3 Mar 2026

Ziarah Madinah - Ladang kurma

Sambungan dari --> Masjid Quba & Jabal Uhud

Destinasi terakhir untuk ziarah Madinah, kami dibawa ke ladang kurma. Kat Madinah ni banyak je ladang kurma, yang kami pergi ni di Aryaf Taibah.

Rasanya tempat ni penuh dengan jemaah dari Nusantara je, yakni dari Malaysia dan Indonesia.. Kami pun jumpa dengan beberapa group jemaah Andalusia yang lain. Haa ustaz kitorang apalagi, seronoklah dapat jumpa geng-geng dia. Terus open table kat meja belakang, haha.


Terdapat bermacam jenis kurma yang dijual. Walaupun sini merupakan ladang kurma, tapi harga kurma nya takdelah murah sangat macam harga direct kilang pun. Maklomlah, tourist spot kann.

Kami tak shopping banyak kat sini, sebab dah aim nak membeli di sekitar Masjid Nabawi malam japlagi.

Dia punya vibes tu, macam kat Hj. Ismail Langkawi pulak

Kurma boleh pilih ikut gram dan ada bermacam jenis gred. Nak beli yang dah bersealed dalam kotak pun ada juga. Kalau aku, buat-buat tanya harga dan jenis kurma. Pastu rasa tester yang dia bagi, pastu tak beli pun hihi. Kenyang makan tester je.

Kitonya bukanlah peminat tegar kurma :p

Staff sini ramai orang Indonesia

Yang kuning ni adalah kurma muda. First time tengok dan makan kurma ni. Adik aku beli sikitlah sebab nak rasa, tapi kurmanya sejuk beku macam baru keluar dari peti ais. Rasa macam gigit ais.

Kurma ni sedikit keras berbanding yang lain. Daripada segi rasa pulak, sedikit kelat dan pahit. Tapi adik aku suka kurma ni, dia cakap sedap.

Takpelah, i makan kurma ajwa jelah.. Tak minat rasa kelat-kelat camni.


Selain kurma, kat sini pun ada jual coklat timbang arab. Macam biasa, aku tukang rasa tester je. Kat sini diorang jual '50 Real' untuk 1 kg. Coklat boleh dicedok dan dicampur mengikut jenis. Harganya extra sikit berbanding beli kat area Masjid Nabawi. 

Ada gerai bakso onta. Harga 20 Riyal semangkuk
Wow kucing baka mahal! Corak dia macam kurma tak?

Kat luar ni pulak boleh duduk santai-santai sambil makan dan minum. Ada kafe ala-ala hipster yang jual coffee dan pastries juga. Sambil-sambil duduk di bawah pokok kurma, bolehlah hirup kopi atau ber-ootd berlatarkan pepokoks kurma.

Queue panjang gila weih. Dekat setengah jam tunggu air siap
Posing gambar sambil pegang matcha latte 20 riyal yang tak sedap, haha

Sekali tengok pokok kurma ni, macam rupa pokok sawit pun iye jugak. Kat ladang kurma ni takdelah bau yang tidak menyenangkan pun. Macam sawit kan kadang-kadang ada bau busuk sikit, terutama selepas hujan.

Aku nak cerita banyak pasal kurma pun, tak tahu apa-apa sebab literally datang sini untuk lepak-lepak minum kopi dan shopping je. Mengikut kata pak google, proses tuaian kurma akan dilakukan 7-8 bulan selepas pendebungaan.

Ladang kurma yang dikomersialkan sebagai tempat pelancongan

Maka tamat sudah kesemua aktiviti ziarah kami di Madinah. Balik ke hotel sebelum tengahari, petang tu boleh buat aktiviti bebas memandangkan ini adalah malam terakhir kami menginap di Madinah. 


50 comments:

  1. Kurma muda yang gelap sikit tu sedap. Yang muda tu kelat tapi yang dah masak sedap. Dia sedap sebab tak manis sangat macam kurma yang lain. Akak ingat dulu kurma ajwa kurma muda. Sekali bila tenguk jualan dia tu dia macam-macam jenis rupanya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah dia tak manis. Tapi tetap takleh terima kekelatannya haha. Tetap kurma ajwa jelah dihati saya xD

      Delete
  2. KSarie berkenan sungguh kalau ada aktiviti boleh test makanan dan minuman ni😅Samalah kita Mazni, bukan peminat tegar kurma. Tahu segala khasiat kurma bagai tapi kurma ni untuk KSarie terlalu manis. Boleh je makan tapi tidak la rasa hendak makan selalu. Vibes Ismail Group Langkawi tuh buat KSarie tersenyum lalu terfikir eh udah berapa lama ye tidak pergi Langkawi😅Vibes macam Ismail Group bahaya sebab kadang-kadang kalau teralpa tetiba boleh terbeli banyak sebab pengaruh rakan sebaya dan tidak sebaya😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kan. Tak semestinya kena membeli, kita boleh merasa free 🤭 saya makan kurma time puasa je. Bulan2 lain tu harap maklumlah, kurang makan.
      Vibes dia mcm hj ismail sebab situ ada coklat bersusun-susun!

      Delete
  3. sy tak membeli kat sini tp lbh 10 kali kot ambil tester hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa maknanya bukan laa sy sorg je yg berperangai sebegitu hahaha tp tester sy amik kurma ajwa je... cekelat2 & kekacang itu sy tgk je...

      Delete
    2. Saya pulak tester makan coklat! Kurma tu ambillah sikit bila tk pernah tengok jenis tu hehe

      Delete
  4. Bestnya dpt melawat ladang kurma dan dpt rasa kurma fresh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman baru dpt tgok pokok kurma banyak2 camni hehe

      Delete
  5. kucing-kucing kat sini laa yg sy jd takut nak bagi mkn.... diorg kelaparan agaknya smpi bergaduh2 berebut makanan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian tgok.. tpi kucing2 kt sini mcm okay lagi sbb ramai org bagi makan. Masa gi telaga kat badar tu yg betul2 nampak kelaparan smpai bergaduh. Sebab tak ramai org dtg area situ

      Delete
  6. Bestnya! Moga saya turut direzekikan untuk menjejakkan kaki di sana lagi. Aamiin :)

    ReplyDelete
  7. Tak menahan tu macam vibe dalam Hj Ismail Group 😁
    Orang Malaysia kan suka santai makan minum bawah pokok cenggitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab banyak coklat bersusun-susun kat rak tu 🤣 kalau kat malaysia, kita makan kat ladang nira nipah napiah

      Delete
  8. Corak kucing tu rare betul la. Kalau dua kali tengok macam corak anak babi yang baru lahir....silap2 kita ingat haiwan apa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah laa baru google rupa anak babi hutan. Sebijik sama!

      Delete
  9. Uishh…cantiknya corak dak bulu tu. Elok je dia hidup bebas tak ada yang kidnap 😄

    Air 20 riyal tapi tak sedap pulak ya 😅. Takpelah, beli pengalaman namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian pulak tengok baka bengal mahal2 ni jadi kucing jalanan. Harap peniaga2 kat situ jaga kebajikan kucing ni.

      Ceroi air dia kak... Jauh beza ngan zus

      Delete
  10. aru sahaja saya hendak bertanya, ada tak petugas orang Indonesia. Terus terjawab, rupanya memang betul ya di sana ramai orang Indonesia, hehe.
    Kalau kawasan pelancongan, pastilah harganya tidak murah ya kak. Tapi sisi baiknya, di sana banyak pilihan kurma. Malah ada pelbagai jenis kurma yang saya tak pernah nampak sebelum ini. Kurma muda tu saya memang ingin tahu, bagaimana agaknya rasanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indonesia mendunia mas fajar. Mana2 tmpt saya pergi mesti ada pekerja indonesia. Even hotel yg saya nginap juga ada 😁

      Rasanya kelat sedikit

      Delete
  11. Lah... dah ada kat tempat kurma dia minum matcha latte jugak... try la jus kurma... matcha latte kat KL banyak... Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang minum air hipster kat sini, kita taknakla ketinggalan ahaha.
      Tapi saya ada beli coke kurma. Kira adillah kan

      Delete
  12. Replies
    1. Kita tau medjol, ajwa, kurma tangkai je hehe

      Delete
  13. Akk suka kurma muda tu. Mula² mmg kelat sikit, tapi bila dah bbrp hari dalam peti ais, sedap baq hang 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo kena simpan lama ke baru rasa dia sedap..

      Delete
  14. Lawanya view kat situ. Dikelilingi pokok kurma.

    ReplyDelete
  15. Kami ke ladang lama ketika haji 2022, selepas COVID. Seronok kan ziarah banyak tempat. Moga kami ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemaah yg dtg sini mmng tak sah kalau tak menyinggah ladang kurma kan

      Delete
  16. Akak pun ada datang sini, Mazni. Tapi kami sampai pagi-pagi buta, takde ramai orang lagi. Jadi syok la. Akak sama macam Mazni, tak beli kurma, tapi beli pelbagai jenis kekacang dan snek jagung goreng. Coklat, tak beli, tapi kenyang makan yang tester je. Hehe.. dia dah hulur suruh test kan, tak kan nak tolak. Kedai kopi tu, tak buka pula masa akak pergi. Meriah kan sini, penuh bas beratur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki orang hulur, kita ambil. Pastu mintak nak rasa perisa lain pulak :p
      Saya tak beli kacang2 tu kat sini. Sampai balik malaysia pun tak beli apa2 jenis kekacang haha

      Delete
  17. memang destinasi wajib lah utk mana2 umrah/ziarah pun heheh mahalnya air tu 20 riyal dan tak sedap plak tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk tak payah bayar kan :p betul, memang mahal dgn matcha yg ceroi. Rasa susu je lebih huhu

      Delete
  18. Saya waktu umroh, guide sampai heran Krn saya tak nak ikut beli kurma dan tak teringin pesan juga 😂. Sebab memang saya tak suka kurma 🤭. Jadi rombongan beli kurma, saya dan suami pergi tempat lain cari parfume 😄.

    Tapi kurma muda saya sukaaaaa. Apalagi kalau masuk freezer, trus keluarkan beberapa menit, baru makan. Rasanya macam jambu bagi saya. Tak manis sangat, msh crunchy. Dan kurma muda bagus untuk kesuburan.

    Cuma saya coba pertama kali di jakarta, ada yg jual kurma muda ini. Kalau tahu di toko sana ada jual juga, saya nak ikut hahahahah . Teringin lah memang balik umroh lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun tak beli banyak kurma. Sebab before fly haritu travel agency dah bagi sorang sekotak kurma ajwa. Total dapat 6 kotak semuanya 🤣 beli sikit2 je kat madinah ni sebagai ambil berkat gituu.

      I see, patutla saya makan kurma muda tu sejuk2.. yes memang crunchy dan takde manis langsung bagi saya

      Delete
  19. The cat is adorable! Beautiful series of photos! Seeing all the different foods and how well everything is organized is great! Beautiful views as well. Thank you so much for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marbled patterns! It's sad that it ended up as a stray cats..

      Delete
  20. uishhh cantiknya corak kucing tu!!! "matcha latte 20 riyal yang tak sedap" <--- yg ni paling grrrrr terpaksa telan jugak lah kan sbb dah la mahal ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kucing hutan!
      Rasa macam air 5 ringgit. Penuh susu je ha.. matchanya tak rasa langsung..

      Delete
  21. cantik dan nampak redup je kat ladang kurma tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan selalu bersantai bawah pokok kurma hehe

      Delete
  22. air yg 1riyal kat luar tu sedap jugak. kak beli yg tu ja. tak rajin nak coffee2 kat sana.
    kak minum coffee kat hotel je. tak rajin nak menunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa air 1 riyal yg mana pulak. kitorang tak nampak pun

      Delete
  23. Saya pernah makan kurma segar, kurma yang muda kelat-kelat sedikit tu. Kurma segar yang saya maksudkan yang beraislah sebab tak jumpa yang betul-betul fresh dari pokok. Apabila ais sudah nyahbeku, sedap jugalah nak makan kurmanya. Pernah beli di Madinah dan pernah beli di Makkah sewaktu turun bas menuju Jabal Rahmah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurma ni lah yang saya makan. rasa berais dan kelat-kelat. tak berapa suka sangat hehe

      Delete
  24. kak linda tak boleh terima yang muda...sebab kelat2 tu kot.. hihihi...

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~