Rumah aku ni dah lama membudayakan amalan kitar semula. Daripada buang plastik, kertas dalam tong sampah campur, eloklah kita asingkan supaya memudahkan kerja tukang sorting sampah. Lagipula, sampah recycle ni boleh buat duit!
![]() |
| Pusat Kitar Semula Komuniti MPKJ di Taman Tasik Cempaka |
Selama ni selalu recycle sampah kat Presint 9 Putrajaya. Aku ada tulis dalam entry INI. Lepas tahu ada tempat kitar semula yang lebih dekat dengan rumah, kita try sini pulak lah. Saja nak compare harga mana yang lagi better.
Pusat kitar semula ni terletak dalam kawasan Taman Tasik Cempaka. Pintu paling terdekat nak ke tempat ni adalah dekat area Eco Shop, Pusat Pakaian Hari-Hari tu.
![]() |
| Berat akan ditimbang di kaunter |
My first impression datang sini, okay tempatnya bersih walaupun parking kereta taklah luas sangat. Setiap jenis barang yang nak di-recycle tu telah diasingkan mengikut kategori dalam tong yang disediakan.
Ada kertas, minyak, aluminium, fabrik, besi.. Yang paling aku suka, kat sini diorang ambil sampah kaca jugak! Sebab kat Presint 9 Putrajaya tu, diorang tak terima kaca tau. Pasni takdelah aku buang kaca kat tong sampah biasa dah.
Sistem recycle kat sini adalah layan diri. Means korang perlu masukkan sampah tu dalam tong sendiri. Makin banyak sampah, banyak kali lah kena berulang alik buang kat tong tu. Penatlah jugak sebab sampah kita ni dahla berat, pastu 3-4 kali kena ulang alik lontar satu-satu masuk tong yang agak tinggi tu. Gaya aku serupa macam tengah melontar peluru je.
Kalau dekat Putrajaya tu, staff sana yang akan uruskan sampah-sampah masuk tong. Tapi fahamlah, sebab tempat ni pun staffnya ada 2 orang je, huhu..
![]() |
| Hasil recycle yang terkumpul |
Untuk pembayaran pulak, kena download apps RE Connect. Nanti dekat kaunter tu ada QR untuk scan. Semua berat-berat sampah yang terkumpul tadi ada ditulis dalam apps dan berapa points yang kita dapat melalui berat tu.
Ha cakap pasal points, ni paling aku tak puas hati sekali.
![]() |
| Jumlah point yang terkumpul boleh di redeem di TnG eWallet |
Minimum dapat RM10 dengan 1000 points. Total kitorang recycle, 34 kg bersamaan dengan 2757 points. So cuma dapat tolak 2000 point jela, bersamaan dengan RM20. Lagi 757 tu, tak dapat guna pun weihhhh. Aku rasa balance tu bersamaan denga RM7..
Banyak tau RM7 tu! Boleh beli menu rahmah kat Mydin, pastu tambah lagi seketul air kotak.
Tak cukup dengan tolak point, bila dah reload pin tu dia tolak pulak convenience fee (1%) So dapat RM19.80 je!
Tah pape kan, dahlah sampah kita yang kena campak satu-satu sendiri, pastu gedik tak boleh redeem kesemua duit kita, duit dapat tak banyak, kena tolak fees pulak. Oh not to forget, harga minyak kat sini dia ambil sangat murah yee!
Rasa peliklah, biasanya sampah banyak camni akan dapat around RM30 lebih kat Putrajaya. Sebab haritu aku bawak 3 botol minyak masak (saiz 5kg dan 2 botol saiz 2kg), tapi dapat 18000 point bersamaan dengan RM18. Kalau dibahagi, 1 kg minyak RM2. Sumpahlah minyak rate zaman bila ni dapat RM2?! Tempat yang aku biasa hantar tu RM3.10 okayy.
Sorry, bab-bab duit ni aku memang kesumat sikit. Rugi banyak tau, manalah tak geram.
Di bawah ni aku listkan pros and cons dia,
Kesimpulannya, aku rela pergi sampai Putrajaya sana untuk recycle sampah. Yang kat Bangi ni, unless nak recycle kaca atau kertas/plastik dalam kuantiti yang sikit sahaja. Tengokla nanti kita nak uninstall ke tak apps tu..






.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
tengok orang hantar barang ke pusat pengumpulan camni rasa nak buat juga tapi ammi ni ada masalah suka nau membuang barang terus masuk tong sampah. malas betul nak nyimpan. terasa macam sakitttt je mata ni kalau tengok benda berlonggok.
ReplyDeletememang berlonggok jugaklah. kami biasa recycle 2 atau 3 bulan sekali. bawak sebeban penuh satu kereta haha
Deletekalau semua tempat ada service macam ni kan best senang je kita nak recycle. kat lipis ni ada cuma murah la ambil dan terus bagi cash jela.
ReplyDeletesaya prefer lagi bagi cash.. ni kat bandar semua benda nak ber-apps
DeleteSini takde tempat canggih kena download app untuk jual barang kitar semula. Masih old fashion, bawa, orang kedai timbang, dan dapat cash.
ReplyDeletePrefer lagi cara old fashion.. daripada claim melalui apps, tak dapat redeem full duit pun. Geram je
DeleteUncle pun asingkan sampah basah dengan sampah yang boleh kitar semula. Supaya senang pada orang yang datang cari sampah recycle tu nak ambik... Takyah dia susah2 asingkan. Sampah yang boleh dipakai semula baru uncle hantar sendiri kat mana2 ada tong recycle.
ReplyDeleteSejak dah lama asingkan sampah ni, rasa serbasalah bila buang sampah yg boleh recycle dalam sampah basah 😅 marilah kita teruskan tabiat menjaga alam ni
DeleteKat Melaka ni taktahu ler ada ke tak tempat kitar semula berbayar mcm ni.
ReplyDeleteKalau ada seronok sikit nak mengitarnya.
Tapi tula yg tk best kena mengumpul
Kalau area luar bandar rasanya ada jugak, tapi tak banyak.
DeleteHaha yess mengumpul ambil masa 2-3 bulan baru penuh
menariknya bila ada tempat gini! kat my area mcm tak de ajer...
ReplyDeleteBest sebab boleh dpt duit hehe
Deleteternampak used cooking oil tu otomatik otak sy teringat kisah beberapa thn dulu. sy share info nak bli used cooking oil tu kat group WA. nak tahu tak.... org lain sambut baik tp ada seorg ex cikgu sains ni 'tibai' sy. mcm2 laa dia ckp dlm group tu. byk sgt yg 'tak berkenan' kat mata dia psl info tu. sy diam je tak bls apa2.... sblk nya lps tu sy jd mcm trauma bla nak share kebaikan atau apa2 info pasal used cooking oil ni
ReplyDeleteUsed cooking oil memang tak elok pun, sebab tu harga dia murah.. alaa siannya share info camtu pun kena bash jugak. Apalah masalah cikgu tu
Deletesy perasan kat beberapa stesen LRT dah ada mesin recycle tp utk brg2 mcm botol, tin dan kertas shj. yg bsr2 x de. tak dpt duit tp ada collect point. terlupa pula apa nak apps tu...
ReplyDeleteYg collect point ni saya tak suka hahaha
DeleteIt is so good to recycle ♻️ Love your photos.
ReplyDeleteRecycle to protect our ecosystems!
DeleteAkak pun asingkan sampah sebab masa duduk di NS dan Penang memang kena asing sampah sebelum buang. Di Perlis ni tak perlu asing tapi akak buat juga sebab dah biasa dan nak menjaga alam kononnya 😄. Harapnya pekerja pembersihan bolehlah jual kat pusat kitar semula. Awal-awal dulu akak pergi jual sendiri, tapi rasa tak berbaloi sebab jauh jarak nak ke bandar.
ReplyDeleteSini minyak terpakai harga dekat RM3/kg. Memang tak berbaloi nampaknya jual kat Bangi ni, dahlah ada fee.
Kalau tmpt recycle jauh, agak tak berbaloi jugaklah dgn duit minyak lagi. Tapi bagus bila dah kekalkan habit asing sampah tu. At least memudahkan pekerja kebersihan.
DeleteIyee next time kalau nak jual minyak saya pergi putrajaya jelah. Geram betul masih harga rm2
seronok nak asingkan sampah ni tp bila bayarannya tu mmg tak berbaloi, mmg terasa hurmmm baik aku bakar je terus senang hehehe
ReplyDeleteMinyak je yg tk berbaloi. Kertas n plastik rate okay sajurr
DeleteWaaah, memang hebat betul pengurusan sampah di Malaysia tu. Kalau dibandingkan dengan Indonesia, aduh… jauh sangat. Macam langit dengan bumi.
ReplyDeleteDi sini masih guna sistem open dumping, jadi sampah bertimbun dan tak dikitar semula. Memang menyedihkan.
Di kawasan perumahan malaysia juga masih mengamalkan open dumping. Ini atas inisiatif saya utk bawa sampah ke tempat recycle 😁
DeleteBetul, harga minyak terpakai dlm RM 3.10 gitu. Kami mmg buat pengasingan sampah dan jual dekat alam flora punya recycling centre. Lega sbb sampah² ni dikitar semula secara proper, dapatlah Kita pun sumbang utk kelestarian alam kan
ReplyDeleteSetujuu sangat! Harap ramai lagi yg membudayakan kitar semula ni
DeleteBagusnya Mazni dah lama amalkan kitar semula. Molek inisiatif kerajaan ni sebenarnya. Di samping memelihara alam sekitar, rakyat boleh dapat duit tepi kiranya. Macam lebih berbaloi pergi ke Putrajaya tu berbanding Bangi nampaknya ni ye
ReplyDeleteYa lebih berbaloi ke putrajaya. Tpi kalau malas nk pergi jauh, datang bangi ni jelah. Cuma harap dorang boleh naikkan lagi lah rate minyak terpakai tu
DeleteKami pun kadang ke P9 tu. Senang nak hantar sampah untuk recycle.
ReplyDeleteSaya selalu datang weekend. Ramai je orang!
DeleteBestlaaa ada tempat recycle gini... berbayar pulak tu. Tempat akak tak jumpa lagi.. biasa yang ada tong tu limited pada pakaian, buku²/kertas.
ReplyDeleteRasa adalah usaha kumpul sampah ni berbulan-bulan bila dapat duit hehe
DeleteWahhhh dia tolak point kita gak la. Macam tak aci je camtu. Tapi menarik juga dapat recycle kat sini. Eh mana ke tempatnya ni...nak kena cari jugak la.
ReplyDeleteHaah dia pakai tolak point. Kalau bawah 1000 point tak dptla redeem duit tu..
DeleteYg ni kat dalam tasik cempaka, tapi pintu paling terdekat kat eco shop 😁
Bagus betul ada pusat kitar semula. Lestari alam sekitar, semoga bebas pencemaran.
ReplyDeleteSemoga konsisten sampai bila2 budaya kitar semula ni
DeleteAda pros and cons lah yaa. Tp at least ada tempat yg bisa kita pilih, dan tak jauh sangat dr rumah.
ReplyDeleteDi JKT ada tempat recycle, tp ntah kenapa, jauuuuuh semua dari rumah saya. Saya kan di jakarta timur, sementara recycle ini kebanyakan jakarta selatan dan jakarta barat. Ibarat kata, itu ujung ke ujung 😂😂.
Pernah saya tanya, boleh tak dijemput sampahnya. Tak apa, saya bayar ongkos dia DTG ke rumah saya. Tahu tak dia jawab apa?
Delivery ada, tapi kalau sampah beratnya 500KG 😂😂🤣🤣🤣🤣. Dia gila kah 😂😂. Dah macam tempat pembuangan sampah rumah saya kalau menunggu 500kg 🤣🤣🤣. Pada akhirnya saya buang biasa lah, tunggu tukang sampah biasa datang 😂. Dah malas recycle jadinya