22 Aug 2026

Tiba di Basecamp Merbabu

 

Sambungan dari --> Mendaki Gunung Prau via Patak Banteng (Part 2)

Tiba di basecamp Merbabu lebih kurang pukul 7 malam. Nama basecamp kitorang ni Porter Ghoib, ghisauu aku ada benda-benda ghoib pulakk kat sini wahaha.

Basecamp kalini aku rasa selesa sangat sebab dia macam konsep rumah. Kat sini aku dapat tidur nyenyak yang berkualiti tau walaupun cuma tidur beralaskan sleeping bed yang nipis. 5 jam tu dikira tidur yang lama kalau kita buat trip hiking xD

So, malam tu kami diberi briefing oleh mas Ridho tentang tentatif perjalanan mendaki Merbabu esok pagi. Ada juga diterangkan tentang apa yang boleh dan tak boleh dibawa ketika mendaki Merbabu ni, antaranya ialah tak boleh bawa ubat gigi dan pencuci muka.

Pencuci muka tu aku boleh tahan lagi lah, tapi ubat gigi tu cam shoketh sikit sebab kitonya tak pernah tak gosok gigi lebih dari 24 jam. Sabun, ubat gigi semua ni mengandungi bahan kimia, maka dikhuatiri akan menyebabkan kerosakan pada alam gitu lah. Kita pun akur jelah untuk jadi busuk selama 2 hari 1 malam.

Merbabu ada 4 jalur pendakian iaitu Suwanting, Thekelan, Selo dan Wekas. 

Peta Merbabu via Suwanting

Kami mendaki via jalur Suwanting. Bermula dari starting point aras 1,520 meter dari paras laut, jaraknya lebih kurang 5km dan bakal memakan masa sekitar 5-6 jam. Jalur Suwanting ni merupakan jalur paling cepat untuk sampai ke puncak, tapi cabaran dia adalah kena menempuh jalan yang jauh dan pacak masa nak otw ke campsite.

Sama macam gunung-gunung lain, kat Merbabu ni pun boleh guna jasa porter jugak. Harga porter RM260 dan limit barang ialah 20kg. Boleh share 2-3 orang punya barang. Memandangkan cuma camping 1 malam, aku memutuskan untuk pikul load sendiri je. 

Satu malam punya barang pun, 7kg jugak aku pikul sebab tolong angkat barang2 kakak ngan adik aku sikit hahaha.

1 Jun 2026 - Isnin

Pagi tu kami makan breakfast. Pastu persiapkan hiking gear, double check segala barangan, ubat-ubatan sebelum mula mendaki. Mana-mana barang kami yang taknak bawak naik atas, kita tinggalkan kat basecamp ni je. Ilya dengan kak Sarah share porter 2 orang, so bila ada ruang lebih aku just tumpang letak air botol je.

sarapan nasi goreng sambil monolog our decision nak hiking sini :p
Hello gunung Merbabu!

Alhamdulillah cuaca pagi tu sangatlah cerah (dan terik). Kita pun selfie selfot la seketul dua gambar sebelum dikutip oleh lori untuk turun ke ojek point. Jarak tak jauh pun, kurang dari 5 minit je.

Dari sini nampak gunung Merapi, Subhanallah cantiikkk

Naik ojek nanti dia akan turunkan kat starting point. Aku fikirkan ojek ni jauhla dalam 15-20 minit ke, lahh rupanya kurang dari 5 minit jugak. Jalan dia pun guna jalan ber-tar je, so takde la thrill sangat macam ojek Prau haritu :p


Kemudian kami diberikan briefing sikit masa sampai entrance tu dan berkenalan dengan porter seramai 4 orang. Sorang akan jaga di line depan, sorang tengah dan 2 orang jadi sweeper. Btw, aku tengok porter kat sini kebanyakkan muda-muda. Lepastu kasut diorang bukan kaleng-kaleng tau, pakai Salomon, Asics, dan brand-brand yang mahal la.

Aku kan pernah pergi Rinjani, porter sana hampir semuanya pakai selipar jamban je weh. Tapi mungkin jugak sebab faktor umur, porter-porter muda ni lebih cenderung untuk bergaya dan ikut trend semasa gituwh, KAH!

Dari kiri; mas Gondrong, Danny, Faiz dan....... tak ingat nama ahahaha

Sebelum naik, baca doa dulu dan ambil group photo. Masa ni dah start panas tau which is aku mencikk betul hiking dalam keadaan yang panas gini. Maklomla, start naik pukul 10 pagi. So anggaran kami akan sampai di campsite nanti sekitar 3-5 petang lah.

Merbabu terkenal dengan pemandangan padang savana hijau yang menakjubkan. Tak sabar nak tengok keindahan alam yang terbentang luas bila sampai campsite nanti! 


Next --> Mendaki gunung Merbabu

9 Aug 2026

Ziarah Taif - Masjid Ibn Al-Abbas & pasar buah Taif


10 Disember 2025 - Rabu

Pagi ni kami akan keluar agak jauh sikit dimana jaraknya kira-kira 90 km dari Mekah, iaitu di Taif. Ada beberapa persinggahan yang kami akan lawati di sana dan program ziarah ke ini sudah include dalam itinerari oleh Andalusia.


Mesti korang pernah dengar kisah pasal Nabi dibaling batu oleh penduduk kampung sehinggakan kasut baginda penuh dengan darah kan? Peristiwa menyayat hati ni berlaku di Kota Taif lah. Kota yang menolak dakwah Nabi secara kasar, sehinggakan malaikat pun offer pada Nabi untuk hempapkan gunung di atas kota tersebut.

Namun, Rasulullah menolak tawaran malaikat dan langsung tidak menunjukkan dendam walaupun disakiti oleh mereka. Tetapi sebaliknya mendoakan agar suatu hari nanti penduduk di Taif beriman kepada Allah. Buktinya hari ini, bumi Taif ni sangat subur dengan segala tanaman, cuaca yang sejuk, penuh keberkatan dan penduduknya juga beriman kepada Allah.


Sebaik masuk ke kota ini, kami jumpa dengan pintu gerbang Abdullah bin Abbas. Dari pintu gerbang ni juga tak jauh untuk pergi ke Masjid Ibnu Abbas, antara lokasi wajib yang akan dilawati oleh jemaah ketika berada di Taif.

Masjid Ibnu Abbas ini telah dibina pada tahun 592 Hijrah dan dinamakan sempena nama sepupu Nabi Muhammad, Abdullah bin Abbas r.a. Beliau merupakan seorang yang sangat berilmu pengetahuan dan ulama besar dalam tafsir Quran. Beliau banyak menghabiskan hayatnya untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu agama dengan bersungguh-sungguh sehinggalah akhirnya meninggal dunia di bumi Taif ni pada tahun 68 Hijrah.


Makam Ibnu Abbas berada di sekitar kawasan masjid ini dan diletakkan tembok. Rekaan masjid ni simple je, bentuk petak dan takde kubah grand-grand pun. Kami sendiri pun tak dapat masuk dalam masjid sebab terlalu ramai orang.


Bukan tu je, malah bersebelahan dengan masjid ni pun ada perpustakaan.

Perpustakaan Abdullah Ibnu Abbas ni merupakan perpustakaan wakaf tertua dalam dunia Islam. Dalam ni ada manuskrip, buku dan sastera Islam lama dari zaman awal percetakan Arab. Perpustakaan ni sering jadi tumpuan bagi para ilmuan, penyelidik atau ulama yang nak mempelajari ilmu. (kredit)


Kami pun tak dapat masuk ke dalam perpustakaan ni sebab ditutup pulak. Mungkin dia bukak untuk masa-masa tertentu jekot.


Di luar perkarangan masjid ni, ada banyak jualan peniaga. Antaranya buah-buahan, minyak, sejadah, coklat dan macam-macam lagilah. Aku perasan kalau pergi mana-mana masjid kat Arab Saudi ni mesti ada je orang berjual jual kat perkarangan masjid.

Betullah 9 dari 10 rezeki tu datangnya dari berniaga kan.


Kat sini kitorang beli minyak zaitun 250ml yang harganya 15 riyal sebotol, so belilah 2 botol sebab murah! Sampai harini tak habis guna lagi, haha. Mak aku beli souvenir macam beg, purse, harga okaylah.

Mari mari, coklat timbang ada, minyak zaitun ada!
Unik warna mata kucing ni. So prettyyy

Selesai lawatan di masjid, kami singgah ke pasar buah Taif.

Taif ni merupakan kawasan tanah tinggi yang sejuk. Tanahnya sentiasa subur dan sesuai untuk tanaman buah yang segar, sayur dan bunga-bunga.

Penuh dengan jemaah dari nusantara je :p
Pomegrenate

Rambang mata tengok buah-buahan segar kat sini. Aku pulak first time tengok buah tin segar. Dia kaler hijau, tapi kalau dah masak nanti jadi warna purple kemerahan. Orang kedai kasi tester untuk rasa, serious sedap dan manis buahnya!

Buah tin segar

Aku jarang makan buah tin sebenarnya. Kalau pernah pun, dulu parents aku ada bawak balik dried figs masa diorang baru balik haji. Makan yang tu pun aku rasa sedap, bila makan yang fresh ni lagilah sedappzz!

Tapi korang jangan tanya iolls lah dia punya rasa tu macam buah apa. Aku boleh describe buah ni watery, crunchy sebab ada biji-biji tu, manis dan boleh ditelan sekali dengan kulitnya. Terus jatuh cinta dan beli sebungkus hehe.


Harga buah kat sini murah jugak. Any buah yang dibungkus dengan plastik dan polisterin tu 5 Riyal je you alls. Aku amik yang harga 5 riyal tu 3 bungkus. Wajiblah ambil strawberry sebab tu my favourite!


Kalau yang di wrap dengan kotak tu mahal sikit, dalam 15-25 Riyal tak silap. Tapi buah yang dalam kotak tu nampak lebih premium dan segar lah. Memikirkan kami pun lagi beberapa hari je kat sini, takut rosak pulak buah tu. So kita beli yang sekadar cukup untuk makan je.


Di pasar ni semuanya berderet jual buah-buahan je dan harganya lebih kurang sama je untuk setiap kedai. Kalau datang Taif, memang kena singgah beli buah-buahan kat sini :D

Next --> Ladang bunga rose & makan nasi arab dan kunafa