Assalamualaikum
10/2/2016 - Wednesday
Entry ni sepatutnya bersambung dengan Caversham zoo yang dipublish tahun lepas. Tapi seketul Mazni ni manusia yang cuai lagi laloq, dia terus masuk cerita Rottnest island dulu. Aiguya maafkan saya people, masalah teknikal sikit!
Lepas melawat zoo tu harinya belum habis lagi, kitorang pergi ke kilang coklat dan ladang anggur. Ini pun tempat yang wajib orang ramai terjah kalau dah sampai Perth. Okay kita cerita pasal kilang coklat dululah, nama panjangnya Sheikh Margaret Al-River B. chocolate factory, nama pendek pulak Margaret River je. Siapa hantu cekelat memang kena datang sini!
Bestnya kat sini ada disediakan tester. Kita tak beli coklat pun still dapat merasa makan coklat kat sini tau. Memang sedap sangat and rasa ceklat ni pun tak terlampau manis. Gigi aku ni sensitif dengan benda yang manis tahap potong kaki, tapi bila makan coklat kat sini masih boleh diterimalah.
Ada 3 jenis tester, white chocolate, milk chocolate and dark chocolate. Aku suka white dengan milk chocolate tu, yang dark tu kureng sikit sebab rasa dia pahitt. Tapi sebenarnya dark chocolate tu yang orang kata bagus. Kenapalah benda yang bagus ni aku tak suka eh? kihkih.
Margaret River factory ni sebenarnya berhadapan dengan tempat orang buat wine. Aku perasan kat belakang tu ada ladang anggur, so diorang petik anggur-anggur kat situ untuk buat wine. Tapi kitorang tak masuk pun dan terlupa juga ambil gambar tempatnya.
Seterusnya pergi kilang anggur pula dekat The Grape Place.
buah anggur tergantung dkt tempat park kereta!
Time summer ni memang tengah musim grapes. Seriously, ni anggur yang paling sedap aku pernah rasa sebab crunchy dan tak lembik, ketulan anggur ni besor-besor lagi tu! Memang sihat anggur-anggur kat sini.
Selain anggur, ada juga jual honey yang fresh dari ladang. Aku beli sebotol sebab kawan kirim.
Terima kasih Hj. Yon dan Aunty Ilah sebab belanja anggur ni untuk family kitorang, banyak pulak tuu.. May Allah pay for their kindness <3
Pekerja kat sini pun baik gila, dia bagi kitorang rasa anggur ni banyak-banyak. Siap bagi discount lagi tau! Paling syahdu bila diorang tanya berapa hari lagi kat sini, then jawabla 2 hari pastu dia kata "selamat tinggal". Huhu syahdu sangat..
Oh btw, kitorang tak dapat masuk dalam farm tu sebab grapes tu tengah sensitif sikit, so pelawat takleh masuk dalam tu.
Misi seterusnya, beli pinggan Corelle & Pyrex yang mak kirim.
Rasanya brand Corelle dengan Pyrex ni macam dah tak asing lagi kot. Brand ni glemer dengan dia punya ketahanan and ringan. Tapi yang Pyrex tu mak mintak beli mug sukatan air dengan set food storage ni.
Kalau beli kat sini mau satu set pinggan tu cecah RM800, tapi kat Aussie dapat 59 AUD (masatu RM 180++). Para ibu-ibu kalau pegi Aussie tolonglah borong brand Corelle ni, saya yang bukan mak-mak ni pun dah rambang mata tengok pinggan mangkuk lawa2 kat sini. HAHA
Sebenarnya orang selalu beli pinggan2 ni dekat pasaraya Walmart. Kitorang pegi sana tak jumpa pulak benda yang dikehendaki tu so carilah dekat BIG W. Thankfully, ada!
Terima kasih lagi sekali untuk Hj. Yon dgn Aunty Ilah tolong bawak kitorang cari Corelle dengan Pyrex ni sampai jumpa. Kalau tak bersedihlah mak tak dapat set pinggan Corelle ni. Tapi kan, sampai sekarang mak tak pernah guna lagi set pinggan ni kat rumah sebab sayang. Mak-mak memang camni eh?
Lepas mission accomplished, kitorang jalan-jalan sikit and pegi singgah kedai sushi halal kat Perth ni. Street mana sushi halal tu sorry i lupa
Hot miso in a hot city
Dan terjumpa Malaysian Hall Perth
Kat dalam Malaysian Hall ni pun ada tempat penginapan dan boleh dapat harga murah. Tapi kat sini selalu full so kena book awallah. Untuk pertanyaan lanjut boleh rujuk gugel.
Malam tu pulak kitorang pegi majlis tahlil, dah ada cerita dalam ENTRY NI. Padat betul aktiviti haritu, hehe.
lupa nak bagitau strawberry kat sini murah gila, $2 je! besor2 pula tuu.
Thanks for reading!