Assalamualaikum
Salam minggu kedua 2021, entry ni aku taip dari tahun lepas tapi cam biasalah, suka bertangguh kan haha.
Tahun 2020, bukanlah tahun yang terlalu teruk bagi aku, tapi nak kata dia terlalu indah pun tidak juga. Rasanya sedang-sedang sahaja. Tapi tetap bersyukur sebab kita telah berjaya menjalani hidup dalam tempoh setahun yang penuh dengan macam-macam ni. Terutamanya hidup dengan norma baru akibat daripada pandemik Covid-19.
Tahun 2020 sejujurnya bukanlah tahun yang baik untuk ekonomi negara. Ramai yang terjejas pendapatan, dibuang kerja, struggle dengan hidup. Ye, tahun yang teruk bagi kita semua, tenggelam dah wawasan 2020 tu.
Tapi pada aku, tahun 2020 ni banyak benda baru yang aku dah lalui! Tahun nilah aku dah menginjak ke alam kerjaya. Dah lama sangat jadi student sampai rasa kekok masuk environment baru.
Aku malas nak taip panjang2, so kita bubuh gambar berserta caption pendek sebagai 2020 recap.
Januari
Dah habis belajar. Ha dulu nak sangat kan habis belajar? Sekarang dah rindu nak jadi student, padan muka. Alhamdulillah, berjaya tamatkan degree dengan 1st class. Konvo sepatutnya tahun ni tapi kerana cik puan corona, tak tahu bila ya. Dah lama memegang hajat nak pakai selempang pink tu please :')
Boleh baca kat sini --> Degree is done! & Blessed
Februari
Dah menginjak ke alam perkahwinan. Eh pekerjaan.. So far okay. Cukuplah asal dapat environment kerja yang okay. I mean orang-orang kat situ semua baik belaka. Alhamdulillah.
(Gambar masa WFH)
Mac - May
Arahan perintah kawalan Pergerakan (Lockdown) di seluruh Malaysia. Semua berkurung di rumah. Mulalah aktiviti aku ulang alik ke dapur untuk makan dan masak benda-benda pelik.
Jumpa kucing comel yang kini aku namakannya Sumi. Ada entry pasal budak ni, tapi entry mencari kucing hilanglah sebab dia pernah hilang 3 hari haha -->
Cari kucing hilang
Anak Fruits
Makcik yang sangat gembira tengok perkembangan anak buah yang membesar dengan semakin comelnya. Tak dapat jumpa sejak awal PKP sampaila keluar arahan boleh rentas negeri, terus pergi Langkawi untuk akikah anak Safiyyah <3
Art Gallery again
Seperti tahun-tahun berikutnya, tahun ni aku pergi juga art galerry dan hari kraf Kebangsaan sambil shopping. Untuk art gallery ni tengoklah kalau rajin atau sempat, kita update entry. Kalau tidak biarlah ia terkubur dalam kenangan sendiri haha
Aktif Hiking
Okay ni highlight of the year lah kot. Aku dah lama pasang niat nak hiking dari zaman belajar, tak dapat pergi masa zaman belajar dulu. Habis je belajar, bulan Januari aku dah start hiking dengan adik beradikku. Tempat 1st aku start hiking kat Bukit Kutu ya. Bukan calang-calang kan, baru newbie dah pegi trail gila. Boleh baca kat sini -->
Bukit Kutu,
Gunung Datuk
Start dari Bukit Kutu, aku selalu join adik beradik aku hiking. Tapi ada yang tak tulis entry lagi. And then masa hiking kat Gunung Angsi jumpa geng baru. Abang aku kenal dengan dia masa ikut trip hiking. Sampai harini kalau nak hiking atau camping mana-mana mesti roger diorang ni.
Kesimpulannya, Alhamdulillah untuk tahun 2020. Keluarga aku masih bahagia, masih ada makanan terhidang atas meja, diberi kesihatan yang baik, dah ada duit sendiri, dapat kawan baru, slowly terima kenyataan dengan masa lalu, cuba untuk sayang diri sendiri. I feel a lot better compared to 2019 walaupun kurangnya pada siatuasi pandemik ni saja.
Kita selalu nampak apa yang kita takde, tapi kita lupa sebenarnya Allah bagi benda lain yang kita tak nampak. Itu apa yang aku rasa pada tahun 2020. Aku sedih pada benda yang tiada, tapi bila tengok balik recap ni, eh banyaknya nikmat yang Allah bagi kan?
Target aku untuk 2021 adalah untuk rasa lebih bersyukur dan buat yang terbaik untuk diri sendiri :) Semoga yang membaca ni juga dilimpahi perkara yang sama juga.
Thanks for reading! Salam 2021!
p/s: Later i update new entry. Banyak ada dalam list ni :p