8 Feb 2026

Ziarah Badar - Telaga Rauha' & Telaga Syifa

 

Sambungan --> Jumaat di Madinah - Shopping jubah dan souvenir

Pukul 2:30 petang selepas solat jumaat, kami pun memulakan aktiviti ziarah ke Badar yang perjalanannya sejauh 120 km dari Madinah. Ini merupakan ziarah tambahan, di mana kami perlu bayar extra charge lah sebab ia tak termasuk dalam itinerari dari Andalusia pun. Harga seorang 120 riyal dan semua ahli group kami join ziarah tambahan ni.


Untuk ziarah ke Badar ni, ada 5 tempat yang akan kami singgah dari petang hingga ke malam. Lokasi pertama adalah di telaga Rauha' dan perjalanannya memakan masa lebih kurang sejam.

Sepanjang perjalanan, terpegun sikit tengok view pandang pasir tandus. Aku kan first time sampai negara middle east, so expectation bila sebut padang pasir ni is desert yang pasir halus mulus tu la kan. Tapi padang pasir kat sini berbentuk bukit dan gunung ganang. Serious lawa sangat!

ni bukit-bukit rendah
ni bukit level2 tinggi sikit. Ke kategori gunung dah ni
eh, sampai dahh

Telaga Rauha' merupakan tempat persinggahan Nabi Muhammad SAW dan tenteranya sebelum ke perang Badar. Kat sinilah tentera akan berehat serta mengatur rancangan sebelum berjuang ke medan peperangan.

Sebelum Nabi Muhammad minum air disini, 70 para Nabi sebelum Nabi Muhammad pernah minum air dari telaga Rauha' ni. Telaga ni merupakan simbol sejarah yang penuh makna dan keberkatan bagi umat Islam.

baru siap 80%

Tapi sayangnya masa kami kat sini, kawasan telaga dan masjid tu ditutup sebab diorang tengah buat renovation. Nampaknya tempat ni akan jadi sebagai kawasan ziarah yang meriah untuk jemaah umrah dan haji lepas ni. 

So kitorang bergambar jelah sekeping dua buat kenangan.

Mazni kan, memang pantang nampak kucenk. Kesian diorang lapar sebab kat sini tak ramai orang sangat

Seterusnya, kami nak bergerak ke persinggahan kedua pulak, iaitu telaga Syifa'. Tapi sebelum tu singgah gi toilet jap. Masalahnya view luar toilet tu pun lawa betul, penat-penat aku ambil gambar takkan la taknak bubuh kat sini kan. Haha motiff sangat!

view yang lapang dan memukau
dan haruslah bergambar kat sini. mesti kakak aku bengang je kena layan minah ni nak bergambar haha

Tak jauh dari Telaga Rauha', kami tiba di Telaga Syifa' yang bagi aku, sejarahnya sangat menarik.

Asalnya Telaga ni beracun tau. Siapa-siapa yang minum air dari sini je, mesti mati. Penduduk di area situ beranggapan bahawa air dari telaga ni tak selamat untuk diminum.

Semasa Nabi Muhammad dan para sahabat dalam perjalanan menuju ke medan Badar, Baginda ingin meminum air dari telaga ini, tapi dihalang oleh penduduk kampung. Kemudian Nabi meludah ke dalam telaga tersebut dan dengan izin Allah, air telaga yang pahit dan beracun itu berubah menjadi air yang segar.

boleh bawak botol air dari rumah siap-siap

Bukan itu je, malah air Syifa' ni juga disifatkan sebagai air penawar yang boleh menyembuhkan penyakit. Kita minum sebagai ikhtiar, dengan izin Allah InsyaAllah akan sembuh.

Ustaz memang pesan untuk setiap orang tapau lah air ni kalau boleh. Bukan senang nak jumpa kan, hihi.

ramai sangat manusia, time ni kena pandai menyelit untuk ambil air

Akan bersambung di next entry..

No comments:

Post a Comment

Nak komen apa? silakan~