Salam seminggu sebelum beraya Aidilfitri. Tahun ni beraya kat mana tuww? Persiapan raya semua dah siap?
Weekend ni aku takde buat apa-apa sangat pun. Semalam dengan harini dok sibuk menguruskan kucing je. Maklumla minggu depan nak balik beraya, budak-budak ni kena hantar pergi asrama lah. Before hantar pergi asrama, aku akan bawak diorang pergi deflea dan deworm dulu.
![]() |
| Nak patah pinggang angkut budak 3 ekor ni |
Pergi klinik pagi tadi, setengah jam jugaklah settle urusan. Ramai pet parents hantar anak-anak untuk checkup sebelum balik beraya. Fulus pun mengalirlah macam air huhu. Asalkan kau sihat jelah anakku.
![]() |
| Sekor tu tenang je, sekor lagi macam jebon tak reti duduk diam! |
Semalam dah berkecah mandi kan 2 ekor kucing ni. Lagi sekor tu hantar pergi spa kucing je untuk buat lion cut. Keguguran bulu dia dahsyat sangat, so alang-alang nak duduk asrama seminggu, kita botakkan teruslah. Harapnya lepasni bulu tumbuh dengan lebih sihat dan kuranglah gugur..
![]() |
| Anak sulungku Minisu, dah selamat ditogelkan. Tiba-tiba kurang dakwat pulak warnanya.. |
Anyway, hari Khamis baru ni, hadiah dari blogger Anies sampai di rumah. Asalnya hadiah ni untuk orang yang meneka lokasi travel yang tepat.. Sebenarnya macam kelakar tiba-tiba dapat hadiah ni, sebab tekaan saya jauh meleset sama sekali. Orangnya pergi Turkiye, kita teka Maldives atau Sri Lanka hahaha.
![]() |
| Dapat kad raya, fridge magnet dari Saudi & sambal ikan mayong masin |
Paling suka sebab dapat kad raya tu!
Zaman sekarang kita lebih banyak wish melalui whatsapp, makanya budaya bagi kad raya ni tinggal nostalgia.. Suka bila dapat kad raya or any handwritten letters, sebab terasa ucapan tu ikhlas dari hati! The effort dari cari kad, lepastu tulis dan nak pos kat kita tu rasa special sangat!
Sambal ikan mayong tu dah selamat dimakan sahur tadi. Sedap rasanya, tak pedas sangat. Ada ketulan ikan kecik2 jugak dimana rasanya pun taklah masin mana. Well balanced sambalnya, i loike!
![]() |
| Unta di padang pasir telah selamat dilekatkan pada fridge bersama kawan-kawan yang lain |
Terima kasih Blogger Anies! Semoga murah rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan :D





bertambah koleksi FM.
ReplyDeleteNi pun masih belum penuh lagi
DeleteSian dia, nak Raya ni togel pulak hihi...
ReplyDeleteTahniah Mazni. Hadiah Akk pun dah sampai tapi belum sempat di-entry-kan lagi :D
Rimas bulu dia asyik gugur, terpaksalah botak jap hahaha
DeleteYang macam Jebon tu, duduk diam2 ya. Comelnya kucing2 Mazni.
ReplyDeleteps, delete komen tadi hehe.
Aktif sangat.. Duduk diam takde takde kamus hidup dia 🤦
DeleteAlhamdulillah tahniah. Ait jawapan jauh melntang pun dapat hadiah tu kira rezeki lah. Alooo sian kena togel.
ReplyDeleteItu yg tokojot tu 🤣 rezeki orang nak bagi, ahakzz
DeleteTahniah, Mazni, dapat kad raya dan hadiah. 👏👏 Alaaa... cian anak bulus kena bawa ke klinik haiwan. Comel haa.. yang macam jebon tu. 😁
ReplyDeleteRutin tiap kali nak hantar masuk asrama 🤭 menjerit jerit dalam kereta taknak gi klinik.
DeleteDia takut sangat, smpai terjelir lidah macam anjing haha
Memang wajib eh deflea & deworm sebelum hantar asrama. Pihak asrama memang minta sijil?
ReplyDeleteTak wajib. Tapi digalakkan lah sebab taknak berjangkit dgn kucing lain. Lagipun sebab kucing saya ni outdoor. Lagilah kena deflea tu 😁
DeleteAlhamdulilah rezeki dari Anies. Lama dah tak dapat kad raya ni.
ReplyDeleteTu bila dapat rasa special sangatt
DeleteCongratulations 🎊 to you. Lovely gifts from Anies. Your cats are beautiful.
ReplyDeleteThank you! 🥰
DeleteMeriah koleksi fridge magnet :)
ReplyDeleteAda dua unta!
DeleteAnak jantan akak tu pun mulut bising. Jenuh tiap kali bawa ke klinik, bising sepanjang perjalanan. Jenis tak boleh terkurung, mulalah kecoh nak keluar siap kais sana sini.
ReplyDeleteKad raya istimewa tu sebab dah jadi barang rare 😀
Haa samala dgn sora si budak kutip ni. Mulut dia paling tak reti diam. Siap marah doktor lagi masa tgh kasi ubat 🤣
DeleteAlah... kesian pulak dia dah togel... Kalau habiskan sampai kepala... jadi sphynx cat..
ReplyDeleteTerus tak kenal anak siapa dah ni 🤣
DeleteMulanya rancang nak beraya di Selangor, tapi Encik Suami kurang sihat. Nampaknya beraya di LD saja.
ReplyDeleteBestnya dapat kad raya. Tak ingat dah bila terakhir dapat kad raya.
Nampaknya anak2 cikgu amie yg kena datang ke LD utk beraya ni.
DeleteTula nostalgia sangat 😁
Nak hantar asrama mana pulak ni? Berbayar ke?
ReplyDeleteMurah rezeki Mazni jaga kucing. Saya jadi rindu nak ada kucing kat rumah, tapi sekor kucing pon taknak mai. Dulu2 adalah... Lepastu semua hilang entah ke mana. Maklumla kucing kampung
Pergi asrama kucenk! Haah berbayar 💸
DeleteTeringat kat kampung opah dulu ada kucing, tapi tak bela pun. Memang rare bila jumpa kucing kat kawasan kampung yg kiri kanannya hutan. Risau kena makan ngan ular ke
Alhamdulillah rezeki dapat hadiah di penghujung bulan Ramadan ni. Macam udah bertahun tidak dapat kad raya atau hantar kad raya kepada sesiapa. Masa tahun 90an dulu sampai lenguh la tangan menulis kad raya. The good old days. Berapa lama anak-anak bulus kena duduk asrama tu? Sure extra handsome/cantik nanti yang buat lion cut itu.
ReplyDeleteDulu tahun 2021 2022 kot saya bagi kad raya kat kawan2. Tapi sebab susah masing2 dduk jauh nk kena berpos bagai.. last2 tak buat dah haha
DeleteAnak2 duduk asrama seminggu. Mmng buat lion cut supaya bulu dia tumbuh cantik je nanti 😆
Wah, saya pun minggu ini akan sibuk uruskan kucing juga, mbak. Sebab nak balik kampung lebih kurang seminggu, tapi tak ada siapa yang boleh dititipkan kucing. Jadi, terpaksa hantar kucing ke hotel haiwan. Tambah pula harganya agak mahal, hiks.
ReplyDeleteBila dikira-kira, kosnya dah sama macam tiket kereta api, hahaha.
Samalah mas fajar. Saya hantar selama seminggu, kena prepare wangnya. Tapi memikirkan kucing2 dijaga dengan baik, ada makanan, takdelah saya risau 😄
Deleteciaaannnn diaaaa nanti raya minta mak belikan baju raya cantik2 tauuuu togel sgt tu.... nampak aib kaler bdn tak berapa nak cun.... mak pun satu! time raya sibuk nk cukur hahahahahahahahhahahaha
ReplyDeleteHaritu pakaikan baju, habis ditanggalnya sampai masuk dalam bekas taik. Biar je dia togel gitu!
DeleteTime raya lah kenalah sucikan diri dari segala bulus 😜
sama2... dan erima kasih atas doanya aminnnn
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir & batin buat mazni sekeluarga...
Selamat hari raya kak anies dan family 🩷🩷
Deletecute kucing tu..sronok dpt gift dr blogger anies
ReplyDeleteAnak2 kesayangan saya haha
Deletemy kakak pun ada bela kucing...memang antar gi asrama la time dia nak gi KL...then amik dari asrama, kucing2 tu kena kutu teruk laaa...abih bertebaran satu rumah kutu2 tu...so i tak berani nak singgah umah my kakak laaa...i geli bab2 kutu kucing ni
ReplyDeleteSaya everytime nk hantar kucing pergi boarding, mesti akan bagi ubat kutu dan cacing
DeleteYa Allah lucunya yg memeletkan lidah tuh, macam mengejek dia yaa 🤣🤣🤣.
ReplyDeleteSelamat hari raya Mazni 🎉🎉🎉🎉. Minal Aidin walfaizin.
Saya pengen sebenernya bisa letak kucing2 saya di pet hotel. Tp tak bisa. Mereka super duper introvert, kecuali kucing yg bungsu. Mudah berteman.
Tapi sisanya takuuut sangat dengan orang tak dikenal. Pernah1x saya bawa yg seekor, ya Allah sampai tak mau makan, akhirnya diinfus. Tak tega saya, jemput balik lah dia. Krn merekalah, saya tak pernah mudik lebaran , harus tunggu asisten saya balik cuti, baru saya bisa pergi 🤣