22 Jan 2026

Masuk ke Raudhah - Taman-taman syurga

Sambungan dari --> Ziarah sekitar Masjid Nabawi

Raudhah - sering disebut antara taman-taman syurga kerana sabda Nabi SAW, “Apa yang berada antara rumahku dan mimbarku merupakan salah satu taman dari taman-taman surga” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim). 

Setiap umat Islam yang dah datang ke Masjid Nabawi ni, mesti kena rebut peluang untuk masuk ke dalam Raudhah. That feeling bila dapat masuk dalam tu, aura ketenangan dia sangat lain daripada yang lain.. indescribable.

Jemaah lelaki dah masuk dulu pukul 4 am, kami yang perempuan ni masuk pukul 11 pm. Untuk kesini, kami dibimbing oleh ustazah dari Andalusia dan perlu berkumpul sejam awal di lobi hotel. Kemudian jalan kaki lebih kurang 15 minit nak ke pintu masuk bahagian wanita.

suasana que sebelum masuk

Nak masuk ke dalam ni perlu download apps Nusuk terlebih dahulu. Mutawwif pesan untuk book slot seminggu sebelum berangkat. Sebab kita ni datang pada peak season, memang ramai orang.. Ada beberapa jemaah kami yang tak dapat slot Nusuk ni, diorang kena try instant track (book slot di sekitar masjid Nabawi setiap 20 minit) ataupun mutawwif akan cuba dapatkan permit muassasah.

Itu pun bergantung pada nasib lah.

Oh btw, kanak-kanak umur 7 tahun ke atas pun kena book slot di apps Nusuk jugak. My nephew umur 7 tahun pinjam phone maksu dia, yang si adiknya umur 6 tahun kalau ikutkan boleh masuk dengan ibu je atas budi bicara. Tapi sebab nak selamat, kakak aku buat akaun Nusuk untuk si adik jugak. 

Team bunga

Muslimat cuma akan masuk melalui pintu 37. Nanti kat pintu masuk, askar akan scan QR. Warnanya akan bertukar biru 30 minit sebelum slot masuk. Makanya, jemaah kena standby awallah supaya dapat masuk on time. Lambat sikit je, melepas peluang korang ye.

Lepas dah scan, nanti warna dia akan berubah jadi kuning pulak

Awal-awal tu jemaah dari negara lain elok tertib je beratur ikut barisan, dengar arahan. Once dah masuk, lahh ada yang berlari, rempuh orang, potong barisan. Dan paling geram, rempuh anak buah aku yang kecik kemetot tu. Sampai petugas tu pun "ibu, ibu, beratur ibu!". 

Saya faham, orang berebut-rebut nak solat kat saf depan, solat kat tempat mustajab tertentu. Tapi macam tak sopanlah dah masuk dalam kawasan suci, adab pulak tak jaga. 

Suasana di dalam Raudhah. Yang ada penghadang warna putih tu adalah makam Nabi

Kawasan Raudhah yang sebenar adalah di antara mimbar (sebelah kanan) hingga ke makam Rasulullah SAW (kiri). Sebaik masuk tu, ustazah tarik kami masuk rapat ke belah kiri. 

Dalam Raudhah ni, harum semerbak sangat. Rasa bersyukur dapat dikurniakan peluang untuk solat disini. Masa yang kami dapat tu agak lama jugaklah, sebab dapat buat 3 jenis solat sunat. Biasanya guard ni akan halau awal tau once dia nampak kita selesai solat. 

So kalau nak doa, doa waktu sujud je. Kalau tadah tangan tu nanti yang boleh kena halau sebab dia ingatkan kita dah selesai.

Tiang bercorak bunga emas

Bukan semua bahagian di dalam ni adalah Raudhah. Sebahagiannya adalah kawasan tambahan. Maka, perhatikan corak-corak di tiang tersebut. Kalau tiang putih kosong tu, belum memasuki kawasan raudhah pun sebenarnya. Dia bermula dari tiang yang bercorak hingga ke depan.

Aku tahu ni pun lepas tengok di tiktok seorang ustazah. 

Dulu diorang asingkan kawasan Raudhah ni karpet warna hijau. Manakala bahagian tambahan tu karpet merah. Sekarang semua karpet dah diseragamkan dengan warna hijau..

Nasib baiklah kami dipimpin oleh ustazah yang berpengalaman. Makumlah kitanya first time.. Kalau tak tahu ni, entah-entah kitorang pergi duduk dan solat belah belakang sana.. Nanti rugilah sebab tak dapat keistimewaan solat di dalam Raudhah.

Berjalan untuk keluar usai solat

Tempat solat perempuan dan lelaki akan diasingkan dengan penghadang putih, memang tak nampak langsung pun makam Nabi bagi perempuan. Keluar pun ikut pintu lain. 

Makam Rasulullah SAW dan 2 orang sahabat (gambar dari abang)
Dapat coklat kurma bersalut kacang sebelum keluar. Sedapp!

Kami keluar dari Raudhah sekitar 11.20 pm. Alhamdulillah, urusan nak masuk kesini sangat dipermudahkan dari awal sampai akhir. Semoga ada rezeki, dapat masuk ke Raudhah lagi dan beri salam pada Rasulullah SAW.

Pintu Babbussalam (Bab As Salam)

44 comments:

  1. Seronok kan dapat masuk raudhah. Dulu akak penuh sendat sampaikan kumpulan kami buat pagar keliling sapa yang nak solat sebab jemaah asyik terjah je kita orang sampai nak solat pun tak boleh. Gilir-gilir lah sehingga semua dapat solat walaupun tak boleh lama sebab padat sangat. Tapi alhamdulillah dapat solat. Dulu carpet hijau jadi kita orang serbu carpet hijau je. Ni dah berubah kena alert lah. Mudahan dapat datang lagi bagi salam pada Rasulullah SAW. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami ni alhamdulillah, sebab askar sana mmng akan panggil ikut giliran group, rasa adil lah sikit.
      Sekarang semua karpet dah kaler hijau, mmng kena alert. Ni pun nasib baik ada ustazah bimbing je ni hahaha

      Delete
  2. Tq share gambar dalam raudhah

    ReplyDelete
  3. Oh dah tukar karpet ye? Rindu sungguh dengan karpet hijau Raudhah tu, wangi 🥹

    Semoga ada rezeki Akk ke sana lagi 🤲🏻

    ReplyDelete
  4. Bestnya ada pengalaman ke sana. Semoga ada rezeki jugak ke sana 1 hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn. Semoga dapat kesini juga nanti ❤

      Delete
  5. alhamdulillah, rezeki sgt2 tu dpt masuk beribadat kat situ..taman2 syurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Pengalaman yg sukar dilupakan 💖

      Delete
  6. Thanks for sharing semua foto Mazni. Terubat rindu nya. Moga kami dapat ke sana lagi, Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 😻 semoga dijemput lagi kesini dgn anak2 pula next time

      Delete
  7. Luar biasa indahnya kak Mazni. Saya berharap suatu hari nanti dapat berkunjung ke sana. Sungguh indah, terasa ingin bertaubat dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tergamam rasa bila melangkah masuk dalam raudhah ni, masyaAllah

      Delete
  8. Sentiasa merindui tempat ini. Banyak kenangan usaha untuk masuk ke raudhah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betull. Beraturnya lama, dpat masuk sekejap je. Pastu kne berebut tmpt solat dgn jemaah lain pulak

      Delete
  9. Akak bayangkan suasana dalam tu terlampau sesak, lega juga bila tengok gambar Mazni share ni masih ada ruang bernafas. Rasa berdebar pulak sebab akak pun baru kali pertama nak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya sesak jugak. Mak saya punya kepala smpai kena pijak dgn jemaah dri negara lain huhu.

      Tpi still ada ruang utk bernafas jugakla time solat tu. At least tmpt yg kami dah cop tu tak kena caras dgn jemaah lain

      Delete
  10. Oooo... sekarang dah pakai apps eh?

    Sayunya tengok kubah hijau tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah uncle. Apps ni pulak boleh guna sekali je dlm tempoh setahun.

      Kalau nk masuk berkali-kali, kne try instant track la. Tu pun ikut nasib

      Delete
  11. Teringat kawasan Raudah ni. Bila nak solat tak boleh lama2 sangat jadi akak dan Dania bangun la dan keluar....tapi tak keluar lagi....masih berdoa sebab carpetnya masih warna hijau jadi itu kawasan Raudah lagi. Ada peluang nak pergi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tunggu askar panggil barulah gerak. selagi dia tk panggil selagi tulah sambung buat apa2 solat hehe

      Delete
  12. Terima kasih Maz share gambar dalam Raudhah 🥰

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah dapat Mazni sekeluarga masuk dan solat di Raudhah. Terima kasih berkongsikan gambar di sekitar Raudhah. Semoga semua yang membaca post Mazni yang satu ini termasuklah KSarie Allah jemput untuk ke tanah suci satu hari nanti. In sya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan nak masuk dalam ni. InsyaAllah nanti ksarie merasa juga kesini

      Delete
  14. Banyak yang Kak SA baca susah nak dapat masuk Raudhah ni..kena cepat dan alert...apapun tahniah Mazni dapat solat dalam Raudhah...jemaah negara lain tu memang gitu la..mana- mana blog yang update akan cakap benda yang sama..xde adab dan main langgar je..semoga ada rezeki Kak SA, suami, Dania dan PZ buat umrah nanti...aminnnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb tu sekarang dia buat apps. Jadinya jemaah masuk ikut masa yg dh ditetapkan dan kena punctual.
      Hmm kita orang malaysia ni antara jemaah paling tertib dan sopan kat sana. Dah biasa dah kena potong barisan, kena rempuh. Redha je haha

      Delete
  15. Mesti teruja kan dapat tengok depan-depan makam Rasullullah SAW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruja sangat. Rasa dekat dgn Rasulullah SAW

      Delete
  16. Alhamdulillah, akak tumpang seronok baca cerita Mazni, dapat masuk Raudhah. Akak tak dapat, sebab uzur. Sedih giler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun patutnya period tarikh tu, tapi dah makan ubat.

      Takpe kak, ada rezeki repeat umrah lagi. 🥰

      Delete
  17. Saya dulu pas masuk Raudhah, memang tak sempat lah foto. Jadi sebijiiiiii fotopun tak ada 🤣🤣. Memang dah fokus sangat dengar instruksi guide kan. Yg pasti merinding masuk kesana, macam tak percaya 😭❤️❤️❤️. Waktu itu saya ingat sempat menjaga rombongan lain utk bisa sholat juga. Baru setelah itu kami kluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni pun cuba menyempatkan diri jugak. Sebab suasana kat sana memang kena berjalan pantas kann. Desup desup laju jee.

      Rasa nak masuk lagi 🥹

      Delete
  18. sy dapat msk dan solat kat bahagian plg depan. tp ms nak habis tu datang someone menyelit...aduhhh dia bukan peduli pun pijak kaki org... minta maaf jauh sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh untungnya kak anies dpt duduk paling depan!
      menyampah kan dgn orang camni, fikir dia je nk selesa

      Delete
  19. coklat kurma tu mmg sedap...tp tu laa boleh pulaa sy x pergi cari and beli dah balik baru nak menyesal hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. padahal boleh jadi ole2 utk bagi kat kawan2. mmng sedap coklat ni

      Delete
  20. sedih juga time slot kami aritu tk dpt masuk sbb diorang tgh ada kerja2 pembaikan....so mmg ramai tk dpt masuk...muttawif ckp jgn sedih2 sbb niat kita nk masuk raudah dh ada...pahala tetap ada...cuma masa tk mengizinkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yekee.. alahai bukan rezeki. semoga ada peluang dpt pergi sana semula utk masuk raudhah

      Delete
  21. Teringat dulu mutawwif pesan, jangan bertolak-tolak, berebut -rebut sehingga mengganggu jemaah lain. Allah tak suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak yg suka menolak-nolak. Kita biar askar jelah yg marah orang camni, huhu

      Delete

Nak komen apa? silakan~