya memang sesuai tanam ros
    sebab tu sampai boleh buat dan proses bunga ros sampai jadi mcm2 produk
    dari sis lain tampak 'lari' sikit dari budaya arab yg sinonim dgn kurma kannnnn

    ReplyDelete
  5. saya ttengok gambar je dah terasa banyak nasi tuuuu
    boleh share 2 or 3 orang tuuu
    ke memang betul tengah lapar sesangat?
    hehehe

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~