Korang ada tak restoran yang always jadi favourite seisi keluarga?
Pergilah try mana-mana restoran baru pun, end up mesti akan repeat di restoran yang korang dah biasa pergi tu without rasa jemu. Macam aku, D'One Steak ni merupakan restoran favourite kitorang sejak dari zaman sekolah lagi!
Dari dulu lagi suka makan kat sini sebab harganya yang murah dan makanan yang sedap. Setiap kali datang sini, tak sah lah kalau tak ramai orang. Especially on weekends.
Haritu D'One Steak ni tutup agak lama, berbulan jugaklah. Kitorang dah sedih ingatkan dia tutup for good, sebab ada tape merah yang macam kena sita tu. Rupanya dia tutup sebab tengah buat renovation.
![]() |
| Suasana dalam restoran |
Lepas dah renovate nampak lawa sikitlah kedainya. Siling dah di cat baru, meja makan pun semua baru. Ruangnya pun agak luas dan ramai yang datang makan disini dengan family.
Kat bawah ni adalah menu-menu kat sini. Klik gambar untuk tumbesaran.
Drinks kat sini guna jug yang jenis besar tu tau, boleh sharing 2 orang. Lupa pulak nak ambil gambar. Tapi berbaloi lah korang minum sampai kembung perut.
Untuk makanan pulak, menu dia kesemuanya western je. Selain menu steak atau chicken, ada juga nasi, sizzling yee mee atau pasta. Haritu tekak kami semua taknak makan nasi, so orderlah chicken chop, lamb chop dengan beef steak.
Apa yang aku suka, sebab sos blackpepper kat sini sedap. Bagi aku, sos black pepper ni memainkan peranan besar untuk kedai makanan western. Kalau sos dia tak sedap, automatik makanan tu failed!
![]() |
| Chicken Chop - RM15.90 |
![]() |
| Sizzling Steak - RM19.90 |
![]() |
| Lamb Chop - RM24.90 |
Untuk kesemua order ni sedap je macam biasa. Cuma haritu rasa chicken chop dia agak masin sikit. Bukan blackpepper gravy tu yang masin, tapi salutan ayamnya. Tapi yang lain-lain okay je.
Walaupun ada kenaikan harga beberapa kali, tapi masih dalam kategori murah jugaklah bagi aku. Kita okay je kalau harga naik sikit-sikit, tapi rasa makanannya okay. Harap berkekalan lah kualitinya.
Mungkin bagi orang yang pernah makan sini, rasanya biasa-biasa je. Tapi bagi kami sekeluarga yang dah makan sini sejak dari berbelas-belas tahun rasakan nilah our comfort restaurant. Entah berapa banyak kali birthday yang kami sekeluarga raikan kat sini, hihi.
Persiaran Pusat Bandar 1, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
mazni...kami yg dari kuantan ni pun kalau ke semenyih rumah abg ipar memang akan keluar makan disini..ingatkan kami je yg suka,hehe kebetulan
ReplyDeleteWahh ada jugak geng suka makan sini ye!
Deletepernah tgk steak kt bangi ni tp tk pernah try
ReplyDeleteSebab kat bangi ni banyak sangat kedai makan sedap2 :p
DeleteSini makan best...murah pun murah..berbaloi la...
ReplyDeleteKann! Sebab tu selalu repeat
DeleteSizzling steaknya menggoda sekali mbaaak. Aku melihat kuahnya, kok ya mantap betul ya, rasanya ingin ikut pesan juga buat dibawa ke Indonesia, hahahaha.
ReplyDeletekalau aku di Indo sini, biasanya suka makan di resto bernama Steam MoenMoen mbak. Rasa tak istimewa, tapi murah betul lah. Steak ayam mulai dari 4 ringgit saja, ekonomis lah sekali.
Wahhh murah betul tu harga mula dari rm4! Kalau harga murah, rasa sedap memang selalu repeat lah
DeleteKami pun kalau dah serasi dgn satu² kedai tu, mmg always repeat la.
ReplyDeleteKalau makan kat kedai lain yg tk menepati citarasa, nanti mesti kitorang keep bandingkan kualiti makanan hahaha
Deletesedapnya terus rasa lapar tengok pagi2 ni.
ReplyDeleteSedapp
DeleteSizzling steak tu terasa2 je kat tekak ni tau. Betul kalau dah suka, memang akan repeat kedai sama.
ReplyDeleteMakan masa kuah dia tengah menggelegak 🤣
Deletekalau sy dtg then sebut 'family mazni' agak2 dpt diskaun tak? hahahahahaha
ReplyDeleteHmm kitorang customer tetap, tapi owner mcm tak kenal jee hahaa
Deletealaa baru nak berangan hahaha
Deletebetul sos blackpepper kalau sedap, yg lain2 pun boleh jadi sedap. kalau sos blackpepper ke laut, yg lain2 terus ke laut cina selatan hehehehe
ReplyDeleteHahahha jauh pergi sampai ke cina selatan! Haritu pernah makan kat kedai western, harga mahal sikit tpi tak berapa sedap. Memang bad mood
DeleteHarga dia not bad lah...
ReplyDeleteUncle tak pernah sampai lagi sini... Jangan ada urusan kat bangi
Bangi syurga makanan tau uncle :p
DeleteDulu time Dania sekolah akan lalu D One Steak ni dari SMK Jalan Empat nak ke rumah dan rumah ke sekolah. La ni lalu jalan lain dah....
ReplyDeleteJalan 4 straight depan sikit jee
Deletefood semua nampak sgt sedap!! salam 21 syawal utk mazni!
ReplyDeleteSedap, sebabtu kami selalu makan sini!
DeleteSalam 22 syawal MZ. Haha lost count dah syawal keberapa ni
Untung ada jumpa tempat bagus, makanan sedap dan harga berpatutan. Akak tak ada restoran yang boleh kategori comfort food begini. Banyak kedai makanan sedap pernah try, tak bertahan lama. Mungkin tukang masak bertukar, jadi makanan pun berubah rasa.
ReplyDeleteSayang kan kalau rasa dah berubah.. baru nak jadi pelanggan tetap
DeleteComfort food ya? Hermm
ReplyDeleteKalau di Jasin, kecil sahaja pekan dia jadi pilihan takde sangat. Kami ni bukan rajin nau ke bandar untuk saja2 makan.
Tapi kami suka repeat makan burger di kiosk kecil di pekan dan dibeli bungkus. Nama dia Pakde Burger. Dah beberapa kali juga Cuya post pasal burger kedai dia. Memang sedappp
kalau dah biasa beli tu, maknanya sedaplah. mesti abang burger tu pun dah kenal cuya
DeleteTak pernah ada favourite restaurant.. kalau ada buat gathering mesti tempat yg berlainan.. tak pernah repeat lagi..
ReplyDeletekadang2 saya pun camtu, nak test2 tempat baru. last2 selalu dtg sini je kalau makan makanan western hahaha
DeleteSeronoklah kalau ada resto fav. Kalau dah tak dapat pilihannlain, terus jew ke situ. Dah yakin mesti puas hati.
ReplyDeleteYa berpatutan harga. Betul kalau sedap berulang datang makan.
ReplyDeleteD'one Ini tak ada cabang ya? Td cek dari Gmaps, dari hotel saya menginap di Fairfield KL nanti, kalau nak kesini 33 menit naik mobil 🤣. Jauh juga. Tertarik juga untuk coba. Nantilah kalau memang sempat.
ReplyDeleteResto comfort begini, sayapun ada juga. Walau rasa bukan yg wow sangat, tp kami sekeluarga selalu kesana jika tengah malas nak fikir makan apa. Kadang, bukan rasa yg buat kita repeat, tp kenangan yg ada di sana
Wahhhh wujud lagi rupanya D One Steak ni ye. KSarie suka makan sini dengan housemates masa ada baki loan Mara masa belajar dulu. Macam lebih kurang je harga makanannya sekarang dengan zaman KSarie belajar dulu. Eh ke tuh kedai lain ye😅
ReplyDelete