Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan-rakan blogger!
Tahun ni aku beraya di Perak tengah dan belah-belah utara je. Dia punya berkuap tu, nauzubillah.. Rasa nak mencair you all! Cuaca panas tahun ni agak luar biasa sampai rasa tak selesa nak berjalan raya, haha.
Tapi tetap juga gagahkan diri kesana kemari sebab jumpa pun setahun sekali jekan.
Dari Penang, kami ke Parit, Perak. Terus ziarah ke kubur opah, atuk serta pakcik dan makcik yang telah tiada. Raya dah tiada seri lepas opah meninggal tahun 2022, dan itulah tahun last kami beraya dengan opah.
Disebabkan rumah kampung dah takde siapa yang mampu jaga, kami sewakan pada orang je. Daripada biar tak berpenghuni sampai reput dimakan anai-anai, eloklah biar orang jaga. Penat woo setiap kali balik kampung kena mengemas segenap sudut yang ada. Rumahnya pulak 2 tingkat besar, jenuh nak kena sapu, mop, cuci pulak periuk belanga dan pinggan mangkuk.
 |
| Used to be our childhood, sekarang cuma mampu tengok dari jauh. |
Kami officially dah takde kampunglah.. Rumah berusia 80 tahun++, arwah atuk beli dengan harga RM40 je pada zaman tu. Agaknya 20 tahun akan datang, adakah rumah ni masih kekal bertahan?
Kebetulan masa balik kampung ni, jiran kat belakang kampung ada kat rumah pulak. Ayah aku kata nak pergi melawat japla kawan-kawan sepermainan dia masa kecik dulu. Orang tuanya bestfriend opah, masa kutip kayu api zaman dulu-dulu.
Sekarang dah takde orang tua dah di area kampung ni. Anak-anak diorang jelah balik rumah setahun sekali untuk berkumpul.
Haa malaslah nak tulis panjang berjela. Kita bubuh gambar berserta caption jelah.
 |
| Lauk style potluck, masak dari rumah dan tinggal hidang ke tetamu. Semua sedap! |
 |
| Beraya di rumah jiran depan. Sekarang rumah diwarisi oleh anaknya (Lebih kurang sebaya my dad) |
 |
| OOTD 1st Syawal! |
 |
| View dari homestay kat Ipoh. Panas berdesingg |
 |
| Dapat sampul raya bank dari cousin. Paling best dapat sampul Bank Islam yang cantik tu! |
 |
| Ulu Piol, Manong - Rumah arwah opah dilahirkan. Sekarang adik opah yang take over rumah ni |
 |
| Dapat makan dadih coklat time cuaca panas memang surrr |
 |
| Beraya rumah sepupu abah, pastu dapat belimbing buluh, telur itik sekarton dan telur masin yang dibuat sendiri. Rezekii |
 |
| Mak dan maklong sedang sesi bersalam-salaman |
 |
| Bunga api memang cantik, tapi serabut jugaklah non stop berdentum setiap malam, huhu |
 |
| Dari Sungai Petani nak ke Kulim ambil masa 2 jam. Jalan jem teruk |
 |
| Datang beraya rumah orang pukul 9 malam (akibat kesesakan lalulintas) Tapi masih dijamu lontong yang super sedap! |
 |
| Rare betul dapat makan char kuey teow waktu musim-musim raya ni |
 |
| Cuaca panas giler. Nak bergambar pun tengah tak cantik sebab belum musim sawah padi menghijau |
 |
| Pekan Taiping yang dirindui. Masuk sini time musim raya memang cari nahaslah |
 |
| Taiping specialty, Yong Tau Foo belakang bomba. Since 1980-an! |
Alhamdulillah, dapat berkumpul dengan pakcik makcik, sepupu sepapat. Tahun ni aku banyak ambil gambar bila beraya rumah sedara-mara. Nak hargai setiap momen dengan ahli keluarga. I take this as a lesson lepas kematian mengejut makcik yang aku sayangi tahun lepas. Lagi terkilan sebab tahun lepas kami tak balik beraya.
Orang yang disangka sihat, pergi secara tiba-tiba. Namanya juga ajal, benda yang akan berlaku pada bila-bila masa tanpa kita expect. Mana yang masih hidup ni, kita cherish every moment jelah. Kalau tak orang tu yang pergi dulu, entah-entah kita yang mati, siapa tahu?
Anyway, sekarang dunia sedang berhadapan dengan krisis global. Hurmm taktahulah nak fikir yang baik-baik ke tak, sebab nampak gaya macam makin teruk je sampai effect ekonomi seluruh dunia. Persiapkan diri kita dengan sebaiknya jelah..
Have a blessed Eid everyone! Jaga-jaga dengan cuaca yang terlalu panas, banyakkan minum air kosong ye.
Selamat hari raya aidilfirtri Maznie...maaf zahir batin...betul tu...krisis yang ada sekarang harap tak berlarutan la hendaknya
ReplyDeleteselamat hari raya kak!
Deleteentahlah bila nak habis.. dunia pun dah semakin ke penghujungnya
Selamat hari raya Idul Fitri yaa, mohon maaf lahir batin.
ReplyDeleteSaya pun kemarin-kemarin pulang ke kampung halaman. Sampai tak sempat itu untuk membuka blog dan mampir untuk komen, hehehe
selamat hari raya!
Deleteitulah, saya beria bawak laptop. kononnya mahu update blog, lepastu tersadai di tepi dinding saja. sibuk berjalan saja
Ahahaha, memang benar mbak, kalau sudah di kampung halaman, rencana untuk update blog hanyalah menjadi angan angan.
Deleteso rumah tu disewakan kat orang lain yg mmg penduduk situ ke, orang luar?
ReplyDeletepakcik saya kenalan dgn ibu pada penyewa tu. orang kampung sebelah je kalau tak silap
Deletebertabah betul laa beraya dlm cuaca panas...
ReplyDeleteada bawa mini fan tak?
kalau tak bawa haaa mmg dok kibas baju laa nampaknyaaaa
huihh mini fan harus bawak yee. function teroxx!
Deletememang ganas betul kepanasan di aidilfitri ni, haha
Selamat hari raya sis..cantik rumah kampung. Salam kenal. Done follow.
ReplyDeleteselamat hari raya jugak!
Deleterumah kampung tradisional memang cantik2 kan
Selamat Hari Raya Mazni dan keluarga. Maaf Zahir Batin. Alhamdulillah rezeki berjumpa semua sanak saudara. Betul lah kita tak tau bila lagi akan jumpa mereka. Selagi ada peluang kita usahakan jumpa ye. Krisis dunia sekarang memang mendebarkan. Dengan harga minyak meningkat. El-Nino pun dijangka makin mendunia pada April ni. Harap yang baik-baik untuk kita semua
ReplyDeleteselamat hari raya juga ksarie!
Deletetulah, dengan el nino lah, masalah minyak lah, perang sana sini lah. semoga dunia lekas sembuh
Baguslah disewakan. Kalau rumah kampung tak duduk, lama² boleh jadi buruk. Banyak tempat Mazni pergi tu. Alhamdulillah, dapat jumpa ramai saudara-mara, ya. Betul, haruslah ambil gambar kenangan, abadikan memori setahun sekali.
ReplyDeletebetul tu. rumah kayu fragile sikit, tak masuk berbulan dia punya bersepah tu dah macam apa je..
Deletehehe entry ni compile gambar raya dari 1st sampai 3rd syawal. total 11 buah rumah jewpss
selamat hari raya maaf zahir batin
ReplyDeleteselamat hari raya kak lydia n family!
DeleteSelamat Hari Raya! Raya tahun ni sangatlah panasnya. Dah la cover bahagian utara. Pergi Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tudiaaa paling panas Perlis.
ReplyDeleteSelamat hari raya!
DeleteYe memang panas sangat! Saya beraya kat perak, penang dan kedah. Keluar kereta sesaat je dah berpeluh
Beraya di selatan pun dah terasa panas, apa lagi beraya di utara 😄
ReplyDeleteTapi itulah kan, setahun sekali…bertabah jelah.
Tahun ni akak pulak jadi malas nak ambil gambar. So tak ada gambar makanan.
Raya paling teruk rasanya tahun ni dek pencemaran bunyi mercun. Sakit hati!
Dia asal musim raya je mesti nak panas2 haha. Tapi alhamdulillah masa bulan ramadan haritu bnyk jugak hujan kan.
DeleteSaya pun rasa macam tu, tahun ni terlalu meriah org main mercun. Pukul 10 malam tu kadang2 tak stop lagi
selamat hari raya. maaf zahir & batin. memang panas cuaca raya ni. nak berjalan raya pun seram nengok cuaca panas.
ReplyDeleteSelamat hari raya kak cie! Cair mekap iolls taww
Deleteseronoknya dpt beraya di kampung n jumpa sedara mara. sy cuma ada pakcik sebelah arwah ibu je di kg. jd bila balik kg cuma ziarah dia dan kak ngah serta adik.
ReplyDeleteAlhamdulillah, adik beradik arwah opah saya masih ada lagi. Balik kg nak jenguk mereka dan konvoi beraya dgn pakcik n makcik. Saya ni generasi cucu2 hehe
DeleteHaaa betul tu Maz, capture picture banyak-banyak... simpan momen-momen yang ada.
ReplyDeleteRumah pusaka kalau takde yang jaga makin lama akan rosak. Mujur ada yang sudi menyewa dan jaga dengan baik. Rumah terlalu besar kat kampung penat juga nak mengemas.
Nanti once orang tu dah takde, bolehlah tengok gambar sebagai kenangan kan.
DeleteRumah kayu memang fragile. Kalau tinggal lama je habis terkopak sana sini
Selamat hari raya! I pun raya perak memang panas gila!
ReplyDeleteHai kak rasya lama tak nampak!
DeleteSetiap kali beraya rumah orang je wajib teguk air ais sebab panas sangat
Selamat Hari Raya Mazni!
ReplyDeleteBetul, belah utara panas gilers huhu...
Seronok dapat melawat sanak saudara semua
Selamat hari raya Puan Hazel!
DeleteMenapak keluar dari kereta je rasa terbakar muka ni hahaha
selamat hari raya mazni! waahh di Manong,Taiping ye? betul tu kdg2 kita pun x tahu siapa yg akan pegi dlu entah kita entah diorang.. moment yg ada kita raikan bersama.. tp kalini cuaca panas betul :(
ReplyDeleteManong rumah sedara ayah, Taiping kampung mak saya.
DeleteHari raya jelah dapat jumpa ahli keluarga yg jauh2 kan. Panas dia memang tak yilekk
Salam Aidilfitri sis
ReplyDeleteSalam Aidilfitri jugak!
DeleteSalam Lebaran 2026. Tetiba perut berbunyi bila tengok char kuetiau tu. ðŸ˜
ReplyDeleteSelamat hari raya BK. Menu yg jarang dijumpai ketika raya, haha
Deleteeid mubarak utk mazni sefamili. memang cuaca panas sgt kat certain places masa ramadan dan raya ari tu. kat kelantan pun suhu 37C! MZ plak jenis tak tahan panas..so demam la jadinya!
ReplyDeleteSelamat hari raya too mama zharfan! 37 tu lebih kurang suhu kat ipoh. Rasa berlengas je badan ni
DeleteBetul la... CK teow time raya memang jarang jumpa! Tapi good idea!
ReplyDeleteUncle boleh cuba buat utk open house!
Deletesamalah kita, takde kpg...rumah pusaka arwah datuk nenek, satu disewa, yg lg satu lg sepupu duduk (arwah opah bg kt mak deme)..CKT tu rare kan..femes YTF tepen..
ReplyDeleteBagusnya ada jugak waris yg jaga rumah pusaka tu
DeleteTaiping time raya memang sesak, Alhamdulillah kami balik kampung di Selama jalan ok. Memang sayang rumah kampung tapi apakan daya takde yang duduk di kampung kan.
ReplyDeleteSebab menyinggah taiping nila drag perjalanan balik. Jadi 10 jam dari penang nak balik umah.
DeleteRindu vibes kampung zaman dulu2.. entahla boleh bertahan ke tak
Betuuuul, rumah kosong akan cepat rusak. Better disewakan jadi ada yg menjaga juga kan. Pokoknya jangan kosong saja.
ReplyDeleteRindu kalau lihat rumah kampung ini . Beruntunglah Mazni masih bisa mudik. Seandainya jakarta Medan dekat, dah mudik juga saya. 😄. Naik pesawat, menangis liat harga saat raya kemarin 😂
Kami balik pun utk lawat family2 belah sana je.
DeleteJauh kak fanny dari jkt nak ke medan. Rasanya malaysia nk ke medan lagi murah..
salam aidilfitri utk mazni sefamily...menu potluck mmg meriah..sampul bank islam akak pn ada dpt...cantik
ReplyDeleteSelamat hari raya kak amy!
DeleteRasa bangga betul dpt sampul yg dicari cari tu hahaha
Tahun selamat sekejap dari kepanasan di waktu raya huhuu.. rumah kampung kalau tak ada yg jaga mmg tinggal kenangan sahaja.. samalah rumah kg ayah di pontian.. tiang pun dah tak ada..
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri Mazni sekeluarga. Maaf zahir batin. Betul, sekarang cuaca panas terik!
ReplyDelete