10 Mar 2026

Iftar & Tarawih Masjid Sri Sendayan

Aku adalah insan yang paling jarang berbuka puasa kat luar setiap kali bulan puasa. Rasanya seumur hidup, kurang dari 10 kali. Tapi kali ni kawan ajak berbuka puasa kat luar, which is kat masjid yang berada di dalam bucket list, maka kita pun okay kan jelah.

Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan

Bila berbuka kat masjid takde lah kalut-kalut nak solat maghrib. Plus point, dapat solat tarawih berjemaah jugak. 

Kami gerak berempat dan Sahira la tukang kutip kitorang semua. Gerak dari rumah aku around 3.45 pm dan sampai di Sendayan pukul 4.30 pm. Walaupun dah tahu nak berbuka di masjid, tapi saja nak beli makanan kat Bazar Ramadan just incase nasi masjid dah habis.

Bazar Ramadan Sendayan Metropark

Katanya Bazar ni paling terpanjang di Negeri Sembilan. Agak ramai jugak orang masa kami sampai ni, sebab kena parking kereta jaaaauuhh giler. tambah pulak cuaca yang extra hangat berlengas, rasa menggelegak otak kena rebus dengan matahari.

Selalu kalau pergi bazar, peniaga akan guna kanopi macam kenduri kahwin, tapi bazar kat sini guna kanopi ala-ala hipster. Risau harganya pun hipster.. Ni kali pertama aku pergi Bazar Ramadan bagi tahun 2026 tau, so you better not mess with me dengan harga mahal dan rasa makanan hauk! 


Sahira beli chicken tenders, char kueyteow & banana puding. Mun beli nasi ayam gepuk & tauhu bergedil. Amni beli cheezy wedges dan aku beli mihun sup & apam mini coklat. Makanan yang kami beli ni semuanya sedap especially ayam gepuk tu! Alhamdulillah tiada pembaziran yang berlaku hihi.

Duduk kat masjid ni dari petang sampai lah habis tarawih. Lepas solat asar, terus secure spot kat tingkat bawah untuk berbuka puasa. Walaupun ramai orang, tapi masih ada ruang untuk kami berempat duduk.

Suasana iftar
Weolls dapat duduk kat bahagian tepi ni je
Tengah menunggu masuk waktu maghrib

Untuk perempuan yang perlu solat di tingkat 2, ada disediakan lift jugak. Bukan 1, tapi 2 lift ye. Selain tu, ada disediakan wheelchair juga, which is masjid ni mesra pengguna oku dan warga emas.

Di tingkat atas tu ada tempat ambil wudhu jugak. Cumanya tandas perlu turun kat bawah dan jauh sikitlah berjalan. Tapi tandasnya luas dan sangaaat bersih. Sama jugak dengan tempat wudhu. Aku je lupa ambil gambar.

Intai ruang solat lelaki dari tingkat atas
Ruang solat wanita

Kami solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah. Rupanya kat sini, tarawihnya cuma 8 rakaat je. Ingatkan masjid-masjid besar buat 20 rakaat, sebab masjid kat rumah aku buat 20. Habis solat 8 rakaat beserta witir, sekitar 9.40 pm.

Overall, masjid ni sangat cantik, luas, bersih dan selesa! Bila tengok masjid ni, nampak macam Masjid Quba' dekat Madinah pulak. Terubat sikit rasa rindu kan.. Definitely will repeat again!

Waktu malam pun cantik juga


50 comments:

  1. Akak x sempat lagi nak solat terawih kat Masjid Sri Sendayan tu...belah sana jammed teruk kadang- kadang ngan pasar malam terpanjang tu...x dan nak pi..sesak kan...

    ReplyDelete
  2. rasanya masjid & surau @ selangor je yang buat 20 rakaat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yekee. maklumla jarang/tak pernah solat tarawih kat negeri lain. expect masjid besar buat 20

      Delete
  3. dah lama simpan impian nak singgah masjid ni tp tu laa... belum kesampaian lg...

    ramai jg ya yg berbuka kat sini...

    nasib baik sedap... kalau tak membazir je kan beli byk2 tp x sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik dan selesa sangat masjid ni!
      nasib baiklah makanan yg kitorg beli semuanya boleh ditelan. saya punya total rm13 je :p

      Delete
  4. meriah ramai buka puasa kt masjid sendayan yg cantik ni...pernah singgah solat sini last year

    ReplyDelete
  5. masjid ni memang sgt cantik! pihak masjid ada bg food utk iftar ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je food. kitorang yang tak ambil, sebab dah beli makanan

      Delete
  6. Adik ada juga ke masjid Sendayan kerana belajar di USIM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yg kerja nilai pun baru pertama kali menapak masjid ni haha

      Delete
  7. Cantik masjid ni... Akk belum sampai tapinya huhu...

    ReplyDelete
  8. Mudahan Allah rezekikan dapat solat di sini. Cantik kan.

    ReplyDelete
  9. kak linda tak pernah lagi sampai masjid sendayan ni..alhamdulillah, seronok dapat berbuka dekat masjid beramai ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehla masuk list kalau2 akak datang NS nanti

      Delete
  10. Ramai ya yang berbuka kat situ.. jadi Maz & kawan-kawan dapat makanan yang masjid sediakan?
    Cantik kan Masjid Sendayan ni.. akak sekali je sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitorang tak ambil makanan masjid, sebab dah beli kat bazar.
      cantik masjid ni!

      Delete
  11. Wahhhhh Alhamdulillah rezeki dapat berbuka dan solat terawih di masjid cantik yang dikatakan ada seperti ciri Masjid Nabawi ini. Cantik semua gambar yang dikongsikan. Buat rindu nak ulang datang ke sini bila baca perkongsian Mazni ni😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah hiasan dalam nampak macam Masjid Nabawi.
      memang kena selalu repeat kat sini, selesa

      Delete
  12. Ramai jugak nampak orang share berbuka di situ. Cantik masjid ni.

    ReplyDelete
  13. Samaaaa kita Mazni. Saya pun tak suka buka puasa di luar, kecualiiiii diajak saat sedang haid. Bukan kenapa, tapi susah nak sholat.

    Naaah beda cerita kalau berbuka di mesjid macam nih. Saya mau, Krn tak pening cari tempat sholat.

    Baguuus lah bagian dalamnya ❤️❤️. Nampak luas. Syukur juga makanan di bazar ramadhan sedap yaaa. Inipun sering jadi masalah. Saya sering beli dari bazar dekat rumah, tp rasanya yaaaa begitulah 😅😅. JD kalau dpt yg sedap, memang senang hati

    Tapi jujurnya saya teringin nak merasakan lagi ramadhan di KL atau Penang. Trakhir kali zaman kuliah di Penang. Setelah itu tidak balik kesana, selalunya saat bukan ramadhan. Tahun depan lah ke sana saat puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yay gang! tak suka kalut2 time maghrib.

      itulah, nasib baik beli dapat yang ada rasa. saya pulak memang tak makan banyak, so ambil sikit je, berlakulah penjimatan berleluasa hahaha. nanti puasa datanglah malaysia kak, rasai pengalaman bukber di masjid sini

      Delete
  14. Ya, kalau berbuka di luar (selain masjid) agak leceh bab nak solat. Maghrib dah le singkat.

    MasyaAllah cantik dan selesa sangat masjid Sendayan. Siap ada lif, tak perlu panjat anak tangga. Untung mereka yang tinggal berdekatan.

    Setakat beberapa buah surau & masjid di Perlis yang akak pergi ni, semua buat tarawih 8 rakaat. Rasa tenang dan tak terkejar-kejar solat. Sebelum pukul 10 siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, maghrib singkat kan.
      yess ada lift sampai 2 ketul lagi, liftnya pun besar jugak.
      kak anies komen semalam, selangor je yg buat 20, negeri lain semuanya 8 je. tapi saya kat sini pun, buat sampai 8 je haha. kalau 20 rakaat tu habis sekitar 10.40 pm

      Delete
  15. Bestnya dapat solat di Masjid ni. Dalam bucket list juga ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mari ramai2 mengimarahkan masjid sendayan, hehe

      Delete
  16. Luas dan cantik masjidnya. Teringin juga nak pergi, satu hari nanti. Masjid di perumahan akak terawih buat 20.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang luas dan lapang je masjidnya.
      samala masjid kat rumah saya pun, buat 20

      Delete
  17. Waaaah, masjidnya cantik betul, mbak Mazni. Inilah memang definisi mewah, yaaa. Saya tengok gambar-gambarnya di Google Maps, sungguh indah sekali.

    Kalau saya berbuka di masjid, selalunya hanya makan juadah takjil yang disediakan pihak masjid saja, mbak. Sebab kalau beli daripada peniaga di bazar, kerap kali ZONK. Mahal semata, tapi rasanya tak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik!
      Mula2 saya pun ingat nak makanan makanan dari masjid, tapi kawan2 saya kata nak pergi bazar. Saya ikut je hahaha

      Delete
  18. Besar betul masjid. Penting bersih.
    Jadi korang tidak ambil makanan yang disediakan oleh masjid ya?
    Hehe jarang dengar semua makanan bazar Ramadhan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tak ambil. so taktahu apakah lauk yg disediakan..
      yg kami pilih ni takdela sedap sangat2, tpi masih ada rasa lah. atau sebab kitorang lapar kot? xD

      Delete
  19. Pernah sekali je ke sini...dan insyaallah nak repeat lagi bila berkesempatan. Walaupun Masjid Sendayan ni dekat je ngan ammi tapi bila masa tak mengizinkan yang dekat pun terasa jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru pergi sekali pun rasa nak repeat lagi

      Delete
  20. Ana pun jenis jarang berbuka puasa di luar kecuali situasi tertentu ehehe.. waahh masjid sendayan mmg dlm bucket list!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi satu sebab malas nak bersiap malam2 hahaha

      Delete
  21. Memang cantik. Kami singgah sebentar pun memang kagum terpesona dengan senibina yang sangat cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putih bersih je masjidnya. Dalam pun cantik!

      Delete
  22. Saya pernah pergi masjid ni dulu tapi tak masuk dalam. Pergi majlis kahwin sepupu disini.

    Syok lagi buka puasa di masjid sebab tak perlu risau bab solat. Lebih selesa kan. Daripada berbuka tempat yg nk solat pon susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ada dewan kahwin jugak kat masjid ni ye? Tak perasan pulak.

      Tulah, senang takyah susah2 cari tempat solat 😁

      Delete
  23. Berbuka kat Masjid ni menjimatkan. Selain tu senang nak beribadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Makanan semua disediakan, masjid pun selesa

      Delete
  24. Alhamdulillah. Banyak masjid cantik di negara kita. Pernah sekalu menginap di homestay dekat dengan Masjid Sendayan tapi tak ambil peluang berkunjung ke masjid huhhhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai tak sempat singgah pulak. Takpe, next time boleh datang lagi 😁

      Delete

Nak komen apa? silakan~