27 Jun 2025

Makan nasi padang - Restoran Ampera Raya

 Assalamualaikum

Salam 1 Muharram 1447, semoga tahun baru Islam ni kita jadi lebih baik dari yang sebelumnya. Azam aku untuk tahun baru ni nak lebih aktif beriadah dan sihatkan badan. So pagi tadi kita mulakan hari dengan panjat bukit dan membakar lemak.

Lepas done bakar lemak, tengahari tadi aku pergi tambah lemak di restoran nasi padang pulak, hahaha. 

Aku jarang makan nasi padang sebenarnya. Tapi since tahun lepas, ada kedai nasi padang sedap yang baru dibuka sekitar Bangi ni. Jadi teringin nak makan nasi padang sejak tengok filem Saiyo Sakato kat Netflix dulu-dulu.. 

Pastu nampak pulak influencer buat review pasal kedai Ampera Raya ni, kita pun ter-influence lah untuk cuba. Mudah terpengaruh sangatt!

tunjuk je lauk apa yang kita nak makan

Sebaik je masuk dan cari tempat duduk, kami terus ke kaunter untuk order lauk. Setakat 2 kali aku datang sini, kedai ni tak pernah sunyi. Sentiasa penuh dengan pelanggan. Mungkin juga sebab konsep kedai ni perlu beratur dan pilih makanan di kaunter, bukannya waiter yang datang ke meja kita ambil order. Makanya terjadilah que yang panjang dan kelam kabut sikit.


Pilihan makanannya beraneka jenis jugalah. Macam lauk nasi campur je. Antara lauk nasi padang ni adalah gulai tunjang, gulai babat, dendeng kering/basah, sambal tempe, ayam pop, ayam berlado dan banyak lagi. Ada juga nasi remes kalau nak ambil set yang jimat sekali dengan air.

Kat bawah ni senarai harga per piring. Ambillah berjenis lauk dan share 2-3 orang.


Lepas dah siap pilih makanan, staff yang ambil order kita tadi akan hantar makanan ke meja. Sumpah diorang ni multitasking gila dan servis pun agak lajulah. Cuma aku datang harini, air dapat lambat sikit. Tapi overall dari segi rasa makanan dan layanan staff okay je.

meja yang penuh dengan lauk-lauk!

Ini gambar order aku masa first time makan sini. Kami order keli balado, ayam pop, gulai babat, gulai tunjang, sambal tempe, sambal goreng jengkol(jering), sayur pucuk ubi dan sambal ijo.

look the color, really vibrant!
harini punya order macam kurang sikit pinggannya

Second time makan, order ayam balado, kerupuk jangek, gulai tunjang, daging dendeng, ikan tilapia bakar dan sayur pucuk ubi. Air pulak semestinya aku order jus alpukat la sebab tu paling favourite!


Bagi aku, makanan kat sini serious sedap dan secukup rasa. First time makan gulai tunjang tu tak sangka sedap sangat ada rasa lemak chewy gitu. Untuk ayam pop tu, rasanya agak biasa jelah. Dia cuma ayam yang direbus kemudiannya digoreng dan dimakan dengan sambal. Overall aku sangat berpuas hati dengan rasa makanan kat sini. 

Katanya ini authentic rasa nasi padang sebab pekerja dia pun kebanyakkannya orang Indonesia aka orang Minang kot. Cuma harga dia agak mahal jugaklah bagi aku, satu piring kecil je ada yang cecah sampai RM10. Itu kalau ambil lauk yang gulai-gulailah.

I wouldn't mind to repeat again!


2, 2-G, TAMAN, putra kajang, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor
Buka setiap hari dari 10 am - 10 pm

Ada juga cawangan di Kota Warisan, Seksyen 13 Shah Alam, Kuala Lumpur. Boleh tengok IGdiorang --> Instagram Ampera Raya

25 Jun 2025

Segmen Apa ChatGPT kata tentang blog saya

 Assalamualaikum

Haritu ada singgah blog encik Pha Is dan nampak beliau ada buat segmen lain daripada yang lain. Dalam segmen ni, kena tanya ChatGPT untuk buat rumusan apa yang dia tahu tentang blog kita. Alang-alang aku pun belum tulis apa-apa entry minggu ni, nak join juga lah!

klik banner untuk join

Soalan:

tulis satu rumusan tentang blog Mazni Munawar dari url https://supersagaaaa.blogspot.com/ dan tentang penulisnya, dalam 1 rumusan pendek sebanyak 100 patah perkataan

Jawapan:

Berikut rumusan ringkas (100 patah) tentang blog Supersagaaaa oleh Mazni Munawar:

Blog Supersagaaaa menampilkan catatan harian Mazni Munawar sekitar kehidupan kolej, pengalaman melancong bajet sekitar KL, ulasan filem emosional dan aktiviti semasa seperti sambutan Hari Merdeka serta kuliner keluarga seperti di Joe’s Kitchen Nilai. Penulis memperlihatkan gaya santai, penuh jenaka dan jujur—contohnya ungkapan “aku tersangat amatlah busy… rasa nak botak kepala”

Dia juga menghargai momen kebersamaan keluarga, ekonomi sederhana dan berkongsi tips buat pembaca yang praktikal, ikhlas dan mesra alam sekitar kehidupannya. Mazni seorang pelajar ijazah dan warganegara Malaysia yang gemar eksplorasi budaya, makanan dan kehidupan seharian secara dekat dan relatable.

Yang part rasa nak botak kepala tu bahagian mana ye? Nampak macam ada masalah besar sangat bunyinya kan, LOL. Rumusan daripada ChatGPT ni ada yang betul jugalah, tapi terharu sebab ChatGPT masih anggap aku student lagi walaupun dah 5 tahun habis belajar. Maksudnya iolls still belia remaja lah kan? hihihi.

Mengikut apa yang dirumuskan ni, entry berkaitan yang disebutkan adalah;

- Melancong bajet sekitar KL - Jalan-jalan free di KL part 1 & Jalan-jalan free di KL part 2

ulasan filem emosional - Review Movie : How to Make Millions Before Grandma Dies

Sambutan Hari Merdeka 2024

Makan di Joe's Kitchen, Nilai

Thanks for reading.

Korang dah try tanya ChatGPT ke belum tuww?

20 Jun 2025

Spring Raya : Niujie Street, syurga makanan halal di Beijing

 Assalamualaikum

Sambungan dari --> Dari KLIA ke Beijing

Malam tu, kami pergi ke Niujie Street. Daripada Beijing Railway Station (Line 10) - turun di Changchunjie (Line 2). Lepastu ada naik bas juga, cuma aku lupa apa nombornya, ahakz. Peta metro boleh rujuk di sini --> Metro Maps.


Orang Islam yang datang ke Beijing mesti akan masukkan Niujie ni dalam list sebab tempat ni merupakan the largest Muslim community in Beijing. Komuniti Muslim disini terdiri daripada kaum Hui dan jumlahnya 249,000 ribu pada tahun 2010 di sekitar Beijing ni (sumber wikipedia). Maka tak hairanlah disini sangat mudah cari makanan halal atau berjumpa dengan komuniti muslim. Di area Niujie ni penuh dengan halal street food, ada kedai jual daging-daging segar yang halal, ada masjid dan paling best sekali, ada pasaraya halal! Jom tengok apa produk-produk halal yang dijual kat pasaraya tu.

Yang ada logo NJ biru hijau ni adalah pintu masuk pasaraya. Selepas tu akan naik escalator turun ke bawah pula
ayam ready to eat, harga murah!
ada sosej dan pek daging ready to eat jugak
mie segera yang ada logo halal

Rupanya nak cari makanan halal di China ni tak susah mana pun. Korang cari je logo (清真) QingZhen yang bermaksud 'suci dan bersih', maka ianya adalah halal. Kat sini mereka tak boleh pakai tulisan halal dalam bahasa arab, maka kita kenalah ingat dua bentuk tulisan æ¸…真 ni untuk mana-mana produk makanan mahu pun bila cari restoran.

tembikai kecil comel!
buah beri-beri yang paling mahal disini harganya tak sampai RM25 pun. Nak menangis ye dapat makan strawberi 2 pek besar camni dengan harga yang murah!
dia letak strawberi macam tu je, tak takut ke kalau Mazni angkut bawak balik semua ni?
hmm dumplings boleh main cedok-cedok je gais.....

Apa yang aku perasan, kat sini memang banyak sangat produk yang berasaskan daging dan lamb tapi harganya murah sangat! Aku rasa di Beijing ni terlalu banyak daging lah. Bayangkan kami selalu beli lamb skewers yang super panjang dan sedap tu dengan harga 10 - 15 yuan je?? Kalau makan mee tarik pun isi dagingnya banyak!

Anyway, bukanlah semua makanan dalam pasaraya ni halal. Ada yang tidak bertulis logo æ¸…真 tu, kena tengok ingredients dia lah sama ada selamat di makan atau tidak. Kami akan elak ambil makanan yang ada fat, preservatives atau gelatin.

lihatlah kebesaran keropok ni. Tapi takde logo QingZhen so tak belilah pulak
ini menarik perhatian aku sebab packaging dia macam pencuci sabun Daia perisa violet, haha
semacam sayur jeruk.... 
pastry dan hot food ready to eat!

Masa datang hari pertama tu agak lewat dalam pukul 8pm lebih, pasaraya nya tutup pukul 9pm. Patutlah pekedai kat situ pandang kami atas bawah je, time nak tutup kedailah sibuk customer ni datang tilik-tilik barang, haha. Sorry bang, kak. Saya baru sampai Beijing. Lupa nak check pasaraya tutup pukul berapa.

Kedai-kedai makanan di luar sana pun sunyi sepi je, biasanya penuh orang tau. Tapi sempat juga kami beli snek-snek halal yang ada di pasaraya ni. Pembayaran semuanya cashless dengan menggunakan Alipay, wechat pay atau kalau kita ada Tng e-Wallet, boleh bayar guna tu je.

Jom tengok suasana di luar ni ada apa pulak!

Niujie ketika malam
bila siang penuh manusia cari street food

Sebenarnya banyak kali jugak kami pergi ke Niujie ni walaupun jarak dari hotel hampir 20 minit by car. Kira jauhlah kan? Kami kalau datang sini ulang-ulang beli beef shao bing, lamb skewers je lah sebab tu je senang nak order. Air buah ke, bubble tea, pastry atau bao-bao yang viral kat tiktok tu tak merasa pun sebab taktahu kedainya yang mana satu.

Dan masalah komunikasi juga salah satu puncanya lolz.

a must try beef shao bing! Daging dia well seasoned, juicy dan dimasak dengan sempurna. Harga lebih kurang RM5 je you all.
lamb skewers yang bersepah sepanjang street tu. Pilih je nak beli kat kedai yang mana. Harga semuanya 10 - 15 yuan.

Lepas habis beli makanan, kami pun pulang semula ke hotel. Tiba-tiba jalan balik macam lebih dekat pulak daripada nak datang tadi sebab tak perlu naik bas.

Kami ambil train Guang'anmennei (line 7) - Caishikou (line 4) - Xuanwumen to Beijing Railway Station (line 2).


Tamatlah hari pertama kami yang tak reti duduk diam seharian ni. Daripada flight Malaysia pukul 2 pagi, sampai Beijing pukul 12 pm, kemudian travel pergi hotel sampai pukul 5 pm, lepas maghrib dah keluar pergi Niujie ni pulak. Tak sempat nak tidur pun.

Dah kalau namanya travel, mana mungkin kami akan biarkan masa terbazir camtu je kan? Mesti nak kena keluar berjalan jugak walaupun penat. Hari pertama nilah masanya untuk explore public transport, tengok gelagat orang local dan merasai musim spring yang suhunya 10 celsius waktu malam.

Baru hari pertama, tapi boleh tahan jumlah steps kami berjalan seharian. Di sini sangatlah banyak berjalan kaki sama macam di jepun dan Korea. Patutlah orangnya sihat-sihat belaka. Walaupun macam nak patah kaki aku berjalan, tapi bila berjalan dengan cuaca yang sejuk camni jadi tak kisah pulak. Lagi-lagi bila pokok cherry blossom tu boleh tengok tepi jalan je.

Stay tuned for next entry!

15 Jun 2025

Air Terjun Tiu Kelep & Sendang Gile - pulang ke Malaysia!

 Assalamualaikum

Sambungan dari --> Jalur Torean Rinjani - Hari terakhir di gunung

Pagi tu lepas bersarapan, kami berjalan kaki dari homestay untuk ke air terjun Tiu Kelep dan Sendang Gile yang terletak di Senaru. Ini adalah one of air terjun tercantik di Lombok dan ianya berasal dari mata air Gunung Rinjani sehinggalah terjadinya air terjun yang sangat tinggi dan cantik ni. Jika kita mendaki gunung Rinjani dari pintu Senaru, jaraknya hanya 15 minit dari Sendang Gile ni.

Kalau korang join group hiking, mesti akan dibawa datang sini punyalah. Terjumpa pulak dengan group dari Malaysia yang kami selisih masa di Torean semalam. Gigih masing-masing panjat beratus-ratus anak tangga walaupun semuanya sakit kaki. Berjalan pun macam ketam dah.

nampak gunung Rinjani. Huaa dah rindu!
sawah padi bertingkat. Banyak sangat ladang dan tanaman di sekitar kaki gunung ni

Air terjun pertama yang kami jumpa adalah Sendang Gile. Air terjun ni kecil dan tiada tempat untuk mandi berendam pun, sekadar pancuran air terjun je. 

Dulu terdapat seekor singa yang sering buat kacau di desa ini. Orang-orang disini memanggilnya Senggang Gile yang bererti 'Singa Gila'. Masa tengah cari singa tu, penduduk kampung terjumpa air terjun ni.

Seiring dengan perjalanan waktu, nama Senggang Gile tu disebut Sendang Gile dan sehingga kini lah namanya melekat sebagai air terjun Sendang Gile.


Tanpa membuang masa, kami meneruskan perjalanan ke air terjun Tiu Kelep dan perlu trekking lebih kurang 30 minit untuk sampai ke sana. Perjalanannya boleh tahan jugakla perlu panjat tangga, panjat batu, redah sungai. Fuh menangis kaki aku yang masih belum fully recover ni!

selepas naik tangga, lalu jambatan ni pula
dan lalu di tepi-tepi sungai

Air terjun Tiu Kelep ni setinggi 42 meter dan tidak digalakkan untuk berada betul-betul di bawah air terjun tersebut kerana current yang kuat. Ini adalah antara waterfall tercantik yang aku pernah jumpa!

Sejujurnya aku sangat menyesal tak berposing sakan dan ambil gambar kat sini. Air terjunnya memercik sampai kabur kamera so.... malaslah... End up aku yang rugi sebab lepas tengok gambar kawan-kawan yang lain, cantiklah pulak...

nasib baik ada group photos, terselitla jugak gambar aku dengan Tiu Kelep ni
tengok anak-anak main air jelah haha

Selain lihat 2 air terjun ni, ada lagi aktiviti yang famous disini iaitu water tubing dalam longkang! Dia bukanlah exactly air longkang kotor yang busuk tu tau, cuma air sungai je. Starting point bermula selepas jambatan dan akan turun hingga ke tempat ojek. Bayaran pula Rp75k.

perlu pakai life jacket dan akan diberi pelampung

Bagi aku agak mahal jugakla sebab 4 minit je nak sampai bawah tu, sudahlah gelap tak nampak apa sangat. Tapi sebab nak ghaso-ghaso je, kita trylah sekali. Bila lagi nak dapat pengalaman mandi longkang kan?

Alang-alang tu tak payah turun pakai kaki sendiri, hikss. 

screen capture daripada video je mampu
muka-muka happy before dan after telan ayaq longkang, haha

Tak puas rasanya mandi longkang ni sebab sekejap sangat! Apapun, lepas dah settle aktiviti melawat air terjun ni kami perlu bergerak ke homestay dan siap-siap packing barang untuk checkout pula.

Jalan nak balik homestay pun berbukit tonggek lah pulakk

Lepas zohor macam tu, group yang pergi airport akan gerak dulu manakala lain-lain yang stay lebih hari akan gerak kemudiannya. Maka berpisahlah kita disini, sobs..

Flight pukul 8 malam, so kami dibawa pergi shopping souvenir dan makan dulu sebelum dihantar ke airport. Dari Senaru nak ke airport saja memakan masa hampir 2 jam, makanya agak rushing sikitla nak ke 2 tempat tu.

Kami diberi masa 30 minit saja untuk shopping. Pehh rasa tak puas tau tak dapat belek barang lama sikit. Dahlah kedainya besar dan barang cantik-cantik pulak tu.


Lombok Exotic ni macam kompleks yang menempatkan segala macam souvenir daripada tshirt hinggalah kraf tradsional Lombok. Sebab nak cepat, aku tak pergilah di bahgian belakang yang ada jual batik dan barangan kraf yang nampak mahal tu. Target aku memang nak cari tshirt, fridge magnet dan benda-benda kecil yang lain.

Susah jugak nak buat pilihan terutamanya kat tshirt sebab designnya banyak sangat! Daripada kain yang murah hingga kain high quality. Yang high quality tu ada tulis tag Lombok Exotic dan kain dia serious best! Design pun lebih cantik dari yang lain.

Kalau datang ke Lombok dan malas nak survey tempat shopping banyak-banyak sangat, pergi je Lombok Exotic. Jimat sikit masa.


Selepas tak puas shopping, kami dibawa pergi makan ke Bakso Pak Majid. Restoran ni luas jugakla sampai 2 tingkat, parking di luar pun luas. Walaupun nama je bakso, tapi di dalam ni ada juga menu nasi.

Disebabkan lapar tahap kritikal, aku pilih ayam sambal ijo dan semestinya jus alpukat! Nak menangis aku makan ala-ala ayam gepuk ni dapat harga Rp22k, nasi tambah Rp5k dan jus alpukat Rp20k. Lumayan murah lah sebab totalnya lebih kurang RM12++?? Kalau kat Malaysia, ayam tu saja mungkin sampai RM12.

Bakso pulak harganya mahal sikit dari nasi, Rp32k. Sampai sekarang aku wonder macam manalah rasa bakso tu sampaikan member sebelah dah tambah mangkuk kedua untuk bakso beranak tu. 


Cuma porsi makanan di sini tidaklah terlalu besar. Untuk aku cukuplah makan sepinggan, tu pun nasinya ambil separuh je. Budak lakilah tukang perabiskan nasi-nasi ni semua. Apapun rasa makanannya sedap jugaklah, at least the food lagi better daripada restoran hari pertama masa kami sampai tu, lolz!

Muka gelap berlemoih dah semua orang haha

Tamat sudah cerita Rinjani. Rasanya aku dah jatuh cinta dengan pulau Lombok ni kerana keindahan alam semulajadi dari laut hingga ke gunung. Tak dapat explore tempat-tempat menarik di sini but for sure, aku akan datang Lombok lagi!

Thank you Rinjani sebab berikan pengalaman yang maniss sangat. Pahitnya cuma pada kaki tapi aku tiada penyesalan sepanjang naik gunung ni. Maklumlah, dari 2022 kita target nak naik kan, dia macam an answered prayer lah hehe.

Repeat? Maybe not... and maybe yes! Tengoklah macam mana rezekinya di kemudian hari. Mulut kata taknak repeat, tapi dalam hati dah rindulah pulak :p

Thank you team yang awesome!

Total damage;
Flight AirAsia KUL-LOP-KUL = RM738 + 59.76(extra hand carry)
Package trip Gunung Hub = RM910
Personal porter = Rp1 juta 50k ÷ 2 = Rp525k
Ojek Kandang Sapi to Pos 2 = Rp200k
Ojek Dusun Torean to Kg. Torean = Rp80k
Mandi Longkang Tiu Kelep = Rp75k

Total semua ni lebih kurang RM1900++. If termasuk duit shopping, beli jajan, makan pada first dan last day dan tipping guide totalnya tak melebihi RM2200 pun. 

Episode yang lepas;