28 Jan 2026

Jumaat di Madinah - Shopping jubah dan souvenir

 

Sambungan dari --> Masuk ke Raudhah - Taman-taman syurga

5 Disember 2025 - Jumaat

Hari tu hari jumaat, so di belah pagi kami tak buat apa-apa aktiviti pun. Subuh tu kami gi solat subuh di Masjid. Pastu saja bergolek-golek lama sikit sebab nak tunggu sampai pukul 7 pagi, kononnya nak tunggu dome masjid terbukak.


Before pergi umrah tu, kawan aku cakap ada dome akan terbukak lepas subuh. Tapi aku taktau dome yang mana satu sebab lupa nak check tempatnya kat pintu berapa. So kitorang tunggu bawah dome ni, tak terbukak-bukak pulak.

Okay harini gagal tengok dome terbukak, kita try hari esok atau sabtu haha.

Aku ingatkan semua dome yang berbentuk macamni akan terbukak, rupanya ada di pintu tertentu je
pintu masuk yang domenya tidak terbukak tu lol

Keluar masjid, eh lawa pulak sunrise baru memunculkan dirinya. So posinglah beberapa keping gambar sebab cantik! 

Sobahul khair penduduk Madinah!

Pagi tu kami cadang nak pergi shopping. Sebab petang japgi dengan esoknya ada aktiviti ziarah. Mana ada free dan easy time, kita selitkan aktiviti shopping. Balik hotel nak sarapan pagi dan pastu terus keluar.

Otw balik hotel tu, dah ada banyak shoplot yang bukak. Bagi aku awal jugaklah kedai-kedai kat sini bukak sebab biasanya kan pekedai-pekedai ni suka bukak pukul 10 am. Kebanyakkan di deret ni jual kurma, makanan macam kekacang dan the famous karak tea. Paling nak tergelak, pekedai-pekedai tu cakap,

'Kakak Malaysia masuklah sini. Ini kedai Fattah Amin tau'

Hahaha ngakakkk! Kau pandai-pandai je jual nama Fattah Amin kat sini ek! Tersedak member tu tiber je nama dia kena petik.

Peniaga duduk luar kedai untuk panggil customer. Semuanya fasih berbahasa Melayu

Lepas sarapan, kami pun keluar dan menuju ke pintu 338. Di pintu 338 ni paling banyak shopping spot yang best-best. Niat aku kalau nak shopping, memang aim nak jubah je sebab lawa-lawa jubahnya noksss. Harga pun terjangkau murah gitu.


Kaklong aku aim nak pergi kedai Everything 1 Riyal. Semua barang-barang kat situ berharga 1 riyal, tapi barang yang macam tasbih, keychain, magnet dan benda kecil yang lainlah. Aku macam tak minat sangat nak gi kedai camtu sebab bendanya boleh jumpa kat shopee je.


Souq Al Saha ni macam gedung beli belah. Di dalam ni ada banyak kedai-kedai dari jubah, souvenir, makanan, minyak wangi dan macam-macam lagi. Tapi bangunan dia ni macam style lama sikit, so takde escalator mahupun lift. Dan aircond disini macam tak rasa sangat, haha.

Tingkat 2 ni banyak jubah dan minyak wangi

Everything 1 Riyal ni terletak di tingkat paling bawah dan duduk di hujung sekali. Hujung belah mana, aku pun taktau nak describe which hujung haha. Tau-tau sampai je.

Kat sini aku beli tasbih, keychain seketoi dan inai sikit je. Selain jual souvenir kecil berharga 1 riyal, owner kedai ni pun jual sejadah dan minyak wangi jugak. Sejadah yang dijual ni murah jugak, saiz kecil 5 riyal, yang besar 15-30 riyal. Siap boleh custom nama lagi.

Adik beradik akulah custom nama kat semua sejadah yang diorang beli tu. Berjanggut jugaklah tunggu semua sejadah tu siap.. Aku cukuplah beli sehelai untuk diri sendiri je, malas nak custom nama tu.

Everything 1 Riyal ni famous di penuh dengan orang Malaysia dan Indonesia je

Ada jugak beli jubah kat kedai deret sini tapi.... Rasa cam mahal je walaupun kitorang beli banyak.... Ayat dia masa kitorang mintak discount "You ambil dulu, nanti saya kira murah-murah". Tapi bila nak bayar tu dia kira harga sama. Kita pulak tak perasan sangat, tau-tau je dah masuk plastik. Tang mana entah discount nya taktauu. 

Design jubah yang sama, aku boleh dapat 60 riyal kat Mekah, tapi pak Arab Madinah ni jual 80 riyal. Adik aku pulak lagi kesian, jubah berwarna design plain je harga sampai 100 riyal. Agak tak puas hati jugaklah kat kedai ni. Sebab tu aku tak ambil gambar kedai tu sebab rasa menyampah hahaha.

Beli coklat dan kurma selang 2 kedai dari Everything 1 Riyal tu

Pastu, aku tak tahu lah orang sini kalau meniaga macam agak pushy ke camne kan. Sebab kita masuk kedai jubah, or kedai coklat mestilah nak tilik bendanya satu-satu kan. Tapi bila kita tanya pasal barang tu, dia terus ingat kita nak beli tau which is annoyed sikitla sebab aku nak tahu harga je duluu.

Barangkali sebab diorang nak tutup untuk solat jumaat, itu yang pushy-pushy semacam je kot.

Then nak balik hotel, banyak jalan-jalan yang telah ditutup. Biasanya kami akan jalan kat perkarangan masjid lah untuk shortcut. Dia punya vibes solat jumaat di Madinah tu, melimpah sampai ke luar masjid. Sampaikan kat lorong kaki lima pejalan kaki pun orang solat di situ juga.

Semua jalan ditutup dan tak boleh cross. Kena pusing jauhhh

Solat jumaat di Madinah dan Mekah memang kena sampai awal 3 jam untuk secure spot. Kalau datang lambat alamatnya solat di luar kawasan masjid lah. MasyaAllah first time tengok suasana macam ni!

Family aku yang laki-laki dapat solat kat belah rooftop.


Kat sini, perempuan pun join solat jumaat jugak. Ia sesuatu yang barulah untuk kita sebab kat Malaysia, solat jumaat ni wajib untuk lelaki je. So kalau waniter nak merasa pengalaman solat jumaat kat Madinah dan Mekah dipersilakan lah.

Tapi kami takde lah join sebab bagi aku, better bagi ruang pada lelaki yang wajib tu. Perempuan hukumnya sunat je.

Karpet pun depa bentang jugak biarpun di luar kawasan masjid

Kitorang kan nak balik hotel, tapi banyak gila jalan kena blok. I kenot take it anymore lah sebab bawak barang shopping kemain banyak, pastu tolak wheelchair mak pulak. Hotel kami literally kat depan sikit tu je, so kami malaslah nak menapak jauh lagi.

Aku cakapla kat askar tu boleh tak nak cross je jalan ni sebab hotel kita betul-betul secoet depan tu. Pastu askar tu reply 'you cannot cross here, it's haram'.

Aku mulalah nak baran. Nak cross situ je pun... Apo kedekut sangat sampai menyusahkan kita kena jalan jauh. Aku cakap jelah kami dari Malaysia, and then tunjuk nametag kad yang ada tulis nama hotel untuk membuktikan yang kami memang betul-betul stay di situ. Pastu barulah dia bagi lalu.

Dia ingat kitorang ni nak ponteng jumaat la kot sebab beria betul macam taknak kasi kita balik hotel haha. Tapi perempuan-perempuan kat sana jatuh hukum wajib ke untuk solat jumaat? Semua orang arah ke masjid, kami je ke arah bertentangan.

Kepadatan after solat jumaat. Gambar dari abang

Anyway, lepas solat jumaat tu kami ada ziarah jauh sikit dari Madinah yang perjalanannya sejauh 120 km. Lokasi ziarah ini betul-betul membuka mata kami dan secara tak langsung, refresh semula subjek sirah yang aku ingat ingat lupa tu.

Cerita ziarah tu nanti aku akan ceritakan pada next entry.

50 comments:

  1. Teringat pulak cerita uncle kat kawasan kedai2 yang pandai berbahasa melayu tu.... Diorang panggil uncle... "Kungfu! Kungfu! Sini murah! Sini murah!" (Kungfu tu sebab diorang rujuk pada tocang uncle tu... Baahahaha...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pehh uncle kungfu terus! Patutnya uncle bukak step kungfu tu, baru dorang terkesima

      Delete
  2. Cantiknya. Cuaca pun macam elok kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak hujan langsung sepanjang kami kat sana

      Delete
  3. Suasana Jumaat kat Madinah tu MasyaAllah, meremang baca.... Hopefully kami pun dapat ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luar biasa! Sampai ke tengah2 jalan diorang solat

      Delete
  4. Masa akak pergi dulu kat madinah lebih murah dari di mekah. Kedai jualan bawah hotel selalu jadi persinggahan sebelum masuk bilik. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yg cakap camtu.. saya yg tak reti cari kedai kot huhuhu.

      Haritu ada masuk taiba mall tu, situ orang cakap jual jubah murah. Tapi tak sempat nak pegi kedai jubah tingkat bawah tu

      Delete
  5. seronoknya berpeluang ke sana. pandai ek dia cakap nak bagi diskaun tapi sebenarnya kira harga sama je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Dahla saya beli 3 jubah. Ingatnya dapatla kurang atleast 20 riyal pun jadilahh. Lepas kira2 balik totalnya sama je mcm harga asal je. Ciskek betul!

      Delete
  6. Rasanya time Akk pergi dulu takde kedai 1 riyal ni. Kitorang shopping dekat kedai² depan Masjid Nabawi tu je. Style kita Malaysian ni nak tengok² dulu kan, diorg sana takde tengok². Asal bertanya harga je, diorg ingat nak beli dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org2 sana cepat buat keputusan ya. Kalau kita mesti nak tgok satu2, cantik ke tidak bajunya haha

      Delete
    2. Org2 sana cepat buat keputusan ya. Kalau kita mesti nak tgok satu2, cantik ke tidak bajunya haha

      Delete
  7. Kak, katanya di sana ramai peniaga orang Indonesia ya? Betul ke tidak tu kak, hehehe. Tengok gambar-gambarnya memang indah sangat. Semoga nanti saya pun dapat pergi ke Madinah ya Allah, Amiiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betull! Yg bawak saya pergi kedai 1 riyal ni pun kakak dari indonesia 😆 di sana ada banyak jualan bakso tau

      Delete
  8. Tak tahu la pula kat sana hukum wanita solat jumaat tu.. kalau tak boleh jalan mau kena pusing jauh kan..
    Nasib la bertegas nak dapatkan juga excess jalan balik ke hotel tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak rasa serbasalah tak gi solat jumaat haha. Tapi balik hotel ada je org2 perempuan yg tak gi masjid jugak

      Delete
    2. Saya pulak rasa serbasalah tak gi solat jumaat haha. Tapi balik hotel ada je org2 perempuan yg tak gi masjid jugak

      Delete
  9. Akak tak beli jubah dari kedai di Madinah, tapi dari peniaga yang buka jualan di kaki lima atau laluan orang. Itu illegal, tapi jubahnya cuma 30 riyal sepasang, jadi dapatlah beli 3. Kualiti sama macam dalam kedai. Tapi deme tak niaga lama, paling lama setengah jam je. Lepas tu nampak peniaga tu kena kejar polis Madinah, tapi dia orang gelak-gelak la, sambil bawa lari barang jualan. Rezeki juga dapat tengok tu. Pasal hari Jumaat pula, memang mutawif dah siap pesan untuk solat luar masjid supaya senang nak balik hotel. Masa akak pergi, hari Jumaat, kena kejor train nak ke Mekah. Nasib baik sempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yg peniaga kaki lima ni saya jumpa kat mekah. Masa kat mekah tu mcm tk nampak depa jual jubah, biasanya sejadah, tasbih atau benda2 kecik je.. bila askar lalu, semua bertempiaran lari hahaha. Tanjat kitaa 🤣

      Delete
  10. Seronok la baca pasal lawat Madinah...antara impian untuk dilaksanakan nanti...

    ReplyDelete
  11. Cantik sungguh gambar sunrise di perkarangan Masjid Nabawi tu. Jadinya Mazni dan keluarga dapat tak tengok kubah yang dibuka tu? Ramai orang cakap shopping jubah di Mekah dan Madinah boleh tahan murah. Nama Fattah Amin dipetik sampai di sana ye😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai kesudah tak dapat tengok kak.. bukan rezeki lah nampaknya.
      Jubah kat sana mmng murah kalau nk dibandingkan dgn harga sini. Kalau kain yg super premium tu pun paling mahal saya jumpa 180 riyal je. Jarang nak jumpa yg harga smpai 200

      Delete
  12. Kat shopee ada.. tapi mesti nak beli yang dijual kat sana.. baru rasa feel membeli😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita belilah sikit je utk bagi kat kawan2 ahaks

      Delete
  13. Envy juga sebab Mazni umroh nih dengan saudara mara. Jadi saat suami dan para lelaki sholat Jum'at, kalian bisalah jalan sendiri shopping kah atau hal lain. Kalau saya dulu hanya dengan suami, dan rombongan umroh lain tak kenal, plus sudah tua tua sangat 🤣. Jadi tak mungkin saya ajak shopping mereka.

    Saya pun tak banyak belanja saat umroh, sebab tak tahan dengan cara pushy tadi. Akhirnya saya beli parfume pun di mall yg lebih sepi , JD tak adalah mereka push. Beli coklat pun di supermarket. Kurma saja yg tak nak, sebab tak suka 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi time solat pun sama jugak, pekedai akan tutup kedai. Tu yg last2 balik hotel jugak walaupun tak puas shopping lagi 🙂‍↔️

      Agaknya mmng cara orang sana kot kan? Saya pun ada beli coklat dekat bin dawood, tapi harganya mahal dikit huhu

      Delete
  14. Solat Jumaat di sana memang ramai, umpama musim Haji. Subhanallah cantiknya sunrise. Rindu sangat Mekah Madinah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau time haji, tak boleh bayang ramainya macam mana pulak

      Delete
  15. Kat luar masjid nabawi ada dia buat lambakan tudung la baju la lepas tu menjerit halal halal. Err bukan makanan tapi pakaian. Rindu juga nak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni kat mekah saya banyak jumpa, madinah mcm tak banyak sangat nampak. mungkin sbb pintu dari hotel saya bukan spot shopping yg meriah tu kott

      Delete
  16. souq al saha tu sy lalu je. malas nak masuk hehe... kemain ko fattah amin... kalau fattah punya kedai kat situ nak laa singgah jugak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapot bisnes fattah kat madinah kan hahahah

      Delete
  17. kemain mahalllll... pada hal kalau beli luar madinah ada yg jual lg cantik tapi murah... jahitan pun puas hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeee mahallll! rasa macam kerugian berpuluh riyal jugakla kat sini huhu

      Delete
  18. MasyaAllah lawaaa sunrise di celahan payung tu. Terpesona.

    Kalau akak pun tak prefer sejadah letak nama, sebab bimbang jadi terganggu solat dok pandang ejaan nama. Pulak kalau bawa berjemaah di masjid, kang ganggu jemaah sebelah pulak. Tapi itulah, lain orang lain pandangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunrise n sunset kat madinah mmng top tier!
      hm kalau saya ni sebab malas nk menunggu nama siap custom je. tpi saya pun jenis tak suka apa2 pakaian atau barangan yg bercustom nama sendiri. nanti bila kita guna, orang tau plak nama kita, rasa segan pulak xD

      Delete
  19. kubah terbuka tu dkt pintu 25...akak pn tk kesempatan nk tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yeke. Huhu next time kena repeat lagi laa

      Delete
  20. Banyak jugak akak baca kat blog orang lain pak arab meniaga kat Madinah tu suka pushy kan...paksa2 ni memang x bagus..kata boleh kira or deal murah ended up x berkurang pun..sabar aje laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. Style kita pulak bertanya sebab nak tengok design dan saiz dulu. Dorang ni macam nak cepatt je haha

      Delete
  21. Memang rasa lain macam juga sebab di negara sendiri tak pernah solat Jumaat tapi di sana ikut solat. Lagi satu, ikut solat jenazah juga.....

    ReplyDelete
  22. Beautiful photos. Thank you so much for explaining about the practice and tradition. I learned a lot.

    ReplyDelete
  23. rindu madinah :( .... anyway, shopping memang always best la (utk MZ hahhah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jubah2 sini buat kita hilang kewarasan hahaha. Cantik2 semuanya

      Delete

Nak komen apa? silakan~