31 Mar 2026

Ziarah Wada' - Selamat tinggal Madinah

 

Sambungan dari --> Malam terakhir di Madinah

7 Disember 2025 (Ahad)

5 hari 4 malam berada di Madinah, tibalah hari untuk berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pula. Honestly, agak sedih untuk meninggalkan Madinah al-Munawwarah, kota yang bercahaya ni.. Dia punya aura dan ketenangan tu memang lain daripada yang lain.

Selain suhunya yang sejuk, disini lah tempat kekasih kita, Rasulullah SAW serta para Ahlul Bait berehat. 

Pagi tu kami pergi solat subuh buat kali terakhir di Masjid Nabawi. Bas akan bergerak lepas zohor, sempatlah nanti nak solat zohor for the last time. Lepastu ustaz dah pesan untuk buat ziarah wada' jugak.

Ziarah Wada' ialah ziarah perpisahan terakhir ke makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, Madinah, sebelum meninggalkan kota Madinah. Ia merupakan simbol kasih, penghormatan, dan doa agar dijemput kembali menziarahi Baginda. Jemaah digalakkan solat sunat di Raudhah, berselawat, dan berdoa agar ziarah itu bukan yang terakhir. 

Solat subuh macam biasalah, datang awal sejam untuk dapat tempat di bahagian dalam masjid. Sampai hari terakhir pun masih tak jumpa kubah masjid yang boleh terbukak tu, huhu.


Balik dari masjid, sempat jugak kami pergi shopping jubah. Punya banyak hari pusing-pusing cari abaya yang berkenan kat mata, last-last kedai bawah hotel jugak yang kitorang pilih!

Beli total 5 helai jubah campur dengan adik dan kakak aku. Discount punya discount, jubah aku dari 170 riyal dapat 150 riyal. Still rasa tak murah sangat tapi lantaklah, benda last minit kan memang selalunya mahal. Yang penting aku sangat sukakan design abaya tersebut!

Balik hotel teruslah sumbat segala mak nenek jubah ni dalam beg sampai kembung. Kami perlu checkout dari hotel pada pukul 12 tengahari. Sebelum checkout, ustaz dah pesan untuk solat zohor dan asar dilakukan secara jamak taqdim. Ikutlah nak buat kat bilik atau pun kat masjid. 

Tapi rasanya ramai yang nak ke masjid je. Sekaligus buat ziarah wada'.

Tengah rushing berjalan nak ke pintu solat wanita
Suasana baru habis jemaah di Masjid Nabawi. Rindunyaa
Kitorang bergilir-gilir dukung hajah kecik yang dah tertidur ni, haha

Setiap kali lalu depan kubah hijau je, mesti akan stop kejap beri salam. Kali ni lama sikit kami berdiri depan kubah hijau ni. Banyakkan selawat, dan doa pada Allah semoga ini bukan ziarah terakhir kami ke Madinah.


DOA ZIARAH WADA’

“Ya Allah, janganlah jadikan ini sebagai kunjungan terakhirku ke tempat suci Rasul-Mu dan permudahkanlah bagiku untuk kembali ke dua tanah suci tanpa kesulitan atau fitnah yang menyesatkan. Kurniakanlah kepadaku kesempatan untuk selalu berziarah dengan keselamatan dan kesehatan di dunia dan akhirat. Berikanlah kepadaku syafaatnya pada hari kiamat, kurniakanlah kepadaku pengampunan-Mu, keridhaan-Mu, dan surga-Mu, serta lindungilah aku dari api neraka dan fitnahnya.”

Hayah Plaza yang menjadi penginapan kami selama 4 malam

Sekitar pukul 1.30 pm, tayar bas pun mula bergolek untuk meninggalkan kota Madinah. Semua jemaah dah siap memakai ihram, dan kami akan menuju ke Masjid Bir Ali untuk berniat ihram. 

38 comments:

  1. sama la sy lps subuh buat ziarah wada' dan lps tu trs beredar dari hotel... x dan daa nak membeli bagai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat after zohor. Pastu kelam kabut balik hotel n tak sempat makan tengahari haha

      Delete
  2. sy amin kan doa ziarah wada'
    aminnn aminnn ya rabbal álaminnnn

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah....semua dipermudahkan..cantik2 abaya kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah banyak kali lalu lalang depan kedai tu, akhirnya terbeli jua haha

      Delete
  4. Baca entri Mazni ni, jadi semakin excited akak nak ke sana. Juga rasa berdebar.
    Akak kurang suka shopping, tapi tak taulah kot nanti ada abaya yang ikut balik 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi ye tak beli abaya kat sana. Masa kursus umrah pun ustaz suruh bawak duit lebih sebab confirm akan terbeli punya :p

      Delete
  5. Syukur, Alhamdulillah sekali mbak Mazni bisa berkunjung ke Makam Rasul dan berdoa ziarah wada. Saya pun rasanya inginnn sekali bisa kesana, mohon kiranya dibantu doakan ya. Saya yang penuh dosa ini, kadang berpikir apakah masih bisa diberi kesempatan bertaubat dan mengunjungi rumah-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, pasti sampai juga suatu hari. Kita semua pendosa, mas. Tiada pendosa yg Allah tak terima taubatnya kecuali org yg syirik. Asalkan niat kita nak beribadat pada Allah, nanti pasti dimudahkan jalannya

      Delete
  6. Alhamdulillah seronoknya berpeluang ke sana.

    ReplyDelete
  7. Aamiin.. Aamiinn YRA
    buat doa ziarah Wada'

    ReplyDelete
  8. Akk pun rindu sangatttttt dgn vibe Madinah. Rasa tenang dan damai yg tak tau nak ungkap macamana. Mungkin sbb di situ bersemadinya jasad insan paling mulia, berkatnya kita rasa juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn komen ni! Lagipun org2 madinah ni lebih lembut sikit kalau nak bandingkan dgn org2 kat mekah

      Delete
  9. Rindu sangat Madinah, moga diizinkan ke sana lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala, rindu jugak. Semoga dpt kesini lagi

      Delete
  10. yang sudah pernah pergi terasa rindu, yg belum pernah jejak moga ada peluang dijemput ke sana nanti.. kak ana aminkan doa mazni aminnnnn YRA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pernah sampai tanah suci mesti rasa memanggil-manggil je nak pergi lagi..

      Delete
  11. Seronoknya baca pengalaman Mazni sekeluarga menunaikan umrah. Semoga yang membaca post Mazni ini semuanya dikurniakan rezeki untuk menunaikan umrah satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn. Mudahan-mudahan kita dijemput kesini lagi

      Delete
  12. Saya menyesal juga tak belanja abaya saat di sana 😅😅😅. Mikirnya, abaya di jakarta pun banyak. Tp kan macam beda feel nya kalau beli di arab langsung 🤭🤭.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lagi puashati beli kat sana. Macam2 desain ada, dapat jadi kenangan saat beli di saudi 🤭

      Delete
  13. Doakan saya dapat ke sana juga ya :)

    ReplyDelete
  14. kubah yg terbuka tu kt pintu 25...akak pn tkde kesempatan tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay take noted! Next umrah saya kena tengok jugak kubah tu

      Delete
  15. Ziarah wada' ni ziarah paling sayu sekali... goncang dada oiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul uncle... Sebak je rasa.
      Moga2 dijemput kembali

      Delete
  16. Cantiknya gambar2 Mazni. Moga Allah pilih akak dan famili untuk menunaikan haji nanti. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn insyaAllah. Sekarang pulak dah nak masuk musim haji..

      Delete
  17. Segala pujian bagi Allah atas kesempatan menziarahi tanah suci di sana . Moga kita semua masih berpeluang untuk ke sana berkali- kali tanpa jemu. InshaAllah akan ada rezeki untuk kita semua. Aamin ya rabb

    ReplyDelete
  18. Last minute kalau nak beli mmg tak boleh nak demand sangat... Okla tu at last dpt beli bawah hotel jer huhuu.. Ziarah Wada mesti sayu kan dan selalu ust ajar doa minta dpt kembali lagi ke madinah..

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah. Selesai urusan ziarah di Madinah, berangkat pula je Makkah untuk tunaikan umrah.

    ReplyDelete
  20. Sedihkan, waktu nak tinggalkan Madinah. Rindunya, ya Allah.. semoga kita semua dapat kembali sana satu hari nanti. Akak tak beli pula abaya waktu di sana. Beli jubah je untuk keluarga, diri sendiri, lupa. Huhu.. bagus naik bas. Takdelah macam akak, terkejar-kejar nak naik tren ke Mekah.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~