18 Mar 2026

Malam terakhir di Madinah


Sambungan dari --> Ladang kurma

Balik dari ziarah ladang kurma, kami banyak duduk kat masjid je. Lepas solat zohor, balik hotel untuk makan dan rehat. Kemudian sambung asar di masjid dan pergi shopping untuk mencukupkan apa yang kurang. 

Di antara gap asar, maghrib dan isyak tu memang tak balik hotel pun. Dengan mak pun kami heret sekali ajak shopping. Memikirkan kita memang nak cuci cuci mata sekitar situ, pastu waktu solat pun dekat-dekat je, tak payahlah ulang alik ke hotel ye dak.

Pintu yang sering menjadi destinasi kami untuk melontar riyal :p

Sebenarnya, aku tak ambil gambar sangat pun masa shopping tu. Seingat aku, cuma pergi kedai everything 1 Riyal, Bin Dawood dan usha-usha jubah je. Tapi tak jumpa mana yang berkenan di hati. Rasanya aku pulang dengan bertangan kosong je..

Taktahu lah kenapa tak beli apa-apa sepanjang mencari barang tu. Padahal bersepah je kedai kiri kanan. Ada pun beli air dekat Bin Dawood je.. haha buat kelakarlah minah yang sorang ni!

Habis setiap floor kitorang pusing dalam Bin Dawood ni

Disebabkan aku takde ambil gambar sangat sepanjang merayap ni, so kita bubuh gambar masjid jelah.

Sebelum nak maghrib tu, kami secure spot awal-awal sebelum orang makin ramai.

Mula-mula aku cakap kat kakak, jomlah kita try solat bahagian luar yang dekat payung-payung tu pulak. Sebab sunset kat Madinah ni kan cantik giler. Selalu tengok orang ambil gambar sunset dengan payung-payung Masjid Nabawi ni. Harini kita dah last day kat sini.

Pastu kakak aku kata, kalau solat kat dataran masjid nanti rugilah tak dapat pahala solat 1,000 kali ganda tu. So okaylah... aku redha tak dapat tengok sunset Madinah walaupun sedikit kempunan.

Dapat tengok payung tengah mengembang. Tapi tak tunggu sampai habis sebab lama benau

Elok kitorang duduk tu, eh tiba-tiba dapat pek iftar dari petugas masjid. Tak puasa pun dapat jugak makanan ni, hihi. Dapat roti, kurma, air kosong dengan yogurt je.

Setiap ruang dipenuhi dengan tiang
Suasana ketenangan dalam masjid yang masih belum ramai jemaah lagi
Baru tahu air di dalam masjid Nabawi saja air zam zam yang original. Kat luar dataran masjid tu rupanya air biasa je
Beautiful archways that support the roof

Lepas dah habis solat isyak, kami sambung keluar lagi untuk cuci-cuci mata. Tak jalan banyak tempat, sebab mak iolls cakap dah ngantuk, nak balik tidur je. Kitorang pun memang dah penat, bagus jugak mak bagi alasan nak balik hotel ni, haha.

Otw nak balik tu, ustaz hantar mesej untuk tulis nama group pada double side tape dan lekatkan pada beg masing-masing. Esok dah nak gerak ke Makkah, takut kalau tak label beg nanti tertukar dengan jemaah yang nak balik ke Malaysia pula.

Mak dengan adik aku balik hotel, aku dengan kakngah lah yang pergi mencari tape tu. Tapi hampas, tak jumpa langsung hahaha.

4 hari duduk Madinah barulah merasa berjalan kat area sini di waktu malam
Banyak tempat yang tak sempat pusing habis-habisan pun
The Int. Fair and museum of the prophet's biography

Aku tak sempat nak melawat ke dalam muzium ni. Rupanya setiap lawatan tu ada sesi untuk bahasa-bahasa tertentu. Kalau kami nak bahasa english, kena datang pagi esoknya pulak. Bahasa melayu/indo pun ada juga. 

Kaklong aku sempat masuk muzium ni. Tiketnya pula dalam 40 riyal gitu lah. Menarik dalam muzium ni sebab dia tunjuk replika kota Madinah zaman dulu. Mengikut info yang kakak aku dapat dari tour ni, saiz kota Madinah zaman dulu (nama lamanya adalah Yathrib) cumalah sebesar saiz Masjid Nabawi yang sekarang.

Situlah masjid, situ jugaklah kawasan rumah orang dan kebun-kebun. Sekarang saiz pusat bandar Madinah dah mencapai 50 kilometer persegi.  Itu belum masuk lagi kawasan wilayah pentadbiran Madinah yang lebih luas, iaitu meliputi 152 ribu kilometer persegi. (AI Overview)

Replika kota Madinah zaman dulu. Yang kat tengah-tengah tu adalah Masjid Nabawi
Assalamualaika' ya Rasulullah

Sampai hotel agak lewat, hampir pukul 10 malam. Dewan makan memang dah tutuplah citer dia. Adik aku yang baik hati tapaukan kami shawarma dengan burger yang dia beli dekat bawah kedai bawah hotel ni.


Sedap burger dia walaupun rasa sedikit plain dan tak pedas langsung. Dah ada roti, dia bubuh jugak fries kat dalam tu, bertambah penuh perut aku dok mengunyah carbo.


43 comments:

  1. The burger does look delicious! :) Your photos are really beautiful and captivating! Thank you so much for sharing your journey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. The chicken patties is really thick!
      Thank you for reading 🥰

      Delete
  2. macam2 ada kat bin dawood tu. pinggan mangkuk pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia macam aeon big, tesco gitu. Geram je tengok minuman dgn makanan kat sini!

      Delete
  3. akak pn ada pegi juga kt everything 1 riyal tp tkde yg berkenan...ada la beli skit brg2 dkt2 kedai sekitar situ...oh rezeki dpt juga set iftar ye...ingtkn bulan ramadhan je...akak tk kesempatan tgk payung terbuka & tertutup tu sbb mmg dok dlm masjid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak beli apa2 sangat kat kedai 1 riyal tu, target nk cari jubah2 je.
      Tula, tak sangka dapat pek iftar walaupun bukan bulan puasa. Padahal haritu hari sabtu tau, bukannya hari isnin atau khamis pun

      Delete
  4. oooo lambat juga ye payung tu nak terbuka & tertutup? ingatkan cepat je ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekitar 2-3 minit untuk fully bukak. Kita ni takdela rajib mana nak berdiri kat situ buat timelapse hahaha

      Delete
  5. Dalam burger ada fries? Aduh... mengah le lepas makan

    ReplyDelete
  6. Zaman Akk pergi dulu rasanya belum ada kedai singgit tu. Bin Dawood dekat Masjidil Haram tu selalu la keluar masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh akak pergi mesti dah lama betul kan.
      Best masuk bin dawood tu, banyak godaan makanan

      Delete
  7. Bestnya boleh tengok payung tu kembang. Seronok dapat explore kawasan sekitar waktu malam. Masa di Madinah, akak tak masuk BinDawood tu. Kat mekah baru masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi saya tak tgok sampai habis pun, malas nak tunggu :p
      Tktaula nak kata explore ke tak, sebab kitorang tengah sesat cari kedai sebenarnya. Tu yg membawa ke street yg tak pernah dilalui

      Delete
  8. Harap satu hari nanti saya dapat juga jejak kaki ke sana...in sha Allah ..aamiin

    ReplyDelete
  9. Shawarma kat sana sedap sedap huhu.. alhamdulillah dpt makana iftar. Samalah dulu tau2 dpt jee hahaha.. cuma yogurt kat sana susah nak makan .. lain pekat rasa nya.. payung kembang tutup tu mmg dinanti nanti kan hihii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya makan shawarma shrimp, sedap gilaaaa 😭🩷 kat malaysia macam takde je tempat yg jual shawarma shrimp ni..
      Yogurt dia pekat, lawas betul rasanya hahaha

      Delete
  10. Alhamdulillah dapat merasa berpuasa di Madinah.
    Seronok tengok gambar-gambar yang dikongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha kami tak puasa masa tu, tapi dapat pek iftar jugak

      Delete
  11. Selamat Hari Raya Mazni dan keluarga. Maaf Zahir Batin. KSarie selalu berbunga-bunga hatinya bila tengok perkongsian orang tentang Masjid Nabawi dan semua aktiviti sekitarnya. Semoga ada rezeki hendak ke sini satu hari nanti untuk ke sini bagi semua yang membaca post ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya ksarie dan keluarga!
      Madinah memang best. banyak sejarah2 yg patut kita ambil tahu

      Delete
  12. muzium tu dkt dgn hotel sy. samaaa... tak pergi pun heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat nak masuk. nasib baikla kakak saya yg tolong wakilkan hahaha

      Delete
  13. kalau air kat luar masjid tu yg sy perasan laa... ia tak sejuk. kat dlm masjid ya... terasa sejuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa 1st day ziarah perkarangan masjid nabawi, kitorg beria lah minum air kat luar tu sambil ngadap kiblat la, baca2 doa lah sebab igtkan tu zam zam. Lawak laaa

      Delete
  14. Bila sebut malam terakhir di Madinah, auto rasa sayu kan. Moga kita semua dapat ke Tanah Suci lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayu sangat :( sebab tau jasad Nabi kita ada kat situ..

      Delete
  15. Time dulu akak ada melawat muzium ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai org pergi sini sebab duduk kat area perkarangan masjid je

      Delete
  16. ooo baru tau lah air yang kat luar tu bukan zamzam. Gambar 1st ada nampak tong tu.
    1st pic tu cantik sangat dan nampak begitu luasnya perkarangan masjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Bukan. Berialah 1st day tu baca2 doa smbil mengadap kiblat sebab igtkan tu air zamzam 😅
      Memang luas. Lepas solat tu guling2 jap kat karpet tu pun best

      Delete
  17. rindunya nak ke masjid nabawi lagi... rezeki tu dpt iftar set :) burger tu pun nmpk sedap! tp i jenis mkn burger kena ada sos cili la baru ngam hahahah (rela bwk bekal sos cili kecik2 tu tiap kali travel obersi!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burger tu mmng rasa plain sangat n muak sikitt. Tula silap tak bawak sos kecik2

      Delete
  18. rindunya tengok gambar2 semua...pergi dulu 25 thn yg lepas, makcik cerita dah byk perubahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh lamanya 25 tahun lepas. Skarang dah banyak lainnya. Even mak ayah saya pergi tahun 2014 pun ckp mekah n madinah makin maju

      Delete
  19. rindu Madinah...dulu pergi 28 thn yg lalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pergi 28 tahun yg lalu. Hampir sebaya umur saya ni hehe

      Delete
  20. Akak pun baru tau pasal air zam-zam tu, katanya kena tengok tulisan pada tong. Ada juga tong air zam-zam bersebelahan air biasa.

    Rasa pelik jugak ya..makan burger dalamnya ada fries. Lain tempat lain cara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahu gate 309 ada tempat refill air zamzam. Tu pun ada timing tertentu kalau tak silap.

      Shawarma dorg pun ada fries! Fries tebal lak tu, bertambahlah kenyang

      Delete
  21. Saya tak pergilah ke museum itu. . Aduuuh kalau bisa umroh lagi, memang nak lebih banyak eksplor. Sukaaa padahal kalau ketemu museum seperti ini.

    Suami ada bilang, tahun depan kalau ada yg laku tanah atau rumah, nak spare utk umroh ber4 dengan anak2 😄😄. Aminkan sajalah 😄. Dah lama belum laku tanah warisan 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz pun suruh kami masuk. Tapi tula, tak sempattt. Padahal hari2 lalu situ sebab satu arah nak ke hotel.

      Aminn semoga dipermudahkan urusan jual beli tanah tu. Anak2 mesti happy kalau dapat kesana 🥰

      Delete
  22. Air zam-zam yang original itu sudah disuling, tak sama dah rasa asli zam-zam macam dulu-dulu. Beza sangat rasanya. Yang di luar tu memang air biasa.

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~