1 Jan 2026

Panggilan dari kota suci

 

Alhamdulillah, pada 3 - 13 Disember 2025, kami sekeluarga direzekikan untuk menunaikan umrah. Untuk mak dan abah, ni merupakan kali kedua mereka ke kota suci Makkah dan Madinah. Tapi bagi kami 5 orang beradik serta menantu dan cucu, ini merupakan umrah yang pertama. Of course lah perasaan teruja tu lain macam sikit kan!

Terima kasih ya Allah kerana jemput kami sekeluarga ke tanah suci. Engkalulah yang memudahkan urusan kami untuk kumpul duit, walaupun awal tu rasa selalu rasa macam tak cukup duit jee. Tapi kalau Dia nak jemput tu, segala persiapan tu rasa dipermudahkan je semuanya.

3 Disember 2025 - Rabu

Kami follow pakej dari Andalusia Travel & Tours untuk umrah ni. Sebut je Andalusia, mesti semua tahu yang syarikat ni dah lama bertapak di Malaysia sejak dari 2002. Andalusia Travel telah mendapat lesen oleh Tabung Haji (TH) sebagai Pengelola Jemaah Haji dan berpengalaman lebih dari 20 tahun. So jangan risau pasal isu scam ke apa, diorang ni sangat trusted okay!

Kami menaiki pesawat AirArabia dan akan transit selama sejam di Sharjah. Dari KLIA nak ke Sharjah, 8 jam perjalanan jugaklah. Terbang pukul 10.40 am, sampai Sharjah 2.15 pm (6.15 pm waktu Malaysia). 

Btw, kami turun di Madinah dulu. Selalu kan orang lebih prefer pergi Makkah dan relaks di Madinah, kami ni terbalik pulak. Relaks-relaks dulu, pastu baru pulun ke Makkah, hehe.

Almost landed at Sharjah. pertama kali tengok bentuk mukabumi yang kering camni!

Honestly, ini merupakan my longest flight ever setakat ini. Total 11 jam termasuk transit. Ni juga kali pertama aku merasa perubahan waktu yang lama, iaitu 5 jam lewat dari waktu Malaysia. 

Dari Sharjah nak ke Madinah, ada lagi 2 jam perjalanan. Kerja aku makan tido, makan tido jelah sepanjang dalam flight haha.

Atas butter chicken, bawah chicken sandwich. 
Madinah from above

Sekitar pukul 5.15 pm, kami tiba di Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport. Kalutlah solat jamak qasar asar dengan zohor sebab dah hujung-hujung waktu. Pastu terus ambil bagasi dan menuju ke bas. Seriously hari pertama ni perjalanannya sangat panjang dan penat ye. 

Madinah International Airport
Mutawwif tengah briefing aktiviti untuk hari esok. Masa ni pukul 6 pm (11 pm waktu Malaysia)

Orang cakap suhu kat Madinah waktu bulan Disember ni sejuk sampai kena bawak baju sejuk bagai. Tapi aku rasa, suhu dia tak sejuk mana pun masa awal-awal Disember ni. Kecuali waktu subuh. Paling-paling sejuk pun around 13c which is tolerable lagi lah.

Kami stay di Hayah Plaza selama 4 hari 3 malam. Jarak hotel ni nak ke Masjid Nabawi sekitar 300 meter je. Bagi aku agak dekat jugaklah. Sampai-sampai hotel tu, terus makan sambil staff Andalusia tengah uruskan beg dan urusan check in kami.

Aku nak makan pun tak lalu tau, mengantuk nak landing kat katil jeee.


Btw, kami ambil pakej ekonomi je dari Andalusia ni. So dapat bilik berempat lah. Aku dapat sebilik dengan mak, kakak dan adik. Keluarga kakak aku duduk sebilik, manakala abang dengan abang aku akan bercampur dengan 2 orang jemaah lain.

Bilik dia tidaklah terlalu luas. Tapi bagi aku selesa je duduk berempat. At least ada space untuk bukak beg, ruang nak duduk lepak-lepak bersila. Bilik air pun okay-okay lah, selesa je. Berbeza sikitlah kalau nak dibandingkan dengan hotel kami masa kat Makkah nanti. Yang tu nanti kita citer lain.

Malam tu, memang takde solat kat masjid pun. Cadang nak pergi solat subuh pagi esoknya je sebab semua dah terlantar kepenatan, haha.

----------------------------------------------------------

4 Disember 2025 - Khamis

Awal jugaklah aku bangun kan. Padahal malam sebelumnya tidur nak dekat pukul 12 malam :p

Seawal pukul 3.30 am aku dah bangun dan bersiap-siap untuk solat di Masjid. Subuh kat Madinah lebih kurang 5.30 am. Standard kat sini, kena datang awal sejam untuk solat di bahagian dalam masjid. Tapi kami terkeluar lambat sikit dari bilik. Pukul 4.30 baru nak gerak, makanya duduk kat bahagian luar yang payung-payung tu jelah. Biasalah pompuan kanss.


Cam biasalah, tempat solat perempuan ni biasanya jauh ke hujung dunia sikit lah. Tu pun ambil masa nak dekat 15 minit berjalan kaki. Belum citer lagi tengah confuse nak masuk ikut pintu mana. Seingat aku, pagi tu kami solat berdekatan dengan gate 13.


Rasa macam tak percaya akhirnya sampai juga aku di Madinah. Tempat dimana wafatnya Nabi kita, Rasulullah SAW. Kota ini penuh dengan sejarah dan kisah hijrah Nabi SAW. Penduduk Madinah pada ketika itu menerima kedatangan Nabi Muhammad saat baginda diusir oleh penduduk Makkah.

Aku jadi tak sabar nak pelajari sirah Nabi kat Madinah ni. Agak banyak jugak aktiviti ziarah sepanjang di Madinah ni walaupun masanya singkat je.

Subuh pertama di Masjid Nabawi. Time ni suhu agak sejuk jugak, bawah 20c!

Akan bersambung di entry seterusnya.

45 comments:

  1. sama laa ms batu smpi kena solat kat luar. pintu dah tutup😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu tergerak lambat, banyak jalan dah kena blok. kena pusing jauhhh gila xD

      Delete
    2. kite yg muda ok laa nk jln jauh. kesian kat org tua laa kan kena jln byk

      Delete
  2. simple betul inflight meal nya... dessert2 x de ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdee. tapi asal kenyang pun cukup dah

      Delete
    2. ooo ye ke... jrg inflight meal x de dessert..plg x pun biskut or kekacang

      Delete
  3. Alhamdulillah. Akak pun macam mazni juga masa pergi tahun 2017. Masuk Madinah dulu baru pi Mekah. Semuga ada rezeki lagi Allah jemput. Aamiin. Seronok kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugak sebenarnya masuk madinah dulu. nanti bila kita dah habis buat umrah n time nk buat tawaf wada' tu, barulah rasa the real goodbye kat mekah kan

      Delete
  4. selamat tahun baru..
    alhamdulillah...dijemput jadi tetamu Allah...seronoknya tgk.. moga satu hari MA pun dpt ke sana, in sya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru mummy ayu!
      insyaAllah, semoga kita semua sampai ke sini

      Delete
  5. Selamat tahun baru.. kenangan yang paling manis untuk tahun 2025... Seronok nya pergi semua..rezeki cucu tu, kecik² dah p umrah.. moga ada rezeki kak Linda juga nanti..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kenangan paling termanis utk 2025 ni :') tulah, rezeki anak sedara 2 orang dapat gi tanah suci. semoga ada rezeki kak linda n family datang kesini juga

      Delete
  6. Seronoknya dah berpeluang ke sana. Semoga ada rezeki juga 1 hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kak cie sampai sini juga one day :D

      Delete
  7. Alhamdulillah mudah-mudahan beroleh murah mabrurah utk Mazni sekeluarga 🤲🏻
    Rindu sungguh dgn Madinah 🥹

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin amin! madinah ni mmng akan buat kita sentiasa rindu!

      Delete
  8. Seronok baca entri Mazni ni. Alhamdulillah, satu keluarga ya, dapat pergi. Akak pun masa pergi umrah, turun Madinah dulu. Rindu betul rasanya. 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, angkut satu keluarga terus hehehe. best jugak turun kat madinah dulu ni

      Delete
  9. slmt tahun baru . alhamdulilah berpeluang bersama keluarga menunaikan umrah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru kak. alhamdulillah dapat juga jejak kaki ke sini

      Delete
  10. Uncle sentiasa tengok update di IG story mazni tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa saya selalu perasan uncle rajin tengok!

      Delete
  11. Masyaallah... dapat pergi satu family ya Maz.. seronok tu semua ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ibu rawiwa, rezeki dpt pergi satu keluarga full camni. alhamdulillah :D

      Delete
  12. Subahanallah, tahniah, sejuk mata memandang damai melihat gambar kenangan yang sangat hebat..semua ini kurnia Allah ..Dia sayang kita sayang Mazni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tenang sangat kota madinah ni cikgu. rasa tk percaya dpat jugak pergi ke sini

      Delete
  13. Pergi satu family rupanya. Alhamdulillah…tumpang seronok tengok Mazni travel ke sana sini dengan family.
    Penat sungguh ni, travel jauh, dapat tidur sekejap je. Syukurlah boleh jugak bangun pukul 3.30 pagi tu ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, rezeki dapat pergi dgn kesemua family :D
      standard kat sana memang tidur 3 jam je. paling lama pun dapat tidur 5 jam hahaha. nasib baiklah gagah jugak bukak mata nak pergi solat subuh

      Delete
  14. Seronoknya Mazni... Rindu sangat pada Madinah dan Mekah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap orang yg pernah kesana mesti akan rindu kan..

      Delete
  15. Masya Allah, seronok baca pengalaman umrah ni. Terasa betul rasa teruja bila pertama kali jejak Madinah, apatah lagi dapat solat Subuh di Masjid Nabawi. Walaupun perjalanan panjang dan penat, cerita makan-tidur dalam flight tu buat saya senyum sendiri, memang realistik sangat.
    Hotel dekat dengan masjid tu pun rezeki besar, senang nak ulang-alik. Semoga ibadah umrah keluarga Mazni diberkati dan jadi kenangan manis sepanjang hayat 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, hotel dekat dgn masjid memang rezeki sangat. Tapi bagi perempuan, masih perlu berjalan jauh sebab pintu solat muslimat lebih jauh berbanding lelaki 😆

      Delete
  16. Seronoknya Mazni...sampai dah kat sana ye...doakan akak, suami dan PZ ye..PZ nak pergi dan kami tengah mengumpul duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga pergi umrah!

      Delete
  17. dari awal mazni berangkat, saya memang ikuti stories.... dan itu buat betul2 rindu lah nak balik ke tanah suci... ntah kapan bisa kesana lagi...

    dulu saya ke mekkah first, lalu trakhir madinah.. sempet ada diselitkan thaif. berharap kalau nanti umroh lagi, teringinnya mekkah dulu baru madinah... supaya yg wajib dulu selesai hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak fanny, rajin view story saya sepanjang kat sana!

      rasa tenang sikit bila dah selesai yang wajib kan. kat madinah boleh relaks2, shopping dulu hahaha

      Delete
  18. Alhamdulillah....KSarie suka baca perkongsian tentang umrah dan Haji dengan harapan satu hari nanti KSarie akan dijemput ke Makkah dan Madinah. Keep on sharing ye Mazni. Nyaman hati KSarie membaca coretannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah semoga one day ksarie sampai juga sini :D cerita masa on going!

      Delete
  19. Ahhh terasa memanggil2 kota Mekah , seronok betul dapat ke sana. Kalau ke sana mesti tak lepskn peluang untuk berdoa dgn hajat yg besar!

    Moga ada rezeki untuk kesana satu hari nanti. Nak jumpa nabi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara tempat2 mustajab doa! Memang takkan lepaskan peluang

      Delete
  20. Andalusia ni memang dikenali. Owner pun dulu tak silap kerja kat Tabung Haji.

    ReplyDelete
  21. andalusia tu..owner dia org kg MZ ie yg bina masjid putih tuu

    ReplyDelete
  22. Subahanallah..memang ke Mekah dan Madinah tu panggilan Allah kita jadi tetamunya..Subahanallah..

    ReplyDelete

Nak komen apa? silakan~