Sambungan dari --> Masuk ke Raudhah - Taman-taman syurga
5 Disember 2025 - Jumaat
Hari tu hari jumaat, so di belah pagi kami tak buat apa-apa aktiviti pun. Subuh tu kami gi solat subuh di Masjid. Pastu saja bergolek-golek lama sikit sebab nak tunggu sampai pukul 7 pagi, kononnya nak tunggu dome masjid terbukak.
Before pergi umrah tu, kawan aku cakap ada dome akan terbukak lepas subuh. Tapi aku taktau dome yang mana satu sebab lupa nak check tempatnya kat pintu berapa. So kitorang tunggu bawah dome ni, tak terbukak-bukak pulak.
Okay harini gagal tengok dome terbukak, kita try hari esok atau sabtu haha.
![]() |
| Aku ingatkan semua dome yang berbentuk macamni akan terbukak, rupanya ada di pintu tertentu je |
![]() |
| pintu masuk yang domenya tidak terbukak tu lol |
Keluar masjid, eh lawa pulak sunrise baru memunculkan dirinya. So posinglah beberapa keping gambar sebab cantik!
| Sobahul khair penduduk Madinah! |
Pagi tu kami cadang nak pergi shopping. Sebab petang japgi dengan esoknya ada aktiviti ziarah. Mana ada free dan easy time, kita selitkan aktiviti shopping. Balik hotel nak sarapan pagi dan pastu terus keluar.
Otw balik hotel tu, dah ada banyak shoplot yang bukak. Bagi aku awal jugaklah kedai-kedai kat sini bukak sebab biasanya kan pekedai-pekedai ni suka bukak pukul 10 am. Kebanyakkan di deret ni jual kurma, makanan macam kekacang dan the famous karak tea. Paling nak tergelak, pekedai-pekedai tu cakap,
'Kakak Malaysia masuklah sini. Ini kedai Fattah Amin tau'
Hahaha ngakakkk! Kau pandai-pandai je jual nama Fattah Amin kat sini ek! Tersedak member tu tiber je nama dia kena petik.
![]() |
| Peniaga duduk luar kedai untuk panggil customer. Semuanya fasih berbahasa Melayu |
Kaklong aku aim nak pergi kedai Everything 1 Riyal. Semua barang-barang kat situ berharga 1 riyal, tapi barang yang macam tasbih, keychain, magnet dan benda kecil yang lainlah. Aku macam tak minat sangat nak gi kedai camtu sebab bendanya boleh jumpa kat shopee je.
Souq Al Saha ni macam gedung beli belah. Di dalam ni ada banyak kedai-kedai dari jubah, souvenir, makanan, minyak wangi dan macam-macam lagi. Tapi bangunan dia ni macam style lama sikit, so takde escalator mahupun lift. Dan aircond disini macam tak rasa sangat, haha.
![]() |
| Tingkat 2 ni banyak jubah dan minyak wangi |
Everything 1 Riyal ni terletak di tingkat paling bawah dan duduk di hujung sekali. Hujung belah mana, aku pun taktau nak describe which hujung haha. Tau-tau sampai je.
Kat sini aku beli tasbih, keychain seketoi dan inai sikit je. Selain jual souvenir kecil berharga 1 riyal, owner kedai ni pun jual sejadah dan minyak wangi jugak. Sejadah yang dijual ni murah jugak, saiz kecil 5 riyal, yang besar 15-30 riyal. Siap boleh custom nama lagi.
Adik beradik akulah custom nama kat semua sejadah yang diorang beli tu. Berjanggut jugaklah tunggu semua sejadah tu siap.. Aku cukuplah beli sehelai untuk diri sendiri je, malas nak custom nama tu.
![]() |
| Everything 1 Riyal ni famous di penuh dengan orang Malaysia dan Indonesia je |
Ada jugak beli jubah kat kedai deret sini tapi.... Rasa cam mahal je walaupun kitorang beli banyak.... Ayat dia masa kitorang mintak discount "You ambil dulu, nanti saya kira murah-murah". Tapi bila nak bayar tu dia kira harga sama. Kita pulak tak perasan sangat, tau-tau je dah masuk plastik. Tang mana entah discount nya taktauu.
Design jubah yang sama, aku boleh dapat 60 riyal kat Mekah, tapi pak Arab Madinah ni jual 80 riyal. Adik aku pulak lagi kesian, jubah berwarna design plain je harga sampai 100 riyal. Agak tak puas hati jugaklah kat kedai ni. Sebab tu aku tak ambil gambar kedai tu sebab rasa menyampah hahaha.
![]() |
| Beli coklat dan kurma selang 2 kedai dari Everything 1 Riyal tu |
Pastu, aku tak tahu lah orang sini kalau meniaga macam agak pushy ke camne kan. Sebab kita masuk kedai jubah, or kedai coklat mestilah nak tilik bendanya satu-satu kan. Tapi bila kita tanya pasal barang tu, dia terus ingat kita nak beli tau which is annoyed sikitla sebab aku nak tahu harga je duluu.
Barangkali sebab diorang nak tutup untuk solat jumaat, itu yang pushy-pushy semacam je kot.
Then nak balik hotel, banyak jalan-jalan yang telah ditutup. Biasanya kami akan jalan kat perkarangan masjid lah untuk shortcut. Dia punya vibes solat jumaat di Madinah tu, melimpah sampai ke luar masjid. Sampaikan kat lorong kaki lima pejalan kaki pun orang solat di situ juga.
![]() |
| Semua jalan ditutup dan tak boleh cross. Kena pusing jauhhh |
Solat jumaat di Madinah dan Mekah memang kena sampai awal 3 jam untuk secure spot. Kalau datang lambat alamatnya solat di luar kawasan masjid lah. MasyaAllah first time tengok suasana macam ni!
Family aku yang laki-laki dapat solat kat belah rooftop.
Kat sini, perempuan pun join solat jumaat jugak. Ia sesuatu yang barulah untuk kita sebab kat Malaysia, solat jumaat ni wajib untuk lelaki je. So kalau waniter nak merasa pengalaman solat jumaat kat Madinah dan Mekah dipersilakan lah.
Tapi kami takde lah join sebab bagi aku, better bagi ruang pada lelaki yang wajib tu. Perempuan hukumnya sunat je.
![]() |
| Karpet pun depa bentang jugak biarpun di luar kawasan masjid |
Kitorang kan nak balik hotel, tapi banyak gila jalan kena blok. I kenot take it anymore lah sebab bawak barang shopping kemain banyak, pastu tolak wheelchair mak pulak. Hotel kami literally kat depan sikit tu je, so kami malaslah nak menapak jauh lagi.
Aku cakapla kat askar tu boleh tak nak cross je jalan ni sebab hotel kita betul-betul secoet depan tu. Pastu askar tu reply 'you cannot cross here, it's haram'.
Aku mulalah nak baran. Nak cross situ je pun... Apo kedekut sangat sampai menyusahkan kita kena jalan jauh. Aku cakap jelah kami dari Malaysia, and then tunjuk nametag kad yang ada tulis nama hotel untuk membuktikan yang kami memang betul-betul stay di situ. Pastu barulah dia bagi lalu.
Dia ingat kitorang ni nak ponteng jumaat la kot sebab beria betul macam taknak kasi kita balik hotel haha. Tapi perempuan-perempuan kat sana jatuh hukum wajib ke untuk solat jumaat? Semua orang arah ke masjid, kami je ke arah bertentangan.
![]() |
| Kepadatan after solat jumaat. Gambar dari abang |
Anyway, lepas solat jumaat tu kami ada ziarah jauh sikit dari Madinah yang perjalanannya sejauh 120 km. Lokasi ziarah ini betul-betul membuka mata kami dan secara tak langsung, refresh semula subjek sirah yang aku ingat ingat lupa tu.
Cerita ziarah tu nanti aku akan ceritakan pada next entry.















Teringat pulak cerita uncle kat kawasan kedai2 yang pandai berbahasa melayu tu.... Diorang panggil uncle... "Kungfu! Kungfu! Sini murah! Sini murah!" (Kungfu tu sebab diorang rujuk pada tocang uncle tu... Baahahaha...)
ReplyDeletePehh uncle kungfu terus! Patutnya uncle bukak step kungfu tu, baru dorang terkesima
DeleteCantiknya. Cuaca pun macam elok kat sana.
ReplyDeleteMemang tak hujan langsung sepanjang kami kat sana
DeleteSuasana Jumaat kat Madinah tu MasyaAllah, meremang baca.... Hopefully kami pun dapat ke sana..
ReplyDeleteLuar biasa! Sampai ke tengah2 jalan diorang solat
DeleteMasa akak pergi dulu kat madinah lebih murah dari di mekah. Kedai jualan bawah hotel selalu jadi persinggahan sebelum masuk bilik. hehehehe
ReplyDeleteRamai yg cakap camtu.. saya yg tak reti cari kedai kot huhuhu.
DeleteHaritu ada masuk taiba mall tu, situ orang cakap jual jubah murah. Tapi tak sempat nak pegi kedai jubah tingkat bawah tu
seronoknya berpeluang ke sana. pandai ek dia cakap nak bagi diskaun tapi sebenarnya kira harga sama je.
ReplyDeleteItulah. Dahla saya beli 3 jubah. Ingatnya dapatla kurang atleast 20 riyal pun jadilahh. Lepas kira2 balik totalnya sama je mcm harga asal je. Ciskek betul!
DeleteRasanya time Akk pergi dulu takde kedai 1 riyal ni. Kitorang shopping dekat kedai² depan Masjid Nabawi tu je. Style kita Malaysian ni nak tengok² dulu kan, diorg sana takde tengok². Asal bertanya harga je, diorg ingat nak beli dah
ReplyDeleteOrg2 sana cepat buat keputusan ya. Kalau kita mesti nak tgok satu2, cantik ke tidak bajunya haha
DeleteOrg2 sana cepat buat keputusan ya. Kalau kita mesti nak tgok satu2, cantik ke tidak bajunya haha
DeleteKak, katanya di sana ramai peniaga orang Indonesia ya? Betul ke tidak tu kak, hehehe. Tengok gambar-gambarnya memang indah sangat. Semoga nanti saya pun dapat pergi ke Madinah ya Allah, Amiiin.
ReplyDeleteBetull! Yg bawak saya pergi kedai 1 riyal ni pun kakak dari indonesia π di sana ada banyak jualan bakso tau
DeleteTak tahu la pula kat sana hukum wanita solat jumaat tu.. kalau tak boleh jalan mau kena pusing jauh kan..
ReplyDeleteNasib la bertegas nak dapatkan juga excess jalan balik ke hotel tu..
Saya pulak rasa serbasalah tak gi solat jumaat haha. Tapi balik hotel ada je org2 perempuan yg tak gi masjid jugak
DeleteSaya pulak rasa serbasalah tak gi solat jumaat haha. Tapi balik hotel ada je org2 perempuan yg tak gi masjid jugak
DeleteAkak tak beli jubah dari kedai di Madinah, tapi dari peniaga yang buka jualan di kaki lima atau laluan orang. Itu illegal, tapi jubahnya cuma 30 riyal sepasang, jadi dapatlah beli 3. Kualiti sama macam dalam kedai. Tapi deme tak niaga lama, paling lama setengah jam je. Lepas tu nampak peniaga tu kena kejar polis Madinah, tapi dia orang gelak-gelak la, sambil bawa lari barang jualan. Rezeki juga dapat tengok tu. Pasal hari Jumaat pula, memang mutawif dah siap pesan untuk solat luar masjid supaya senang nak balik hotel. Masa akak pergi, hari Jumaat, kena kejor train nak ke Mekah. Nasib baik sempat.
ReplyDeleteOhh yg peniaga kaki lima ni saya jumpa kat mekah. Masa kat mekah tu mcm tk nampak depa jual jubah, biasanya sejadah, tasbih atau benda2 kecik je.. bila askar lalu, semua bertempiaran lari hahaha. Tanjat kitaa π€£
DeleteSeronok la baca pasal lawat Madinah...antara impian untuk dilaksanakan nanti...
ReplyDeleteInsyaAllah nanti sampai sini π
DeleteCantik sungguh gambar sunrise di perkarangan Masjid Nabawi tu. Jadinya Mazni dan keluarga dapat tak tengok kubah yang dibuka tu? Ramai orang cakap shopping jubah di Mekah dan Madinah boleh tahan murah. Nama Fattah Amin dipetik sampai di sana yeπ
ReplyDeleteSampai kesudah tak dapat tengok kak.. bukan rezeki lah nampaknya.
DeleteJubah kat sana mmng murah kalau nk dibandingkan dgn harga sini. Kalau kain yg super premium tu pun paling mahal saya jumpa 180 riyal je. Jarang nak jumpa yg harga smpai 200
Kat shopee ada.. tapi mesti nak beli yang dijual kat sana.. baru rasa feel membeliπ
ReplyDeleteKita belilah sikit je utk bagi kat kawan2 ahaks
DeleteEnvy juga sebab Mazni umroh nih dengan saudara mara. Jadi saat suami dan para lelaki sholat Jum'at, kalian bisalah jalan sendiri shopping kah atau hal lain. Kalau saya dulu hanya dengan suami, dan rombongan umroh lain tak kenal, plus sudah tua tua sangat π€£. Jadi tak mungkin saya ajak shopping mereka.
ReplyDeleteSaya pun tak banyak belanja saat umroh, sebab tak tahan dengan cara pushy tadi. Akhirnya saya beli parfume pun di mall yg lebih sepi , JD tak adalah mereka push. Beli coklat pun di supermarket. Kurma saja yg tak nak, sebab tak suka π π
Tapi time solat pun sama jugak, pekedai akan tutup kedai. Tu yg last2 balik hotel jugak walaupun tak puas shopping lagi π↔️
DeleteAgaknya mmng cara orang sana kot kan? Saya pun ada beli coklat dekat bin dawood, tapi harganya mahal dikit huhu
Solat Jumaat di sana memang ramai, umpama musim Haji. Subhanallah cantiknya sunrise. Rindu sangat Mekah Madinah ni.
ReplyDeleteKalau time haji, tak boleh bayang ramainya macam mana pulak
Deleteaminn ya robbal alamien.,
ReplyDeleteπ€
DeleteKat luar masjid nabawi ada dia buat lambakan tudung la baju la lepas tu menjerit halal halal. Err bukan makanan tapi pakaian. Rindu juga nak ke sana.
ReplyDeleteyg ni kat mekah saya banyak jumpa, madinah mcm tak banyak sangat nampak. mungkin sbb pintu dari hotel saya bukan spot shopping yg meriah tu kott
Deletesouq al saha tu sy lalu je. malas nak masuk hehe... kemain ko fattah amin... kalau fattah punya kedai kat situ nak laa singgah jugak hahaha
ReplyDeletesapot bisnes fattah kat madinah kan hahahah
Deletekemain mahalllll... pada hal kalau beli luar madinah ada yg jual lg cantik tapi murah... jahitan pun puas hati...
ReplyDeleteiyeee mahallll! rasa macam kerugian berpuluh riyal jugakla kat sini huhu
DeleteMasyaAllah lawaaa sunrise di celahan payung tu. Terpesona.
ReplyDeleteKalau akak pun tak prefer sejadah letak nama, sebab bimbang jadi terganggu solat dok pandang ejaan nama. Pulak kalau bawa berjemaah di masjid, kang ganggu jemaah sebelah pulak. Tapi itulah, lain orang lain pandangannya.
sunrise n sunset kat madinah mmng top tier!
Deletehm kalau saya ni sebab malas nk menunggu nama siap custom je. tpi saya pun jenis tak suka apa2 pakaian atau barangan yg bercustom nama sendiri. nanti bila kita guna, orang tau plak nama kita, rasa segan pulak xD
kubah terbuka tu dkt pintu 25...akak pn tk kesempatan nk tgk
ReplyDeleteOhh yeke. Huhu next time kena repeat lagi laa
DeleteBanyak jugak akak baca kat blog orang lain pak arab meniaga kat Madinah tu suka pushy kan...paksa2 ni memang x bagus..kata boleh kira or deal murah ended up x berkurang pun..sabar aje laaaa
ReplyDeleteTulah. Style kita pulak bertanya sebab nak tengok design dan saiz dulu. Dorang ni macam nak cepatt je haha
DeleteMemang rasa lain macam juga sebab di negara sendiri tak pernah solat Jumaat tapi di sana ikut solat. Lagi satu, ikut solat jenazah juga.....
ReplyDeletePengalaman baru kan..
DeleteBeautiful photos. Thank you so much for explaining about the practice and tradition. I learned a lot.
ReplyDeleteThank you for reading, Linda π₯°
Deleterindu madinah :( .... anyway, shopping memang always best la (utk MZ hahhah)
ReplyDeleteJubah2 sini buat kita hilang kewarasan hahaha. Cantik2 semuanya
Delete